Bab 18

Romance Series 624

Hana rasa dunia ni kelakar.

Dulu, dia fikir cinta itu senang. Kalau suka, cakap. Kalau tak suka, jalan terus.

Sekarang? Hidup dia macam drama jam 7 malam.

Dia tengok skrin telefon, jari dia nak taip mesej tapi tak tahu nak hantar dekat siapa.

Kazim?
Luqman?
Atau tak payah hantar langsung?

Hana mengeluh, rebahkan kepala atas meja.

Afia yang duduk depan dia dah juling mata. "Hana, kau nak tidur atau kau nak cerita?"

Hana angkat kepala perlahan-lahan. "Fi… aku dah gila."

Afia letak teh ais atas meja. "Dah lama dah."

Hana sempat baling cebisan tisu ke arah Afia, tapi kawan dia buat tak tahu.

Afia hirup air, muka penuh serius. "So, apa cerita? Kau dah buat keputusan?"

Hana mengeluh lagi. "Aku tak tahu. Kazim macam… dia selalu ada, tapi dia tak pernah desak aku. Aku suka cara dia, tapi aku takut kalau aku sebenarnya cuma selesa, bukan suka."

Afia angguk. "Okay. Luqman pula?"

Hana gigit straw. "Aku… aku pernah suka dia, Fi. Tapi sekarang aku rasa aku cuma suka imej dia dalam kepala aku."

Afia dah silang tangan. "Hah. Tu yang aku tunggu kau cakap. Aku dah agak."

Hana kerut dahi. "Agak apa?"

Afia senyum sinis. "Kau ni sebenarnya dah tahu jawapan dia, cuma kau takut nak terima."

Hana telan air liur. "Tak, Fi. Aku betul-betul tak pasti."

Afia jeling. "Hana, aku nak tanya satu soalan."

Hana tunduk. "Kenapa semua orang asyik nak tanya aku soalan?"

Afia tak peduli. "Kau rindu siapa?"

Hana terdiam.

"Kau ada dua lelaki dalam hidup kau sekarang. Seorang jauh, seorang dekat. Tapi bila kau termenung, bila kau rasa hati kau kosong, bila kau doa waktu malam…"

Afia sandar ke belakang. "…siapa yang kau harap ada dengan kau?"

Hana rasa dada dia bergetar.

Sebab… dalam sunyi, dalam ragu-ragu, dalam ketakutan…

Hanya satu nama yang muncul dalam hati dia.

Kazim tutup laptop, tarik nafas dalam-dalam.

Sejak kebelakangan ni, dia perasan Hana macam serabut. Kadang-kadang dia nak tegur, tapi dia tak nak jadi lelaki yang mendesak.

Dia cuma nak jadi lelaki yang selalu ada.

Tapi… sampai bila?

Telefon dia berbunyi. Mesej dari Hana.

"Kazim… awak pernah tunggu sesuatu yang awak sendiri tak pasti?"

Kazim terdiam lama.

Kemudian, jari dia menaip perlahan-lahan.

"Aku tak tunggu kalau tak ada harapan."

Hana baca mesej tu lama.

Dan entah kenapa… mata dia rasa panas.

Hana baring atas katil, merenung siling biliknya yang kosong.

Sejak beberapa hari ini, fikiran dia penuh dengan soalan.

Kenapa hati dia masih berbolak-balik?

Dia tahu Luqman semakin menjauh. Dia tahu Kazim tetap ada. Tapi kenapa dia tak boleh buat keputusan?

Hana pegang telefon, scroll mesej lama. Mesej Kazim tadi masih di situ.

"Aku tak tunggu kalau tak ada harapan."

Hana telan air liur.

Adakah Kazim pernah nampak harapan dalam diri aku?

Dan adakah aku sendiri nampak harapan dalam diri dia?

Dia hela nafas panjang, matanya mula berat.

"Ya Allah… kalau dia bukan untuk aku, jauhkanlah. Tapi kalau dia yang terbaik… berikan aku petunjuk."

Hana pejam mata.

Dan malam itu, hatinya terasa lebih kosong daripada biasa.

“Hana, siap! Kita nak pergi masjid,” suara maknya dari luar bilik.

Hana bangun malas-malas. “Kenapa tiba-tiba?”

“Ada ceramah agama. Pasal jodoh.”

Hana tergamam.

Pasal jodoh?

Hana ambil tudung, cuba tak fikir yang bukan-bukan. Ini bukan tanda dari langit. Ini cuma satu kebetulan.

Kan?

Bila sampai di masjid, Hana ikut mak dan ayahnya duduk di saf wanita. Ramai orang malam ni. Hana duduk diam, mengelamun sendiri.

Tapi bila matanya melilau ke saf lelaki, dia terkaku.

Kazim.

Ya Allah, kenapa dia ada kat sini?!

Hana menampar lembut pipinya. Jangan paranoid. Kazim bukan stalker. Dia mungkin memang datang untuk ceramah ni.

Hana cuba buat tak tahu. Tapi sejak dia sedar Kazim ada, ceramah tu tiba-tiba jadi lebih ‘dekat’ di hati.

Ustaz di depan tersenyum sebelum bercakap dengan tenang.

"Ramai orang ingat jodoh itu mesti datang dengan orang yang kita suka."

"Tapi kita lupa… jodoh sebenar ialah orang yang Allah tahu kita perlukan."

Hana tertunduk.

"Kadang-kadang kita kejar seseorang, tapi dia bukan untuk kita. Kadang-kadang kita menolak seseorang, sedangkan dia jodoh yang Allah aturkan."

"Jangan cari jodoh dengan mata, tapi carilah dengan hati yang bersandar pada Allah."

Hana rasa dada dia bergetar.

Tapi yang lebih buat dia tak senang duduk—semasa ustaz berkata-kata, Kazim menunduk, seolah-olah sedang berfikir sesuatu.

Dan Hana tak tahu kenapa dia rasa nak menangis.

Selesai ceramah, Hana bangun perlahan. Mak dan ayah dia sibuk berbual dengan kenalan mereka, jadi dia keluar ke kawasan ambil wuduk untuk ambil angin.

Dia masih rasa berat.

Tapi tiba-tiba, ada suara yang sangat dia kenal menegur.

"Hana?"

Hana terpaku.

Kazim berdiri beberapa langkah dari dia, dengan wajah penuh tanda tanya.

"Kau buat apa kat sini?"

Hana berdehem, cuba bertenang. "Err… dengar ceramah. Kau?"

Kazim senyum kecil. "Aku selalu datang sini tiap minggu."

Hana terdiam. Entah kenapa, jawapan Kazim buat dada dia terasa hangat.

Kazim masukkan tangan dalam poket. "Hana."

Hana angkat muka.

"Kau dengar tak ustaz cakap tadi?"

Hana angguk perlahan. "Dengar."

Kazim tersenyum. "Aku pun."

Dan tanpa kata lain, Kazim melangkah pergi… tinggalkan Hana dengan hatinya yang berdegup kencang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience