Sejak insiden pagi tadi, Hana Sofea mengisytiharkan perang dingin secara senyap dengan Kazim Rayyan.
Tak ada pengumuman rasmi, tapi hukuman telah dijalankan.
Hukuman: Silent Treatment.
Tempoh: Sehingga Kazim mengaku salah.
Cara penyelesaian: Kazim kena pujuk sampai Hana puas hati.
Sejak Kazim mempertahankannya depan Encik Faiz tadi, dia rasa maruahnya sebagai seorang intern tercabut 30%, macam tudung satin yang tak cukup pin. Dia hargai niat Kazim, tapi kenapa dia kena nampak lemah sangat?!
Jadi, sebagai balasan, Hana buat-buat Kazim tak wujud.
Fasa 1: Kazim Rayyan Si Stalker
Sejak pagi, Kazim dah cuba mencuri perhatian Hana. Tapi dia masih diam macam patung cendana.
Kazim test cara pertama: Lalu depan meja Hana dengan sengaja.
→ Gagal. Hana buat-buat sibuk taip sesuatu di komputer, padahal cuma tekan huruf ‘A’ sampai satu perenggan penuh.
Kazim test cara kedua: Batuk-batuk kecil dekat meja sebelah.
→ Gagal. Hana tak bergerak langsung, konon-konon dia intern paling fokus abad ini.
Kazim test cara ketiga: Letak fail tebal atas meja Hana dengan bunyi kuat.
→ Gagal. Hana hanya jeling 0.5 saat, kemudian sambung taip huruf ‘B’ pula.
Kazim dah mula tak senang duduk. “Hana.”
Diam.
“Hana Sofea.”
Krik, krik.
Kazim berdehem. “Hana Sofea Binti…” Dia berkerut. “Eh, nama bapa kau siapa?”
Hana masih diam. Tapi dalam hati, dia dah tahan gelak. Padan muka Kazim. Baru kau tahu rasa kena ignore.
Fasa 2: Kazim Rayyan Tukang Pantun Separuh Matang
Kazim tak putus asa. Dia berdehem sekali lagi sebelum bersuara dengan nada serius, macam nak baca khutbah Jumaat.
"Pergi ke pasar beli cili,
Beli sekali ikan kembung,
Kalau Hana terus begini,
Kazim ni boleh naik bingung."
Hana tahan senyum. Tak, dia kena kuat. Dia kena buat-buat tak dengar.
Kazim mendekat sedikit. “Okay, kalau pantun pertama tak jalan, aku ada satu lagi.”
"Burung merpati terbang ke bukit,
Hinggap di dahan sambil menyanyi,
Hana merajuk, saya pelik sedikit,
Saya buat salah ke, wahai bidadari?"
Hana menggenggam pen kuat-kuat. Kau panggil aku bidadari? Kau ingat ni novel ?!
Kazim tunduk sedikit, suara lebih rendah. “Hana.”
Diam.
“Hana, kalau kau tak cakap dengan aku dalam 10 saat, aku akan buat sesuatu yang lebih teruk.”
Hana terkedu. Teruk macam mana?
Kazim angkat kening, kemudian mula menyanyi perlahan.
"Bintang di langit, lagi berseri… Tapi tak secantik Hana Sofea ini…"
Hana tergamam. WEYH APA BENDA NI?!
Kazim sambung. "Kalau Hana merajuk, hati saya sakit… Sebab saya suka Hana, walaupun dia pelik!"
Hana tersedak air liur sendiri. Dah kenapa tiba-tiba confession ni?!
Kazim tenung Hana lama-lama dengan wajah tanpa dosa.
Hana menelan liur. Tak boleh. Aku tak boleh kalah.
Dia bangun, capai fail, dan berpura-pura nak hantar sesuatu ke meja sebelah.
Kazim gelak kecil. “Ohh, dah mula elak, ye? Pandai.”
Fasa 3: Sticker Note Beracun
Hana duduk semula di tempatnya, pura-pura sibuk. Tapi masa dia nak buka buku nota, ada sekeping sticky note kuning tertampal di skrin komputer.
Dahi Hana berkerut. Bila masa Kazim letak ni?!
Dengan penuh perasaan geram tapi ingin tahu, dia baca tulisan di sticky note itu.
"Jangan marah lama-lama. Nanti cepat tua. Kalau dah tua, siapa nak ajak aku tengok bintang?"
DUP.
Jantung Hana rasa macam dipalu palu. KAZIM. RAYYAN. DAH. KENAPA?!
Mata Hana membesar. Macam mana dia tahu aku suka tengok bintang?
Kazim yang duduk tak jauh, hanya angkat kening. “So? Nak terus ignore aku lagi?”
Hana menggenggam sticky note itu, menahan diri dari senyum. Tapi dia tak boleh kalah macam ni je. Jadi dia ambil pen, tulis sesuatu di bawah nota Kazim, dan tampal balik di meja Kazim.
Kazim angkat kertas itu dan membaca.
"Tak nak tengok bintang dengan awak. Awak annoying."
Kazim tersenyum sambil geleng kepala. “Ahh, sekurang-kurangnya aku dah dapat jawapan.”
Hana buat muka tak puas hati. “Jawapan apa?”
Kazim tunduk sedikit ke arah Hana, jarak hanya beberapa inci.
Suara dia perlahan, tapi cukup untuk buat bulu roma Hana meremang.
"Jawapan bahawa kau dah cakap dengan aku semula."
Hana tersentak. Sial. Aku tertipu.
Kazim senyum menang sambil ambil sticky note tadi, lipat elok-elok, dan simpan dalam poket.
Hana pandang dia dengan geram. “Kenapa simpan?”
Kazim senyum sambil berbisik, "Kenangan pertama kali Hana merajuk dengan aku."
Hana rasa dia baru kalah dalam peperangan psikologi paling besar abad ini.
Dan yang paling menyakitkan hati?
Dia tak rasa marah sangat pun sebenarnya.
Share this novel