SUASANA di rumahnya pagi ini terasa cukup berbeza berbanding hari-hari biasa. Terasa macam Subuh yang bangkit membawa bersama hangat mentari. Terasa macam akhirnya boleh menghidu bau segar pagi selepas hidung tersumbat sepanjang malam. Terasa macam pertama kali melihat awan nipis di langit yang biru. Sebuah pagi yang kecoh tetapi memberi rasa damai pada seorang hamba Allah.
Sebuah rasa yang cukup asing bagi Mimi Rainita.
Semuanya kerana Aqi dan anak-anaknya. Wanita itu tengah masak sarapan di dapur kemudian Emir dan Ami bergaduh hingga membuat Aqi marah-marah. Umar pula boleh buat selamba badak meneguk kopi panas sambil menumpukan perhatian pada iPhone. Tadi cakap nak pergi ke pejabat, tapi kenapa boleh santai lepak di dapur dan menikmati kopi pula?
"Abang cakap abang dah lewat ke opis?"
"Ada orang masakkan sarapan kat rumah. Abang boleh gerak kemudian." Selamba menjawab pada Bloomberg News di iPhone.
Mimi mengerut dahi sebelum menoleh pada Aqi yang menghidangkan roti telur di depan mereka. Sos turut dihulur.
"Ni je?" soal Umar pada pinggan di depan mata.
"Aku boleh masakkan ni je sebab rumah kau takda ransum," jelasnya pada si mata hazel.
"Apa yang takda?"
"Bawang putih, bawang merah, cili, mentega..."
Dompet dikeluarkan, lalu RM200 dihulur pada Aqi. Wanita itu merenung datar. Emir, Ami dan Mimi turut memerhati.
"Power play jenis apa ni?" soal Aqi dengan suara yang mula menegang dari biasa.
Umar merenung duit yang masih tak bersambut. "Kau cakap barang tak cukup, so aku bagi duit untuk kau belikan."
"Ini rumah kau sendiri. Kau ingat aku siapa?"
Mereka bertukar renung.
"Wife by proxy aku."
Lidah dicucuk ke dinding pipi. "Ehem." Anak tekak direlakskan. Rambut panjangnya diikat simpul, kemudian tubuh dirapatkan ke meja dan tangan kanan dijadikan tongkat supaya mukanya boleh ditentang ke muka lelaki di hadapannya. Umar pula menjauhkan kepala bersama senyum tersipu malu.
"Kau masih tak sedar aku tak sukakan title tu? You do realise aku masih boleh tarik 'yes' aku bila-bila masa kalau kau masih nak layan perempuan dengan cara unconventional macam ni."
Umar menjilat gigi. "Kau cakap barang takda, so aku berilah duit. How is that unconventional?"
"Aku datang sini sebab anak-anak aku panggil dan nak mudahkan hidup bini kau sebab dia cedera luka, bukan melayan kau! Pergi la beli sendiri!" marahnya akhirnya sambil mencekak kedua belah pinggang. "And stop calling me your wife by proxy!! I don't like it the first time I heard it, I don't like it after all this time, and I despised it even now!!" Mata dicerlangkan.
Mimi hanya memerhati tingkah laku yang dirasakan agak keras itu. Dan yang lebih menghairankan, suaminya pula melepaskan ketawa kecil pada Aqi. Lelaki itu menoleh pada kedua-dua kembar yang masih memerhati.
"Ayah kena marah..." luahnya sambil menggaru belakang kepala.
Emir dan Ami sama-sama memasang sengih janggal.
Aqi pula menjuih. "Dia yang buat salah lepas tu mengadu dekat anak. Nanti aku senaraikan barang-barang yang kau kena beli tau."
"Baikk..." Duit disimpan semula ke dalam dompet. Dua pasang mata hazel itu kembali dipandang. "Makan sarapan tu lekas. Nak ayah hantarkan korang ke sekolah ke?"
"Emir naik basikal je. Lagipun nanti nak kena balik awal."
"Ami nak skate je. Lagipun nanti ayah balik lewat malam."
"Kalau macam tu, korang belikan grocery yang ma kau minta." Dompet dikeluarkan semula. Tak sempat tunai dikeluarkan, kedua-dua remaja itu dah pun lesap dari kerusi mereka. Malah kelam kabut mencapai beg sekolah sebelum berlari keluar dari rumah macamlah baru saja disuruh pergi berperang melawan Korea Utara. Buku latihan yang tertinggal atas meja terbiar tak berusik.
Mimi menoleh pada Aqi yang mengurut kening. "Anak-anak kau nakal..."
"Kau baru tengok 1%..." luah Aqi bersama keluh pendek. "Aku rasa macam nak anak baru..."
