KERANA risaunya dia tentang perang anak-anaknya dengan Chan, dan tanpa pengetahuan sesiapa, Umar telah pun mengambil inisiatif sendiri dengan menghubungi semula private investigator yang pernah diupah untuk menyiasat latar belakang Aqi.
Pada malam itu, selepas balik dari hospital, selepas dia selamat balik ke rumah dan membersihkan diri, Umar bersendirian di dapur rumahnya ditemani Nescafe. Selain rindunya pada Aqi, anak-anaknya juga kerap bermain di mindanya. Aqi mungkin mempercayai kebolehan Kuro dan ahli pasukannya seratus peratus, tetapi Umar juga merasakan dia perlu mengambil tindakan sendiri. Lalu nombor Yen, penyiasat peribadi tersebut dihubungi.
"Wassalam, ye Encik Umar Darius," sahut lelaki misteri itu.
"Encik Yen, maaf. Saya ada job request for you."
"Sure. Tapi saya sibuk sikit sekarang ni. Boleh saya tahu job berkenaan apa?"
"Saya nak cari anak-anak saya..."
"Oh, mereka ada kat depan saya sekarang ni."
Kelam seketika pada cawan Nescafe di tangan. "Say that again?"
"Emir dan Ami, Danial dan Dania, the Dannis. Mereka tengah tidur. Emir baru pujuk Ami sebab adik dia menangis rindu ma ayah dia."
"Ha?"
Diam seketika. "Kuro tak ceritakan tentang saya dekat encik ke?"
"Awak kenal Kuro?"
"Saya kawannya, Akif. The team calls me Aki, termasuklah Ekin, your wife. Kami dapat job request from you enam bulan lepas, and then saya stay di Melaka untuk siasat tentang Chan sampai sekarang."
"Allahuakbar..." Muka diraup. "Yen ialah your fake name, then?"
"My Vietnamese name. Apapun, anak -anak encik selamat dengan kami."
"Dekat mana sekarang?"
"I can't disclose that. Tapi saya boleh tunjukkan gambar."
"Please do."
Dan dia menerima gambar WhatsApp dari Aki, gambar Ami tidur duduk di sofa sambil merangkul lengan Emir, manakala si abang melentokkan kepala pada kepala Ami di bahunya. Umar menahan sebak, kini dihambat rindu pada anak-anaknya. Dulu gaduh sampai lebam berdarah, sekarang tidur berpeluk lengan.
"Kau sure mereka boleh selamat dengan kau, kan?"
"We had a hard time nak pastikan Ami tak hidupkan handphone dia dan activate GPS dia untuk dikesan Chan. Mujur Emir ada untuk kawal. Otherwise okay..."
"Hahaha... maaf kalau anak aku berikan kau masalah."
"Manageble, sir."
Gelak lagi. "I wish I can do something to assist."
"I'm glad you asked. At the moment, we're thinking of adding another muscle in the team... and Kuro mentioned your name. Tapi considering you are working a full-time job, and you are under Ekin's jurisdiction, jadi kami tak boleh nak minta tolong sesuka hati."
"Jurisdiction..."
"Ya. Ekin kecil, tapi ganas. I don't wanna mess with her."
Dan ketawa Umar terlepas. "I can make my own decision."
"You can, tanpa pengetahuan dia la. Sebab alasan yang dia bagi, you are incompetent."
"Excuse me?"
"You've been living an apple pie life, Umar Darius. Kami semua pula bekas penjenayah yang masih hidup bawah tanah walaupun lepas keluar penjara, katanya. Dia tak mahu letakkan encik dekat meja yang sama dengan kami."
"That's a little insulting..."
Senyum. "Its true though, tapi Kuro would still want you. You're physically strong, and you have the biggest motivation compared to the rest of us. You will be a good additional member to the group, at least for now."
"And that motivation is..."
"Love."
Wajah Kuro dibayangkan di belakang kepala. Lelaki itu sememangnya tahu mencari buah catur untuk digunakan. Aqi pula bertegas nak melindunginya, dan sememangnya Umar terasa sedikit tercabar sekarang ini.
"Aku memang tengah bekerja, jadi aku akan contact kau lagi nanti. By the way, kau ada nombor Aqi? Maksud aku, nombor Aqi aku. My Aqi." Apalah nasib dua jantina berkongsi nama begini.
"Ada."
"Hantar gambar ni dekat dia sekali?"
"Encik tak boleh buat sendiri?"
"Dia taknak kita duduk semeja, so it would send bad message kalau saya sendiri yang hantar. Nak elak unnecessary crying juga."
"Aik? Ekin bukan jenis menangis..."
"You've no idea..." luah Umar bersama senyum. Bila diingat balik, Aqi sememangnya keras macam besi keluli semasa awal perkenalan. Hanya setelah hati wanita itu berjaya disentuh, si wanita mudah leleh bila dengannya. Ah, rindu lagi pada si cinta hati!
Tiba-tiba terdengar suara Kuro di latar belakang, bertanya; "Kau bercakap dengan siapa?"
"Umar Darius," balas Aki.
"Aha. Tanya dia bila dia boleh naik KL. Kita adjust meeting spot. Aku perlukan dia. Farha tiba-tiba tarik diri pula... entah apa benda yang jadi kat Melaka. Sebelum ni bukan main teruja lagi nak menyibuk dalam op sampai menyusahkan orang."
"Kau complain dekat aku, kau boleh dapat apa? Lagipun, kau sure ke nak rekrut dia? Kalau Ekin bising macammana?"
"Alah, perempuan tu bukannya tahu tahap berat penumbuk lelaki yang nak melindungi anak bini. Umar tu mampu membunuh, jangan lupa. He has strong allies too."
"Itu yang Ekin nak elak sangat."
"Pandailah kita cover dia nanti. Itulah gunanya team."
Umar tersenyum lalu, menyukai cara lelaki itu. Lalu ringan hatinya nak datang membantu jika boleh.
"Pandailah kau menjawab dia nanti."
"Kerja menjawab dia memang dah ada dalam job description aku."
"Fine. Encik Umar."
"Tak payah berencik. Dia baya kita," bidas Kuro di belakang lagi.
"Dia tetap klien!"
"Eh, takpe. Aku pun taknak formal sangat," sahut Umar pula. Lagi-lagi mengetahui Kuro turut ada di talian sebelah.
"Okay. Aku akan contact kau later."
DUA hari kemudian, dia dipecat atas masuk campur Chan di dalam politik pejabatnya. Perang antara Chan dan anak-anaknya berpotensi membuatkan bisnes Farid jatuh lingkup, jadi tindakan perlu diambil selekasnya. Tak menunggu luka di bahu sembuh sepenuhnya, Umar terus menghubungi Kuro dan Aki dan pertemuan dirancang pada hari yang sama.
Seterusnya, tangki rindu di hatinya perlu diisi terlebih dahulu dengan menemui Aqi di vila tetapi dihalang oleh Maya memandangkan bukti miang Umar di leher Aqi dah membuktikan tahap bahaya hubungan mereka, Aqi dikuarantin dari bertemu dengan Umar sehingga tiba hari pernikahan.
"Ala, kejap je..." pinta si adik ipar di anak tangga paling bawah.
"TAK BOLEH!!"
Tu dia. Kena hambun terus. Tetapi Umar tidak berkutik. Di dalam kepalanya hanya ada wajah Aqi ketika ini. Dia giankan senyuman wanita itu seperti ketagih dadah.
"Nak tengok dia je, kak... tengok dari jauh... intai dari seinci ruang kat pintu tu je..."
Pinggang dicekak dua belah. "Perangai kau berdua buatkan malaikat tak masuk rumah akak tau!"
"Bayang-bayang dia je?"
"Umar!!"
"Sehelai rambut. Bagi Mar sehelai rambut Aqi. At least bagi Mar tidur dengan aman malam ni..."
Maya membalas dengan dengus garang. Umar meleretkan bibir.
"Dua helai rambut?"
Mata dicerlangkan seluasnya. "Kau siapkan persiapan dengan wali hakim dia, pass dekat akak apa-apa dokumen yang dia perlu sign, and then you can have her all for yourself!! By then, jangan harap akak bagi kau dekat dengan dia!!"
Lelaki itu menggosok tali slingbag yang melintang di dada. Berfikir panjang sambil menjuih. "Fine... I can settle with sehelai rambut..." Dia menapak selangkah ke anak tangga.
"Umar!!" Maya memekik lagi.
"Nak rambut Aqi!!" Macam budak!
"Umar, hey..." Farid akhirnya mencelah bagi menghentikan sesi pekik memekik yang kian berpanjangan. Umar menoleh bila si abang menarik bahunya. "Kau bercakap dengan abang kejap."
"Mar nak tengok Aqi..."
"Kau tak video call dia?"
"Kak Maya block..." juihnya pada si kakak ipar yang berpeluk tubuh di tangga atas.
Tertawa lalu. "Ni dah bukan kuarantin semata. Kau dah kena lockdown terus dah ni hahaha.... Nanti abang berikan gambar dia dekat kau."
