Malam itu, Hana baring atas katil, tapi matanya langsung tak boleh lelap.
Ceramah tadi masih terngiang-ngiang dalam kepala.
"Jangan cari jodoh dengan mata, tapi carilah dengan hati yang bersandar pada Allah."
Dan Kazim?
"Aku pun."
Kenapa jawapan dia macam ada maksud lain?
Hana rasa geram dengan diri sendiri. Dia tak suka rasa macam ni. Dia tak suka bila fikirannya terlalu memikirkan Kazim.
Kenapa Kazim sentiasa ada dalam setiap perasaan yang dia cuba elakkan?
Dia pegang telefon, scroll nombor Kazim.
Lepas tu dia letak semula.
Aku tak boleh cari dia.
Bukan sebab ego.
Tapi sebab dia sendiri tak tahu apa yang dia nak dari Kazim.
Di satu tempat lain, Luqman merenung skrin telefonnya lama.
Nama Hana ada dalam mesej terakhir mereka.
Tapi dia dah lama tak baca.
Dia dah lama tak ‘dekat’ dengan Hana.
Dan dia tak tahu perasaan apa yang tinggal sekarang.
Luqman bukan lagi lelaki yang dulu terlalu yakin.
Sebab dia tahu, walaupun Hana ada dua pilihan sebelum ini…
Kazim dah jauh meninggalkannya dalam perasaan Hana.
Dia pejam mata, senyum pahit.
"Aku yang lepaskan dia, kan?"
"Tapi kenapa aku masih rasa sakit?"
Hana termenung di kedai kopi.
Afia depan dia, merenung tajam.
“Hana, aku tengok kau ni makin teruk.”
Hana buat muka. “Apa yang teruknya?”
“Kau nampak macam orang yang tak ada hati tapi tengah tunggu hati tu dijahit balik.”
Hana cebik. “Aku okay jelah.”
Afia mendengus. “Kau memang tak pandai menipu, Hana.”
Hana senyap.
Afia sandar ke kerusi, matanya tajam.
“Dulu kau suka Luqman.”
Hana tak jawab.
“Tapi sekarang, kau lebih takut kehilangan Kazim daripada kehilangan Luqman.”
Hana tergamam.
Afia tersenyum kecil. “Jadi, siapa sebenarnya yang paling penting dalam hati kau sekarang?”
Kazim dah lama tak mesej Hana.
Bukan sebab dia marah.
Tapi sebab dia nak bagi ruang.
Dia tak nak jadi lelaki yang mendesak.
Tapi dalam diam, dia masih perasan sesuatu.
Dia masih berharap.
Walaupun dia tahu, harapan tak selalunya berbalas.
Tapi sejak pertemuan di masjid hari tu, dia jadi lebih tenang.
"Kalau Hana bukan untuk aku… aku akan terima."
"Dan kalau dia untuk aku… dia sendiri akan datang."
Malam itu, Hana berwuduk.
Sejadah terbentang.
Dan untuk pertama kalinya dalam hidup, dia rasa berat nak angkat tangan berdoa.
Sebab kali ini, doanya bukan lagi sekadar untuk melepaskan.
Kali ini, dia nak jujur dengan diri sendiri.
"Ya Allah… kalau dia bukan untuk aku, jauhkan. Tapi kalau dia memang untuk aku, jangan biarkan aku masih dalam ragu-ragu."
Air mata jatuh.
Dan malam itu, Hana dah ada jawapan.
Hari itu, Hana baru keluar dari bilik bila dia dengar suara mak dan ayahnya bergelak ketawa di ruang tamu.
Jarang betul ayah dia nak gelak macam tu.
Bila dia melangkah ke ruang tamu…
Dia hampir jatuh jantung.
Kazim ada kat situ.
Dan dia duduk depan ayah Hana, tengah berbual macam dah kenal lama!
"Astaghfirullah. Kenapa Kazim ada kat rumah aku ni?"
Hana terdiam di tangga, cuba menghadam situasi. Kazim nampak santai, tak macam orang yang datang rumah bakal mentua.
"Eh, kenapa aku fikir pasal bakal mentua ni?"
Mata mereka bertembung.
Kazim senyum kecil.
Dan jantung Hana mula berdegup luar kawalan.
“Oh, Hana! Mari sini,” mak Hana panggil. "Kawan baik mak dengan ayah datang ni."
Kawan baik?!
Hana melangkah perlahan-lahan, duduk sebelah maknya.
Kazim masih relaks, tapi mata dia... macam ada sesuatu.
Mak Hana senyum lebar. “Hana, Kazim ni anak kawan baik ayah kau dulu masa zaman universiti. Dulu ayah kau siap jadi saksi masa mak ayah Kazim kahwin tau!”
Hana blink dua kali. “Hah?”
Ayah Hana menyampuk sambil tersengih. “Kami dah kenal lama sangat. Cuma mak ayah Kazim pindah jauh, tu yang lama tak jumpa.”
Hana dah tak tahu nak react macam mana.
Kazim? Masih dengan senyuman tenang dia.
Tiba-tiba, ayah Hana tepuk bahu Kazim.
“Tapi Kazim ni bagus. Aku tengok dia steady je, ada adab.”
Ayah Kazim menyampuk, “Itulah! Kalau budak lelaki lain, dah lama kena reject dengan aku.”
Mak Hana tergelak. “Nasib baik Hana belum ada calon, kan?”
Hana tersedak. “Mak!”
Kazim tunduk, tersenyum.
Dan Hana… hanya mampu tunduk sambil tepuk dahi sendiri.
Sebelum Kazim balik, mereka sempat bercakap di tepi pintu.
“Awak tak cakap pun mak ayah kita kawan lama.”
Kazim senyum. “Saya pun baru tahu dari mak ayah saya.”
Hana pandang Kazim lama-lama. "So… awak datang sini sebab?"
Kazim tenung Hana sebelum menjawab. “Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu.”
Dan Hana tergamam.
Malam tu, Hana tengah buat-buat sibuk basuh pinggan, tapi mak dia dah nampak gelagat dia.
“Hana.”
Hana berhenti, tak berani pandang mak dia. “Apa dia?”
Mak Hana menyilangkan tangan. “Jangan takut dengan perasaan sendiri.”
Hana terkedu.
“Kadang-kadang, yang kita selalu tolak jauh… itulah yang sebenarnya kita perlukan.”
Hana terdiam.
Ayah Hana lalu menyampuk, “Tapi kalau lelaki tu tak berani masuk meminang, suruh dia pergi main jauh-jauh.”
Hana hampir tercekik air liur. “Ayah!”
Mak Hana tergelak kecil, “Kami bukan nak paksa kau kahwin. Tapi… kalau hati kau dah ada jawapan, jangan tunggu sampai benda baik tu pergi.”
Dan malam itu, Hana mula sedar sesuatu.
Share this novel