"Tunggu lepas kita kahwin, sayang," balas Umar yang turut berkemas nak pergi kerja. Selamba sekali bercakap seolah-olah lupa kedua-dua wanita berada di meja yang sama. Mimi mengeluh janggal. Masih pedih menerima takdirnya, manakala Aqi merenung si perempuan dengan riak kasihan.
"Aku dah tak boleh mengandung. Kau kena harap dengan Mimi seorang, Mar..." ujarnya, mengingatkan.
Tingkah laku lelaki itu terhenti seketika, seakan memproses maklumat pedih yang ditutur suara sayu itu dalam kepalanya sebelum kembali berkemas. Takda benda lain yang boleh dibuat selain redha dan move on.
Mimi pula menoleh pada Aqi. "Kau tak boleh mengandung?"
"Aku buang rahim aku sebab aku taknak lahirkan anak Chan."
Ternganga si perempuan. Terus teringat si botak dan serangan backhand ke muka Aqi. Faham sangat kenapa Aqi enggan melayan lelaki itu. "Sampai macam tu sekali? Dahlah semalam dia datang sebab nak jumpa kau semula."
Umar menoleh lipat maut mendengar kata-kata itu. Aqi pula mencerlangkan mata pada Mimi, geram dengan mulut tempayan itu.
"Aku suruh kau diamkan, kan?" desisnya geram sebelum mendekati si lelaki yang dah merah muka itu. "Mar... calm down."
"I am calm!" marahnya terus. Aqi menjungkit sebelah kening, membuat si lelaki menghela keluh panjang. "Dia datang jumpa kau?"
"Kejap je. Aku halau lepas tu."
"Dia buat apa-apa dekat kau tak?"
"Takda."
"Kau cakap betul? History suggests otherwise."
Aqi memekam bibir. Mujur tergerak nak menutup lebam di pipinya dengan concealer sebelum datang ke rumah ini. "Ami first time jumpa dia... and honestly, dia dah fully transform jadi mini-Umar versi perempuan bahana benci dia. Emir has grown braver which is good... tapi nothing major happen. Everything is okay..." jelasnya, mencampur aduk hal sebenar dan masih menipu dengan menyembunyikan beberapa maklumat. Pada masa yang sama, geramnya rasa hati nak membetulkan tali leher lelaki itu, tetapi ditahan perasaan itu memandangkan isteri yang sah masih memerhati di belakang.
Si lelaki masih dengan riak serius, tidak gemar mendengar berita itu. Dia dah memasang sistem keselamatan di rumah Aqi, tapi langsung tak teringat nak memasangnya di rumahnya sendiri. Tapi macammana Chan boleh tergerak nak mencari Aqi di rumahnya?
Anak mata spontan dikerling pada Mimi. Diakah? Tapi, tak mungkin...
"Mar... I'm okay..." ujar Aqi lagi bila air muka serius lelaki itu masih tak memudar.
"Dia nak rampas kau dari aku," desis si lelaki.
Senyum. "It won't happen."
"14 years, Aqi. 14 years... jangan lupa." Dahi itu ditunjal dan dia bergerak ke pintu bersama beg kerjanya.
Aqi meleret bibir, mengekori. "Aku ke KL hari ni tau."
"Buat apa?"
"Sedikit hal..." Kedua belah tangan diseluk ke poket jeans belakang. Bila lelaki itu merenung padanya kembali, Aqi menahan senyum. "Pandailah aku jaga diri...!"
"Mana tau boleh jaga diri sedangkan dekat rumah pun boleh jumpa Chan tu?"
"For god sake... Aku akan share my location dekat kau sepanjang masa. So sepanjang aku kat sana, kau boleh track my movement, yes? Is that enough, you psycho??" Geram.
Dan lelaki itu tersenyum kambing. "Update every hour juga."
"Dah kenapa toxic sangat ni?"
"Try me. Half an hour."
"Umar...!!"
"Hahaha..." Kepala Aqi digosok sampai rambut si perempuan rosak.
Mimi masih di meja makan, memerhati interaksi mereka. Umar dan Aqi, mungkin tak nampak macam pasangan kekasih tetapi lebih kepada kawan baik. Bermula dari persahabatan itulah hubungan romantik menyusul. Dan tiadalah hubungan yang lebih baik dari pasangan yang menjadi kawan baik kita juga. Nafas dihela panjang berupa keluh. Nak menyesal macammana lagi pun tak tahu dah. Susahnya menerima takdir tapi nak tak nak perlu ditelan juga.
"Mimi! Mai la sini salam tangan laki kau. Dia nak pergi kerja!" tegur Aqi tiba-tiba.
Si perempuan bangkit. "Bantu aku supaya mudah aku faham. Aku sekarang ni takda can nak kalahkan kau... tapi aku ada kelebihan sebab aku boleh beri anak dekat Umar?" soalnya pula sambil merapat.
Lelaki itu terkedu. Kemudian Aqi di sebelahnya dipandang.
"Aku boleh cakap... ya," sahut wanita itu.
