Bab 3

Romance Series 602

Hari itu, Hana Sofea melangkah masuk ke pantry pejabat dengan niat yang sangat suci—nak buat milo ais dan rehat sekejap. Selepas separuh hari berhempas pulas depan komputer, otaknya perlukan reset.

Dia bersenandung kecil sambil menuang serbuk milo ke dalam cawan.

"Hana Sofea, kau ni kuat berangan sangat," dia membebel sendiri, tersengih sambil mengacau air.

Tapi—

"Hana."

"YA ALLAH TOKSAH HANTU OIII!"

Hana melompat terkejut, sudu dalam tangan terpelanting kena kabinet. Jantungnya berdegup macam kena kejar anjing!

Dia berpusing, dan—

Kazim Rayyan berdiri di belakangnya dengan wajah blur.

"Weh, kau nak bunuh aku ke?!" Hana tepuk dada, mata masih terbeliak.

Kazim angkat kening. “Aku panggil nama kau je.”

Hana tarik nafas, cuba stabilkan degupan jantungnya. “Kau tak boleh panggil dengan nada seram-seram macam tu! Aku ada penyakit melatah tahap dewa, tau tak?”

Kazim tahan senyum. “Menarik.”

"Menarik kepala hotak kau!" Hana membebel sambil mencapai cawan milonya yang dah hampir melimpah.

Kazim tarik kerusi dan duduk di meja pantry. “Aku nak tanya… Kau free tak malam ni?”

Jantung Hana STOP SEKEJAP.

Dia hampir tersedak milo. Mata membulat.

Kazim tanya dia keluar?!

Tak mungkin.

Kazim Rayyan yang nerd, anti-sosial, dan selalu nampak serius nak ajak dia keluar?!

Hana telan air liur. “Kenapa?”

“Ada pasar malam best dekat area sini. Aku fikir nak belanja kau makan. Kau suka tak ayam percik?”

Hana ternganga.

Kazim. Nak. Belanja. Aku. Ayam. Percik.

Minda Hana tengah loading. Dia angguk perlahan. “Er… suka.”

Kazim tersenyum kecil. “Okey. Lepas kerja, kita pergi.”

Hana terus kaku. Tak tahu nak jawab apa.

Luqman yang dia crush selama ni tak pernah ajak dia keluar. Tapi Kazim yang selalu serius ni?

Hana termenung sambil tengok Kazim keluar dari pantry.

Tiba-tiba, Afia muncul dengan senyum penuh makna. “HANA! KAZIM AJAK KAU KELUAR?! KENAPA TAK REKOD? AKU NAK POST KAT TIKTOK!”

Hana tepuk dahi. “Afia, tolonglah…”

Afia sengih. “Weh, kau tak rasa ni sign jodoh ke?”

Hana telan air liur. Jodoh? Dengan Kazim?

Jantung dia berdebar lagi. Kali ni bukan sebab crush kat Luqman. Tapi…

Sebab Kazim Rayyan.

Lepas kerja, depan pejabat.

Hana berdiri di tepi jalan, menunggu Kazim. Dia pakai blouse biru lembut dengan tudung putih. Entah kenapa, dia rasa berdebar lain macam.

Luqman lalu di hadapannya, matanya singgah sebentar pada Hana.

“Awak tunggu siapa?” soalnya perlahan.

Hana tergagap. “Er… Kazim.”

Kening Luqman berkerut sedikit. “Kazim?”

Belum sempat Hana jawab, Kazim tiba-tiba muncul. “Jom.”

Luqman pandang Kazim dengan riak sukar ditebak. Kazim cuma angkat kening dan selamba berlalu bersama Hana.

Hana cuba kawal diri. Tapi dalam hati—

Weh, kenapa Luqman pandang aku macam tu?!

Kazim bukakan pintu kereta untuknya. Hana masuk dengan jantung masih berdegup.

Kazim masuk ke tempat pemandu dan menghidupkan enjin. “Kau suka kuih apa?”

Hana tersentak. “Hah?”

“Bazaar nanti. Aku nak belikan kuih yang kau suka.”

Hana terdiam sesaat. Dia pandang Kazim yang tengah fokus memandu.

Entah kenapa… dia rasa pelik.

Kazim yang nerd, workaholic, dan jarang layan orang ni… kenapa tiba-tiba nampak macam—

Macam nak ambil hati dia?

Jantung Hana makin laju.

Hari ini, dia betul-betul keliru.

Hana melangkah masuk ke bazaar dengan mata bersinar-sinar. Bau ayam percik, murtabak, dan air balang buat perutnya berkeroncong.

