Bab 7

Romance Series 602

Sudah beberapa hari berlalu sejak insiden di pejabat, dan hidup Hana Sofea dah kembali tenang—lebih tenang dari biasa, sebenarnya.

Kazim dah kurang menyakat, sticky note beracun pun dah tak muncul, dan dia boleh fokus pada kerja tanpa gangguan emosi pelik.

Tapi ada satu benda yang mengganggu fikiran dia.

Luqman Hakim.

Dah beberapa hari Luqman tak muncul di pejabat, tak lalu depan meja dia, tak datang dengan muka serius macam selalu. Mana dia pergi?

Mula-mula Hana buat tak peduli.

Tapi lepas dua hari… dia mula rasa lain.

Hari ketiga… dia tanya Kazim.

Kazim, Luqman mana?”

Kazim yang tengah baca dokumen, angkat kepala. “Oh. Kau tak tahu?”

Dahi Hana berkerut. “Tahu apa?”

Kazim letak dokumen dan bersandar. “Dia eksiden. Motor dia kena langgar dengan kereta masa balik kerja.”

Hana terkedu. Eksiden?!

Hati dia tersentap.

Dia cuba bertenang, tapi otak dia dah penuh dengan soalan. Macam mana keadaan dia? Luka teruk ke? Hospital mana? Dah keluar ke belum?

Kazim nampak perubahan air muka Hana, lalu tersenyum kecil. “Risau?”

Hana gelabah. “Eh, taklah! Saya cuma… pelik. Sebab tak nampak dia lama.”

Kazim angkat kening, tapi tak cakap apa-apa. Nasib baik. Kalau dia usik aku, aku baling fail ni kat muka dia.

Beberapa Jam Kemudian…
Lepas habis kerja, Hana tak boleh duduk diam.

Hati dia rasa tak sedap kalau tak tahu keadaan Luqman. Jadi dengan penuh tekad—dan sedikit rasa tak percaya dengan diri sendiri—dia tanya kawan sekerja, dan akhirnya dapat alamat rumah Luqman.

Dan sekarang dia berdiri di depan pagar rumah itu.

Hana menelan liur.

Ya Allah, apa aku buat ni?

Dia hampir nak patah balik, tapi tiba-tiba pagar terbuka, dan seorang wanita separuh umur muncul dengan wajah terkejut tapi mesra.

“Hana?”

Hana tersentak. “Err… ya, ibu kenal saya?”

Wanita itu tersenyum. “Luqman ada sebut pasal awak.”

DUP.

Jantung Hana dah main drum solo.

Ibu Luqman gelak kecil. “Dia kat dalam. Masuklah.”

Masuk? Masuk rumah Luqman?

Hana rasa macam kena kejutkan dengan petir.

Tapi dia tak mampu nak tolak, sebab ibu Luqman dah tarik tangan dia masuk.

Ya Allah, tolonglah aku tak pengsan dalam rumah crush sendiri.

Di Ruang Tamu Rumah Luqman
Luqman duduk di sofa dengan kaki berbalut, nampak letih tapi masih tenang.

Bila dia nampak Hana, dahi dia terangkat sikit, macam terkejut.

“Hana?”

Hana rasa diri makin kecil.

“Err… saya dengar awak eksiden, jadi… saya datang tengok.”

Luqman pandang dia lama, sebelum senyum kecil. “Terima kasih.”

Hana dah tak tahu nak letak muka kat mana.

Ibu Luqman datang dengan dulang air, duduk sebelah Hana. “Bagusnya Hana ni. Luqman, ni kali pertama perempuan datang lawat kau dekat rumah.”

Luqman berdehem. “Ibu…”

Hana nak menyorok bawah sofa.

Ibu Luqman sambung dengan nada penuh makna. “Hana ni baik, sopan. Cantik pun cantik.”

Ya Allah, selamatkan aku dari soalan bakal mak mentua ni.

Hana hanya mampu tunduk, pipi dah rasa panas semacam.

Tiba-tiba, seorang budak lelaki berlari masuk dengan suara nyaring.

“Paksu! Paksu sakit ke?”

Luqman angkat tangan, tepuk kepala budak tu perlahan. “Sikit je.”

Budak tu baru nak bersila atas lantai, tapi tiba-tiba dia pandang Hana. Mata dia membesar.

“Eh! Paksu bawa maksu datang rumah ke?”

KRIIIK.

Hana tertunduk dengan muka merah padam.

Luqman menghela nafas. “Bukan, Syafiq. Ini kawan paksu.”

Tapi budak tu tak puas hati. Dia pandang Hana balik, kemudian tengok Luqman, lepas tu senyum penuh makna.

“Alaa paksu… bohong dosa tau. Kalau kawan, kenapa dia malu-malu?”

BOOM.

Hana rasa nak ghaib sekarang juga.

Ibu Luqman tahan gelak. “Syafiq, tak baik usik orang.”

Syafiq buat muka selamba. “Tapi dia macam maksu.”

Luqman tepuk dahi. “Ya Allah, budak ni…”

Ibu Luqman menepuk bahu Hana. “Kalau jodoh, siapa tahu, kan?”

Hana dah macam ketam rebus.

Misi Keluar Dari Rumah Crush: Gagal
Selepas sejam berusaha mengawal muka supaya tak merah sangat, Hana akhirnya bangun untuk balik.

“Err, saya balik dulu, ibu. Luqman, semoga cepat sembuh.”

Ibu Luqman tersenyum lebar. “Kejap, Hana. Makan malam dulu.”

KRIIIK.

Hana telan liur. “Err, tak apa, saya dah makan.”

Ibu Luqman ketawa kecil. “Baru pukul enam Hana. Makan pukul berapa tadi?”

Hana rasa perangkap dah terpasang.

Syafiq tepuk tangan. “Yayyy maksu makan sini!”

Hana cuba mencari jalan keluar. “Err… saya…”

Luqman menyandar, nampak tenang tapi ada senyum kecil yang mencurigakan.

“Hana makan jelah. Ibu masak sedap.”

BOOM.

Hana nak menangis sekarang.

Tiba-tiba ibu Luqman menyambung, “Luqman, Hana pandai masak tak?”

KRIIIK.

Hana hampir tersedak air liur sendiri.

Ibu Luqman sambung lagi, “Kena cari isteri yang rajin masak ni. Kan Syafiq?”

Syafiq angguk laju. “Betul! Maksu boleh masak untuk paksu nanti.”

Hana dah macam lava gunung berapi nak meletus.

Luqman senyum kecil tapi tak bersuara.

Dia enjoy aku kena soal siasat ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience