Bahagian 4 - Bab 3

Mystery & Detective Completed 10182

♦

Bahagian IV

Pulang Dari Misi

Bab III

Janji Akan Dikotakan

4 Disember 5371. Jam 1015. Dataran Utama Kota Arsa.

Mata Cornelia perhatikan langit pada siang hari. Tak sangka dia dapat melihatnya. Kakinya perlahan menuruni dari anak kapal ke dataran utama Arsa. Sedang asyik berjalan mata gadis itu asyik perhatikan langit. Suria di langit lemah memancarkan cahaya saat musim sejuk melanda. Perkata itulah yang membuatkannya leka. Warna biru di atas sangat mendamaikan hatinya.

Tiba-tiba dia dilanggar seseorang. "Maaf...saya tak..." Kata-katanya terhenti begitu saja sebaik saja melihat wajah orang yang dilanggarya.

"Tak mengapa." Itu saja yang keluar dari mulut Zachary. Usai saja dia berlalu pergi untuk menuju ke Lapangan Terbang Arsa. Cornelia hanya berdiamkan melihat Zachary melangkah jauh daripadanya menyertai Boneka yang lain. Hanya tiga puluh Boneka berjaya diperolehi. Bolehkah misi ini berjaya dengan jumlah mereka yang sedikit? Entah kenapa hatinya berdetik demikian. Bukankah dia telah melihat kekuatan Zachary? Semesti yang lain sama sepertinya. Tak patut dia sangsi.

"Cornelia?"

Suara Rachel memanggil dari lamuanannya. Gadis itu menoleh dan tersenyum simpul. "Apa yang difikirkan tu?" Suara Rachel sambil menahan ketawanya. Segera dia menarik tangan gadis itu. "Cepatlah. Perhimpunan di Lapangan Arsa hampir bermula." Usai berkata demikian Rachel menarik tangan Cornelia. Mereka berlari anak menuju ke tempat yang dimaksudkan.

Setibanya di sana perhimpunan telah pun di mulakan. Ia diuruskan oleh William. Sahabat Eric. Seperti Cornelia juga pemuda itu dipaksa untuk menyumbang baktinya untuk menumpaskan Miasma. Tak seperti yang lain dia merupakan kanak-kanak prodigy. Walaupun begitu, dia seorang yang kelam-kabut. Ia sedang berlaku sekarang. William sedang terkial mengutip kertas laporan yang baru bertaburan sebentar tadi. Merumitkan keadaan lagi, saat dia mengutip kertas tersebut dia terlanggar meja podium. Lantas ia jatuh. Mikrofon turut sekali jatuh bergolek lantas mengeluarkan bunyi menyakitkan telinga.

Ramai yang memerhatikan adegan tersebut menahan diri dari ketawa. Melainkan Robert, dia sudah pun ketawa. Namun dia mampu lakukannya sekejap saja kerana mendapat renungan maut daripada Eric. Setelah keadaan diam sepenuhnya barulah Eric pergi mengambilkan mikrofon.

"Baiklah, perkara pertama yang ingin saya ucapkan ialah taniah kepada semua kerana menjayakan misi ini."

Suasana menjadi senyap saat Eric membuka bicaranya. Mana tidaknya, Eric merupakan seorang yang dingin. Mereka tidak mahu menjadi mangsa seperti mana yang dialami oleh Robert tadi.

"Dan..." Eric cuba menyusun kata-katanya tanpa menguris perasaan sesiapa yang berada di dewan. Suasana menjadi jeda buat seketika. Seolah-olah memikirkan perkara yang betul di dalam benak fikirannya. Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali sebelum dia bersuara akhirnya. "Dan...dan takziah saya patut ucapkan kepada mereka yang gagal untuk menyertai kita pada saat ini..." Suasana bertukar hampar serta-merta. Ramai diantara mereka berpaling pada melihat Eric.

"Bagi mereka yang gagal berdiri seiring dengan kita sekarang akan sentiasa dikenang jasanya kerana terkorbannya merekalah yang memberikan kita nafas baru untuk memperjuangkan hidup kita! Tak akan sesekali pengorbanan mereka kita sia-siakan! Tak akan sekali. Dengan itu rakan-rakan sekalian, perjuangan kita akan diteruskan. Arsa akan dituntut kembali. Jangan lupa kita sudah pun memperoleh Boneka! Yakinkan diri kita semua, bahawa kita akan berjaya! Itu janji kita!"

Ucapan yang dikeluarkan oleh Eric benar-benar membakar semangat. Satu tepukan guruh kedengaran sebaik saja Eric selesai ucapannya.

Jauh dari situ Zachary perhatikan keadaan. Dia lebih selesa mengasingkan diri dari Boneka yang lain. Ucapan Eric berjaya menambatnya. Ya, teruskan perjuangan demi mereka yang terkorban. Boneka yang terkorban dibawah tapak tangannya. Dia akan berjuang atas nama Boneka yang telah terkorban. Bukan kerana Arsa sendiri. Dia akan terus membunuh kesemua Bonka yang ada.

Ya, tiada salah dia membunuh mereka. Dia menyelamatkan mereka. Lagipun ini atas arahan 'ayah'nya.

Kata-kata 'ayah' tidak pernah silap. Perlahan-lahan ukiran mula terukir pada bibirnya. Zachary mengingat kata 'ayah', sekiranya mahu menyelamatkan Boneka dia perlu menamatkan riwayat mereka.

Mata merahnya beralih pada sekumpulan Boneka yang berkumpul berasingan daripadanya. Operasi menyelamatnya akan bermula malam ini. Dia akan menyelamatkan mereka semua. Setiap seorang walaupun ada diantaranya pernah mengumpul dendam padanya.

Pemburu Bermata Merah tidak peduli semua itu. Janji wasiat 'ayah' tertunai.

Selesai semua Boneka dibunuh. Janjinya akan menamatkan riwayatnya sebelum terlambat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience