Bab 9

Romance Series 602

Hana cuba buat bodoh dengan situasi Luqman. Dia dah penat fikir lebih. Kalau betul Luqman tak nak bagi harapan, dia pun tak nak berharap. Dia bukan budak-budak nak terhegeh-hegeh dekat lelaki yang tak pasti.

Tapi makin dia buat tak tahu, makin Kazim ada di sekelilingnya.

Kazim ni pelik. Dia bukan jenis gatal, bukan juga jenis over nak tunjuk suka macam sesetengah lelaki. Tapi diam-diam, ada je benda kecil yang dia buat sampai Hana perasan.

Mula-mula, Hana anggap kebetulan.

Hari pertama.

Masa dia masuk pejabat pagi tu, ada air kotak atas meja. Mula-mula dia fikir staf lain yang tinggalkan, tapi bila nampak ada nota kecil bertulis:

"Rehat kejap. Minum dulu."

Hana kerut dahi. Tulisan Kazim?

Dia jeling ke arah meja lelaki itu, tapi Kazim buat biasa je. Tengah khusyuk menaip macam tak wujud langsung kotak air tu.

Hana ambil air tu perlahan, baca label. Perisa epal.

Kazim tahu ke aku suka epal?

Hari kedua.

Tengah hari, dia turun beli makanan sendiri. Masa nak bayar, cashier cakap, “Makanan ni dah dibayar tadi.”

Hana blur. “Hah? Siapa bayar?”

Cashier tu pandang ke belakang, tapi hanya seorang lelaki tinggi dah berlalu pergi.

Kazim.

Hana berdiri tegak. Dia bukan jenis senang terima orang belanja tanpa sebab. Dalam kepala, dia dah siap skrip nak pulangkan duit.

Sampai atas, dia terus menuju ke meja Kazim.

“Kau bayar makanan aku?”

Kazim angkat muka, kelip mata. “Aku?”

Hana silang tangan. “Jangan buat tak tahu.”

Lelaki itu sengih sikit. “Tak payah bayar balik.”

Hana mendengus. “Aku tak suka berhutang.”

“Anggap je hadiah.”

“Hadiah apa? Hari ni birthday aku ke?”

Kazim jungkit bahu. “Hadiah sebab kau kerja kuat.”

Hana terdiam. Dia jeling Kazim sebelum kembali ke tempatnya.

Okay, tu bukan ayat biasa.

Dia sibuk buat laporan. Tiba-tiba komputer dia stuck. Skrin beku, cursor tak bergerak. Belum sempat dia panggil IT, Kazim dah muncul belakangnya.

“Kenapa ni?”

“Komputer aku hang.”

Kazim tunduk, tekan beberapa butang, dan dalam beberapa minit, semuanya kembali normal.

Hana tengok Kazim dengan pandangan curiga. “Kau ni kerja bahagian mana sebenarnya?”

Kazim senyum sikit. “Mana-mana bahagian yang perlukan aku.”

Jawapan mengelak. Hana tahu dia sengaja.

Lama-lama, Hana jadi pelik.

“Kenapa dia layan aku baik sangat?”

Dia cuba buat biasa. Tapi perasaan dia bukan jenis yang senang ‘buat biasa’. Bila Kazim tolong ambilkan fail, bila Kazim tarik pintu untuk dia masuk dulu, bila Kazim tunggu sekejap masa dia nak tutup komputer sebelum balik, Hana dah mula perasan sesuatu.

Dia tak pernah nampak Kazim buat benda ni dekat orang lain.

Kazim ni pelik. Nerd, tapi bukan nerd biasa.

Petang itu, sewaktu dia sedang menyiapkan laporan sebelum balik, telefonnya berbunyi. WhatsApp dari Kazim.

Kazim Rayyan:
Jangan risau. Aku tak minta lebih.

Hana pandang skrin lama.

Ayat yang ringkas. Tak berbunga. Tak ada emoji.

Tapi cukup buat jantungnya tiba-tiba rasa tak tentu arah.

Kenapa dia rasa macam Kazim baca fikiran dia?

Kenapa ayat Kazim buat dia rasa lebih bersalah daripada rasa lega?

Sebab Kazim macam faham sesuatu yang dia sendiri masih keliru.

Hana hembus nafas perlahan.

Makin susah nak berpura-pura bodoh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience