EMIR dan Ami masuk semula ke bilik kira-kira 15 minit kemudian. Emir mengangkut bungkusan makanan manakala Ami mengangkut plastik kecil berisi ubat-ubatan.
"Ma macammana?" soal si anak lelaki.
Umar menceritakan ringkas tentang tingkah laku Aqi. Dirinya dah terlepas kerana genggaman Aqi melonggar setelah wanita itu diulit mimpi.
Ami yang menggosok kepalanya sebab baru segar disekeh si ayah, berdiri di hujung katil sambil merenung si ibu. "Kenapa tiba-tiba? Sebelum tu elok je..."
"Ayah pun nak tahu..."
Emir melabuh punggung pada kerusi sambil merenung ibunya. Dengan penuh rasa sebal, dia meluah. "Maybe sebab Chan. Emir perasan dia ada kat lobi tadi."
Mata Umar dan Ami membulat mendadak.
"Boleh jadi ma dah perasan dulu... dia punya trauma sampai buat dia pitam."
Si botak dengan jeans Harvey Davidson tadi ke? Tapi dia tak perasan itu ialah Chan kerana imej yang dah berubah! "That sucker...!" Lekas Umar bergerak ke pintu, selekas itu juga Ami dan Emir melompat bangun dan menahan tangannya.
"Ayah jangan tinggalkan ma!"
Lelaki itu terkedu. Air muka anak-anaknya nampak serius, lalu Umar akur.
"I don't like this..."
Emir turut mengeluh."Best we do untuk tolong ma sekarang ni ialah act normal je la. Ami, kau lapar kan? Pergi makan. Lepas tu kita main UNO. Kalau boleh, bila ma bangun nanti... we act like usual."
"Okay..." ujar si adik, lalu mengeluarkan bungkusan makanan. "By the way, ayah tak curi-curi cium ma, kan?"
Umar yang tengah mengeluarkan coke dari peti sejuk, terus menoleh dengan mata membulat. "Kau sedap je menuduh..."
"Ayah ingat kami tak perasan, tapi tiap kali ayah berdua dengan ma, miang ayah berlipat ganda kuasa 10..." tambah Ami, membuat Emir mengekek nakal.
"Kalau kau perasan, tangan ayah bau losyen ma," tambah si abang sambil memanjangkan leher pada si adik. Ami spontan menjungkit kening kiri sambil merenung ayahnya. Kemudian kepalanya pula didekatkan pada si abang.
"Yang aku seriau tiap kali dia tenung ma macam nak makan lepas tu tersengih sengsorang."
Meram padam muka si bapak dibuatnya. Obvious sangat ke...? Bisik hatinya. Coke diteguk lagi sambil mengerling pada si sleeping beauty di katil.
"Tengok, dia tenung-tenung lagi. Nak terkam la tu."
Geram. "Walaupun ayah sukakan ma kau... ayah masih ada prinsip untuk tak terkam perempuan masa mereka tak sedar! Ayah bukan putera raja Disney yang pergi cium perempuan tidur yang dia jumpa dalam hutan..."
"Lepas tu sendu dan marah tak tentu pasal bila ma buat keputusan nak pilih Kuro," celah Emir, sekaligus mengerat lidah Umar untuk terus cuba mempertahankan diri. Lelaki itu spontan menghempas nafas melalui hidung. Belakang kepala digaru lagi sebelum meneguk cokenya. Malah mukanya memerah dan berkerut macam tak puas hati.
Kembar itu berpandangan lagi. Rasa bersalah pula kerana membuli ayah mereka.
"Kuasa akad dan talak di tangan ayah tau," ujar Emir, disambut anggukan dari si adik.
"Ma pun dah makin manja dekat ayah sejak kita beraya sekali hari tu. Kalau ayah bersungguh sikit, mungkin boleh pujuk ma untuk menikah semula," sambut Ami pula.
Si lelaki hanya menyambut komen kembarnya dengan melabuh duduk di hujung katil. Coke diteguk lagi, menghilangkan haus dan mencari tenang. "Kuasa memang kat tangan ayah, tapi ma kau pun ada kuasa untuk reject. Naturally, I have to respect that." Bila kembarnya membulatkan mata seluas-luasnya, dia tersenyum. Comel.... "Ma kau reject ayah setiap kali ayah offer marriage," ulangnya lagi.
"Setiap kali ayah offer marriage?" ulang Ami.
Coke diteguk lagi sambil mengangguk.
"Berapa kali?" tambah Emir.
"More than 5 times... I guess?"
"Lah..." Ami menelan liur. Tidak menjangka ayahnya dah pun bertindak lebih awal berbanding bermain tarik tali seperti yang dijangka.
