Hana duduk bersandar di kerusi, menghela nafas panjang sambil meregangkan tangan. Mesyuarat projek khas universiti baru sahaja tamat, dan seperti biasa, dia mendapati dirinya yang paling banyak bercakap.
“Penatnya…” rungutnya perlahan sambil menutup buku catatan.
Di hujung meja, Kazim Rayyan duduk bersilang kaki, memutar pen di antara jarinya. Dia nampak tenang. Macam selalu.
Hana menjeling. “Kenapa awak ni nampak macam tak ada beban dalam hidup?”
Kazim mengangkat kening, seolah-olah soalan itu lucu. “Sebab saya serah semua beban kepada Allah.”
Hana menjulingkan mata. “Wow, jawapan sangat Islamik. Tapi seriuslah, awak ni betul-betul tak kisah ke?”
Kazim tersenyum nipis. “Hana, kalau saya ni betul-betul tak kisah, awak rasa saya datang mesyuarat ni?”
Hana mencebik. “Datang tapi separuh jiwa entah ke mana. Tadi saya tengok awak macam nak tidur.”
Kazim ketawa kecil. “Saya dengar semuanya. Awak cakap banyak, Luqman angkat kening setiap lima minit, Aina asyik scroll telefon, dan bos kita tadi minum kopi tiga kali. Saya perhati je.”
Hana terdiam.
Dia tak sangka Kazim sebenarnya peka dengan sekeliling.
Kazim ini pelik. Dia bukan jenis lantang bersuara, tapi dia dengar. Dia bukan jenis banyak cakap, tapi dia faham.
Luqman pula?
Lain benar perangainya hari ini. Seolah-olah dia nak Hana percaya yang dia tak ada perasaan terhadapnya, tapi dalam masa yang sama, dia tetap mencari alasan untuk bercakap dengan Hana.
Tadi pun, Luqman tersasul panggil nama Hana dengan nada lembut sebelum cepat-cepat berdehem.
“Luqman, saya rasa kita kena bincang balik pembahagian kerja,” Hana berkata.
Luqman memandangnya sekilas sebelum menjawab, “Nanti saya check balik.”
Nada dia… hambar.
Macam ada dinding yang dia bina sendiri.
Kenapa dengan dia ni?
Dulu Luqman lain. Dia selalu ada cara untuk buat Hana rasa dia istimewa.
Tapi sekarang?
Macam dia cuba buat Hana rasa dia langsung tak penting.
Hana berpaling ke arah Kazim semula. Berbeza dengan Luqman yang seperti main tarik tali dengan emosinya sendiri, Kazim nampak selamba.
Malah, dia masih lagi leka memutar pen antara jarinya.
Hana mengeluh.
"Kenapa awak ni nampak macam tak ada masalah dalam hidup?"
Kazim tersenyum. "Siapa kata?"
Hana mengerut dahi. "Maksud saya… awak tak pernah tunjuk."
Kazim meletakkan pen di atas meja. "Hana, kalau awak nampak semua orang dengan wajah tersenyum, itu bukan bermaksud mereka tak ada masalah. Cuma mereka pilih untuk tak tunjuk pada dunia."
Hana terdiam.
Kadang-kadang, Kazim ni nampak macam selamba. Tapi bila dia bercakap… ada sesuatu dalam ayat-ayatnya yang buat Hana terfikir lebih dalam.
"Jadi awak pun ada masalah?" tanya Hana.
Kazim angkat bahu. "Semua orang ada masalah, Hana. Cuma beza kita… ada yang mengadu pada manusia, ada yang terus mengadu pada Allah."
Hana mengerutkan dahi. "Maksud awak saya suka mengadu pada manusia?"
Kazim tersenyum. "Saya tak kata awak. Saya cakap secara umum."
Hana buat muka tak puas hati.
Satu benda yang Hana perasan sejak dia kenal Kazim—lelaki ni suka bercakap dalam bentuk ‘pendahuluan tak langsung’. Dia tak pernah tunjuk perasaan dia secara jelas. Dia tak pernah jawab terus-terang. Semua benda mesti ada maksud tersirat.
Dan itu buat Hana rasa… susah nak faham dia.
Tiba-tiba, Kazim menghulurkan sesuatu kepadanya.
Kotak kecil berwarna biru gelap.
Hana mengerutkan dahi. "Apa ni?"
"Hadiah."
"Dari siapa?"
"Alien dari Marikh."
Hana menjulingkan mata. "Kazim."
Kazim tersenyum. "Buka je lah."
Dengan rasa ingin tahu, Hana membuka kotak itu perlahan-lahan. Di dalamnya, ada sebuah buku kecil dengan tajuk Mencari Diri Dalam Rasa.
"Apa ni?"
"Buku yang saya suka. Saya rasa awak patut baca," jawab Kazim ringkas.
Hana meneliti kulit buku itu. Lama-lama, dia perasan ada sesuatu terselit di dalamnya. Sekeping nota kecil dengan tulisan tangan Kazim.
"Kadang-kadang kita bukan tak tahu jawapan, cuma kita takut untuk mengakuinya."
Hana terkebil.
Dia memandang Kazim, tapi lelaki itu sudah bangun dan berjalan keluar dari bilik mesyuarat tanpa menoleh ke belakang.
Hana menggenggam buku itu erat-erat.
Kazim Rayyan.
Dia memang pelik. Tapi pelik yang buat Hana mahu faham lebih dalam.
Dalam perjalanan balik…
Hana masih memegang buku Kazim. Entah kenapa, dia asyik fikir tentang nota kecil itu.
"Kadang-kadang kita bukan tak tahu jawapan, cuma kita takut untuk mengakuinya."
Kenapa ayat tu rasa macam kena dekat dia?
Apa sebenarnya yang dia tak nak akui?
Perasaan dia pada Luqman?
Atau… sesuatu yang lain?
Sampai di rumah, Hana letak buku itu di atas meja. Dia meneliti kulit buku itu sekali lagi. Ada kesan lipatan pada beberapa muka surat.
Dengan rasa ingin tahu, dia buka helaian yang terlipat itu.
Di bahagian atas halaman itu, ada satu ayat yang Kazim gariskan.
"Kadang-kadang, kita mencari sesuatu yang sudah ada di depan mata."
Hana terdiam.
Perlahan-lahan, hatinya berdetak laju.
Share this novel