Mimi mengangguk, dan barulah dia tersenyum. "Okay, aku boleh terima."
"Hahah. Simple-nya bini kau, Mar..."
Umar turut tersenyum bahana ketawa itu. Mimi yang menciumi tangannya dibalas dengan ciuman hangat di pipi si isteri. Berterima kasih atas hati yang akhirnya berlembut ini. Kemudian kepala Aqi pula diusap sambil merenung mata hitam si perempuan, membisik rasa kasih melalui pandangan mata.
Dia menyayangi kedua-duanya. Mohon jangan memintanya memilih.
DISANGKA panas sampai ke petang, rupanya hujan lebat di tengah hari dan berterusan berpanjangan hingga ditenggelami banjir kilat yang merosakkan tiang rumah yang sedia rapuh.
Emir dan Ami memecut balik ke rumah ayah mereka kerana Emir tertinggal buku latihan matematik bahana kelam kabut keluar dari rumah pagi tadi, dan Ami menemani kerana suka hati boleh lari dari kelas. Tetapi mereka terperanjat bila melihat kereta yang tak dikenali di depan pagar rumah. Selipar di depan rumah juga tidak dicam.
Jika dilihat pada saiz, itu milik lelaki dewasa.
Emir dan Ami spontan bertukar pandangan curiga.
Pintu ditolak. Tidak berkunci. Kedengaran bunyi tawa perempuan dan lelaki dari bilik tidur ayah mereka, sebuah bunyi yang membuat darah kedua-duanya menyirap. Pada masa yang sama, suatu rasa yang cukup asing timbul. Mengigit-gigit dan membakar darah muda masing-masing.
Hari masih siang. Ayah mereka sepatutnya masih di pejabat!
"Takkanlah..." Emir mengucap panjang. Tak percaya dengan apa yang otaknya tengah fikirkan. Mereka baru sahaja berbaik. Baru je pagi tadi! Ayahnya buat muka selamba tetapi lelaki itu akhirnya gembira. Emaknya juga dah tak pening kepala.
Apa benda ni!! Kenapa U-turn?!
Ami tidak menunggu, terus berjalan laju ke bilik tidur itu. Dia perlukan pengesahan betul-betul depan mata. Biar terang jelas dan nyata berbanding sakit kepala memikirkan kemungkinan yang menyakitkan hati.
Pintu bilik tidur itu ditolak luas.
Dan seperti yang dijangka, atau sebolehnya, enggan dilihat, emak tiri mereka berada di atas katil dengan seorang lelaki botak. Kedua-duanya dalam keadaan memalukan.
Mimi, kau perempuan bodoh!
Nyaringnya jeritan terkejut Mimi mengejutkan kedua-dua remaja. Dan serentak juga Ami dan Emir tahu apa yang mereka perlu buat. Emir terus menelefon orang masjid. Ami pula terus membuka Instagram live. Kelibut kedua-dua orang dewasa yang tengah cuba memakai baj itu diumumkan ke seluruh dunia kerana berani mencurangi dan mengkhianati ayahnya buat kali kedua.
Selalunya orang dewasa memarahi anak muda. Kali ini, biar anak muda yang menghakimi dan menjatuhkan hukum.
UMAR sampai ke rumah kira-kira sejam setengah kemudian. Ketika itu, rumahnya dah berisi kumpulan manusia berjubah. Mimi di ruang tamu, berpakaian penuh, dan tengah duduk di sofa panjang. Lelaki berupa enigma hidupnya yang tiada kemampuan menumbuhkan rambut juga dah berpakaian penuh, duduk di kerusi asing. Anak-anak kembarnya ada, masing-masing dengan baju sekolah. Hairan seketika, kenapa mereka juga ada dan bukan di sekolah. Tetapi salam diberi pada orang masjid terlebih dahulu. Tidak panjang perbincangan mereka. Umar meminta maaf, berterima kasih, menyetujui beberapa perkara, dan orang-orang masjid itu bergerak pergi.
Dengan nafas pendek, Chan dihadap. "Don't you have companies to run?" soalnya terus.
Lelaki itu tersenyum. "Kau kenal aku?" Dia bangun, lalu menghulur tangan.
Salam itu tidak disambut, sebaliknya Umar menoleh pada anak-anaknya "Ma-ma kau... jangan sampai dia tahu..."
"Ma dekat KL sekarang."
"Oh ya..." Bersyukur.
"Dia ada dengan Kuro jadi Chan takkan boleh dapatkan ma!" tambah Emir lagi, masih memarahi si botak.
Umar terkelip, lalu dia menoleh dengan muka berkerut. "Ma kau pergi KL sebab nak jumpa Kuro?" Aqi cakap ada hal, tapi sebenarnya nak jumpa Kuro?? Kedua-dua perempuannya berpakat nak mencuranginya pada hari yang sama, kah?? Permainan apa yang takdir tengah beri ni?
