CHAN menoleh ke hotel, merasa terpanggil bila mendengar jeritan itu. Apabila malam senyap semula, dia menunduk pada jandanya kembali, si janda yang dilihat bergembira dan berbahagia di pantai petang tadi, yang langsung tidak senyum bila mereka bertemu semula, yang berani mengatakan tidak bila dia mengajak berasmara. Maka Chan menamparnya berkali-kali untuk mengingatkan yang si kecil ini tak boleh berbuat apa-apa bila berhadapan dengannya, hanya untuk menerima penumbuk halus ke pipi.
Sakitnya macam digigit semut, tapi panas di hati, hanya Tuhan yang tahu. Perempuan ini sentiasa berani melawannya, malah yang paling berani untuk menuntut cerai. Dan sebab itu Chan paling menyukainya berbanding wanita yang lain. Yang lain hanya tahu meminta duit, membuka kangkang, dan menangis bila dipukul. Tapi Aqi memberi cabaran dan keseronokan.
Perempuan ini ada kekuatan dalaman yang kukuh. Perempuan ini degil. Perempuan ini lebih sanggup mati dari diserahkan pada Datuk Sri yang mahu merasainya. Yang melarikan diri berkali-kali bila cuba dijual pada lelaki yang mahu menjadikannya hamba seks. Yang berani keluar dari rumah berkali-kali hingga dia terpaksa mencacatkan kakinya bagi memastikan dia tak boleh berjalan atau berlari sekali lagi.
Tetapi mata itu, ya Tuhan. Api di dalam mata itu tak pernah padam. Malah nampak makin marak menyala terutama selepas jeritan tadi.
"Bila baru kau nak tunduk dekat aku, Ekin?" soal Chan, mengeratkan genggaman pada hoodie merah tersebut dan merapatkan muka mereka.
Aqi mengalihkan kepala. "Mulut kau busuk." Melihat Chan cuba nak menemukan muka mereka, Aqi terlebih dahulu melepaskan diri dengan melepaskan dirinya dari hoodie merah XL itu. Chan nganga, melihat wanita itu berundur beberapa tapak hanya dengan bra semata. Genggaman pada hoodie kini tinggal genggaman kosong.
"Kau tak pernah give up, kan?" Dia sepatutnya marah, tapi dia semakin suka pula. Jika Aqi hanya berbra dan bertentangan dengan lelaki sepertinya, imej itu akan menjadi lebih mudah menarik perhatian orang untuk menyibuk – atau lebih teruk lagi, rakam di dalam video sebagai bukti,
"Aku lepaskan kau buat masa ni. Aku kena jaga imej aku."
"CD rakaman Umar... betul ke kau masih simpan copy?" Soalan inilah tujuan dia menggunakan dirinya sebagai umpan membawa Chan keluar.
Chan meleretkan senyum. "Kenapa? Takut? Hahaha..."
Gelak pulak celaka ni.
"Kenapa kau masih kejar aku, Chan?" soal wanita itu akhirnya. Benar-benar mahukan penjelasan kerana dengan status lelaki itu, Chan sepatutnya bebas mencari perempuan lain yang lebih muda, cantik dan seksi berbanding terus mengejarnya dan menyeksanya.
"Sebab aku cintakan kau." Tenang disebut bersama senyum.
Dan Aqi merenung senyum itu. Selama ini, bila Chan meluahkan perasannya, Aqi menafi kerana dia tak percaya. Malah geli geliman. Tetapi setelah Umar sendiri meneka perasaan Chan, dan setelah melihat apa yang jadi pada Umar kerana dia sengaja melukakan si lelaki.... Mungkin benar?
Liur yang terasa keras, ditelan. "Kalau kau cintakan aku... kenapa sengaja lukakan aku?" Soalan pada Umar, disoal balik pada lelaki di hadapannya. Lelaki yang mengikatnya dalam ikatan perkahwinan selama sedekad, walaupun dia bebas melepaskan Aqi bila-bila masa.
Tanpa dijangka, Chan terdiam. Nampak kelu. Mungkin tidak menyangka serangan terus ke hati halus.
Aqi memekam bibir. "Aku minta maaf... sebab cintakan lelaki lain..."
"Hahahh! Kau ingat aku kisah?!!"
Spontan menempelak. Itu ialah reaksi defensif. Kerana ego yang mungkin tercalar kerana menerima maaf yang dirasakan tak perlu. Aqi terus merenung muka yang bertukar merah itu, cuba memahami hati Chan, suatu tindakan yang tak pernah cuba dibuat bahana rasa benci yang disimpan pada lelaki ini selama ini.
"Kalau tak kisah... lepaskan aku supaya aku boleh hidup dengan keluarga aku? Please?" Berlembut kini.
Tetapi dibalas oleh Chan kerut tak puas hati. "Curious sheep you are. The moment kau lepas dari aku, kau terus balik dekat dia seolah-olah kau lupa aku masih boleh hantar dia ke tali gantung." Peringatan diberi.
Hilang terus muka lembutnya tadi, berganti cerun tajam. "Curious beggar you are, berlagak macam raja tapi menagih kangkang macam peminta sedekah lepas tu meroyan bila perempuan reject kau."
"Jangan cabar aku, Ekin."
"I won't, tapi aku juga takkan back down selagi kau ugut aku pakai nama lelaki yang aku sayang... aku takkan balik ke pangkuan kau juga Chan. Belajar terima rejection macam orang normal and stop acting like a big baby!"
Lelaki botak itu hanya membalas dengan dengus. "I'll come back to get you..." Dan dia berjalan pergi bersama hoodie Aqi, meninggalkan wanita itu separuh bogel di tengah awam.
Aqi menyumpah dalam hati.
Dia tiada pilihan lain selain balik ke hotel dalam keadaan separuh bogel. Kesejukan. Setelah berada di pekarangan hotel, beberapa staf hotel yang berada di luar menegurnya dan menghalangnya masuk.
Aduhlah. "Saya bukan gila. Saya menginap dekat sini. Boleh cek bilik bawah nama Umar Darius."
"AQI!!" Umar berlari keluar dari lobi bila melihatnya dekat foyer.
"And there's my chauffeur," juihnya pada bellboy sebelum mendekati lelaki itu.
"Ya Allah Aqi... apa benda dah jadi? Mana baju kau!" Tshirt BIRTHDAY BOY terus ditanggalkan dan disauk ke badan kecil itu. Muka wanita itu diperiksa. Dia mengucap berkali-kali bila melihat hidung berdarah serta pipi yang masih kemerahan itu.
Sepanjang perjalanan ke bilik tidur Aqi, Umar cuba bertanya macam-macam tapi wanita itu mengelak dari menjawab.
"Dialah Chan, kan? Kau dah call polis ke belum? Dia kejar kau sampai ke sini? Kenapa kau turun kalau tahu kau akan jumpa dia?!"
"Dia peminta sedekah, takkan aku nak call polis. Satu lagi, kau jangan menyibuk, boleh tak?"
Umar mencerun. Bengang. Baru teringat disebabkan perangai degil perempuan inilah punca sesi tarik tali antara mereka tak pernah selesai.
"Fine. Ikut kaulah kalau taknak cerita apa-apa." Dia berkalih terus, meninggalkan wanita itu di depan pintu biliknya.
Sampai di biliknya, Umar masuk ke tandas dan muka dibasuh berkali-kali. Imej wajah di cermin, direnung, dan cerita Emir tadi diingati kembali. Dipecah lerai dan disusun semula mengikut pemahamannya. Pada pengaruh Chan pada Aqi, pada kedegilan Aqi nak berkongsi cerita serta Kuro yang mempunyai peranan yang cukup besar dalam hidup Aqi... walhal, perempuan itu tidak memberitahu yang Zach dah mati. Kerasnya hati Aqi membiarkan dia berseorangan tetapi ada perut nak mengharap bantuan lelaki lain.
Bodoh. Bodoh. BODOH!! Penumbuk dilepaskan sederasnya ke cermin.
Kedengaran bunyi ketuk. Umar terkedu pada cermin yang dah retak. Alamak. Kemudian terkaku lagi bila bunyi ketuk kedengaran lagi. Staf hotel boleh tahu ke pengunjung hotel rosakkan properti milik mereka??
Tetapi bukan staf hotel yang datang melainkan Aqi.
"Nak pinjam toilet... Ami dengan Emir tak buka pintu..." ujar si perempuan dengan gaya segan.
"Ooh..."
Dibenarkan si wanita memasuki ke tandasnya.
"Whoa. Kenapa cermin pecah?"
"Memang macam tu."
"Aikk... dah report kat kaunter ke?"
"Takpelah. Aku malas nak kecoh."
"Tapi siap ada kaca kat lantai ni ha... ow! Huhu, percuma mendapat..."
Mata Umar mencerlang, spontan bergerak ke pintu tandas. Aqi dilihatnya sedang bertahan pada dinding sambil mengangkat kaki kirinya setingginya, nak melihat luka.
"Alamak, sorry Aqi... aku tak perasan pula ada kaca yang jatuh..."
Aqi menyeringai. "Aku nak pakai tandas! Kau keluar!" dengusnya, dan terus pintu ditutup.
Setelah selesai, wanita itu keluar nak berterima kasih, tetapi Umar dilihatnya berdiri di balkoni, masih selamba tak berbaju. Sambil terhinjut, balkoni didekati.
"Tengah healing ke?" usiknya.
Lelaki itu menoleh. "Selesai dah?"
"Ya. Thanks. Kejap lagi aku nak turun dekat kaunter untuk bukakan pintu bilik aku..."
Senyum. "Kaki kau macammana?"
"Luka kecil je..." Dia menapak ke balkoni dan berdiri sekitar dua langkah dari Umar. "Kau marah aku sampai tumbuk cermin sampai pecah?"
"Kau tau pulak aku yang pecahkan..."
"Kau big baby. Memang kuat berdrama."
"Sabar je la..."
"Sebab marahkan aku?" soal Aqi perlahan.
"Bukan marah, tapi terkilan... sebab aku rasa macam kau tak pandang aku macam lelaki tetapi sekadar... big baby..." Kepala ditundukkan bersama rasa sebal. Dan lebih sebal lagi bila Aqi tertawa.
"Kau cintakan aku so aku takleh nak komen banyak pasal perangai kau yang tu..." ujarnya selamba. "Plus, aku baru sedar ada orang lain yang—well, a bigger baby than you are..." Anak mata dikerling bila perasan Umar mencerlangkan mata melihatnya. "Although, ini first time aku tangkap kantoi si miang yang cuba curi bra aku."
Pang! Kepala dijatuhkan dan digaru belakang kepala yang tak gatal. "Habis kalau Kuro jumpa bra kau, dia tak cuba nak curi?"
Aqi terus tersenyum tanpa melepaskan renung pada muka tegang si lelaki. Ini dah kali ke berapa nama Kuro meniti di mulut itu.
"Kuro tak miang macam kau, Mar..."
"Dia tetap lelaki. Kau mana tahu..."
"Aku tahu. Sebab dia tak sukakan aku macam kau. Dia tak pernah cuba nak cium aku. Atau nak pegang tangan aku. Atau nak ajak aku kahwin. Atau tunggu aku sampai bertahun-tahun... dia bukan kau..." ujarnya sambil bermain dengan rambut sendiri. Dipintal dengan telunjuk sebelum disauk ke belakang telinga. Nampak segan.
"Tapi kau percayakan dia lebih dari aku sampai kau harap dekat dia segala bagai... sedangkan kau sembunyikan segala bagai dari aku..."
Giliran kepala Aqi terjatuh. "Sebab Kuro tu buat kerja untuk aku. Aku bayar dia, Umar oii... Bukan sebab dia special. Yang special ialah engkau!"
Kening tebal itu terjungkit. "Aku special, jadi aku tak berhak tahu rahsia kau? Apa logik?"
Wanita itu mendengus. Sampai ke sudah, isu tentang Chan sentiasa menjadi topik pergaduhan. Aqi menarik nafas dalam, tidak pasti nak menyampaikan macammana.
"Kuro... if you hate him so much... aku takkan consider dia sebagai potential partner yang gantikan kau... okay?" Akhirnya hanya itu yang mampu dibuat.
Umar meleret bibir. Aqi, walaupun tahu membuatnya marah, tahu juga cara nak memujuknya. Seolah-olah Aqi memegang remote controlnya, sama macam Aqi memegang remote control anak-anak mereka.
"Okaylah, aku nak balik. Tak elok lama-lama dengan laki orang," ujar Aqi, namun terhenti bila Umar mencapai tangannya.
"Kejap... aku masih nak tanya soalan..."
"Lah. Tak boleh tunggu esok ke?"
"The mood feels right..." ujarnya sambil melembutkan renungannya, meminta Aqi melayan kehendaknya. "Entertain me, would'ya? Tak rugi sekuman pun."
Aqi mengeluh rendah. "Seriously? Nak bersoal jawab sekarang? Dah lepas pukul 12 dah ni..."
"Aku janji aku takkan tanya lebih dari 10 soalan."
Nafas dalam terhembus. "Aku taknak sembang apa-apa pasal Chan, mind you..."
Senyum. "Bukan pasal dia... aku dah nampak kau takkan jawab soalan aku tu walaupun kau dah nak mati sekalipun."
"Its good that you realise that. Habis, pasal Kuro?"
Umar senyum. "Bukan Kuro juga. Purely tentang kau je Aqi..."
Aqi mengerut dahi. "Apa dia tentang aku yang kau nak tanya lagi?"
"Aku nak tahu nama lelaki pertama yang kau cintai..."
Kening Aqi terloncat. "Seriously?" Hampir tertawa dibuatnya.
"Humor me."
"Mar..."
"Come on... I need my ego boost."
"Ego boost nak buat apa?"
"Supaya aku tahu aku tak kalah dengan Kuro tu. Supaya aku tahu yang aku... yang aku tahu siapa lelaki pertama kau cintai sepenuh hati sampai kau bahagia sampai ke syurga."
Giliran Aqi tak dapat menahan senyum. "Aku taknak sebut nama, tapi he's an idiot."
Umar menguntum senyum tampan. Mata yang tersenyum nakal itu direnung seperti mahu diciumi tetapi masih mampu dihalang kesedaran diri.
"Aqi..." panggilnya lembut. "Siapa nama lelaki pertama yang kau cintai?"
Bibirnya meleret lagi. "Umar Darius bin Ismail..."
Automatik hati terasa hangat seperti mentari naik ke langit "Soalan kedua, handsome ke dia?"
"Sangat."
Ketawa lagi. "Lagi handsome dari Kuro?"
"Lagi handsome dari Remy Isyak." Semakin seronok melayan.
"Cool. Tapi lagi handsome dari Kuro?"
Aduhlah lelaki ini. Aqi melepaskan ketawa tanpa bunyi. "Ye Umar... hundred times jauh lebih handsome dari Kuro... yang buat aku termimpi setiap malam dan tahan rindu dari jauh je."
"Hahhaa. Apa yang kau suka sangat pasal dia?"
"Aku tak pernah ada jawapan untuk soalan tu Mar, hahaha... dia kasar, dia ganas, dia pundek, dia miang, dia ingat dia bagus sangat tapi honestly, dia average je... perangai macam budak-budak. He is more baby than my kids."
"Hey, dah-dah la." Geram.
Aqi gelak. "Tapi, memang dia handsome. I truly adore his face. His eyes are his charm. Dia protective, to the point of annoyance. He always tried his best in everything sampai aku jatuh hati. That's an attractive quality, yes..." Sengihnya bila Umar memandangnya dengan muka terkejut. "Dia setia. Fiercely loyal, mind you, and fiercely responsible too... walaupun wife dia, honest to God, sangatlah cetek minda. But he tried to educate her, and I respect him for that. He gave me my kids..." Pada laut yang gelap, dia bersuara. "He proves that he can be a good father... and I wish with all my heart that we can parent our kids together and grow old together... walau berlainan pasangan... kalau itu takdir yang Allah beri..."
Umar mengaminkan kata-kata itu dalam hati. Pandangan tidak dialihkan bila si wanita menoleh padanya. Untuk seketika, mereka saling merenung tanpa kelip, merasai perasaan halus yang merangkul jiwa mereka. Tetapi kali ini, mereka tidak lari.
"Lagi? Apa yang kau suka pasal dia?" soal Umar pada hati halus yang bersembunyi di sebalik dinding besi dan konkrit itu. Hati Aqi terbuka seluasnya untuk Umar ketika ini, jadi peluang ini akan digunakan sebaiknya.
"Aku sukakan dia sebab dia faham aku... in a way that nobody could. He valued me as a person... and and and it just happen that... that I come to love him in a way that I don't understand it myself."
"Walaupun dia pilih perempuan lain?"
Aqi tersentak. Spontan kepala tertunduk kembali, melarikan pedih. Umar terus merenung tanpa beralih walau sedikit.
"Walaupun dia pilih perempuan lain?" Ulangnya bila masih tiada balasan dari sang wanita.
Nafas ditarik sendat-sendat, memaksa rengkung dibuka. "Takda istilah perempuan lain... perempuan yang dia pilih ialah isteri dia sendiri..."
Senyum. Wajah yang berubah sayu itu terus direnung tanpa kelip, seolah-olah cuba merekod setiap perubahan dan reaksi wajahnya.
"Kau masih cintakan aku?"
Terkaku lagi. "Mar..."
"Are you?" Bertegas nak tau.
Diam seketika. Liur ditelan. "Dah tak relevan..."
"Kau masih cintakan aku? Yes or no?" Tegas bertanya.
Aqi menoleh kembali. Perit sekali riak wajahnya seperti berusaha menelan batu yang keras. Namun akhirnya dia tetap akur.
"No." Masih memilih untuk melihat dari jauh. Mimi sedang mengandung, Umar sedang berbahagia menunggu anaknya, Aqi kena bertegas dengan keputusan Umar walaupun lelaki itu sendiri goyah. Walaupun dia tahu, sepatah jawapan itu sedang menghancur leburkan hati lelaki yang dicintainya itu.
Umar pula menelan liur yang terasa berpasir. Akhirnya, deklarasi itu terluah. Disumbat padat ke telinga dan terus ke jiwa. Pahit. Pahit sekali ya Allah... Lalu dadanya ditumbuk sekali dua, memintanya bertenang. Meminta bernyawa semula. Meminta dia memaksa diri menjadi robot, diprogramkan mengikut acuan kepentingan masyarakat.
"Really?"
"Kau nak habiskan soalan ketujuh dengan 'really?'"
Lelaki itu menjungkitkan kedua belah keningnya, masih mahu soalan dijawab. Kali ini Aqi redha dan akur.
"Yes. Really."
"I see... good to know..." luahnya perlahan. Tiba-tiba dia dah malas nak bercakap. "Ada berapa lagi soalan?"
"Tiga."
"Soalan ke lapan... what is your expectation from him?" gumamnya di hujung lidah.
"That he stays safe and happy where-ever he may be, whoever he is with, and best of luck in his future career. Semoga Allah permudahkan urusannya. Panjangkan nyawanya. Berikan kesihatan padanya. Berkati hidupnya. Supaya dia jaga isteri dan anak-anaknya dengan bertanggungjawab."
Kata-kata yang penuh dengan perasaan sayang. Umar menoleh kembali bersama rias pilu. "Kau pernah terfikir nak rampas dia dari wife dia?"
"What the? No!"
"Betul ke?"
Anak mata dikerling ke kanan, berfikir. "Well, sometimes. Terutama bila bini dia buat masalah kat aku."
Senyum. Pulih sedikit pedihnya. "You guys pernah share a kiss, kan? A deep one."
Panas muka Aqi lalu. "Kami pernah menikah! Mestilah pernah share a kiss..."
"The kiss... did you enjoy it?"
Bahang di muka naik satu darjah. "Tak payahlah tanya..."
"Nak lagi dan lagi?"
"Marr!!" Buku lima menumbuk udara kerana tangannya tak sampai ke lengan itu. Lalu Umar melepas ketawa perlahan, manakala Aqi menggigit bibir menahan malu. Tak tahu nak menutup mukanya di mana. Malah pelik macammana Umar boleh buka sejarah yang memalukan itu dengan selamba dan rasa hibur. "Kau takda rasa berdosa langsung ke, cium aku sedangkan—"
"Kau menyesal ke?" potong lelaki itu lagi.
Sekali lagi Aqi terpempam. Air muka lelaki itu serius.
"Buat adultery dengan laki orang? Yes. Doing it with you? Also yes... and no."
"Yes and no?" Pelik.
"Hahaha. Sebab kita tak halal! Aku masih ada rasa berdosa, bongok! Cuma..." Anak mata dileret ke kanan sebelum meleretkan sengih nakal. "Melainkan kalau kita halal, Umar Darius... aku tak bagi kau keluar bilik..." lanjutnya sambil menggigit bibir bawah.
Hujung bibir Umar tercuit naik. Pulih semula keyakinannya. "Kau nakal."
"Hahaha..." Belakang kepala digaru. Anak mata dikerling ke kiri, mengingati kejadian bersejarah di tingkap biliknya itu. Sebuah kejadian yang merubah dinamik hubungan mereka, yang memulakan kisah tarik tali yang tiada penghujung. "Aku rasa itu turning point semua drama gila ni..." ujarnya bersama pipi memerah, mengaku hatinya mula kucar kacir sejak kejadian itu.
Umar melepas tawa. Panjang sekali. Aqi pula turut tertawa, kerana berjangkit.
"Aqi..."
"Em?"
"Aku memilih Mimi... kau okay?"
Ketawa termati. Malah mulut Aqi terbuka sedikit. Untuk seketika dia lupa bernafas, memproses perasaannya ketika ini. Setelah menemui suaranya, barulah dia menjawab; "No." Sebuah jawapan yang mengejutkan Umar hingga hilang senyumannya. "But I'll survive," sambung Aqi.
"W-why?"
"Sama macam kau tak berkenan aku dengan Kuro for whatever reason... aku tak suka Mimi sebagai wife kau. Kalau kau boleh cari perempuan beriman berakal sikit sebagai wife, aku boleh consider jadi second wife kau, tau. Mimi is impossible to tolerate, even."
Jatuh rahangnya. "Seriously?"
Aqi mengangguk.
Ikhlasnya bahasa tubuh itu membuat lelaki itu keliru. Aqi cintakan dia atau tidak sebenarnya? Tadi terang-terang mengaku tidak, tetapi rentak jawapannya memberi makna sebaliknya. Lidah dicucuk ke dinding pipi, berfikir. Macammana nak mengalahkan otak pandai si wanita, kerasnya ego si feminis, dan tingginya pride seorang Aqi. Macammana nak lemahkan dia....
Chan. Gunakan topik Chan! Tapi kena bersedia dengan tangis si perempuan.
"Aku nak balik la... lama sangat lepak dengan kau..."
"Aqi, kejap!" Lekas tangan itu ditangkap. Aqi terperanjat kerana sejuknya tangan Umar, tetapi lelaki itu tengah serius dengan sesuatu. "One last question..."
"Tak habis lagi?"
"Aku tak puas berbual dengan kau... please? One last question..."
"Berapa kali last dah ni..."
"Please... sayang aku, kan?"
Aqi mengetap geraham. Kalaulah Umar tahu pertahanannya pada lelaki ini kian lemah dari hari ke hari, malah dipanggil sayang pun boleh meleburkan hati besinya macam disimbah magma.
"Fine... one last question. Only one! Apa dia?"
Nafas ditarik dalam. Anak matanya bergerak-gerak, mencari idea. Pada Chan, pada Kuro, pada cerita Emir, pada Zach.... pada dirinya sendiri yang dilabel sebagai special oleh Aqi....
"Mar... aku dah sejuk... cepatlah..."
Bibir dikemam, lalu si cantik itu ditoleh. "Aqi, kau ingat Hadi?"
Dan air muka Aqi berubah seratus peratus. Umar pula terus merenung bersama kemenangan kecil dalam kepala. Bravo, Umar!
Share this novel