Rate

Part 41: THE ONE AQI SAID YES MANY TIMES

Romance Series 24823

"JADI betullah, kau ingat Hadi?" ulang Umar.

Pucat lesi. Dikawal pernafasannya lekas bila Umar mencari wajahnya.

"Aku tiba-tiba teringat tadi bila Emir sahkan yang kau taknak report polis walaupun kau dikurung dan didera Chan."

"Mar..."

"Aku pernah teka yang kau macam berada dalam hostage situation, dimana Chan ugut kau dengan suatu maklumat yang sangat sulit... sampai kau taknak polis tahu... sampai buat kau sanggup bertahan dengan deraan Chan sampailah kau jumpa jalan keluar bila bertemu dengan Kuro..."

Liur ditelan. Apa yang Emir dah kantoikan sebenarnya? "Tapi tak semestinya betul..."

"You trust Kuro enough to appoint him as your emergency contact."

"Yea... so?"

"He is the last piece yang buat aku terfikir point terakhir aku ni. Memandangkan kau boleh bercerita segala bagai dekat dia... tapi kau langsung taknak ceritakan hal yang sama dekat aku... cuma ada satu jawapan, Aqi. Jawapan yang boleh explain kenapa kau cakap aku special and Kuro is not bila melibatkan hal ini...." Nafas ditelan. "Maklumat sulit yang Chan ugut tu ialah tentang aku. Sebab tu kau taknak aku tahu. Aku terfikir juga kalau ugutan tu tentang Emir atau Ami... lagi-lagi masih ada topik pasal keluarga kau yang aku tak tahu... tapi tadi, bila aku sebut nama Hadi... reaksi muka kau dah cukup untuk buktikan rahsia tu memang tentang Hadi... i.e. tentang aku and aku alone..."

"Allahuakbar..." Muka diraup.

Umar menunduk lagi, mula tenggelam dalam lamunan perasaan. Menyedari pahitnya kebenaran yang cuba disembunyikan Aqi. "Tadi aku buatkan Emir ceritakan semua benda pasal kau dengan Chan... Dia pun tak tahu kenapa kau setuju menikahi Chan, tapi dia cerita a great deal of his personal torture while with him to the point aku terfikir... aku tak kisah nak bunuh Chan kalau aku boleh avenge kau berdua... dan Zach..."

"Mar—" Lekas tangan lelaki itu digenggam. Benda macam nilah yang Aqi nak elak sangat! Emosi Umar mampu membuat kerosakan lebih dari cermin pecah dan buku limanya luka.

"Aku memang sangat-sangat tak kisah nak bunuh dia... kalau aku jumpa dia..." Buku lima digenggam seeratnya.

"Mar... tengok aku please..."

"And then Hadi comes to mind." Mata terpejam. "Setiap penumbuk yang aku lepaskan ke badan dia... memang aku nak bunuh dia, Aqi... lepas semua benda yang dia buat dekat kau... dia culik kau, dia rogol kau, dia ambil video dan post gambar bogel kau dalam internet... aku betul-betul tak menyesal bunuh dia..."

"Mar... Mar please, pandang aku!" Tubuh sasa itu ditarik sekuatnya supaya berpusing. Umar menurut, namun wajah ditundukkan dari dipandang Aqi. Wanita itu pula menyentuh muka si kacak dengan kedua belah tangannya. "Hadi masih hidup. Dia dekat penjara sekarang. Kau tak bunuh dia, Mar..."

Lalu Umar merenung wajah si wanita dengan kerut sesal. "Kau dengan Bang Farid... korang ingat aku bodoh?"

Tangisan Aqi hampir pecah. Umar ingat pembohongan Farid semasa mengorek time capsule? "Aku betul-betul harap kau bodoh supaya kau tak perlu fikir semua ni lagi... tolong jadi bodoh, please..."

Pandangan lelaki itu meredup. "Kalau aku ialah punca kau menikahi Chan, ini juga bermaksud itu ialah salah aku sebab buatkan kau luka dan trauma selama 12 tahun dengan dia—"

Terus termati kata bila Aqi menutup mulutnya dengan kedua belah tangan. Jari jemari itu sedang menggigil. Umar merenung sayu. Kedua belah pergelangan kurus itu digenggam dan dialihkan dari wajah.

