Bab 2

Romance Series 602

Hana baru sahaja meletakkan telefon di atas meja ketika Afia berdeham kecil.

“Ada orang nak join kita lunch?”

Hana buat-buat tak dengar. Dia sibuk mengacau air milo aisnya yang sudah cair separuh.

Afia menyandarkan badan, tangan bersilang dengan senyuman penuh makna. “Kau dah kantoi, Hana. Si Kazim nak datang sini, kan?”

“Apa kau merepek ni—”

“Assalamualaikum.”

Suara itu menghentikan perbualan mereka serta-merta.

Hana menoleh dan hampir tersedak dengan straw sendiri. Kazim berdiri di sebelah meja, berkemeja biru gelap dengan lengan tergulung sedikit, menampakkan tangan yang sentiasa sibuk menaip di laptop. Di tangannya ada satu plastik kecil. Tanpa sepatah kata, dia letakkan sesuatu di atas meja.

Sebungkus roti dan sebotol air mineral.

Afia menjeling tajam sebelum tersengih. “Aku mana?”

Kazim menjungkit kening. “Awak bukan selalu kata nak diet?”

Afia mendengus, tapi Hana lebih terkejut. Kazim macam tahu dia belum makan? Atau dia sekadar teka?

“Err... terima kasih.” Hana cuba mencari ayat yang sesuai.

“Tak payah,” jawab Kazim pendek, kemudian dia tarik kerusi dan duduk di sebelah Hana, menambah lagi debaran dalam hati gadis itu.

Afia, seperti biasa, hanya jadi pemerhati.

Tapi Hana baru nak tenang bila tiba-tiba—

“Afia, Hana.”

Luqman bersuara.

Hana sekali lagi terdiam. Luqman duduk di seberang meja, tepat bertentangan dengan Kazim. Matanya memandang sekilas ke arah plastik makanan yang Kazim bawa sebelum menatap Hana.

“Kau dah makan?”

Afia hampir ketawa. Sama soalan, dua lelaki berbeza.

Hana tergagap. “Dah... err, kejap lagi.”

Luqman mengangguk perlahan, tapi Hana perasan cara dia memandang Kazim, seolah-olah cuba membaca sesuatu.

Kazim pula langsung tak menunjukkan reaksi pelik. Dia membuka laptop seperti biasa, tapi sebelum itu, dia sempat menolak plastik makanan tadi sedikit ke arah Hana.

Afia tersenyum penuh makna sambil mengerling Hana.

“Well... aku rasa kita kena cari topik lain sebelum Hana pengsan akibat perhatian berlebihan.”

Hana menutup muka dengan tangan. “Afia!!”

Kazim dan Luqman—dua-dua senyap. Tapi satu perkara Hana pasti—dia bukan satu-satunya yang berdebar sekarang.

Selepas beberapa saat yang terasa macam sejam, Hana cuba untuk fokus pada makanan di hadapannya. Dia mengoyakkan plastik roti itu perlahan-lahan, tapi tangannya terasa kaku.

Dia tak boleh tak perasan sesuatu—kenapa Kazim dan Luqman macam bersaing senyap?

Kazim tenang seperti biasa, tapi setiap kali Luqman bersuara, Kazim seakan-akan lebih fokus pada laptopnya, seolah-olah tidak mahu memberi perhatian.

Luqman pula... dia bukan jenis yang bercakap banyak, tapi sejak akhir-akhir ini, dia makin kerap ‘terserempak’ dengan Hana. Sama ada di kafe, di surau, atau di perpustakaan universiti. Dan selalunya, dia akan tanya soalan-soalan yang buat Hana terpinga-pinga.

“Macam mana kelas tadi?”

“Kau dah hantar assignment?”

“Kau okey ke?”

Bunyi biasa, kan? Tapi kenapa bila dia yang tanya, Hana rasa macam ada maksud tersirat?

Afia mencelah lagi. “Eh, tadi kan kelas Hana ada test kan? Susah tak?”

“Bolehlah...” Hana membalas perlahan.

“Dia boleh jawab dengan baik,” Kazim tiba-tiba bersuara tanpa memandang sesiapa.

Hana berpaling ke arah Kazim. “Macam mana kau tahu?”

Kazim akhirnya mengangkat kepala dari laptop. “Aku ada nampak kau keluar dari kelas tadi. Muka kau nampak macam orang lega.”

Hana telan liur. Kazim perasan sampai ke tahap tu?

“Luqman?” Afia tiba-tiba menyoal.

Luqman mengerutkan dahi. “Apa?”

“Tak ada apa-apa ke yang kau nak cakap?” Afia tersenyum sumbing.

Luqman terdiam seketika sebelum matanya memandang tepat ke arah Hana. “Kalau susah nak jawab, lain kali boleh study dengan aku.”

Afia menutup mulut, cuba menahan ketawa. Hana pula tak tahu nak react macam mana.

Kazim menghela nafas kecil sebelum tiba-tiba menutup laptopnya. “Hana, lepas ni ada kelas lagi ke?”

“Ada... dalam sejam lagi.”

“Kau nak aku belikan air lain ke? Milo kau dah cair.”

Afia hampir tersembur air yang diminumnya. Luqman ajak study. Kazim pula perasan minuman Hana cair?

Hana tergagap lagi. “Tak... tak apa. Aku okay je.”

Kazim hanya mengangguk sebelum bangun. “Aku nak balik office. Kalau ada apa-apa, mesej.”

Luqman masih duduk di tempatnya, tenang seperti biasa.

Selepas Kazim berlalu pergi, Afia pantas mencuit Hana.

“Weh, kau ni macam Queen Elizabeth ke apa? Dua-dua lelaki ni layan kau macam kau special!”

Hana membulatkan mata. “Mana ada!”

Afia ketawa. “Habis tu? Sorang ajak study, sorang ambil berat pasal air kau. Tak special ke tu?”

Hana diam. Dalam hatinya, dia tahu sesuatu—permainan ini baru sahaja bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience