♦
Bahagian III
Serangan Balas Bermula
♦
Bab I
Bantuan Akan Tiba
(Pemburu Bermata Merah)
♦
4 Disember 5371. Jam 0506. Bangunan Terbiar Daerah 31. (Bahagian Tercerma Miasma).
Suasana menjadi hening tiba-tiba. Mata mereka tidak percaya apa yang dilihat. Pemuda dihadapan mereka...tidak...lebih tepat lagi Boneka dihadapan mereka berdiri tegak memerhatikan mereka dengan renungan tajam oleh mata merahnya. Eric memberanikan diri untuk bersuara terlebih dahulu. Nadanya tersangkut-sangkut. "Jadi...senjata rahsia...adalah kau?"
"Ianya bergantung pada pendapat sendiri." Cepat saja Boneka itu menjawab. Suaranya dalam serta mendatar. Tidak berperasan langsung. "Mengikut pandangan umun Boneka merupakan senjata biologi generasi ketiga yang mengandungi perasaan. Ia juga dibawah kategori ilmu sihir larangan." Katanya terus dengan dingin. Kedinginannya terserlah lagi takala bayu musim sejuk menerpa mereka semua. Menghayunkan rambut mereka deras. Kecuali Boneka tersebut, yang lain melindungi tubuh mereka daripada gigitan itu. Dalam deruman itu jugalah Boneka itu bersuara. "Nyatakan situasi."
Milan yang menjawab. Tangannya masih erat lagi memegang bahunya yang berdarah. Sambil mengerang kesakitan dia menjelaskan segala-segalanya dengan terperinci. Dari mula sehinggalah sekarang. Boneka bermata merah itu pula tekun mendengar. Selesai saja berhujah Boneka itu berlalu pergi. "Mari." Katanya sepatah. Yang lain terus mengikutinya. Boneka itu berjalan sehinggalah berhenti di depan pintu masuk. Dia menoleh kebelakang. Memandang mereka bertiga. Tangannya diangkatkan. Seolah-olah dia menantikan sesuatu. Melihat tiada reaksi daripada mereka, Boneka itu berhadapan dengan mereka. Tangannya masih lagi menantikan sesuatu. "Berikan pistol."
Kata-kata itu ditujukan pada Milan sebenarnya. Matanya tepat pada Milan. Anak muda itu menggangguk beberapa kali sebelum jalan ke arah Boneka itu. Dia berhenti beberapa langkah dari Boneka tersebut. Perlahan-lahan dia menghulurkan pistolnya. Dan entah kenapa dia tersengih. Boneka itu hanya perhatikannya sebelum menghampiri. Seraya itu tangannya diletakkan di atas bahu Milan yang tercedera. Anak muda itu mengaduh kesakitan. Pistol yang dihulurnya jatuh ke lantai. Apa yang dia cuba nak lakukan? Matanya meligas ke arah bahunya. Dia dapati terdapat cahaya merah muda keluar dari tapak tangan Boneka itu. Perlahan-lahan kesakitan yang dirasai beransur hilang.
Boneka itu memulihkan lukanya. Tak seperti Rachel, proses itu langsung tak menyakitkan. Dia juga tidak perasan tangan Boneka itu sudah pun diangkat dan membongkok untuk pistol yang dilepaskannya tadi. Boneka itu membelek-belek pistol tersebut beberapa kali. "Pinjam." Sepatah saja dia kata lalu keluar dari kamar. Pintu dibiarkan terbuka. Perlahan-lahan Milan bersuara, matanya tidak beranjak memandang Boneka itu. "Kita patut ikutnya."
Pasangan kekasih itu mengangguk laju. Lalu mereka mengikuti Milan menuruni ke bawah menara tersebut. Boneka itu tidak kelihatan. Mungkin dia telah pun tiba dibawah. Selang beberapa minit kemudian kedengaran bunyi ngauman Gargoyle kedengaran. Bukannya seekor tetapi banyak bilangannya. Bunyi beberapa tembakan das juga kedengaran. Setiap kali keluarnya das tersebut ngauman Gargoyle berkurangan. Bunyinya ngeri sekali. Seraya itu Eric dan Milan bergegas ke bawah. Cornelia ikut kebelakang. Tiba di bawah, Eric dan Milan terkejut. Mereka tak mampu terkata apa-apa. Cornelia tiba di penghujungnya pun sama sekali.
"Ah...kesemuanya...kesemuanya..."
Ya, tepat sekali. Kesemua Gargoyle bergelimpangan dengan darah yang bertakung di lantai. Hampir kesemuanya mati. Hanya sebilangan kecil saja yang masih lagi berhempus pulas dengan nafas terakhir masing-masing. Berdiri tegak di antara mereka merupakan Boneka tersebut. Dia hanya mengalami kecederaan ringan saja. Di penggelanggan tangannya. Kini dia sedang menyembuhkannya menggunakan Genma.
"Biar benar..." Bisik Milan teruja. "Dia seorang saja mampu tewaskan belasan ekor Gargoyle!"