"Ayah tanya serius ke tanya main-main?" soal Emir pula.
"A little bit of both. Just to check the temperature, tengok boleh redah lautan berapi tu ke tidak..." Coke ditelan lagi, menelan sekali memori lamaran ditolak Aqi. Biar hancur dalam asid gastrik.
Ami menukar duduk supaya bertentangan dengan ayahnya. "Ma memang cakap taknak terus ke? Macam... macam macam..." Abangnya dipandang. "Emir, kau tolong berlakon jadi ayah?"
"Okay." Duduk ditegakkan, dada dibuka supaya nampak bidang, mata dibuat cerun dan Ami direnung ala-ala Romeo. "Aqi, aku nakkan kau jadi isteri aku—"
"TAKNAKK!!" Ami memekik.
Bahu Umar terloncat, terperanjat. Ami dan Emir pula menoleh semula pada ayah mereka.
"Macam tu ke ma reject ayah?" soal mereka serentak.
"Kau berdua ni memang... hahaha..." Coke yang tertumpah di pinggir bibir, disapu dengan belakang tangan. "Dia tak memekik macam tu." Lantai direnung, mengingati jawapan Aqi. Jawapan wanita itu bervariasi, tetapi rasanya sekalipun dia tak pernah menyebut tidak. Jika dilihat pada tingkah lakunya, Aqi mungkin tak kisah mengahwininya semula jika bukan kerana Mimi.... Walhal dia memang tahu dari awal lagi yang Aqi tak kisah dia menikahi sesiapa pun kecuali Mimi. Siapa sangka keputusan atas dendam ketika itu memakan diri sekarang. Bahana geram, coke yang dah kosong lalu digenggam sekuatnya hingga kemek.
"Kalau ma takda cakap tidak, mungkin ayah masih ada peluang..." ujar Ami sambil merenung implikasi kekuatan otot seorang lelaki pada tin merah itu. Dikagumi kekuatan itu, dan terfikir bila dia membesar nanti, dia akan menjadi sekuat itu? Bawah sedar, nalurinya juga sedang menentukan bakal pasangannya nanti haruslah segagah ayahnya.
"Maybe. Tapi sebenarnya ayah tak tahu kalau dia betul-betul cintakan ayah ke tidak..." ujar Umar sambil melontar tin ke tong sampah.
"Aik?? Flirt macam pasangan couple sampai tangan berkongsi losyen tapi masih tak tahu feeling ma??"Â
"Hahaha.... Ayah tak boleh anggap dia suka hanya sebab dia melayan ayah bila ayah miang... she never utters that magic word..." balasnya pada lantai. "Ma kau keras orangnya. Ayah taknak syok sendiri. Kalau tak, ayah yang sengsara nak tunggu ayat tu dari dia... sebab tu ayah offer marriage berkali-kali, dia reject sampai sekarang."
Kembar itu senyap, sama menghadam luahan ayah mereka, sekaligus menerima kata-kata itu sebagai panduan hidup. Sebab mereka juga nampak penyokong terbesar Mimi ialah emak mereka sendiri. Alternatif untuk restu Mimi ialah kesungguhan emak mereka merebut ayah mereka, tetapi itu pun si emak itu enggan buat.
"Mungkin... mungkin ada cara lain untuk lembutkan hati ma..." ujar Emir tiba-tiba, membuat Umar dan Ami menoleh. Pemuda itu sedang merenung emaknya yang sedang terbaring kaku. "Nanti bila aunty Mimi lahirkan baby dia, ma pun dapat peluang peluk baby ayah lagi. Dia ada soft spot untuk baby tu sebab dia sendiri tak boleh lahirkan baby ayah dah. Emir tak rasa aunty Mimi boleh jaga baby dengan baik... so ma maybe boleh bantu and then improve their relationship..." tambah Emir lagi, merencana idea baru.
Ami menoleh terus. "Mereka kena menikahlah, barulah ma boleh lahirkan baby ayah. Tulah gunanya perkahwinan. Mengembangkan ummah Rasulullah gitu."
"Ma dah tak boleh mengandunglah. Dia dah buang rahim dia sebab dia taknak kandungkan anak Chan." Sepatah-sepatah ditutur, dan masuk ke telinga kedua-duanya. Umar dan Ami terlongo.
"Sampai buang rahim? Kenapa?" soal Ami, terus merapat.
"Dia bencikan Chan." Off handed menjawab.
Si adik memicing. "Aku tahu dia bencikan suami dia, tapi kenapa sampai buang rahim? Junior cakap perempuan boleh mengandung sehari lepas kahwin!"
Umar menoleh pada anak daranya, manakala Emir mengerutkan dahi. "Point kau?"
"Ma ialah isteri Chan selama 12 tahun!!" jeritnya sambil menuding pada tubuh longlai di katil. "Ini dah bukan bertahan dengan suami sebab sayang atau atau atau sebab bodoh semata. Buang rahim ialah kesan kekal... even keadaan kaki dia tu pun..." Liur ditelan, baru menyedari tahap serius rahsia yang disimpan ibunya. "Jadi kenapa ma sanggup bersama dengan dia sampai tinggalkan ayah sampai bertahun-tahun...?"
Retak suara si adik membuat Emir menelan nafas. "Aku tak tahu..."
Putus fius. "Kau main-main ke apa?" deram Ami bersama penumbuk.
"Aku dah cakap aku tak tahu! Ma taknak cerita!"
"Dengan kau pun dia taknak cerita?" soal Umar pula, membuat kembar itu menoleh. "Ayah ada teori, tapi dia tetap taknak mengaku."
"Teori ayah apa?"
"Chan ugut ma kau dengan sesuatu. Sebab isu itulah dia terpaksa bertahan dengan Chan... sampai taknak bagitau polis... dan disebabkan isu tu berjaya diselesaikan ma kau, iaitu rahsia terbesar dia, yang membolehkan dia balik ke pangkuan ayah semula."
Kening Emir bercantum terus. "Itu teori hasil fikir sendiri?" soalnya, dan disambut anggukan oleh si ayah. Hidung Emir terjungkit, menyedari dari mana dia dan Ami dapat kepintaran itu.
Ami pula masih blur. "Tapi apa kaitan dengan polis pula?" Bila libatkan polis, hal itu berat gila rasanya.
"Kau ingat ma kau tak report polis kalau badan dah hancur berkecai kena libas?"
"Ah..." Betul juga. Ami berpeluk tubuh, berfikir. Kemudian abangnya dikerling lagi. "Rahsia ma yang ayah cakap tu... kau tak tahu?"
Emir menggelengkan kepala.
"Kau tak tipu?"
Lalu lidah dijilat. "Pertama kali aku jumpa ma selama aku hidup ialah dua tahun lepas, dekat rumah Chan. Masa tu dia memang dah kena dera. Jadi aku minta tolong kat Kuro untuk selamatkan dia... and the rest is history. Ma tak involve aku pasal apa yang dia plan dengan Kuro sampai last minute." Tangan diangkat ke bahu, tanda tak bersalah.
Ami mendengus lagi, masih tak berpuas hati. Manakala perhatian Umar kian terpancing. Si baran mata hazel itu menghadam maklumat baru lagi.
"Kau yang minta tolong Kuro untuk selamatkan ma kau?" soal si ayah lagi, sebagai klarifikasi.
"Yeap," sambungnya dengan sengih sebelum menoleh pada adiknya kembali. "Aku rasa kau akan sukakan dia," sengihnya.
"Kenapa?"
"Cara dia selamatkan ma, dia drive Saga cinta hati kesayangan jantung dia tu, direct je ke rumah Chan sampai musnahkan bilik yang kurung ma." Dengan mata bersinar, dia bercerita. "Dekat situlah kami jumpa ma... luka berdarah... kurus kering... tak cukup makan... mujur masih bernafas. Ada satu gambar yang dia genggam taknak bagi lepas. Gambar ayah." Lelaki berjambang itu dipandang bersama hati kembang. "Mujur, ma survived the trial..." sambungnya sambil menoleh pula pada ibunya di katil.
Umar dan Ami sama-sama membatu, mendalami jasa Kuro yang kini dirasakan cukup bernilai harganya.
"Macammana rupa Kuro?"
"Tinggi, sado, gelap-gelap sikit, ada vibe... macam ayah!" Tangan ditunjuk pada lelaki gagah dihadapannya. "Set-set taste ma nampaknya hahha. Tapi Kuro tak pakai spek dan dia tak bertukar jadi baby bila dengan ma."
Ami mengekek. "Jenis jantan tulen—ack!" Terjerit bila kepala menerima buku lima.
Si ayah mendesis geram, menyimpan buku limanya semula. Perhatian dikembalikan pada anak lelakinya. "Kenapa Kuro?"
"Maksud ayah?"
"Kenapa kau tak minta bantuan polis?"
Dan ketika itulah Emir menyedari dia dah terlepas jauh. Mulutnya terbuka seketika, lalu lidah digulung ke dalam mulut, melipat sekali bibirnya ke dalam. Seakan teringat janji pada emaknya untuk menutup semuanya rapat-rapat dalam besi.
