♦
Bahagian III
Serangan Balas Bermula
♦
Bab V
Boneka Bermata Merah Beraksi
♦
4 Disember 5371. Jam 0617. Bangunan Terbiar Daerah 31. (Bahagian Tercerma Miasma).
Eric bergegas ke depan, meninggalkan Cornelia dan Milan jauh kebelakang. Mereka lambat! Mujurlah Zachary selesaikan segala halangan bagi mereka. Namun Boneka itu asyik sangat sehinggakan yang lain tertinggal di belakang. Harap-harap dia tiba di tempat yang dituju. Janji berkumpul pukul enam pagi tetapi mereka hampir lambat dua puluh minit. Dia berlari tak hiraukan apa-apa disekelilingnya sehinggalah-
"Aduh!"
Dia berlaga dengan seseorang. Sekali lagi untuk kali ketiga namun kali ini dia tidak jatuh sebaliknya hanya berundur dua tiga tapak kebelakang. Eric melirik matanya pada orang yang dilanggarnya. Siapa lagi kalau bukan Robert. Orang itu tercungap-cungap. Seolah-olah baru selesai membuat balapan. Kieran muncul di belakang. Keadaannya sama seperti Robert. Bukan itu saja, kedua-dua tersebut kotor dengan capukkan darah.
"Cepat!" Arah Eric. "Kita dah terlambat!" Usai berkata demikian dia berlari meninggalkan mereka. Kieran dan Robert tak terkata apa. Dada mereka masih berombak kencang. Ya. Mereka tidak turun melalui gelongsor buatan Ingrid dan Gabrian. Senang cerita mereka takut. Jadi mereka mengambil keputusan untuk berlari dari tingkat atas sehinggalah ke tempat yang dijanjikan.
"Ceh!" Robert berdesis tak puas hati. "Ingatkan kita yang lambat! Ketua operasi pun sama!"
Kieran hanya mampu tersengih. Dia tak larat hendak berkata apa-apa. Larian tadi benar-benar makan banyak tenaganya. Kakinya pun tak mampu untuk menampung lagi. Jauh disudut hatinya dia bersuara, cepatlah tamat misi ini.
♦
"Tak apa-apa Blaize?" Soal Cassandra lembut. Matanya merenung lembut pada wajah Blaize. Risau kalau ada apa-apa kecederaan. Boneka itu hanya menjawab dengan menggeleng kepalanya. Hasil itu Cassandra tersenyum. Baguslah mereka tidak mengalami kecederaan berat ketika berhadapan dengan Zachary. Bayangkanlah! Mereka selamat! Nasib mereka baik kerana Colbert dan Myriad tiba membantu. Zachary seolah mengerti dia tidak berpeluang untuk menang, dia berundur. Malah menawar diri untuk bekerjasama dengan mereka semua.
Hairan. Dia benar-benar hairan. Kenapa Zachary melakukan semua ini? Mengapa juga dia merahsiakannya? Matanya mencari Boneka Bermata Merah itu.
Itunya!
Dia berdiri jauh dari mereka semua. Dia pilih untuk duduk berasingan. Dia tidak pedulikan apa-apa hiruk-pikuk hasil daripada Ingrid merengek. Dia asyik perhatikan pandangan luar yang hanya dipenuhi kabus tebal. Tiada langsung cahaya matahari menerjah di sebalik kabus. Sama ada ia tidak mahu ataupun kabus itu tidak mengizinkan. Sekali-sekala angin kecil menghembus wajahnya sekali gus membelai rambutnya.
"Masalah! Kita dilanda masalah!"
Jerit satu suara perempuan di sebalik kabus itu. Cassandra tahu itu siapa. Rachel orangnya. Gadis itu masuk ke dalam lalu melanggar Zachary. Mujurlah mereka tidak jatuh (Zachary menahan daripada mereka jatuh dengan memeluknya). "Bahaya! Terdapat kira-kira seribu ekor Gargoyle berterbangan di udara!" Suaranya cemas (Masih lagi berada dalam dakapan Zachary). "Mereka menghalang unit bantuan daripada mendarat disini!"
"Nampaknya kita harus selesaikan keadaan. Kau nak buat?" Myriad bersuara. Dia berpaling pada Colbert untuk mnndapat kepastian. Colbert menggaru kepalanya yang tidak gatal. Memikirkan penyelesaiannya. Yang lain sudah pun kehabisan tenaga bertempur tadi. Gabrian seorang tidak mampu untuk berhadapan dengan seribu ekor Gargoyle. Dirinya dan Myriad pula baru saja dibangkitkan, oleh seorang askar Rosamund bernyawa ikan. Sebaik saja mereka mampu bergerak orang tersebut sudah pun tiada lagi. Dengan keadaan terpinga-pinga mereka diasak tidak sudah oleh Gargoyle. Kesimpulannya mereka juga kepenatan.
Colbert mencebik. Perlahan-lahan dia menoleh pada Zachary. Seraya itu dia tersengih. Myriad pula mulalah ketawa kecil sambil menggaru pipinya yang tidak gatal. "Zachary, boleh tolong selesaikan masalah ini?"
Zachary pula hanya perhatikan mereka tanpa sebarang reaksi. Disebabkan itu Colbert dan Myriad ketawa lagi. "Bolehlah!" Pujuk Myriad. Dalam pada itu Rachel baru sedar bahawa dia berada dalam dakapan Zachary. Mukanya perlahan-lahan bertukar merah. "Ahh~" Dia menolak lelaki yang memeluknya. Dia dapati lelaki itu berundur setapak dua ke belakang. "Maaf, saya tak berniat."
"Tak mengapa." Itu saja Zachary kata. Seraya itu dia berlalu ke arah luar.
Kedengaran Myriad ketawa puas hati. "Terima kasih Zachary!"
Masih lagi dengan keadaan tersipu-sipu Rachel perhatikan lelaki itu. Sambil dia melangkah keluar sebelah tangannya di angkat perlahan-lahan ke udara. Seraya itu satu medan sihir bulat kecil berwarna merah muncul pada belakang tapak tangannya. Tiba-tiba, satu deruman angin kuat menerjah keluar sekelilingnya membawa pergi kesemua kabus lenyap pada pandangan mata. Sekelip mata saja kawasan pengkarangan dataran istana itu disambar oleh sinaran pagi suria. Terlihat Gavin dan Niles terkejut apabila deruman angin menerpa pada mereka. Sedia maklum mereka tak boleh mencari jalan masuk kerana masing-masing tidak mempunyai vizor (Sesat dalam kabus).
Zachary berjalan perlahan ke tengah dataran itu. Gavin dan Niles berundur memberikan laluan. Kemungkinan besar takut kerana melihat mata merahnya. Sambil berjalan itu, pedangnya segera dihunus keluar dari sarung. Perlahan-lahan bilahnya mula mula mengeluarkan cahaya merah lembut. Tenaga Genma mula dikumpulkan. Dia berhenti takala tiba di tengah-tengah dataran. Matanya perhatikan keadaan langit. Banyak Gargoyle berterbangan sambil mengaum seolah-olah mengejek mereka yang berada dibawah.
Kasihan. Kesemua mereka tidak bersalah. Salahnya adalah pada Miasma. Mereka dikawal olehnya. Pupusnya mereka angkara Miasma. Dia perhatikan makhluk itu. Dia dapat merasakan, bahawa setiap ngauman yang dikeluarkan merupakan rintihan supaya ajal mereka dipercepatkan. Dia memahaminya kerana insan tersayangnya menjadi mangsa Miasma juga. Zachary membuka langkah kekudanya. Dalam pada itu cahaya pada bilahnya beransur terang. Angin mula menggelilinginya.
Suasana seolah-olah berhenti. Rachel, Gavin dan Niles perhatikan saja dari jauh. Begitu juga dengan para Boneka yang lain. Mata masing-masing tidak mahu berkedip walau sesat pun. Mereka menantikan apa yang akan dilakukan oleh Pemburu Bermata Merah.
Zachary menghayunkan pedangnya. Bilahnya yang bercahaya merah itu memanjang seolah-olah tali cemeti. Ia bertambah panjang. Ia mencecah sehingga ke udara para Gargoyle berhimpun. Setiap satu ekor yang dilibas oleh cahaya merah itu terbelah dua. Setiap ngauman diganti dengan ngauman yang lain. Silihnya berganti tiada henti. Darah haiwan itu jatuh menutupi salji seperti hujan. Cukup 180 darjah Zachary memusingkan tubuhnya, kesemua seribu Gargoyle telah berjaya dibunuh. Tak sampai lima minit pun, kini haiwan Gargoyle diiktiraf pupus di tanah Ghais Lavanark. Cahaya merah pada bilahnya kian hilang perlahan-lahan.
Kecuali para Boneka yang ketahui kekuatan Zachary tercengang perhatikan adegan itu.
♦
Eric berserta tunangnya dan yang lain tergaman melihat kehandalan Zachary. Nafas mereka seolah-olah terhenti pada saat itu. Tibanya mereka di sini Zachary telah pun keluar untuk melaksanakan tugasnya. Mereka sempat melihat Zachary menghayunkan pedangnya ke langit.
"Hebatnya..." Suara Cornelia kagum.
Milan dan Kieran terdiam tak mampu terkata apa.
"Kau rasa senjata rahsia ini akan menjayakan misi kita?" Bisik Robert. Dia soal pada Eric.
"Ya, aku yakin!"
Suara Eric dalam nada berbisik. "Aku yakin misi kita akan berjaya langkah demi langkah dengan bantuan kesemua Boneka ini."
Mereka akan berjaya. Ia akan bergerak dengan perlahan namun lancar. Nalurinya mengatakan mereka akan berjaya.
♦
Share this novel