Eric disebelahnya hanya mampu tersengih. Dalam pada itu juga dia kagum dengan kekuatan serta kebolehan Boneka tersebut. "Nama pun senjata rahsia." Selesai berkata demikian dia berlalu ke depan. Cornelia mengikutinya ke belakang. Matanya ralat perhatikan keadaan Gargoyle-Gargoyle tersebut. Kebanyakan kepalanya pecah di tembak. Peluru biasa mungkin tak mampu melainkan ia telah disaluti dengan Genma. Dia kembali ke alam fana takala Boneka itu bersuara.
"Miasma kali ini semakin agresif." Ujarnya halus. Sambil itu dia menghulurkan kembali pistol kepada Milan. Selesai saja dia menuju ke satu sudut. Terdapat banyak bilah pedang tergantung disitu berserta sarungnya sekali. Dia mengambil salah satu daripadanya lalu disisipkan pada pinggang kanannya. "Nampak gayanya spesis Gargoyle akan pupus disebabkan mereka."
"Apa maksud awak?"
Sebelum sempat Boneka itu menjawab satu Terminal terpampar dihadapan wajah Cornelia. Sesaat kemudian terampil wajah seorang pemuda. Rambutnya hitam. Matanya biru. Keadaannya sangat tak terampil. Matanya sembam tak cukup tidur. Rambutnya juga tak terurus. "Cornelia! Mana kau!?" Jeritnya lantang. William namanya. Kesemua mata memandang padanya melainkan Boneka tersebut. Dia asyik meneliti keadaan pedang tersebut. "Sejak petang semalam aku puas menghubungi kau. Tak berjaya. Mana kau!?"
Nampaknya isyarat begitu teruk. Cornelia cuba menjawab tapi langsung tak diendahkan oleh William. Eric juga melalukan perkara yang sama tetapi ia tidak berjaya. Seolah mengerti William bersuara tiba-tiba. "Aku jangka misi kalian telah pun selesai. Tepat pukul enam pagi nanti pasukan aku akan ditiba di istana terbiar di daerah 31. Aku nantikan kau." Selesai saja demikian talian terputus.
"Baiklah." Ujar Eric sambil melihat jam tangannya. "Kita kesuntukan masa." Dia memetik jarinya lalu Terminalnya terpanpang dihadapannya. Segera dia menaip lalu dihantar pesanan kepada semua anak buahnya. "Nampaknya hala tuju kita sekarang merupakan pekarangan luar istana ini. Mari!" Dia memimpin tunangnya untuk keluar dari sini. Serentak juga pasangan tersebut berpaling serentak. Milan tak kecuali. Mata mereka perhatikan Boneka itu. Dia merenung pada salah seekor Gargoyle yang nyawa-nyawa ikan. Sambil itu dia menolak kepala makhluk tersebut menggunakan kakinya berkali-kali. Ke kiri. Ke kanan. Dan ke kiri semula. Dia mengukirkan senyuman yang agak menyeramkan. Apatah lagi matanya sendiri berwarna merah darah. Keseramannya hanya bertambah.
"Maaf," Panggil Milan dari jauh. Dia memaksa dirinya ketawa. Mungkin kerana takut melihat penampilan Boneka tersebut. Perlahan-lahan Boneka itu mengangkatkan kepalanya. Dia hanya perhatikan Milan sehingga anak muda itu bersuara. "Kita perlu pergi ke pintu masuk utama istana ini." Boneka itu akur lalu berjalan terus ke luar. Dia mengetuai kumpulan kecil tersebut. "Maaf," Panggil lagi Milan. Dia takut namun dia beranikan dirinya jua. "Rasanya kita belum berkenalan lagi." Boneka itu hanya tekun saja dengar apa yang dikatakan oleh pemuda itu ataupun Milan namanya. Pasangan di belakangnya pula Eric dan Cornelia.
Eric hanya mengukirkan senyuman sewaktu perkenalkan diri manakala Cornelia pula hanya mampu mengukirkan senyuman saja. Dia tak selesa Boneka itu perhatikannya. Caranya perhatikan seolah-olah harimau ingin menerkam mangsanya. Namun tumpuan Boneka itu terganggu apabila Milan menyoal mengenai. Dia hanya diam, menggambil beberapa saat untuk menjawab pertanyaan Milan. Akhirnya dia jawab jua.
"Aku hanya dikenali dengan nama samaran aku, iaitu Pemburu Bermata Merah..."
Suasana kaget apabila Boneka itu memperkenalkan dirinya. Tidak menunggu reaksi mereka Pemburu Bermata Merah itu keluar. Dia mengukirkan senyuman. Ia tidak seseram tadi. Ukirannya hampar sekali. Namun dia tidak menunjukkan ukiran tersebut pada manusia bertiga itu. Dia bersuara halus pada mereka. Walaupun halus ia masih boleh didengari.
"Ataupun dengan nama yang diberi, aku dikenali sebagai Zachary....."
♦
Share this novel