Mengesan cemburu si ayah, kedua-dua si anak terpaku. Ami menyiku lengan Emir, meminta si abang membetulkan kata-katanya lekas.
"Kuro cakap ma nak tumpang tidur—" Tersentak lagi bila Ami menyiku dengan lebih kuat. "Which is irrelevant sebab Chan dah rogol aunty Mimi!!" Cuak!
Chan turut menoleh dengan kerut di dahi. Dipedulikan si anak muda, Umar dipandang. "Aku tak rogol. Kami buat suka sama suka."
Lelaki bermata hazel itu pula melepaskan dengus panas. Tidak pasti nak marahkan isu yang mana satu sekarang ni. Tak sempat nak berkata apa, Mimi tiba tiba memeluk pinggangnya bersama tangis, mengejutkan lelaki tu.
"Abang... Mimi minta maaf..."
"Awak pergi bilik dulu, Mi. Abang nak cakap dengan dia ni."
"Mimi bukan sengaja..."
"Abang cakap tunggu kejap... abang akan deal dengan awak nanti," luahnya rendah sebelum kembali menentang lelaki yang tersenyum senang itu. "Chandler Abdullah. The infamous Kuro—I-I mean, the infamous Chan... great to finally meet you, sir." Tangan dihulur.
Kedua-dua anaknya terjengil di tempat mereka. Chan turut terkedu, melihat tangan di hadapannya.
"Ya... the pleasure all mine." Salam disambut.
Nafas ditarik sedalamnya, cuba mengukuhkan sabar sebelum kembali menentang lelaki yang ingin benar ditemui sejak pertama kali didengari awal tahun lalu. " Saya sebenarnya fan tuan. I know all of your great work, especially every single court cases yang melibatkan Dickens. How you manage to skew judgement mahkamah supaya lepaskan Dickens and all his allegations beyond me." Tangan melepas udara, gaya menyembang betul-betul macam peminat sebenar. "If you remember, my team pernah cuba nak recruit you to be our legal tapi you reject sebab you are so loyal dekat Dickens. Dia dah dalam penjara sekarang, saya dengar. I don't how that happened..."
Lalu Chan tersenyum. "Some great mind at work is what happen there. I think you'll love to know siapa yang akhirnya tumpaskan Dick to the point I can't do anything."
"I see." Senyum meleret. "I read your book. How to Win an Argument without Arguing. Chapter Three, let them talk until they lose to their own point."
Chan tergelak. Umar masih dengan senyum.
"I can't believe I finally meet you..." tambahnya bersama bara sejuk di dalam hati, walau senyum di bibir masih mesra dan professional.
"Pleasure all mine," sambut Chan, lebih ikhlas kini. "You're really calm, walaupun..." Mimi yang masih basah mata di belakang lelaki itu dikerling.
"I'm fuming on the inside, sir. I'm calming myself down right now, and I can't pass the opportunity to talk to you. You are a huge news to those who knows you..." Jari telunjuk dipatahkan. Kemudian jari hantu. "...I mean, in the corporate world..." tambahnya perlahan.
Angguk. Sejujurnya, dia juga nampak amarah di dalam mata lelaki itu. Senyapnya sifat api yang marak melambung itu menunjukkan betapa kuatnya kawalan diri lelaki ini.
"You're quite something." Layak dipuji.
"I'll take that as a compliment. Please, have a seat." Punggung nak dilabuh, tetapi tak jadi bila melihat Mimi. Kemudian ruang tamu rumahnya dipandang. "Erm... out of curiosity... mana tempat yang masih bersih from your... filthy bodily fluid?" Satu persatu sofa dilihat.
Chan melepas tawa nipis. Ketenangan itu akhirnya mencuit hati. "Kau duduk je dekat... err..." Giliran dia pula memandang ke sekeliling. Kemudian ke dapur. "Hmm..." Dagu digaru. "Salah satu kerusi makan tu mungkin belum—"
Selajur penumbuk sulung menyapa tepat ke muka Chan hingga lelaki itu terduduk kasar. Mimi terpekik, manakala Ami dan Emir serentak bersorak sambil mengangkat buku lima ke udara. Akhirnya!!
Fuh. Satu per dua puluh dendamnya terbayar. Kemudian anak-anaknya dipandang. "Kau berdua jangan duduk kat mana-mana. Ayah kena sanitize dulu rumah ni sampai ke lubang anai-anai. Atau lebih baik aku bakar terus je..." luahnya datar sambil mengeluarkan handkerchief dari poket seluar. Ditebar di atas lengan sofa, dan dia duduk di situ. Kemudian Chan direnung. Berdarah mulutnya. Lelaki itu membetulkan sesuatu di dalam mulut, lalu meludah sesuatu keluar.
Gigi.
Umar menoleh pada Mimi yang tengah pucat. "Ambik tisu tu sayang."
Lekas si wanita menurut, dan Umar meletakkan tisu ke hadapan Chan. "Hobi peribadi tuan ke, hump bini orang masa husband dia pergi kerja?"
Chan tidak mendengar bahana telinganya masih berdesing. Tisu dilap pada hidung dan pinggir mulut. Kepalanya berpusing, telinganya bingit dan rahang juga terasa tertanggal. Lalu diusap rahang yang berdenyut. Gila kuat penumbuk si mata hazel ini! Lidah memeriksa gigi mana yang dipatahkan penumbuk Umar. Gigi taring atas. Ini penumbuk sebab tidur dengan isteri dia, ke? Kemudian si mata hazel berkaca mata itu dikerling, menyedari lelaki ini jangan dibuat main. Gunung berapi itu tengah meletus di dalam senyap dan sedang dikawal sepenuhnya. Boleh hilang nyawa jika dibiarkan meletup.
"Dia minta aku datang."
Umar masih dengan rias kosong, manakala wanita itu terpekik.
"Dia tipu!!"
"Dia cakap dia nak mengandung secepat mungkin walau dengan apa cara sekalipun. Buat apa aku nak tolak offer." Terus mempertahankan diri.
Bahang di hati Umar bertukar arah angin. Dengan hidung kembang kuncup, dia menoleh pada isterinya. Mimi masih dengan muka basah, menangis macam dah dipermainkan. "Kau minta lelaki lain mengandungkan kau??"
Tangis Mimi semakin melarat esaknya. "Tak... bukan..."
Nyata penafian semata. Nafas Umar semakin kencang, lalu wajah dipalingkan dari melihat isteri nusyuz itu. Tumpuannya pada lelaki yang tidur dengan isterinya itu pula. "How'd you guys meet?" soalnya pula, sengaja berbahasa English.
"Love app. Its been a while, really. Three... four months, top. I tested her and asked her to come to Desaru... and she did."
"Okay, thats enough." Umar menelan liur, bertambah marah bila mengetahui Mimi dah bermain di belakangnya lebih lama dari yang dijangka. Semasa dia menahan rasa bersalah kerana mencintai perempuan lain, semasa Aqi dan anak-anaknya menjadi mangsa cemburu Mimi... semuanya sia-sia.
"She said that she wants to give you a child but she can't get pregnant. You are expecting, so she has to increase her chances of success with another man elsewhere just to feed her lies to you." Chan menambah.
Usaha si batu api berjaya. Badan Umar kini menggigil, membara dengan baran yang menggila. Lalu dia bangun sambil mencengkam rambutnya. "Allahu... astaghfirullahalazim... astaghfirullahalazim..." Berkali-kali. Lalu muka diraup lagi berkali-kali. "Sabar Umar, sabar... jangan buat Aqi kecewa... tarik nafas..." Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum dihembus sehabisnya hingga dada mengempis.
"Siapa Aqi?" Siapa pemilik nama yang menjadi titik tunjang lelaki ini memasang sabar sekukuh itu? Dia kepingin nak tahu.
"My love," keluh Umar, kembali menentang Chan.
Lelaki itu menuding pada Mimi dengan gaya bertanya. Lalu Umar mengawang tangan.
"No, this one is..." Dipandang lagi wanita yang dah hilang nilai dirinya di matanya itu. "I don't know what to call this one..." Terlalu kecewa nak mengaku bini sekalipun. Kepala dipaling semula ke Chan. "By the way, tentang Asyikin Ramzi... your ex-wife..."
"She's my love too..." sahut Chan dengan senyum bermakna.
"Your ex-wife," ulang Umar. "Kau dah ceraikan dia tahun lepas. Dia datang ke sini dan complain semua benda tentang kau... tentang parut di kaki dia... menangis bila ingat dekat kau..."
"Ah, ya... we had our sweet times.... Ekin Ekin Ekin... aku taknak ceraikan dia sebenarnya..." Leher digaru. "I truly love her, you know. With all my heart."
Umar merenung datar. "Figured..." ujarnya, membuat lelaki itu pula terkaku. "Tetapi dia menafi perasaan kau, bukan?"
"She told you?"
"She did the same thing to me..." Kedua belah siku disokong pada lutut. "At one point, aku sengaja sepak kaki dia supaya dia jatuh dan aku boleh support dia lepas tu. She's too independent to the point of annoyance!"
"I know right! Dia buat aku rasa macam aku tak diperlukan."
"Ya... ya... she totally did that to me too..."
Dan sama-sama gelak mengingati perangai Aqi. Tingkah dua lelaki dewasa itu membuat kembar itu berpandangan buat kesekian kali. Tidak faham macammana ayah mereka boleh berbual dengan Chan macam bertemu kawan lama sedangkan dia tahu semua kesalahan lelaki itu.
"Abang..." Mimi cuba mencelah.
"DIAM."
Datar, hampir monotone, tetapi cukup keras nadanya. Seperti pedang yang bersedia nak membelih jika Mimi mencabar arahan itu. Wanita itu terus menelan nafas. Kecut perut.
Kesan yang sama sampai pada dua remaja yang memandang rendah pada ayah mereka tadi. Pandangan mereka salah. Umar memang masih dalam mode mengamuk.
"So... tell me... macammana kau nak buat dia kahwini kau semula?" soal Umar lagi.
"Well... she loves me too."
Nafas Umar spontan terlepas berupa tersedak. Chan terkedu.
"Kau gelak?"
"Kau cakap Aqi cintakan kau, hahaha. That shit is funny..." Kepala digeleng. Tak malu langsung mengaku perempuan mencintai dia. Chan boleh dikira special kind of loser, bisik hati Umar. "No, seriously. Macammana?"
"A great lawyer never reveals his secret..." sambutnya pula, kekal tenang.
Terus jari dipetik. "Chapter 1, page 3! The subtitle is, Why the Curse of Knowledge Won't Hurt You!"
Chan terkedu, lalu tergelak kuat. Terhibur sungguh hatinya. "I like you, Umar Darius! I'm not gonna tell the police on you, I decided," ujarnya sambil bangun. "You're fun. Sama macam Ekin!" Bahu kekar itu ditepuk berkali-kali, benar-benar menyukai.
Umar hanya tersenyum nipis. "Thanks..."
Senyum terus tergantung di bibir sehingga Chan menghilang dari pintu. Riak tenang bertukar membengis. Sofa single seater yang diduduki Chan tadi ditendang sekuatnya hingga terseret terus ke almari hingga barang-barang terjatuh.
Mimi tertegun. Si kembar pula terus mendapatkan ayah mereka.
"Kenapa ayah buat kawan dengan dia!! Kami ingat ayah belasah dia kaw-kaw!!"
"Ayah dah tumbuk dia, kan..."
"Ya, tapi sekali je!" Dengus Ami.
"Tu pun untuk aunty Mimi, bukan untuk ma!" Emir turut meluah rasa hatinya.
Kau pun frust? Mata garang si anak lelaki dikerling sebelum menoleh pada rias yang sama dari Ami. Riak wajah keduanya bengis benar, bahana marah untuk ibu mereka. Tanpa dapat ditahan, dia tersenyum. Berbangga dengan hasil campurannya dengan Aqi.
"I want to, my children, I really really want to... but I can't. Keadilan kat dunia ni tak menentukan siapa betul siapa salah hanya dengan perbuatan semata, tapi siapa yang menang dekat mahkamah. Lelaki tadi... his winning streak on the court is too scary, and awesome at the same time. Dia bukan someone yang ayah boleh sentuh sesuka hati. Dia terlalu berkuasa dalam dunia ayah. Sepatah ayat dari dia boleh musnahkan seluruh karier ayah... dan dia ada banyak connection with those higher ups too. I don't stand a chance." Dua pasang mata hazel itu direnung. Masih ada kerut tak puas hati.
Umar melepas keluh halus, menyedari kembarnya tak peduli semua alasan ini. Mereka cuma nak tengok ayah mereka membelasah Chan demi membalas dendam untuk ma mereka. Lalu dia mencangkung di hadapan mereka dan disentuh pipi keduanya.
"Ayah nak jaga kau berdua dengan ma kau bawah bumbung yang sama, bukan dari penjara... boleh faham niat ayah, tak?"
Bahu Emir terjatuh. Ya, dia juga tahu itu. Tetapi Ami enggan menerima.
"Dia buat jahat dekat ma!"
"Ya... Sebenarnya ma kau pun dah balas balik baik punya..." senyumnya. "Chan tu mati pucuk."
Mimi spontan menoleh.
"Mula-mula ma kau yang cakap. Ayah boleh sahkan sebab ada audit firm jumpa huge medical bill dari company dia sebab nak pulihkan junior dia—"
"Tolong jangan pakai nama Junior," pinta Emir dengan muka jelik.
"Ah, sorry. Nak pulihkan bibird dia... Sepanjang ma kau bersama Chan, dia selit ubat dalam makanan Chan bertahun-tahun sampai Chan mati pucuk terus." Sengih.
Emir tersengih luas, suka hal itu. Ami pula masih dengan kerut tak puas hati, kerana satu, kurang tangkap sengih kemenangan ahli keluarga lelakinya, dan dua, dia benar-benar mahu melihat Chan jatuh.
"Tapi dia okay je, bang..." sampuk Mimi pula, membuat mereka bertiga berpaling padanya. "Mula-mula dulu memang dia mati pucuk, tapi sekarang dia dah okay. Dia tak mati pucuk dah," sambungnya lagi. Entah kenapa dia nak campur di dalam perbualan mereka dan memberi maklumat yang tidak perlu sehingga meletakkan noktah kepada dirinya sendiri.