Barulah kanak-kanak di dalam tubuh lelaki dewasa itu terpujuk. Farid memeluk bahu adiknya dan dibawa pergi ke ruang tamu. Sempat memberi ibu jari pada si isteri tanda dia akan menguruskan sendiri si adik bermasalah itu. Maya di tangga melepaskan keluh lega.
"Perangai kau ni gila betul sekarang..." Kepala itu ditolak supaya duduk. Umar mendesis kerana dirasakan dilayan macam budak-budak. "By the way, abang dengar kau kena pecat."
Membulat terus mata hazel itu. "Mar tak sempat cakap tapi abang dah tahu dulu?" Berapa keluasan kabel network abangnya sebenarnya?
"Effective immediately ke?"
"Ha'ah."
Farid menelan liur. Masakan pihak Pengurusan boleh sesuka hati memecat pekerjanya secara mengejut begini melainkan ada faktor luaran - sebuah kuasa yang cukup besar yang memainkan benang di sebalik layar.
"Chandler?" soalnya, perlahan sekali. Hampir berbisik.
Nafas Umar tertahan seketika. "Mereka taknak bagitau mulanya, tapi bila Mar ugut nak saman, barulah mereka mengaku..." luahnya sambil merenung anak mata bundar itu. Jika Farid boleh meneka tepat sebegini, adakah abangnya juga menerima angin ribut yang sama? "On your end macammana?"
Bibir dileret. "He came. Abang amalkan syariah compliance dekat hotel keluarga kita Mar. So dia susah nak cari dirt. Jadi abang masih survive so far..."
"Alhamdulillah..." Lantai direnung bersama senyum. Bahana peperangan antara anak-anaknya dengan Chan, kedudukan dia dan Farid menjadi galang ganti. Tetapi ini kerugian yang sedikit kalau dibandingkan dengan Chan, kerana bahana video Ami semata, net profit Chan menurun mendadak. Lelaki itu mengalami kerugian berjuta. Kerana luahan perasaan Emir, warganet melakukan cancel culture pada lelaki itu. Walaupun Chan bukan selebriti murahan yang hidup dengan jumlah viewer di internet, tetapi maruah diri, ego dan nama baiknya menjunam jatuh. Beberapa individu yang tidak dikenali yang mengaku sebagai mangsa Chan turut memuncul dan kantoikan semua benda buruk yang dah dilakukan lelaki korporat itu pada mereka.
Perang antara anak-anaknya dengan Chan semakin menghangat marak. Satu-satunya faktor yang memberi rasa selamat pada Umar dan Aqi ialah Kuro masih menyembunyikan kembar mereka itu di suatu lokasi yang mereka sendiri tidak tahu dimana.
Umar merenung lantai dengan mata bersinar. Wajah Ami dan Emir terapung di fikiran, membuat jiwanya membara dengan azam. "Mar nak ke KL. Sebelum Mar bertolak, Mar nak tengok muka Aqi dulu... by hook or by crook, Mar nak jumpa dia malam ni juga..." jelasnya akhirnya, memberi rasional atas tindakan gilanya malam ini.
Farid menoleh pelik. "Buat apa ke KL tiba-tiba?"
Dia tidak menjawab. Sebaliknya menoleh bila perasan Maya merapat.
"Aqi nak bercakap," ujar wanita sambil menghulur handphone.
Disambut iPhone itu sebelum tiba-tiba meloncat melepasi sofa dan memecut terus ke tangga. Maya dan Farid sama-sama melopong, melihat kaki panjang meloncat pada setiap dua anak tangga sebelum terus hilang ke tingkat atas.
"Tiba-tiba Thailand macam cadangan yang jauh lebih baik untuk mereka..." luah Maya, menyandar punggungnya ke sofa. Risau benar. Dulu dengan Mimi, Umar tidak begini. Aqi dah macam dadah heroin kepada Umar rasanya.
Farid hanya tertawa haru.
Pada masa yang sama, Umar dah sampai ke atas. Pintu dibuka seluasnya.
"Aqi!"
Si wanita yang tengah duduk di meja solek, menoleh terperanjat. iPhone dibiar hidup atas meja, manakala dia tengah mengikat tocang rambutnya. Umar melepas keluh lega, akhirnya terpujuk rindunya bila akhirnya boleh melihat si cantik itu.
"Okay, barulah aku lega sikit," ujarnya pada iPhone di telinga sebelum menutup pintu.
"What the—"
"Hahaha... aku rindukan kau sangat... tapi Kak Maya tak bagi aku tengok kau..." balasnya, masih pada Aqi di talian. Dia duduk bersandar pada daun pintu. "So, what's up?" soalnya pula.
"Kau sure kau okay?"
"Ya, I'm okay. I'm talking to you, now..." Dan ini cukup sebagai ubat buat masa ini. "Kak Maya cakap kau ada benda nak cakap dengan aku. Apa dia?"
Kedengaran hembusan nafas dari Aqi. "Takda apa. Aku dapat tau kau datang, jadi aku nak dengar suara kau."
Senyuman Umar meleret, lalu pipi digaru. "Kau rindu aku..."
"Gila tak rindu..."
Renungannya meredup pada lantai. Pada mulanya, dia mahu memberitahu yang dia telah dipecat hari ini, dan boleh jadi berpunca dari Chan kerana perang dia dengan anak-anaknya. Tetapi Umar enggan mengganggu mood mereka sekarang ini.
"Kuro ada update kau on the kids?"
"The kids masih selamat dengan mereka... tapi dah start homesick... Aki siap hantar gambar Ami tidur menangis sampai Emir kena pujuk..."
"Hahaha..."
"Aku nak je ke KL nak bantu, tapi mereka tak bagi, Mar... sampai hati..."
Umar mengangguk. "I oblige. Polis boleh bantu, but not on personal level... I mean, Chan buatkan bos aku pecat aku hari ni."
"Serious?!"
"Ya... bila aku ugut nak report ke Pejabat Buruh, baru mereka bagitau hal sebenar. The longer this war between them, lagi banyak casualties yang akan timbul... Jadi sekarang aku risaukan Bang Farid pula..."
"Mar, I'm sorry..."
"Kenapa kau pula yang sorry... hahaha... by the way, kau buat apa je hari ni?"
"Em? Siang tadi buat test HIV. Nak daftar pra nikah tapi teringat kau... jom kursus sama-sama?"
"Lahhh... ni yang aku malas sangat!!"
"Mar... jomlah teman aku..."
"Okay, sayang..." Terus ditukar malas menjadi rajin hanya dengan sekali pujuk. Aqi di dalam talian lalu tertawa.
"Kau kronik..." Segan.
"I blame you..." Senyum.
Tanpa diketahui, Aqi juga sedang duduk bersandar pada pintu di dalam biliknya. Senyum langsung tidak lekang di bibir, benar-benar merindui lelaki kesayangannya. Mujur gila Umar yang datang dulu. Kalau tidak, dia dah berkira-kira nak curi-curi keluar dari vila pada lewat malam dan melawat rumah lelaki itu. Cukuplah melihat dari jalan raya untuk meredakan ribut perasaan yang dirasai.
Ah, dia juga dah kemaruk!
Mereka terus berbual tentang hal-hal kecil, tentang anak mereka, tentang Chan, tentang Kuro, tentang masing-masing hingga lupa perkiraan masa.
Setelah hampir setengah jam, Maya naik ke tingkat satu untuk memeriksa situasi. Dia berhenti di tangga teratas bila melihat Umar duduk bersandar pada daun pintu bilik Aqi dengan iPhone di telinga. Sedang menelefon Aqi, kah? Senyuman di bibir itu langsung tak tertanggal. Tercuit pula hatinya melihat keadaan adik iparnya itu. Dan sayu untuk Mimi kerana Umar tidak pernah bahagia sebegini bila dengan isterinya sendiri. Pahit untuk ditelan, tetapi itulah kenyataan.
Maya terus memerhati dari jauh bila lelaki itu bangun. Nampak gayanya dah selesai bercakap. Dia berdiri agak lama di depan pintu itu sehingga pintu terbuka dari dalam. Umar dan Aqi bertukar renung buat beberapa ketika sebelum bertukar jam tangan. Kemudian pintu kembali ditutup. Lelaki itu mengucup pintu bilik tidur Aqi sebelum berpusing ke tangga.
"Eh, akak," disapa si kakak ipar bersama senyum lebar. Baik benar moodnya jika dibandingkan dengan tadi. Comel je.
Nafas Maya terluah spontan. Akhirnya faham kenapa Aqi suka menggelar Umar 'big baby'. "Selesai dah?"
"Ya, thanks. Mar dah fully recharged, hehehe..." iPhone dihulur.
"Cute jam kau."
"Buat sumber motivasi." Dicium jam merah jambu bertali halus tersebut.
Makin haru. "Akak rasa kita patut revisit idea kahwin Thailand tu bila tengok kau lovesick macam ni sekali..."
"Tak payah... Aqi cakap taknak. Poin dia pun agak solid... I have to show her I can be a man!" Buku lima digenggam bersama azam melambung. Melihat kerut di muka si kakak ipar, lelaki itu tersengih lagi. "Tolong jaga Aqi baik-baik. Mar kena pergi KL dua tiga hari." Maya dilepasi.