"12 tahun kau sembunyikan rahsia besar ni Aqi. Jangan ingat tutup mulut aku dengan tangan kau akan buatkan dosa aku bersih macam tu."

"Kau tak berdosa!" jerit si wanita tiba-tiba. Hanya sebuah jeritan emosi yang tidak memberi apa-apa makna.

Air mata Umar bergenang lalu. "Aku dah bunuh orang. Secara tidak langsung, aku buatkan kau berkahwin dengan si gila tu. Diseksa dia. Bertahun-tahun tanpa campur tangan polis. Lepas tu kau biarkan aku terkapai-kapai berseorangan tak tahu menahu tentang jenayah aku sendiri! Kau diamkan hal ni dari aku macamlah aku tak penting langsung. Kau tolak aku, kau biar aku menunggu dalam rumah kita, kau langsung tak cakap apa-apa... 10 tahun... 12 tahun... habis macam tu je. Childhood anak-anak kita sia-sia. Aku boleh terima kalau kau tak cintakan aku, Aqi. Tapi aku tak faham kenapa kau layan aku macam lelaki yang tak berguna langsung! I love you with all my heart. Kau imagine apa yang aku rasa bila aku dapat tahu perempuan yang aku cintai dah lukakan diri dia seteruk ini hanya sebab aku!"

Aqi hanya mampu membalas dengan esak dan tangis. Kakinya longlai, lalu dia terduduk melutut. Kedua belah tangan menutup mulutnya, menahan sebarang suara yang mungkin mengganggu pengunjung hotel yang tidur. Air mata terus mengalir seperti air sungai. Hingga banjir.

Semua benda yang cuba disembunyikan, kantoi habis. Niatnya nak melindungi Umar... kini melukai lelaki ini. Sebab tu dia taknak kantoikan. Sehabis boleh dia cuba menutup hal ini. Habis dia nak buat apa? Biarkan Umar masuk penjara?

Dia terkaku bila menyedari Umar melutut di hadapannya. Kepalanya turut tertunduk ke lantai bersama kerut pilu.

"Aku minta maaf. Tolong berhenti menangis..." pinta lelaki itu bersama getaran suara menahan sebak.

Kau masih nak pujuk? Mata dipejam, mengalirkan lagi air mata. "Aku cintakan kau..." luahnya akhirnya.

Umar terkedu, lalu si wanita dipandang. "Apa dia?"

Aqi menelan sedu. "Aku buat semua tu sebab aku masih cintakan kau. Perasaan aku selama ini... langsung tak pernah berubah. Selama aku jadi wife Chan, aku tak pernah berhenti fikir nak pulang balik ke sisi kau... isk isk. Aku tak kisah kalau kita tiada peluang kedua.... Aku tak kisah langsung, Mar..." Air mata terus menitis satu persatu. "Aku cuma nak tengok kau selamat. Hidup gembira.... Aku tak peduli kalau aku hanya mampu pandang kau dari jauh sebagai orang luar..." Kerasnya rasa ini, sukar untuk ditelan. "I can't risk him sending you away, Mar. I can't!"

Satu perasaan asing merebak luas hingga merangkul sekujur tubuh separuh bogel yang kesejukan. Kini Umar terasa hangat. "Kau cakap kau cintakan aku?"

"Aku akan buat apa saja untuk halang dia dari lukakan kau dengan anak-anak kita! Padam bukti, sembunyikan kau, hadap penderaan dia... aku tak peduli! Seluruh hidup aku... aku cuma nak kau jauh dari polis... jauh dari Chan! Aku nak kau hidup selamat dan bahagia walaupun bukan dengan aku!"

Itu dia. Motif hidup sang wanita. Sama macam Mimi, Aqi juga obses, tetapi dari perspektif berbeza.

Ya Allah. Mata yang membara itu benar-benar memaknakan kata-katanya. Tetapi pada masa yang sama, hatinya luruh.

Sedangkan baru sekejap berjumpa dengan Chan dah diisi dengan penampar berkali-kali dan dibiar separuh bogel di tepi jalan, inikan pula 10 tahun bersama lelaki gila itu dibawah satu bumbung. Umar tak sanggup nak fikir. Dan Aqi berjuang berseorangan selama ini walhal dia pula melayan sendu kerana terasa ditinggalkan dan kemudian lari ke pelukan perempuan lain yang tidak dicintai. Beratnya perasaan yang dirasai, hanya Tuhan yang tahu.