"Maaf... Emir tak boleh cakap..."
Ami merenung tingkah laku si abang dengan riak sebal. Spontan menoleh bila melihat ayahnya merapati anak lelakinya. Dipegang bahu Emir sebelum mencangkung supaya mata mereka berada di paras yang sama.
"Kau dah bercerita jauh macam ni, kenapa tiba-tiba taknak cakap?"
Kepala digeleng deras.
Umar mengerut dahi. Kenapa tiba-tiba berubah bila melibatkan persoalan mengenai polis? Anak mata anaknya direnung. Tengah berair. Rahangnya juga ketat, seakan menahan diri untuk berbicara. Umar menoleh pada Aqi, mengimbau kejadian wanita itu menangis teruk kerana dia memaksa soalan tentang Chan. Emir pun nampaknya melalui deraan jiwa yang sama, lalu Umar menukar rentak soalannya.
"Kau tak tahu atau kau taknak cerita?"
Diam.
"Selama ni pun kau senyap kecuali hari ni tiba-tiba kantoi. Sebab kau terlepas cakap semasa bercerita tentang Kuro?"
Masih diam.
"Kenapa diam? Ma kau tak bagi ke, Emir?"
Geleng. Ami pula memandang ayahnya, sedikit senak mendengar setiap soalan yang keluar dari mulut ayahnya.
"Walaupun dia dah pengsan macam tu hanya sebab terserempak dengan Chan? Kau masih nak ikut cakap dia?" soal Umar, satu persatu disebut dengan lembut. "Ayah tahu sebelum ni kau berseorangan Emir. Kau dengan ma kau hidup dengan Chan sebelum hadirnya Kuro dalam hidup korang. Tapi sekarang, Kuro takda. Sekarang, kau dengan ma dah balik ke sini. Sekarang kau ada ayah dengan Ami... let us in, please?"
"Emir tak boleh..." Geleng. "Ma cakap jangan cerita apa-apa tentang Chan. Terutama dekat ayah dengan Ami."
Sebal. "Emir... kau masih taknak terima ayah sebagai ayah kau ke?"
Tersentak terus hati si anak. Tubuhnya mula bergegar. Anak mata Umar mula nampak berkaca, membuat hati Emir retak menjadi lebur.
"Ayah minta maaf sebab tak cari kau dengan ma, I really do. But now that kau dengan ma dah balik ke sini, ayah dah nampak how serious the situation is. Ayah merayu, Emir. Tolong benarkan ayah jagakan kau dengan ma... please trust me to protect you guys..."
Kepala dijatuhkan, melepaskan sebutir demi sebutir air mata yang jatuh. Bibir digigit, menahan sebak. Buku lima ayahnya di pergelangan tangannya menarik perhatiannya. Tangan itu besar sekali. Kasar sifatnya, dan kuat juga hingga mampu mengemekkan tin sekali genggam tetapi masih bersifat lembut hingga memberinya hangat dan selesa. Anak mata hazel milik si ayah ditentang akhirnya, sebelum menoleh pula pada Ami yang masih berdiri di sebelah.
Mereka ialah sebuah keluarga, dan ayahnya ialah pelindung mereka. Ditelan fakta itu lumat-lumat biar dihadam ke dalam perut dan disimpan dalam hati.
"Kalau ada peluang... kalau ayah boleh tumbuk Chan... tolong tumbuk dia lumat-lumat sampai masuk hospital..."
Tersenyum Umar lalu. Kepala anaknya itu dicium, berterima kasih atas peluang itu.
Emir pula menarik nafas, bersedia membuka pekung. "Ma kerap cakap kalau Emir kantoikan tentang Chan, nyawa ayah dalam bahaya. Emir taknak benda tu berlaku..." Air mata dikesat. "Chan boleh bunuh orang... Emir taknak dia target ayah dengan Ami... Emir pernah nampak dia bunuh orang dengan mata kepala Emir sendiri... dia terlalu merbahaya...."
Umar dan Ami bertukar pandang buat seketika.
"Tak report polis ke?" soal Ami, mengulang soalan si ayah.
"Aku takda bukti. Masa tu aku kecik lagi..."
"Ma kau pula macammana? Dia bukannya bodoh untuk terus bertahan kosong 10 tahun. Kuro pula baru terlibat in recent years. Jadi mana peranan polis sejak awal dulu?"
Diam.
Nafas dihela. "Kuro call polis tak?"
"Tak."
"Kenapa?"
"Ma tak bagi."
Umar mendengus.
