Selepas kejadian di pasar malam, Hana masih tak boleh lupakan renungan tajam Luqman dan gestur Kazim yang makin berani. Dia duduk termenung di meja belajar, cuba fokus pada nota kuliahnya, tapi otaknya asyik ulang tayang momen semalam.
"Kenapa aku tiba-tiba rasa lain dengan Kazim?" Hana berbisik sendiri.
Dia masih crush dengan Luqman, itu tak berubah. Tapi Kazim… cara dia layan Hana berbeza dengan orang lain. Kalau dengan Afia atau budak office lain, dia kaku dan serius. Tapi dengan Hana, dia boleh tiba-tiba bagi jajan, belanja air, atau drop komen sarkastik yang pelik-pelik.
Hana mengeluh, menutup muka dengan tangan. “Aduh… aku ni overthinking ke apa?”
Dia ambil telefon dan scroll TikTok untuk lari dari fikiran sendiri. Tapi tiba-tiba, notifikasi WhatsApp masuk.
Kazim Rayyan:
“Ada kat mana? Aku belikan kopi. Kau suka yang caramel kan?”
Hana terus duduk tegak. DIA INGAT ORDER KOPI AKU?!
Jari-jarinya laju menaip.
Hana Sofea:
“Eh? Kenapa tiba-tiba?”
Kazim Rayyan:
“Tak boleh ke? Ke kau nak matcha? Cakap cepat.”
Hana menggigit bibir. Kenapa dia macam ni? Kazim Rayyan, nerd yang jarang senyum, tiba-tiba ingat minuman kegemaran aku?!
Hana Sofea:
“Caramel jela…”
Kazim Rayyan:
“Otw.”
Hana letak telefon, tapi jantungnya berdegup laju. Kenapa tiba-tiba aku excited ni?!
Beberapa minit kemudian, Kazim sampai depan pejabat kecil tempat Hana buat kerja sambilan. Dengan gaya santai, dia letak segelas kopi atas meja.
“Eh, ni bukan caramel…” Hana tengok cawan itu pelik.
Kazim sengih. “Aku tahu kau suka caramel. Tapi aku belikan vanilla sebab aku rasa kau perlu sesuatu yang tak terlalu manis.”
Hana terdiam. Kazim ni… nampak macam tak peduli, tapi dia perasan sekecil-kecil benda pasal aku?
“Ehh, Kazim… kau ni pelik lah,” Hana tergelak kecil, cuba cover debar dalam hati.
Kazim hanya menjongket bahu. “Aku pelik ke, atau kau yang tengah perasan lebih?”
Hana menjeling tajam. “Eh, takde maknanya aku perasan!”
Kazim ketawa kecil sebelum tiba-tiba… ada suara lain menyampuk.
“Hana.”
Hana tersentak. Jantungnya hampir gugur bila dia angkat kepala dan nampak Luqman berdiri depan pintu pejabat.
ALAMAK.
Luqman nampak Kazim berdiri dekat meja Hana dengan kopi di tangannya. Matanya sedikit mengecil, tapi ekspresi dia tetap tenang macam biasa.
Kazim tak berganjak. Dia cuma angkat kening sikit sebelum bersuara. “Luqman.”
Luqman angguk sikit. “Kazim.”
Oh my God, kenapa suasana tiba-tiba jadi tegang ni?!
Hana cuba senyum. “Luqman! Eh, apa kau buat kat sini?”
Luqman pandang Hana, suaranya lembut seperti biasa. “Aku ada meeting dengan boss. Kau okay?”
Hana angguk laju. “Okay! Okay sangat!” Padahal jantung aku dah berlumba macam larian 100 meter.
Kazim berdehem sikit. “Aku pergi dulu. Jangan lupa minum kopi tu, Hana.”
Luqman memerhati Kazim berlalu sebelum duduk di kerusi sebelah Hana. Dia pandang cawan kopi atas meja.
“Dia selalu belikan kau kopi?”
Hana tersentak. Eh? Kenapa dia tanya macam tu?
“Err… kadang-kadang je.”
Luqman mengangguk perlahan, tapi wajahnya sukar dibaca. Hana cuba tak fikir banyak, tapi ada sesuatu dalam nada suara Luqman yang buat hatinya berdebar.
Tiba-tiba, Luqman bersandar dan pandang Hana dengan senyuman nipis.
“Hana…”
“Ya?”
“Aku rasa…”
“Rasa apa?” Hana makin tak tentu arah.
Luqman tunduk sedikit, suaranya rendah.
“Aku nak ajak kau berbuka sekali.”
Hana terkedu. BERBUKA SEKALI? DENGAN LUQMAN?!
Dia hampir tersedak air liurnya sendiri. Mimpi ke ni?
“Kau busy ke petang nanti?” Luqman tanya lagi bila Hana tak menyahut.
“Aku—err…” Hana cuba berfikir dengan waras. Dia nak pergi… tapi… Kazim?
Luqman senyum lagi, seolah-olah boleh baca isi hatinya. “Kalau kau sibuk, tak apa.”
“Tak! Aku free.” Hana cepat-cepat mencelah.
Luqman ketawa kecil. “Okay. Jumpa nanti.”
Sebaik sahaja Luqman bangun dan berlalu pergi, Hana jatuh terduduk di kerusi. Tangan dia genggam cawan kopi Kazim.
Baru tadi Kazim belikan aku kopi.
Sekarang Luqman ajak aku berbuka.
KENAPA DUA-DUA NI BUAT AKU PENING SEKARANG?!
Share this novel