"Lah... pasal kerja ke?" Patutlah gian sangat nak tengok cinta hati dia.
"Ha'ah. Ada operation yang nak kena settle kat sana..."
"I see. Baik-baik jalan."
"InsyaAllah. Tapi Mar nak minta akak WhatsApp gambar Aqi setiap hari, boleh? Mar nak yang candid punya. Kalau boleh, gambar yang boleh buat dia menjerit marah bila dia dapat tahu Mar simpan gambar buruk dia."
"Apa motif..."
Umar tergelak. "Its more fun that way..."
Berbekal semangat baru, malam itu juga Umar memecut ke KL. Kuro dan Aki dah menunggu di Kampung Baru, kedai yang sama yang menjadi lokasi pertama pertemuan Umar dan Kuro sebelum ini. Penjelasan ringkas diberi sebelum mereka membawa Umar ke tempat persembunyian mereka.
Bismillah. Mudahan dipermudah.
DUA sahabat itu membawa Umar ke sebuah apartment empat tingkat. Kawasan sekitar agak lengang tanpa orang. Malah jumlah kenderaan juga tak banyak. Sebuah lokasi yang sesuai untuk bersembunyi kerana tidak banyak mata awam.
"Kanak-kanak, makanan dah sampai!"
Umar terus mengekori gerak langkah Kuro dan Aki dari belakang. Dia memasuki sebuah rumah yang dilengkapi perabot-perabot yang macam diambil dari tempat pembuangan sampah kemudian dibaiki dan dijahit sampai boleh dipakai semula.
Kelihatan empat orang remaja sedang bermain UNO di depan TV. Emir, Ami, Junior dan seorang gadis yang tidak dikenalinya.
Kejap. Junior??
Ami melangut dari kad. Bila melihat ayahnya di muka pintu, matanya mencerlang terus. "AYAH!!" jeritnya, seraya meloncat.
Emir menoleh lipat maut. Refleksnya seperti kucing bila melihat batang tubuh tinggi yang dirindui itu ada di depan sana. Kakinya tersepak Junior di sebelah bahana kelam kabut berdiri tapi dia tak peduli. Ayahnya datang!!
Hampir serentak kembar itu memecut dan terus memeluk tubuh Umar. Masing-masing tenggelam dalam tangis. Senyap sekali. Hingga basah kemeja Umar. Lelaki itu pula mengusap kepala keduanya dengan senyuman sayu.
"Ayah rindu kau berdua juga..." dan dicium kepala mereka satu persatu. "Your mom menunggu di vila. Apa kata kau berdua balik dan sembunyi kat sana je..."
Mata keduanya terbuka, lalu berpandangan. Lambat-lambat, kembar itu melonggarkan pelukan mereka, berundur dua tapak dan menentang pandangan ayah mereka dengan rias sayu.
"Ayah, Emir nak minta maaf awal-awal, termasuk untuk Ami sekali..."
"Minta maaf untuk apa?"
"Sebab buat kerja gila." Tangan ayahnya disalami dan diciumi. "Kami sayang ma dengan ayah sangat-sangat. Sebab tu kami buat semua ni. Doa ma dengan ayahlah yang buat kami masih boleh bernafas dalam berkat dan selamat."
Umar mengerut dahi pada anak bujangnya. "Kerja gila apa maksud kau?"
Emir hanya tersenyum hambar. "Ami, dash," ujarnya sambil memberi isyarat kepala pada adik kembarnya.
Gadis itu berkalih. "Sorry, ayah. Tapi kerja belum selesai." Selajur dia berlari dan terus meloncat ke luar tingkap.
Kuro dan Aki sama-sama jatuh rahang. Mereka sekarang berada di tingkat empat! Dan bulat lagi mata mereka bila melihat Emir turut memecut ke tingkap yang sama. Remaja lelaki melompat keluar dan terus hilang dari pandangan.
"Tingkap tu ada balkoni ke?" soal Junior, sambil terus bergerak laju ke tingkap tersebut. Kuro turut mendekati tingkap, melihat Ami dan Emir sama-sama mendarat dengan selamat di jalan selepas bertenggek dan bergantung pada mana-mana bahan yang timbul pada dinding.
"Aku tahu Emir memang macam monyet, aku tak sangka adik dia pun sama," ujar Kuro, menahan rasa kagum.
"Ami tu gorila betina berbanding monyet. Anjing gila kejar dia pun dia boleh sepak macam bola je..." jelas Junior di sebelahnya, mengingati kejadian yang pernah disaksikan depan mata sendiri.
"Kita rekrut je la dua-dua dalam team kita."
"Aku takkan bahayakan anak-anak Ekin, Aki..." ujar Kuro, masih berpeluk bahu di tingkap sambil memerhati kemana dua monyet setinggi 160cm itu nak pergi.
Kata-kata Kuro membuat hati Umar terdetik. Taknak bahayakan anak-anak Ekin... tapi masih boleh rekrut anak muda yang lain untuk masuk ke dalam team dia? Bo dikerling sekilas di ekor mata sebelum merenung Kuro dengan rasa curiga baru di hati... tetapi dipendam rasa ingin tahu itu kerana dia masih perlu menyelesaikan satu lagi tumpuan perhatiannya di dalam apartment ini. Junior didekati.
Junior menoleh pada ayah saudaranya yang datang di sebelah. Bibir melakar sengih. "Hai."
"Hai." Datar membalas, dan BUK!!
Pertama kali kepalanya diluku. Denyutan pedih itu benar-benar melumpuhkan tulang belakang hingga dia terbaring macam bayi di atas lantai. Bo, gadis remaja tadi, melihat Umar dengan muka pucat, manakala lelaki bermata hazel itu memandang anak saudaranya dengan mata berapi.
"KAU BUAT APA KAT SINI?!!" marahnya terus. Dia boleh jangka akan berjumpa anak-anaknya, tetapi dah kenapa Junior pun ada sama, malah sampai lebih awal dari dia?! Boleh diagak Maya dan Farid tengah menahan mampus bahana kerisauan di vila sana.
Pemuda 15 tahun itu pula masih meronta macam ikan tak cukup nafas bahana pedihnya sakit yang merebak sampai ke tulang hitam itu.
Kuro tergelak. "Tenang, Umar Darius. Aku dah inform Ekin tentang Junior. It's a surprise but manageable."
Lalu Umar menoleh pada dua kawan baik itu. "Macammana dia boleh datang ke sini?"
"Kami saspek your twin punya kerja, dibantu oleh Bo," jelas Aki pula sambil memuncung pada remaja perempuan yang tengah membatu keras itu. Umar berpaling pada subjek yang dimaksudkan. Gadis itu berambut pendek paras bahu, warna kulitnya sawo matang dan nampak timid orangnya.
"Kau Bo?" Child genius yang Aqi pernah cerita?
Angguk.
"What can you do?" Sampai Kuro merekrut kau? sambung hatinya.
Senyap.
Okay, mungkin soalan salah. "Apa talent awak?"
Masih senyap.
Umar masih cuba memecahkan ais pengenalan itu. "Nama awak Bo sahaja?"
"Boa... dicea..." Dan diam.
Sampai kiamat pun takkan habis conversation macam ni. Pada masa yang sama, Junior bangun semula dalam keadaan bertatih. "Ami dengan Emir akan dapat juga?" soalnya dengan mata berkaca.
Geleng.
"Tak aci..." rungutnya, kemudian beralih duduk di sofa sambil mengusap kepala yang berdenyut. Benar-benar tewas, tetapi wujud hormat pada Ami yang dah menerima luku besi itu berpuluh kali ganda sepanjang tempoh membesar.
Dengus kasar dilepaskan, lalu dia menoleh ke tingkap semula. "Aku tak faham kenapa mereka lari..."
"Mungkin sebab takut mereka kena luku macam Junior?" teka Aki sambil berjalan ke dapur.
"Aku luku bila mereka buat salah, bukan dalam keadaan macam ni."
"Then... maybe mereka ingat mereka dah buat salah. Contohnya, kau suruh balik tapi mereka taknak. Mereka taknak lawan cakap kau depan-depan jadi mereka lari sebab perang dengan Chan ini... mereka yang mulakan... dan mereka berniat nak habiskan."
Mendengar penjelasan itu, Umar melepaskan keluh panjang. "Tapi kalau mereka terus stay kat sini, mereka akan ganggu operasi korang..."
"Au contraire," sahut Aki dari dapur pula. "Untuk makluman kau, aku dengan Kuro tak jumpa anak-anak kau, tapi sebenarnya, Emir yang angkut adik dia jumpa kami lepas rumah korang terbakar. Mereka yang upah kami untuk bantu mereka berperang dengan Chan. Anak lelaki kau siap hulur kad debit kau sebagai deposit."
Umar jatuh rahang. Kad debit...? Oh, kad yang dihulur pada anak lelakinya sebelum dia bergerak ke KL dulu, kah?? Lalu mulut yang ternganga ditutup dengan sebelah tangan. "Kau biar betul..."
"Benda tak habis hahaha. Kemudian Emir terbangkan Bo dari Sarawak ke sini, and now Junior tiba-tiba ada sekali," jelas Aki lagi, membuat kepala Umar jatuh ke dada.
"Hahaha... you have one heck of a son..." ujar Kuro, benar-benar terhibur. "Ami Dania tu pun a piece of genius juga. Dia punya psychological warfare strategy betul-betul effective melawan Chan. Aku tak pernah tengok si botak itu gelabah dan rugi wang ringgit sampai macam ni sekali. Net profit dia menjunam, engkau!" ujar Kuro penuh suka. Melihat mata hazel itu masih tidak yakin, lelaki sasa itu memberi senyum. "They started this war for their mom. Your soon-to-be bride yang dah diseksa Chan lebih 10 tahun tu. Try to understand that... dan jangan pandang rendah dengan kemampuan kembar kau. They're your blood."
"Exactly. Hence the reason aku tak dapat halang diri aku dari risau..." keluhnya.
"Kalau macam tu kita minum dulu. Tadi dekat kedai tak sempat makan, kan?" pelawa Aki pula sambil menghulur cawan berisi kopi di atas meja.
Lalu diterima pelawaan itu. Sambil meneguk kopi, Aki direnung. Berbanding Kuro yang gagah perkasa macam pahlawan Palestin, pemuda bernama Aki ini nampak lembut, riasnya feminin, malah cekap sekali di dapur. Kulitnya seputih Aqi, tapi Aqi perempuan tulen. Bulu badan pun macam tak wujud dekat badan lelaki ini. Licin je kulit dia. Macam Sajat pun ye jugak...
"Aku bukan macam Sajat, aku lelaki tulen dan aku bukan gay!" gertak Aki tiba-tiba.
Umar terkejut beruk. "Kau boleh baca fikiran orang?!!"
Kuro di tingkap, tergelak besar. "Kawan aku tu lelaki tulen, Umar, walaupun muka macam perempuan. Anggaplah artis Korea, untuk kau mudah hadam."
Hidung si mata hazel terjungkit, masih tidak lepas merenung keganjilan yang pertama kali dilihat. Farha yang memiliki skill penyamaran yang bukan calang-calang diingati, didepannya ialah Aki yang sesuai buat kerja spy dan seorang lagi ialah Bo. Umar spontan menoleh ke hadapan TV, mencari gadis remaja tadi. Bo sedang bertenggek di tingkap, mungkin mencari Ami dan Emir yang lari entah ke mana. "Budak Bo tu pun skuad member kau juga kan?"
"Ya."
"Umur berapa?"
"I don't know. 14... maybe 15... atau 16. I honestly don't know. Tapi baya anak-anak kau."
Umar merenung Kuro lagi. "Dia boleh buat apa je?"
"Dia hacker. A legit genius," sengih Kuro sambil bangun. "Alang-alang, aku nak tunjukkan sesuatu dekat kau." Mereka berpindah ke ruang tamu. "Bo, bukak ELI," ujarnya sambil menjemput Umar duduk di sofa. Bo mempersiap laptopnya yang nampak tebal dan canggih. Ada penambahan plate di laptopnya. Wayar dan alatan elektronik dicampur aduk menjadi suatu produk yang tak pernah dilihat Umar.
Pada skrin, terdapat peta. Sebuah tanda merah kelip-kelip terpapar di situ.
"Itu ialah Chan. Kami berjaya tanam peranti dekat badan dia atas bantuan Farha. Macam yang kau nampak ni, Chan is on the move. Tanda kelip terus bergerak naik dari selatan ke utara dan berhenti di Kuala Lumpur. "Kemudian dia hilang di sini. TTDI. Di rumah Chan." Anak mata hazel yang fokus merenung skrin itu direnung. "Ini ganjil, kerana titik ini tidak sepatutnya terpadam."
Tak sepelik apa yang Umar tengah rasa sekarang. Kumpulan manusia ini mengesan Chan macam MEASAT mengesan pergerakan trafik udara? Level stalker apa ni?
"The only explanation ialah Chan underground sampai satelit tak dapat detect radiowave yang device tu keluarkan disebabkan oleh pemisah bumi," tambah Aki, menyertai perbincangan itu. Dia berdiri berpeluk tubuh di belakang sofa.
"Kami dah hantar emel layang mengenai rekod ELI ni dekat polis. Jadi pencarian polis di rumah Chan dalam seluruh negara kini fokal di TTDI..." Titik merah di skrin diketuk-ketuk. "Tapi Chan mobile. Dia dah berjaya lari dari polis banyak kali, dan kalau dia berjaya lari lagi kali ini sekalipun, at least polis boleh confiscate apa-apa barang yang dia simpan dalam bilik bawah tanah tu. Dengan ELI ni, kita masih boleh stalk dia secara berasingan."
Mata dipejam kelip. Memahami sepenuhnya. "Dah berapa lama korang buat kerja ni?" Kagum sedikit.
Mereka bertiga berpandangan. "Individually, dah lama. Tapi sebagai satu pasukan, sejak Ekin berikan projek BOADICEA dekat kami and created this agency tahun lepas."
"Agensi?"
"Yeap. The DO-IT-ALL agency. Bakal bini kau punya business service, tapi diuruskan oleh kami."
Umar putih mata. Selama ni dia ingatkan Aqi suri rumah sepenuh masa dan dapat duit dari keluarga kaya dia... tapi rupanya wanita itu ada bisnes sendiri?? Patutlah kadang kala dia hilang.
"Okay... okay.... Aku baru tahu..."
"Em? Ekin tak bagitau?"
"Dia tak bagitau sekuman pasal korang, atau life dia dengan Chan. Sebab tu aku nak pakai service Encik Yen untuk korek maklumat..." Aki pula dipandang, membuatkan lelaki berkulit putih itu tertawa. "B-But that aside. Projek BOADICEA tu apa pula?" soalnya terus. Dia hanya tahu itu ialah usaha Aqi dimana dia nak keluar dari cengkaman Chan, tetapi dia tak tahu maklumat terperinci.
"To put it simply, projek BOADICEA ialah projek melindungi Umar Darius," jelas Kuro pendek sambil merenung si mata hazel. Kening Umar terloncat tinggi bahana terkejut. "Hapuskan bukti. Limitkan movement Chan. Hack website polis, masuk dark web, hack email Chan dengan Dickens... halang Dickens dari dapatkan Bo semula sebab dia yang control BOADICEA. Everything. But all these efforts are to protect the main purpose, i.e. to protect you from Chan... and from the police."
Umar menelan liur yang terasa berpasir. Wajah Kuro, Aki dan Bo dipandang satu persatu. "Aku ingatkan projek BOADICEA ialah untuk Aqi keluar dari pegangan Chan..."
"Well, yea... tapi the main objective is about you. Aqi engkau tu nak lari dari Chan sebab nak balik ke pangkuan kau... walaupun ambik masa sedekad sekalipun.... Kalau bukan pasal kau as her main motivator, dia lebih rela bunuh diri daripada jadi mainan rogol Chan."
"Allahuakbar..." Muka diraup dengan kedua belah tangan, makin menyesali emosinya kerana menyalahkan Aqi, berputus asa menunggu Aqi malah mengahwini Mimi kerana nak menghukum perasaannya pada Aqi.
"Hahaha... benda bukan mudah macam kita sembang sekarang sebab semua kredit dekat bakal bini kau tu. Dia yang hadap semua kesusahan sampai hampir maut banyak kali. But she never give up. Kami hanya membantu apa yang terdaya." Kemudian Umar direnung. "I believe its time kau payback effort Ekin selama ni."
Mata hazel itu membesar semula, malah kini bersinar dengan bara kesungguhan.
"Peranan kau Umar Darius, ialah kejar Chan, kepung dia dan berikan dia serangan yang boleh melumpuhkan dia terus, sampai dia tak boleh jejak Ekin lagi," tambah Aki.
"Reminder untuk kau, kalau boleh jangan fatal... sebab kau ada perempuan yang tunggu kau kat rumah sana..." pesan Kuro lagi, mengharap Umar tidak membunuh Chan semasa tengah mengamuk.
Umar mendehem sambil mengangguk. Seluruh tubuh terasa hangat sekarang ini. Duduknya dipisahkan dari sandaran dan sepenuh fokus diberikan pada mereka. Baru saja nak meneruskan perbincangan, ELI tiba-tiba mengeluarkan SOS. Umar terperanjat, termasuklah Junior yang mencuri dengar dari tadi. Kuro turut mengeluarkan handset-nya, melihat SOS disitu.
"Emir..." Bo yang mendiam sedari tadi merampas laptopnya semula. Air mukanya tenang namun jemarinya nampak cemas, menekan keyboard dengan kelajuan kilat.
Kuro menelan liur yang terasa kelat, lalu memandang Umar yang nampak keliru. "Anak-anak kau dah ditangkap Chan."
"HA?!!"
Special weekend and the last weekend for this work. Salam Merdeka.
Share this novel