Umar merenung datar. "Sayang, abang ceraikan awak talak satu."
Itu dia noktahnya.
Tenang sekali ayat itu keluar tetapi mengejutkan tiga pasang telinga yang mendengar. Hanya dengan sepotong ayat, rumah yang baru dibina tak sampai setahun itu roboh. Dunia Mimi musnah ditiup angin. Lalu tangisannya pecah. Nyaring dan mengilai sebelum terhenyak ke lantai seperti patah tulang belulangnya.
Emir terundur beberapa langkah manakala Ami terus berlari ke belakang ayahnya. Takut melihat keadaan si wanita. Tetapi ayah mereka kekal tenang, malah mengeluarkan handphonenya. Nak call siapa pula?
"Hello. Fatin, masih kat office ke? Jadual saya the rest of the week macammana? Big meetings... takda? Okay okay, I'll talk to the Chiefs. Em? Bunyi apa?" Dia berpaling pada Mimi yang masih meraung menangis. "Itu bunyi TV. Ha'ah. Okay, good. Tolong reschedule the rest. Apa-apa yang boleh push ke next week, do it. Saya ada family matter yang saya kena attend. This is urgent and an emergency. Thank you for your assistance, Fatin."
Talian ditutup, kemudian dia mencangkung semula di hadapan anak-anaknya. "Ayah nak ke KL. Emir, tolong call home cleaner dan minta mereka bersihkan rumah ayah dari rumah tikus atas atap tu sampai lubang lipas bawah lantai." Dihulur salah satu kad debit pada anak lelakinya. "Use this if you guys need to buy anything. Ayah tahu kau lebih loaded dari ayah... but allow to take care of you, m'kay?"
"Baik..."
"Good son..." Kepala si anak lelaki digosok bersama senyum lembut. Anak perempuannya yang masih dengan muka tak puas hati dipandang pula. "Ami, jangan beri ayah muka macam tu. Kau nak ayah suruh kau tolong aunty Mimi kau kemas beg dia?"
Hilaian Mimi makin nyaring. Ami dan Emir serentak menutup telinga, manakala Umar kekal tenang dan fokus merenung anaknya.
"Taknak..."
Barulah lelaki itu tersenyum. "Good. I love you both." Dicium lagi pipi mereka. "Selepas mak tiri kau keluar rumah, kunci rumah, pergi vila. Can I trust you guys to do that?"
Emir mengangguk. Lalu diusap kepalanya oleh si ayah.
"Can I trust you to take care of your stubborn lil' sister too?" soalnya sambil mengisyaratkan kepala pada Ami yang memuncung.
"It's a challenge, but I'll try."
"Ayah nak kemana?" soal Ami terus.
"Nak tangkap ma kau pula..." luahnya bersama mata berapi. Langsung tidak ditutup kali ini. Bahana pengkhianatan yang diterima dari Mimi, sedikit sebanyak dia prejudis pula dengan seorang lagi cinta hatinya. Kemudian dia berjalan laju ke pintu rumah, dihantar si kembar dengan pandangan risau.
Niat Umar nak keluar dari rumah terhenti bila Mimi tiba-tiba menerpa dan menangkap pinggang Umar macam pemain ragbi membuat tackle. Umar terperanjat.
"Sayang minta maaf! Tolong dengar penjelasan sayang!"
"Penjelasan apa lagi? Apa yang berlaku hari ni tak cukup ke sebagai penjelasan?" Wanita itu cuba ditolak tetapi Mimi masih gigih berpaut di tubuhnya.
"Mimi bukannya tidur dengan Chandler sebab saja-saja. Mimi buat sebab Mimi cintakan abang sangat-sangat!!"
Umar ternganga. "Abang tak pernah faham macammana logik awak berfungsi..."
"Mimi terpaksa buat semua ni sebab abang nakkan anak!!"
Bercantum terus kening Umar, termasuklah Emir dan Ami sekali.
"Aku masih tak faham..." celah Ami perlahan.
Mimi menarik sendu. "Mimi cuma cuba nak mengandung! Kalau tak, abang akan buang sayang!"
Umar melopong. Lalu dia mengucap panjang. Sebab terlalu terkejut!! "Berapa kali aku nak ulang ayat yang sama, ya Allah.... abang tak pernah fikir nak buang sayang! Kalau nak tambah satu lagi, memang hari-hari abang fikir sebab abang memang nak sangat Aqi sebagai wife abang! Tapi abang memang tak tergerak nak buang awak, Mimi! Abang ingatkan kita dah selesaikan isu ni pagi tadi!"
"Abang nak anak! Satu-satunya benda yang boleh buat Mimi menang ialah Mimi mengandung cepat!! Sebab tulah-isk isk... sebab tu Mimi cuba segigih yang boleh... abang cuma nak berikan abang anak macam yang abang minta... Mimi cuma nak buat abang happy macammana Aqi buat abang happy..."
Kedua belah bahu isterinya digenggam. Ketat sekali, bahana pedihnya rasa di hatinya sekarang ini. "Abang tahu awak fail SPM... tapi awak tahu tak yang baby yang keluar tu nanti ialah baby awak dengan dia, bukan abang punya..."
"Sayang plan nak sembunyikan supaya abang tak tahu..."
Nafas terluah spontan. "So, you don't care..." Selajur, muka diraup dengan kedua belah tangan. "Awak boleh je berusaha segigih yang boleh dengan abang... tapi kenapa penyelesaian masalah awak ialah pergi tidur dengan lelaki lain...?" soal Umar lagi dengan suara tenggelam. Mimi bodoh sikit, jadi adakah Chan sengaja menggoda isterinya? Mungkin Chan yang menyumbat apa-apa maklumat salah ke dalam kepala isterinya? Tolonglah jadikan Chan yang salah dalam kecurangan isterinya!!
Namun apa yang disebut Mimi seterusnya memadamkan terus bara cinta yang dah sedia malap dalam hati Umar.
"Chandler ialah lelaki yang lebih hebat dari abang! Lebih kaya, lebih berjaya, lebih pandai! Rumah dia lebih besar, kereta-kereta dia besar dan mewah. Abang tak terlawan dengan dia!" Kasar sekali ayat itu menampar ego lelaki Umar. Marah meruap kembali, manakala Mimi masih cuba nak memberi rasional pada perbuatan gilanya. "Sebab tu Mimi berusaha nak letak baby dalam perut Mimi walaupun bukan abang yang punya! Mimi cuma nak beri yang terbaik untuk abang! Mimi nak berikan anak yang lebih baik dari Emir dan Ami!!"
Kembar itu berpandangan. Tidak menyangka turut menjadi faktor kegilaan ibu tiri mereka.
Terlalu gila. Common sense nampaknya tak common untuk orang-orang buta kerana cinta. Umar menggelengkan kepala. Benar-benar dah tak mampu nak bertoleransi.
"Kau ni buang masa aku..." keluhnya, lalu terus bergerak ke pintu. Bila Mimi mengejar lagi, ditepis terus pegangan itu hingga Mimi terjatuh. Waima sedikitpun Umar tidak menoleh kali ini. Hubungan mereka terputus bersih macam daging yang dipotong pedang samurai. Nyaringnya jerit tangis si perempuan kini menarik perhatian jiran untuk datang menjenguk.
Emir menghantar BMW pemberiannya pergi bersama doa urusan ayahnya dipermudahkan. Kemudian lekas pintu ditutup. "Aku harap ma dengan ayah okay..." luahnya pula. Dahlah dah lewat petang, tetapi si ayah itu sanggup nak mengejar emak mereka demi mengesahkan kesetiaan ibu mereka pula.
"Aku masih tak puas hati," dengus Ami pula sambil menyandarkan tubuh ke dinding. "Suruh tumbuk sikit pun tak boleh."
"Aku nak juga tengok Chan tu ditumbuk, tapi ayah cakap betul. Chan terlalu berkuasa," ujarnya, namun disambut juih oleh si adik. Geram pula dibuatnya. "Dia punya tahap berkuasa sampai ayah kena tunduk, sampai ma tak boleh report polis! Faham tu!"
Terkaku lalu dia menyeringai. "Geramnya!! Benda depan mata, tapi kita tak boleh buat apa-apa!!" Kaki dihentak ke dinding.
Tingkah laku itu membuat Emir menoleh ke arah sofa yang dah bercantum dengan almari di sana hingga menjadi satu perabot baru. "Jauh lagi perjalanan kau kalau kau nak jadi lautan berapi yang tenang macam ayah..." luahnya rendah.
Kemudian serentak menoleh pada Mimi yang masih tak habis menangis mengilai. Wanita itu menarik-narik rambutnya dan menghentak kepalanya pada meja. Ami mengeluarkan iPhone, merakam aksi macam kena rasuk hantu itu. Benda boleh buat viral, rugi tak kongsi dekat warganet!
Kemudian video sebelum ini dilihat. Ternganga seketika bila melihat jumlah view dan share dah sampai ribu riban. Alamak. Dia lupa pasal ni. Diperiksa pula TikTok dan Twitter. Ami putih mata.
"Tadi ayah cakap Chan tu berkuasa sampai boleh musnahkan karier dia dengan sepatah ayat, kan?"
Emir menoleh. Ami nampak pucat dan cuak melihat handset-nya.
"Apa kau dah buat?"
"Masalah besar..."
@JuniorSlayer sekali lagi menjadi sensasi internet sejak dua tahun lepas.
Share this novel
tq update author.. haduih xsabar next chapter