"Kau pula? Kau minta tolong Kuro, tapi kau tak minta bantuan polis ke?" soal Ami pula.
"Minta."
"Dah tu?"
"Ma nafi semua pertuduhan tentang Chan..."
Kepala Umar terjatuh, menyerah kalah. Ami pula melopong luas.
"Kenapa?!"
"Aku tak tahu..." Kepala digeleng berkali-kali. "Aku tak tahu kenapa dia protect Chan dari polis, aku tak tahu... tapi ma sangat... sangat... bersungguh!" Rambut dicengkam sekuatnya. "She hates him but she protects him! Aku bercerita pun aku stress!"
"Aku dengar pun aku stress..." keluh Ami.
Umar menoleh pada Aqi semula. "Imagine what she felt..." bisiknya perlahan bersama rasa sesal. "Kuro macammana? Dia tahu pasal ugutan Chan dekat Aqi?"
"Should be. Or else, projek BOADICEA takkan boleh dilaksanakan dengan sempurna kalau ma berahsia dengan penyelamat dia tu macam dia buat dekat kita..."
Nada berat si abang membuat si adik turut merasa bebannya. "Projek BOADICEA ialah..." soal Ami rendah.
"Plan untuk lepaskan ma dari Chan. Nantilah aku cerita detail dia. Aku penat..." keluhnya, mengingati kejadian berdarah itu. Penglibatannya dalam projek itu sekadar di fasa akhir walaupun dia terlebih dahulu mengenali Kuro berbanding emaknya.
Kedua-duanya akur. Suasana dalam bilik bertukar suram dan berat. Umar menarik nafas dalam sambil meraup mukanya, bengang yang dia tak tahu apa-apa untuk berbuat apa-apa.
"Mana pula peranan Zach dalam cerita kau ni.... Dia abang Aqi! Aqi serahkan kau untuk dia jaga sejak kau kecik, kan? Mana dia?!" Marah dilepaskan pula pada lelaki bermata hijau itu.
Emir merenung ayahnya dengan riak sayu. "Uncle Zach dah mati..."
Nafas Umar terasa terputus.
"Dekat Jepun masa tu.... Emir nampak Chan tembak kepala dia... lepas tu Chan bawa Emir balik ke Malaysia... Emir tak tahu kat mana uncle dikuburkan sekalipun... mayat dia ditinggalkan kat tempat tu... entah ditemui orang, entah mereput sampai ke tulang... sebab tu Emir cakap Emir takda bukti... " Nafas yang terasa menyesak di dada dipaksa telan. "Sebab tu Emir taknak cerita kalau boleh... sebab Chan bahaya... Chan sangat bahaya... Emir taknak Chan cederakan Ami dengan ayah..." Satu persatu disebut dengan suara bergetar. Air mata turut jatuh satu persatu ke pipi. Bergegar bahunya. Menggigil juga lututnya, seakan cuba melawan ketakutan yang kembali merasuk.
Hati Umar luruh melihat keadaan anak lelakinya. Dia dah pernah melihat Aqi tumbang menangis kerana mengungkit tentang Chan, dan kini Emir menunjukkan reaksi yang sama. "Allahuakbar..." Umar terus melutut dan tubuh anak lelakinya dipeluk seerat mungkin. Ami yang menahan tangis di sebelah turut ditarik ke rangkulan.
"Ayah akan jagakan kau berdua. Ayah janji..." luahnya, dan dikucup sisi kepala mereka. "You and your mom... you guys are mine. Ayah takkan benarkan Chan sentuh kau. I'll kill him if necessary..." Janjinya pada diri sendiri, biar mengalir ke seluruh urat darah hingga ke akhir hayatnya.
Emir menahan haru, lalu muka dibenam ke bahu bidang si ayah, membalas pelukannya.
Ami pula sekadar membatu, masih memproses semua cerita abangnya. Anak mata dikerling ke katil, pada tubuh layu si emak – kesan pertemuan yang sekejap dengan lelaki bernama Chan. Besarnya impak lelaki itu hingga merosakkan keluarga mereka, hingga dia dan ayahnya turut menjadi mangsa. Tubuhnya terasa berbahang, sebuah bara yang cukup asing sekali, tetapi disambut bersama rasa ganjil.
Itu ialah sebuah amarah dendam, tetapi Ami masih terlalu muda untuk mengenalinya.
Umar pula merenung langsir tingkap dengan mata bersinar serta rahang mengetat. Api dendam semakin marak sinarnya. Merasa bahunya basah kedua belah, lalu pelukan dikemaskan. Mahu memberi rasa selamat pada mereka.
Share this novel