"Mar..."

Namanya dipanggil. Halus sekali suara itu, sekaligus memanggil nalurinya. Bukan dia yang sepatutnya dipujuk dan dilindungi, tapi Aqi. Perempuan ini berjuang berseorangan bertahun-tahun kerana mencintai dia—Aqi sebenarnya mencintai dia...

Dirasuk perasaan, lalu wajah itu diciumi.

Aqi mengeras. Terkejut. Dada Umar cuba ditolak, tetapi kehangatan asmara lebih cepat merangkul hati hingga merebak ke seluruh tubuh. Mata terpejam, menjatuhkan air mata terakhir sebelum menikmati cumbuan hangat itu. Tangan yang mulanya nak menolak kini menjalar ke belakang kepala Umar. Digenggam rambutnya.

Hati mereka melimpah dengan perasaan yang langsung tidak asing sekali. Berombak membasahi seluruh ruang hati hingga menyimbah ke hati hitam. Bibir mereka berpisah, bergetar dengan keinginan menggila. Mata dibiar terpejam kerana enggan keluar dari dunia yang dikongsi berdua.

"Aku minta maaf..."

Barulah mata Aqi terbuka walau cuma separuh. "Mar?"

"Sebab berputus asa menunggu kau sedangkan kau tak berhenti mencintai aku..."

Bibir dikemam, kini menahan tangis. "Cukuplah aku tahu kau selamat dengan Ami."

"Emir?"

"Emir kes lain..."

"Kes apa lagi, sayang..."

Nafas berat terlebih dahulu dihela habis. Wajah Umar diusap lembut sambil merenung mata hazel yang kuyu itu, selajur mengingati anak mata anak lelakinya. "Emir... anak lelaki kita... ialah pewaris terakhir yang sah selepas ahli-ahli lelaki keluarga aku mati sebab berbunuhan sesama sendiri. Chan culik Emir 12 jam lepas dia lahir sebab dia nakkan harta Emir. Sebab tu aku tak bagitau kau... aku taknak kau tengok aku sebagai perempuan yang tak pandai jaga baby kita, Mar.... Zach tolong aku dapatkan balik Emir tapi lepas tu dia berpindah randah dengan Emir supaya ahli keluarga kami yang lain tak dapat kejar dan binasakan anak lelaki kita. Lepas Ami dua tahun, aku tinggalkan dia dekat kau untuk kau jaga. Kemudian aku nak handle Chan supaya dia tak kacau Emir, tapi... the rest is history..." Seringkas mungkin diceritakan.

Umar hanya mampu menelan nafas. "Kau betul-betul busy... tapi kau tak sepatutnya lupa sayang, that we love you too. This fight between kau dengan Chan, kau tak sepatutnya tolak kami ke tepi dan handle dengan teammate kau semata. We're a family... kalau ada apa-apa, share dengan aku... let me in... aku nak jaga anak-anak kita juga Aqi... I want to father them as much as I can... promise me kau libatkan aku lepas ni?" Tangan wanita itu digenggam.

Lalu mata Aqi terpejam, menelan kata-kata indah itu dan diserap ke seluruh tubuh seperti bunga yang disiram. Sebuah kekuatan. Nafas ditarik dalam. "I'll try..."

Umar merenung wajah yang seakan meminta cium itu. Dah sampai masa dia menghalalkan wanita ini. Dah overdue memandangkan dia gagal menahan diri banyak kali. Anak-anaknya juga dah tak sabar menunggu. Mimi pula... dia akan cuba memujuk Mimi pada masa kelak, tetapi dia perlu memiliki Aqi sekarang. Walaupun dia akan memegang label lelaki curang sampai bila-bila, itu ialah risiko yang dia dah pun telan seawal mengaku hati pada sang wanita.

Hati tiba-tiba berdebar. Kecut perut nak bertanya satu soalan keramat yang pernah ditanya secara kasual berkali-kali. Sebuah soalan main-main, tetapi jawapan Aqi tetap menyentap hati. Umar menjilat bibir yang terasa kering tiba-tiba.

"So aku nak tanya kalau... ermm... kau sudi jadi—"

"Yes."

Terperanjat.

Aqi turut membuka mata, terkejut dengan responnya sendiri. "Kau tanya apa?" soalnya pula, cuba memproses apa yang berlaku.

"Aku tak habis tanya. Aku baru nak cakap, kalau kau sudi—"

"Yes."

Umar tergelak. "Aqi... biar aku habis bercakap..."

"Yes. Yes." Air matanya tumpah terus, lebih yakin dengan jawapannya kini.

"Aku tak tanya pun lagi... hahaha..."

"Yes! I'll marry you, yes!!"

"Berhenti spoil lamaran aku..." Gelak lagi. Wajah itu dipegang dengan kedua belah tangan, memastikan mata mereka terus bertentangan. Mulut Aqi turut ditutup dengan jari, enggan wanita itu memotong lagi. Seeloknya gunakan sahaja ayat yang ringkas dan padat.

"Aqi, jom kahwin semula?"

Mata wanita itu tersenyum bersama anggukan deras. Penuh suka. Gembira. Umar turut dilanda bahagia, hampir saja kepalanya turun tetapi Aqi menolak mukanya dengan kedua belah tangan.

"Aku rasa cukuplah dosa yang kita buat pagi ni." Hingus cair ditarik.

"Okay okay."

Umar bangkit berdiri sambil menarik si kurus. Lalu mereka sama-sama berundur selangkah. Umar merenung wanita itu, manakala Aqi tertarik-tarik bibir menahan sengih. Dia akhirnya menoleh bersama letupan sengih luas hingga menunjukkan barisan gigi. Inilah pertama kali Umar melihat Aqi segembira ini hingga membuatkan dia berbahagia sama.

"Did I just say yes?" soalnya pada si lelaki.

"You did. A lot."

Aqi menutup mulut, menahan suka. Masih menganalisa apa yang baru berlaku. "I said yes... aku betul-betul sebut yes..." Bila si botak melalui ruang ingatan, air muka berubah tiba-tiba. "Tapi Chan..." Rakaman itu masih di luar. Macammana dia nak kongsikan dengan Umar tentang ini?

Lekas telinga wanita itu diusap, memanggil fokus Aqi untuk kembali padanya. Menenangkan takut pada ancaman yang dah dipahat oleh lelaki celaka itu di dalam diri wanita yang dicintainya ini. "Kita akan deal with that bersama-sama. Okay?"

Melihat senyuman Umar, air matanya lalu menitis ke pipi.

"Kenapa lagi ni..." Dia merapat lagi bersama risau. Ni air mata gembira atau sedih?

Kepala digeleng, cuba memperkemas hati dan jiwa. Muka lalu diraup, mengotori muka dengan air mata. Kemudian baju BIRTHDAY BOY ditarik bagi mengelap mukanya. "Selama ni aku hanya mimpikan kau lamar aku dan aku jawab yes dalam mimpi," luahnya, membuat Umar terkaku. "Tapi ini real, kan? Aku beri jawapan betul kali ini, kan??"

Terharu benar. Tangan Aqi dibawa ke mulut dan dicium tanpa melepas renung pada mata yang berkaca itu. "Is this real enough? Apa lagi yang kau mimpikan supaya aku boleh confirm-kan yang ini betul-betul berlaku in real life, in real time, and we are both in it."

"Tak payah. Selebihnya sekadar nasty stuff."

Kening Umar terloncat terus.

Aqi lekas berundur lagi hingga tersandar pada dinding balkoni. "Kau-kau-kau stay situ. Nanti kau buat benda pelik-pelik."

Lalu ketawa Umar terlepas. "Aqi Aqi Aqi... Aku tak tahu apa yang kau fikir pasal aku tapi aku harap aku tahu apa yang aku buat. Aku harap kau beri aku kuasa kuda."

Bibir bawah dijuih. "Mestilah kau tahu apa yang kau buat. Kau ada banyak pengalaman dengan—" Matanya mencerlang luas bila otak dilibas realiti. "Ya Allah, Mimi!! Aku betul-betul lupa pasal dia!" Umar dipandang sambil menekup mulut. "Macammana..."

Senyum. "Thank God kau lupa, kalau tak kau confirm-confirm reject lamaran aku."

"Memang aku sepatutnya reje—" Termati kata bila tangan Umar menekup mulutnya lagi. Renungan si lelaki nampak redup memintanya diam.

"Aku akan selesaikan masalah aku dengan wife aku, Aqi..."

"Kau sure? She hates me." Ragu-ragu. "I hate her too. Alamak, macammana ni..." Muka diraup.

"Sayang... sayang... let me worry about that, okay? Sebab sekarang ni, semuanya berlaku di luar kawalan aku. Aku tak plan trip ni. Aku tak plan kau terserempak dengan Chan di sini. Aku honestly tak plan nak melamar kau sedangkan aku minta kau cari lelaki lain... apa yang aku fikir ialah aku nak jaga kau... and aku benci bila fikir kau dengan Kuro yang entah-entah jongang tu."

Senyum Aqi tercuit. "Kuro tak jongang la Mar."

"Manalah aku tau rupa dia macammana. Kadang aku ada imej dalam kepala yang dia mungkin macam Jabba the Hutt."

"Jabba—hahahah!!" Ketawa Aqi terlepas galak. Tahu karakter pacat gangster gemuk berlendir dalam Star Wars itu. Ya Allah, Umar... muka dia serius pula tu. Aqi mengekek lagi. Angin laut tiba-tiba bertiup kuat, mengejutkan Aqi hingga membuatnya menoleh ke arah gelap malam. Ah, dilamar dalam keadaan sejuk sebegini. Perkahwinan pertama dengan Umar, dia tidak dilamar tetapi sebuah arahan dari amanat ayah angkat yang dah meninggal. Perkahwinan kedua pula disusuli kejadian rogol berkali-kali. Sadis benar rasa hidup.

"Entah macammana kau lamar Mimi dulu... mesti romantik, kan?" ujarnya pada gelap malam, bermonolog. "Nak juga ada cincin berlian... bunga ke... fighter pilot buat I love you atas langit ke..."

Tergelak lagi si lelaki. "Aku tak lamar Mimi, sayang. Dia yang minta aku kahwini dia. Aku setuju pun sebab... well... you left me." Bahu dijungkit. Offhanded.

Air muka Aqi berubah. Dia tahu Umar tidak menyimpan perasaan pada isterinya sendiri, tapi selama ini dia menyangka Umar sememangnya nakkan Mimi sebagai pasangan hidup. Bukannya sekadar tangkap muat! Dan Mimi pula nampaknya tak pedulikan apa-apa asalkan dia memiliki Umar!

Pada tahap ini, perkahwinan Umar dan Mimi boleh dilabel sebagai toxic.

Aqi merenung lantai, meneliti kemungkinan masa depan dimana dia menjadi sebahagian dari rumah tangga mereka. Jalan itu nampak sempit dan penuh berduri.

"Mar..."

"Em?"

"Kau sure kau boleh buatkan aku dengan Mimi bahagia?"

"I can't say no to that. By hook or by crook, aku kena beri bahagia pada kau berdua, tapi dengan cara lain-lain."

"Maksud?"

"Mimi bukan kau, sayang. Kau berdua 180 darjah berbeza. Letakkan kau berdua bawah bumbung yang sama dah kira kena lalui neraka bagi aku."

Aqi spontan tergelak. Umar pula tersenyum lembut.

"Baguslah kau sedar."

Si lelaki bersandar di pagar beranda. "But I love you... bahagia untuk aku kalau aku boleh dengar kau gelak hari-hari... and bahagia juga untuk aku kalau aku terus dibenarkan untuk jaga dia..." ujarnya, sekaligus melunakkan hati Aqi yang ragu-ragu tadi. "Aku terima tanggungjawab aku sebagai suami kau berdua sepenuhnya, Aqi... but, give me chance to prove myself... and support me untuk hadap Mimi nanti sebab kau lebih rasional berbanding dia... please?"

Dan barulah Aqi menguntum senyum puas hati. "Okay."

Share this novel

IndhPrmata
2024-08-22 16:56:24 

Pastikan kawin d next chapter. hahahaha jgn bagi chan peluang untuk menyelit atau mimi untuk cari cara membatalkan perkawinan korang

Zainabzety
2024-08-22 14:27:56 

jangn la kawin dengan umar aqi nnti kau yg menderita pilih la kuro


NovelPlus Premium

The best ads free experience