♦
Bahagian I
Buku Larangan Boneka
♦
Bab I
Si Ayah Takut Maut Menyambar Nyawa Anaknya
♦
21 Mac 5321. Jam 0812. Hospital Arsa.
“Maaf encik. Keadaan anak encik sangat tenat. Harapan untuknya sembuh sangat tipis.”
Kata-kata doktor itu menyentap dirinya. Jiwanya bagaikan direntap kasar apabila mendengar khabar buruk tersebut. Anak sulungnya tiada harapan untuk melihat dunia pada akan datang. Perlahan-lahan Cornelius menyusun kata-katanya. “Bagaimana jika Annelisse membuat rawatan lagi? Mampukah dirinya mempunyai harapan? Walau sekelumit sekalipun…”
“Tidak.”
Sepatah doktor itu bersuara. Nadanya dingin membekukan perasaannya. Malah kata-katanya membekukan suasana sekelilingnya juga. Dia terpaksa memberitahu kebenaran daripada memberi harapan palsu. Walaupun kebenaran itu kadang-kala terlalu pahit untuk diterima. “Sekiranya Annelisse membuat rawatan ianya tidak membantu. Malah ia hanya memendekkan hayatnya lagi. Keadaannya terlalu tenat. Badannya sudah terlalu lemah. Annelisse tidak mampu lagi.” Doktor tersebut berhenti apabila Cornelius menekup mukanya. Perlahan-lahan si ayah tunggal itu menarik nafas sedalamnya dan menghembus perlahan. Seolah-olah menghembus pergi segala masalah yang dilalui olehnya sekarang. “Berapa lama dia mampu bertahan?”
“Kira-kira enam bulan…”
Enam bulan…apa aku mampu lakukan dalam masa enam bulan!?
“Jika begitu…” Cornelius tidak tahu apa yang ingin dikatakan melalui hatinya. Perasaannya kini kosong. Khabar buruk ini sememangnya meremukkan hatinya. Matanya hanya melihat lantai kosong. Telinganya tidak lagi mendengar hentakan kaki manusia lalu-lalang disisinya. Dirinya berfikir… adakah masih ada cara untuk menyelamatkan keadaan anaknya?
“Annelisse dibenarkan keluar wad.” Ujar doktor itu seolah-olah memahami fikiran Cornelius. “Saya pergi dulu…” Tanpa menunggu reaksi Cornelius doktor itu pun berlalu pergi.
“Terima kasih…”
Perlahan-lahan Cornelius berjalan menuju ke bilik wad anaknya. Otaknya ligat berfikir cara untuk memberitahu berita sedih ini. Bagaimana reaksi anaknya? Bagaimana dia ingin memujuk anaknya? Bagaimana? Bagaimana? Bagaimana? Jauh disudut hatinya dia memikirkan bagaimana dia mahu larikan diri dari semua masalah yang menimpa keluarga serta dirinya? Dalam pada itu dirinya tidak sedar…pintu bilik wad anaknya berada didepannya. Perlahan-lahan tangannya memegang tombol dan selemah-lemah hatinya mahu memulas tombol pintu tersebut untuk membuka terus melihat wajah anaknya.
Pintu dibuka. Hilai-tawa anak-anaknya kedengaran bergurau senda sesama sendiri. Bibirnya yang murung sekian tadi mula mengukirkan senyuman.
“Ayah!”
Suara Amelia. Adik Annelisse. Wajah mereka hampir serupa bagaikan adik-beradik kembar. “Apa kata doktor ayah?” Kedua-dua beranak itu menanti berita dari si ayah. Suasana menjadi sunyi buat seketika. Si ayah tidak mengeluarkan sepatah suara pun. Dia hanya mampu memberikan senyuman tawar lalu memeluk Annelisse seerat yang mungkin, khuatiri maut akan menyambar nyawa anaknya pada saat ini.
Melihat sahaja reaksi si ayah air mata mula mengalir ditubir mata Annelisse. Esakkan mula kedengaran. Amelia hanya mampu mengelengkan kepalanya saja. Dia tidak mahu mempercayai apa yang diketahui olehnya tadi. Meskipun si ayah tidak memberitahu jawapannya, gadis itu tahu nyawa Annelisse sudah menghampiri hayatnya.
“Ayah tipu…ayah tipu…”
Berkali-kali anak gadis itu cuba menyakinkan bahawa penipuan yang dibuatnya benar sehinggalah si kakak bersuara. “Amy…kau sendiri tahu…ayah tidak pandai menipu…berhenti salahkan ayah…” Akhirnya kata-kata itu terkeluar juga. Amelia meraung sekuat hati. Sambil itu juga dia mendapatkan ayahnya untuk menenangakan dirinya.
Cornelius hanya mendiamkan diri sambil menenangkan kedua-dua anak perempuannya. Dia berbuat demikian sehinggalah tangisan mereka reda.
♦
Share this novel