Bab 16

Romance Series 602

melupakan Kazim dan semua perkara yang berkaitan dengannya. Tapi otaknya degil. Kazim tetap muncul dalam fikirannya. Ayat dia tempoh hari terngiang-ngiang.

"Hati saya ada, cuma awak tak pernah nampak."

Argh!

Hana hempas kepala ke bantal. Dia kena buat sesuatu. Dia kena alih fokus. Mungkin ini masanya untuk check hidup orang lain.

Jari dia laju membuka WhatsApp, skrol senarai nama, sebelum tiba-tiba… dia terhenti.

Luqman Hakim.

Dah lama tak dengar cerita dia. Kenapa Luqman senyap?

Dulu kalau dia tak muncul depan mata pun, sekurang-kurangnya Luqman akan update status WhatsApp. Tak kisahlah ayat puitis ke, gambar kopi ke, atau status lagu-lagu mendalam yang buat orang tertanya “Kau ni ada masalah hati ke?”

Tapi sekarang… kosong.

Hana berkerut. Perasaan pelik mula muncul. Apa Luqman tengah buat sebenarnya?

Tanpa fikir panjang, dia tekan ikon call.

Bunyi nada dering pertama… kedua… ketiga…

Lepas lima kali, panggilan dia terus masuk ke voicemail.

Hana rasa tak sedap hati. Dia cuba WhatsApp pula.

Hana: “Weh, hidup ke tak ni?”

Centang satu.

Eh. Kenapa macam ni?

Hana terus call Afia. Mesti Afia tahu.

“Afia! Kau tahu tak Luqman kat mana?”

Afia yang baru angkat call terkedu. “Hah? Kenapa kau tanya pasal dia tiba-tiba?”

Hana tarik nafas. “Aku call dia tak angkat. WhatsApp pun centang satu. Benda ni normal ke?”

Afia diam beberapa saat. “Err… Kau tak tahu ke?”

Hana makin tak sedap hati. “Tahu apa?”

Afia mengeluh. “Luqman pergi umrah.”

Hana terkedu.

Umrah? Bila?!

Hana: “Sejak bila? Kenapa dia tak bagitahu?”

Afia: “Aku pun baru tahu semalam. Kazim yang bagitahu aku. Aku ingat dia dah cakap dengan kau.”

Kazim? Kenapa Kazim yang tahu dulu?

Hana telan air liur. Perasaan aneh muncul dalam dada.

Luqman tak bagitahu dia? Kenapa? Bukankah selama ni dia dan Luqman… okay?

Sebab dia sibuk dengan Kazim ke sampai dia tak perasan Luqman nak pergi? Atau sebenarnya, Luqman memang sengaja nak menjauhkan diri?

Afia: “Hana?”

Hana tersentak. “Ha?”

Afia terdiam seketika sebelum bersuara dengan nada lembut. “Luqman berubah banyak sejak kebelakangan ni. Aku rasa dia tengah cuba cari diri dia sendiri.”

Hana genggam kain cadar. Cari diri sendiri?

Kenapa dia rasa macam Luqman sebenarnya tengah cuba lupakan sesuatu?

Atau… seseorang?

Hana tiba-tiba rasa nafas dia berat.

Selama ni dia fikir dia yang dalam dilema, dia yang kena pilih antara Luqman dan Kazim. Tapi dia tak pernah terfikir, macam mana kalau Luqman sebenarnya dah buat keputusan dulu?

Dan keputusan tu adalah… bukan Hana.

Di dalam Masjidil Haram, Luqman duduk bersila di satu sudut, tasbih di tangan, tapi hatinya jauh mengembara. Suara bacaan doa dari jemaah lain bergema di sekelilingnya, mencipta suasana yang sepatutnya mendamaikan.

Tapi kenapa dada dia masih terasa berat?

Dia pandang Kaabah di hadapan. Sepanjang hidup, dia selalu percaya yang dia jenis lelaki yang tak mudah hanyut dalam perasaan.

Tapi Hana…

Dia tak pernah rancang untuk suka Hana. Ia berlaku tanpa dia sedar. Mungkin sebab Hana cerah, terang. Seperti matahari yang bersinar di tengah hari.

Sedangkan dia?

Dia selalu lebih senang berada dalam bayang-bayang, berdiam, memerhati dari jauh.

Tapi masalahnya, matahari tak pernah nampak bayang-bayang sendiri.

Luqman tarik nafas. Dia letih.

Letih dengan perasaan sendiri. Letih berpura-pura yang dia tak kisah. Letih bila setiap kali dia buat keputusan nak lepaskan, ada satu bahagian dalam diri dia yang masih berharap.

Tapi itu dulu.

Sekarang, di tempat suci ini, dia tak mahu lagi berharap sesuatu yang bukan miliknya.

Dia genggam tasbih erat, sebelum perlahan-lahan dia angkat tangan.

"Ya Allah... Jika dia bukan untukku, maka hilangkanlah rasa ini. Tapi jika dia masih ditakdirkan untukku, tunjukkanlah jalan yang benar."

"Dan jika bukan aku yang mampu membahagiakan dia… maka Kau hantarkanlah seseorang yang lebih baik daripadaku untuknya."

Dia pejam mata.

Sebab kali ini, dia benar-benar mahu melepaskan.

Bukan kerana dia dah tak sayang. Tapi kerana dia sedar, ada perkara yang lebih penting daripada memiliki.

Dan itu adalah… merelakan.

Tiba-tiba, seorang lelaki separuh umur yang duduk di sebelahnya menepuk bahunya perlahan.

Luqman buka mata, sedikit terkejut.

“Anak muda.” Suara lelaki itu lembut. “Saya nampak dari tadi kamu diam saja, banyak termenung. Berat sangat ke yang kamu fikirkan?”

Luqman senyum kelat. “Mungkin, pakcik. Saya pun tak pasti.”

Lelaki itu ketawa kecil. “Hidup ini kadang-kadang buat kita fikir banyak. Tapi tahu tak? Bila kita dah serahkan semuanya pada Allah, kita tak perlu fikir sendiri lagi.”

Luqman terkedu. Macam Allah sedang jawab doanya secara langsung.

“Bila kita letak Allah di tempat pertama,” sambung lelaki itu, “tak kisah siapa yang datang, siapa yang pergi, hati kita akan tetap tenang.”

Luqman diam. Kata-kata lelaki itu melekat dalam hati.

Dia pandang Kaabah sekali lagi.

Untuk pertama kali dalam hidup, dia rasa… lega.

Sebab dia sedar, bukan setiap yang kita mahukan, kita akan dapat.

Dan mungkin, bukan setiap yang kita sayang, kita perlu simpan.

Kadang-kadang, melepaskan juga satu bentuk cinta.

Dan kali ini… dia ikhlas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience