Hana Sofea, seorang pelajar universiti yang friendly, pelik, dan selalu blur dalam hal hati. Sejak sekian lama, dia memendam perasaan pada Luqman Hakim—lelaki yang nampak islamik, tak banyak cakap, dan misterius. Tapi Luqman ni susah dibaca, buat Hana tertanya-tanya... dia suka aku ke tak? Dalam masa yang sama, Kazim Rayyan, si nerd yang jarang senyum dan kuat kerja, tiba-tiba mula tunjuk perhatian. Belanja air, bagi jajan, cakap dengan suara lembut—benda-benda kecil yang Hana anggap biasa, tapi kawan-kawan dia mula perasan… Kazim lain dengan Hana. Makin lama, makin keliru. Hana doa minta petunjuk, tapi jawapan yang dia dapat... mimpi dua-dua lelaki tu ada perasaan dekat dia? Astaghfirullah, apa ni?! Kazim selalu ada bila Hana perlukan seseorang. Luqman pula mula beri tanda-tanda yang dia juga perasan kehadiran Hana dalam hidupnya. Satu demi satu kejadian berlaku, sampai Hana tak boleh lari lagi. Dia kena buat pilihan. Siapa yang sebenarnya lebih ikhlas? Siapa yang lebih dia perlukan? Siapa yang mampu bimbing dia ke jalan yang betul? Atau… patut dia biarkan jodoh datang sendiri tanpa tergesa-gesa?
Update 19 April 2025