Hana rasa ada sesuatu yang tak kena.
Bukan pada dirinya, tapi pada suasana di sekelilingnya.
Luqman mula berkelakuan pelik. Sebelum ini, lelaki itu selamba saja, tak pernah kisah siapa di sekeliling Hana. Tapi sejak kebelakangan ini, setiap kali Kazim ada, Luqman seolah-olah tak senang duduk.
Reaksi Luqman tu bukan yang obvious sangat. Bukan jenis tunjuk cemburu terang-terangan, tapi Hana cukup peka untuk menangkap perubahan kecil.
Kalau Kazim lalu, Luqman akan diam.
Kalau Kazim bercakap dengan dia, Luqman buat muka biasa—tapi terlalu biasa sampai nampak dibuat-buat.
Kalau Kazim hulurkan pertolongan, Luqman akan tengok dari jauh, kemudian berpaling seolah-olah tak peduli.
Tapi Hana tahu. Luqman bukan tak peduli.
Dia cuma berpura-pura.
Satu perkara tentang Kazim yang buat dia rasa... pelik.
Kazim bukan jenis lelaki yang banyak cakap atau berlebihan dalam tindakan. Tapi entah macam mana, dia selalu ada setiap kali Hana perlukan sesuatu.
Masa dia jatuhkan fail minggu lepas, Kazim ada di situ, hulurkan fail sebelum Hana sempat tunduk ambil.
Masa dia hampir-hampir tersepak wayar komputer di pejabat, Kazim tarik dia ke belakang sebelum sempat dia tersembam.
Dan baru-baru ini, masa dia kena serang dengan seorang pelanggan yang marah, Kazim ada di situ, berdiri sedikit di depan dia seolah-olah takkan biarkan sesiapa mengancamnya.
Tanpa sedar, Hana mula rasa... selamat bila Kazim ada.
Tapi itu yang buat situasi jadi lebih rumit.
Sebab setiap kali Kazim ada, Luqman akan berubah.
Malam itu, ada satu majlis rasmi anjuran universiti. Hana sebagai intern terlibat dalam pengurusan acara, jadi dia kena hadir.
Apa yang dia tak jangka, Kazim dan Luqman juga ada.
Dan lebih tak dijangka, dua-dua lelaki itu datang dengan aura masing-masing.
Kazim dengan gaya clean dan sederhana, tapi cukup kemas untuk nampak effortlessly charming.
Luqman pula dalam sut gelap, serius dan tenang, tapi renungan dia lebih tajam daripada biasa.
Hana duduk di meja staf, cuba buat tak peduli dengan kehadiran mereka. Tapi sebaik Kazim duduk di kerusi kosong sebelahnya, dia dapat rasakan ada sepasang mata lain yang sedang memerhatikan.
Luqman.
Dia duduk di meja lain, tapi pandangan dia jelas tertumpu pada mereka.
Hana buat-buat tak nampak. Tapi dia dapat rasakan Luqman tak senang duduk.
Makanan dihidangkan. Kazim seperti biasa, santai dan tenang. Dia berborak dengan beberapa staf lain, tapi sempat juga sekali-sekala mencuri pandang ke arah Hana.
“Hana,” Kazim bersuara perlahan.
“Hm?”
“Kau okay?”
Hana angguk, tersenyum kecil. “Kenapa tanya?”
Kazim jungkit bahu. “Sebab aku nampak kau cuba buat-buat tak okay.”
Hana terdiam.
Dia tak sangka Kazim boleh baca dirinya sejelas itu.
Dan Luqman yang sedang memerhati, makin lama makin nampak resah.
Seusai majlis, Luqman akhirnya menghampiri Hana.
Dia berdiri di depannya, mata tajam menikam wajahnya.
“Hana,” Luqman bersuara, nada sedikit serius.
Hana angkat kening. “Ya?”
Luqman menjeling ke arah Kazim yang berdiri tidak jauh dari mereka. Kemudian dia kembali memandang Hana.
“Kau dengan Kazim… rapat?”
Soalan itu buat Hana tersentak sedikit.
Dia tak jangka Luqman akan tanya soalan macam tu.
Dia perasan Kazim di belakang sedikit tersenyum, seolah-olah dah jangka situasi ini akan berlaku.
“Kitorang kawan,” Hana jawab ringkas.
Luqman masih merenungnya. “Cuma kawan?”
Hana angguk. “Kenapa tanya?”
Luqman diam seketika sebelum bersuara lagi. “Aku tak rasa dia tengok kau macam kawan.”
Hana tergamam.
Dan Kazim tiba-tiba ketawa kecil di belakang.
Luqman berpaling ke arahnya, mata mereka bertembung.
“Kenapa kau ketawa?” Luqman tanya, nada sedikit tajam.
Kazim masih tersenyum. Dia melangkah perlahan ke arah mereka, berdiri berhadapan dengan Luqman.
“Kau tahu apa yang pelik?” Kazim bersuara tenang.
“Apa?”
“Seorang lelaki hanya akan tanya soalan macam tu bila dia sendiri tak pasti dengan perasaan dia.”
Luqman terkedu.
Hana juga terdiam.
Kazim memandangnya dengan mata penuh makna sebelum berpaling dan melangkah pergi.
Meninggalkan Luqman terdiam, dan Hana dengan perasaan yang makin bercelaru.
Share this novel