Kazim di sebelah, tangan dalam poket, jalan rilek je.

Hana cuba buat cool. “Kau suka makan apa?”

Kazim toleh. “Macam-macam. Tapi aku nak belikan kuih untuk kau dulu.”

Hana terkedu. “Hah?”

“Kau suka kuih apa?” Kazim ulang.

Hana garu kepala. “Er… aku suka tepung pelita.”

Kazim angguk. “Okey.”

Lepas tu, dia terus bergerak ke arah gerai tepung pelita tanpa tanya banyak.

Hana tengok je. Weh, pelik betul Kazim ni.

Lelaki tu bukan jenis sembang banyak, tapi sejak akhir-akhir ni… dia asyik nak belanja makanan. Dulu serius je buat kerja, tapi sekarang ajak berbuka sama-sama.

Hana pandang belakang. Dekat gerai ayam percik, seseorang tengah berdiri sambil layan phone.

Luqman Hakim.

Jantung Hana berdegup laju. Dia terus menoleh ke arah lain, takut kantoi tengah perhati.

Tapi tiba-tiba—

“Hana?”

Hana terkaku. Perlahan-lahan dia berpaling.

Luqman dah berdiri depan dia, dahi berkerut sedikit. “Kau dengan Kazim?”

Hana telan air liur. “Err… dia belanja aku berbuka.”

Mata Luqman macam… lain macam.

“Kau rapat dengan dia sekarang?” soalnya perlahan.

Hana blur. “Err… aku pun tak tahu?”

Kazim tiba-tiba muncul di sebelah, plastik kuih di tangan. “Aku dah beli tepung pelita kau.”

Luqman dan Kazim bertentang mata. Hana rasa macam tengah tengok scene dalam drama.

“Luqman,” Kazim angkat kening.

Luqman angguk kecil. “Kazim.”

Kazim toleh ke Hana. “Jom?”

Hana tak fikir panjang, terus ikut Kazim. Tapi dia dapat rasa… Luqman masih tengok mereka.

Di meja berbuka.

Hana mengacau air balangnya dengan straw. Kazim tengah fokus pada ayam perciknya.

Tapi dalam kepala Hana?

Kenapa Luqman tanya aku macam tu tadi?

Dia jeling Kazim. Lelaki ni rilek je. Makan dengan tenang, macam tak ada apa berlaku.

Hana tarik nafas. “Kazim.”

“Hm?”

“Kau… suka aku ke?”

Kazim berhenti kunyah.

Hana rasa seluruh dunia pause sekejap.

Kazim telan makanan perlahan, tenung Hana. Lama.

Pastu—

“Kau rasa?”

WEH?!

Hana hampir tersedak. “Hah? Apa maksud kau?”

Kazim angkat kening. “Kalau aku suka, kau nak buat apa?”

Hana terkedu. Otaknya loading. Weh, ni apa?!

Kazim tunduk, senyum kecil. “Makan dulu. Nanti kau fikir.”

Hana betul-betul tak boleh makan dengan tenang.

Malam ni… hati dia kena serang teruk.

Lepas berbuka, dalam kereta.

Hana termenung sambil tengok tingkap. Kazim fokus memandu.

Tiba-tiba, Kazim bersuara. “Aku nak bagi sesuatu.”

Hana toleh. “Apa?”

Kazim keluarkan sesuatu dari dashboard. Kotak kecil.

Hana terkebil-kebil. “Eh, apa ni?”

“Buka.”

Tangan Hana menggigil sikit. Dia buka kotak tu—

Dalamnya ada gelang tangan simple warna perak.

Hana ternganga. “Kazim… ni untuk aku?”

Kazim angguk. “Aku nampak ni masa keluar lunch tadi. Aku teringat kau.”

Hana tak tahu nak kata apa. Jantungnya rasa macam drum band tengah buat konsert.

Kazim sambung, “Aku tak harap apa-apa. Aku cuma nak kau tahu… aku perasan sesuatu.”

Hana berdebar. “Perasan apa?”

Kazim tenung ke depan.

“Kau asyik pandang Luqman.”

DEG!

Hana terkedu.

Kazim senyum nipis. “Tapi sekarang, aku nak kau cuba tengok aku.”

Hana terus blur.

Weh, apa Kazim cakap ni?!

Malam tu, Hana betul-betul tak boleh tidur.

Luqman ada dalam fikirannya.

Tapi Kazim… dah mula buat jantungnya berdebar juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience