Rate

Part 53: HAPPILY EVER AFTER

Romance Series 24823

HOSPITAL.

Kaki Ami dah dibalut, Emir juga dah menerima rawatan di seluruh tubuh, manakala Umar... Umar sihat walafiat. Sedikit luka pun tiada di tubuh sasa kecuali buku lima yang berdarah bahana menumbuk Chan sehingga lunyai. Walaupun begitu, waima seorang pun tidak nampak luka yang di alami di dalam jiwanya.

Dia merasai marah itu lagi. Amuk itu benar-benar menguasainya malam tadi. Niat membunuh berbalut pada setiap penumbuk yang dilepaskan, sama macam malam dia membelasah Hadi selepas menceraikan Aqi pada 15 tahun lepas.

Tetapi berbanding dengan Hadi, kini dia hampir-hampir. Semasa dia buta dihambun marah, Ami menahan lengan kirinya, Emir merangkul lehernya, dan sebelum dia berjaya menyelesaikan niat syaitan ke dada Chan, Kuro terlebih dahulu melepaskan penendang ke pelipat lututnya hingga mereka tiga beranak sama-sama jatuh.

"Aku dah cakap kau ada perempuan yang tunggu kau, kan? Rileks dah la," dengus Kuro.

Dan Umar sememangnya berterima kasih.

"Emir lupa nak tanya, ayah buat apa kat sini?" soal Emir dengan muka berbalut penuh. Remaja itu berjalan dari katilnya dengan bantuan topang kaki. Kemudian dia duduk di sisi katil Ami, merenung si ayah. "Ayah okay ke tak? Macam moody je."

"Badan kau berbalut macam mumia, tapi kau tanya ayah okay ke tidak?"

"Chan kena tahan polis. Instagram live Ami akhirnya berguna dalam hidup kita. Mission accomplished." Bahu dijungkit. Adiknya yang tengah tidur, ditoleh. "Tapi lepas ni kena bantu Ami berjalan la. Ergh..."

"Kau sedar keadaan kau lebih parah dari dia?"

Dia menoleh. "Tapi Emir abang."

Serta merta dia teringat Farid. Memang semua abang ada level of superiority begini, nampaknya. Senyumannya akhirnya merekah dalam perit. "Macammana kau nak explain dekat ma kau pasal luka kat badan kau... hilang berminggu, lepas tu balik macam mumia..."

"Ayah la tolong explain."

Mata dibulatkan. "Ayah sendiri tak bagitau dia yang ayah datang KL sebab nak kejar Chan, tau tak? Nanti ayah pun kena marah sekali. Kau pun kena tolong cover untuk ayah..." Telunjuk dituding ke muka anaknya.

"Ooohh... itu sebabnya rupanya."

Mendengar suara itu, Emir dan Umar menoleh serentak. Kemudian Emir mengaduh bahana sakit pada lehernya. Umar pula spontan bangun dari kerusi, terperanjat melihat Aqi memunculkan diri. Mukanya merah macam marah, tapi matanya dah pun berair.

"Aqi..."

Wanita itu merapat, lalu memukul dada si lelaki. "Kau buat aku risau gila!"

"Macammana kau tau kami kat sini?"

Ibu jari ditunjuk ke belakang, pada Junior yang memasang sengih busuk di pintu wad. Umar mengeluh berat, manakala Aqi merapati Emir. Dia mahu memarahi anaknya ini, tetapi keadaan tubuh itu terlalu menyedihkan untuk dia melayan barannya sekalipun. Lalu dipeluk tubuh itu dan tangis dilepaskan ke bahunya.

"Ma risau macam nak mati... kau dengan adik kau jangan buat benda macam ni lagi..." pintanya sesungguh hati.

Emir hanya mendiam.

"Ma... aku dengar suara ma..."

Mereka menoleh ke katil, melihat Ami dah membuka mata. Aqi menangis lagi, lalu memeluk anak perempuannya. Ami turut menangis, bersyukur mereka masih hidup.

"Abang, kau macam mumia..."

"Kau panggil aku abang."

Diam seketika. Malas nak bergaduh, lalu mengaku saja. "Ha'ah."

Emir mengangkat buku lima pemenang sebelum mengaduh lagi. Ami melepas gelak padan muka. Ayahnya pula dikerling. "Ayah okay?"

Pinggang dicekak lalu. "Kau berdua dapat perangai ni dari mana? Kau yang luka parah tapi pergi risau orang lain yang langsung tak luka!"

Dia pun dua kali lima, nak marah anak-anak dia. Aqi lalu tergelak bersama air mata yang tak berhenti mengalir.

"Ma ni kenapa? Nak gelak ke nak nangis? Pilihlah nak buat satu..." tegur Ami.

Makin teruk tangis. "Kau dah alami life death situation pun mulut tak berubah..." Tubuh dibaringkan di sebelah Ami. Emir duduk di hujung katil manakala Umar duduk di kepala katil, mengusap kepala anak perempuannya.

Junior merapat, duduk di kerusi yang diduduki Umar tadi.

"Jun... thank you datang dan bawa handset lebih walaupun bahaya..." ujar Ami.

"Untuk kau, aku tak kisah Ami."

Emir menoleh. "Aku berterima kasih atas semua jasa kau, tapi aku tetap tak benarkan kau try  adik aku."

"Kalau macam tu, aku try Bo je la. Dia macam cool."

Si mata hazel diam seketika. "Dia pun tak boleh," balasnya, membuat Junior mencerun.

Umar dan Aqi berpandangan bersama senyum.

"Oh ya, Chan macammana? Dekat balai ke?" soal Aqi.

Mereka semua berpaling padanya.

"Tengah dirawat sebab ayah belasah sampai lunyai," ujar Emir.

"I see. They have to keep him alive," desis Aqi dan menoleh ke luar wad. "Dia dekat mana sekarang?"

"Dalam hospital ni juga. Dekat ICU."

"ICU!" Mata dicerlangkan. "Aku nak tengok dia," ujar Aqi, lalu meloncat turun dari katil dan terus berjalan pergi.

Umar mengejar. "Aqi..."

"Aku cuma nak pastikan dia masih bernafas. We can't afford the same mistake."

"I don't think I care if I make the same mistake..."

Aqi berpusing dan terus melepaskan penampar ke muka Umar. Lelaki itu terkejut.

"Kau ulang sekali lagi..."

Bergetar rasa pipi. Muka marah di hadapannya ditentang. "He hurt you."

"That was in the past! Ada cara lain nak selesaikan konflik dengan dia selain... selain rampas kerja malaikat maut!" Dada lelaki itu pula ditampar sekali dua. Tangis pecah lagi. "Kenapa kau tak insaf-insaf, Mar? Kau cakap nak jadi the big man.... Aku masih nak hidup dengan kau... aku nak jadi tua bersama kau... kenapa kau masih macam ni..." Baju lelaki digenggam sekuatnya. Rawan bertukar hiba, dan kepalanya dijatuhkan.

Umar merenung haru. "Dia tembak anak kita. Dia belasah Emir sampai hilang rupa asal. Dia tidur dengan bini aku. Dia lukakan kau so... so bad...."

"Sebab tu aku cakap masih ada cara lain—"

"Aku dah tak fikir benda tu bila aku tengok muka anak-anak aku berdarah dibelasah dia, Aqi..." luahnya bersama riak beku. Aqi terkaku lagi. Mata Umar, walaupun menentangnya, tetapi jauh sekali tenggelamnya. Tidak pasti dimana mata hati lelaki itu ketika ini. "Aku tak cuba nak halang diri aku. Aku memang nak buat, Aqi. Aku nak bunuh dia. Untuk kau, untuk Ami, Emir... untuk Mimi pun... Aku nak bunuh dia, I really do... kalau Kuro tak halang.... I would've done it..."

Liur yang terasa kelat, ditelan. Teringat marahnya bila mula-mula kembarnya hilang selepas membuat deklarasi perang pada Chan. Tanpa dapat ditahan, keluh panjang dihembus. Benar-benar bersyukur kerana Kuro ada sekali. "Kalau macam tu, aku terhutang nyawa sekali lagi dengan Kuro. Kalau tak... Ami dengan Emir kena membesar dengan ayah mereka dalam penjara menunggu hukuman gantung!" Muka garang didekatkan. "Ami dapat bukti, tau tak! Aku dah tak boleh padam jenayah kau kali ni sebab follower dia bukan seorang dua. Bukti dia sejenis benda viral yang dirakam live! Even Chan tak boleh lari dari benda tu!"

Diam seketika. "Kau masih nak kahwin dengan aku?"

"Kau masih nak kahwin dengan aku?" Soalan yang sama tapi perspektif yang berbeza.

"Aku nak jaga kau dengan anak-anak kita..."

"Then... lets change together, yes? Kita sama-sama belajar menjadi manusia penyabar. Aku pun perlu berubah juga. Kita sepatutnya menikah sebab nak kembangkan umat Rasulullah, sebab agama, bukan sebab supaya kita boleh berseronok semata," dengusnya dan kembali berjalan.

Umar menggaru pipi. "Tujuan nikah memang nak elak maksiat pun... kalau aku nak jadi imam, aku duduk kat masjid..."

"Kau masih boleh jadi imam kalau duduk kat penjara. Kalau ada rezeki, kau boleh berseronok dengan inmate kau berbanding dengan aku masa malam pertama kita." Sedap menyindir.

Tanpa dapat ditahan, senyuman Umar meleret. Sisi kepala digaru. "Aku hutang Kuro big time."

"You and me both, darling..." keluh Aqi.

Mereka tiba di wad Chan. Seorang jururawat india kebetulan sedang keluar dari bilik wad itu dan melepasi mereka berdua. Brut Aftershave melalui hidung Aqi, halus sekali baunya seperti salam di hujung hidung. Wanita itu berpaling ke belakang, melihat jururawat india itu berjalan pergi meninggalkan mereka. Entah kenapa wajah Farha melayang di fikiran, tetapi bukan rakannya itu sahaja yang memakai perfume itu di dunia ini.

Pintu wad dibuka. Harapan untuk melihat Chan hidup tenggelam ke muka bumi bila mereka disapa bunyi flatline pada mesin EKG. Aqi terduduk, terasa gelap dunianya. Umar pula merenung lelaki itu dari pintu sebelum menyedari darah yang menitik ke lantai.

Dia mendekat, hanya untuk melihat leher Chan dah dikerat hingga menampakkan tulang di dalamnya. Umar terkaku.

"Aqi, panggil polis!"

"Ha?"

"Chan dibunuh."

"Mar... janganlah—"

"Kali ini bukan aku!" Butang memanggil nurse ditekan.

UMAR terus menyelesaikan pendaftaran perkahwinannya dengan Aqi setelah selesai proses perpindahan Ami dan Emir dari Hospital Kuala Lumpur ke Hospital panel syarikat Umar. Setelah disahkan anak-anaknya akan keluar wad dalam tempoh dua minggu, Umar tidak menunggu. Pak imam terus di-book untuk menghalalkan mereka. Peluang duduk berdua dengan Aqi di dalam rumah tanpa gangguan anak-anaknya ialah suatu peluang keemasan!!

Pada hari kejadian, Umar dah bersiap dengan baju melayu putih, siap dengan samping dan songkok. Jambang dah dicukur kemas dan digayakan mengikut citarasa Aqi. Cermin mata bingkai hitam juga dipakai sebagai imej pertama seawal mengenali seorang Aqi. Umar meneliti dirinya pada cermin, mengingati kali keberapa dia dah bersiap begini. Kali yang terakhir baru je tahun lepas haha....

Kelas semasa kursus kahwin diingati, dan dibandingkan pula dengan kehidupannya dengan Mimi. Dada mula bergetar. Cuak. Ragu-ragu. Dia jenis baran. Macammana dia nak memastikan perkara yang sama takkan berulang. Buku lima yang berparut pula dipandang.

Mula-mula Hadi.

Kemudian Chan.

Siapa yang boleh buktikan tiada lagi lelaki gila yang akan jatuh cinta dengan Aqi dan merosakkan perkahwinan mereka.

"Mar, kau dah ready?" tegur Farid di muka pintu.

Si adik menarik nafas, gagal menemui suaranya untuk membalas.

Dia diserang panic attack!

Setiba di masjid, Umar masih gagal bertenang. Hantaran dah cantik tersusun, dan beberapa ahli masjid sudah berkumpul, tetapi si pengantin tak berhenti berjalan dari hulu ke hilir mencari tenang. Peluh dingin habis pecah sampai basah ketiaknya.

Farid dan pak imam hanya mampu memandang bersama keluh. Dia yang paling excited nak kahwin, dia juga yang kecut perut bila sampai hari besarnya.

"Aku terima nikahnya, Asyikin Ramzi dengan mas kahwin sebanyak RM100, tunai. Aku terima nikahnya, Asyikin Razmi dengan mas kahwin sebanyak RM100, tunai. Aku terima nikahnya, Asyikin Nazim—" Berlanjutan.

"Kau salah sebut nama bapak Aqi, Mar..." tegur Farid

"Nama bapak dia...?" Kelam.

Nak tergelak melihat muka itu. "Rileks la. Tarik nafas dalam dalam... hembus.... aku rasa ni pengalaman kau yang ketiga. Apa benda yang buat kau takut sangat macam ni?"

Si mata hazel mencerlangkan matanya. "Sebab ini ialah kali yang ketiga! Setakat ni, semua marriage Mar dah alami kegagalan! That's why I'm here!! That's why I'm scared!! And I frickin confuse nama nama bapak Aqi ialah Rashid atau Ramli!!"

Bulat mata si abang dibuatnya. "Dua-dua bukan!" Teruk sangat dah ni! Farid membuang nafas sehabisnya, dah tak tahu nak tenangkan adiknya macammana.

Pak imam menoleh pada Farid yang tengah sibuk menenangkan pengantin lelaki. "Mana pengantin perempuan?"

"Lima minit lagi."

Umar terasa urat darahnya terputus. Lalu tangannya memanjang mencapai lengan si abang. Dicengkam sekuatnya, langsung tidak menyedari kekuatannya sendiri ketika ini. Lekas Farid menepis.

"Bang..."

"Apa lagi?!"

"Kita cancel je la."

Lalu kepala adiknya ditekan. "Kau jangan main-main, Mar!" desisnya.

"Mar dah dua kali kahwin cerai. Kita tak tahu kalau kali ni yang betul! Macammana Mar nak yakin yang Mar boleh pimpin Aqi betul-betul? Dia dan Mar sama-sama baran... kami bercerai mula-mula dulu sebab kami sama-sama mengamuk sampai tak boleh nak back down! Macammana kalau berlaku lagi..."

Seriau dibuatnya. "Kau cakap nak jaga dia!"

"Yaa... tapi tak kahwin pun boleh jaga dia."

"Tapi kau tak boleh cium dia!"

Terkaku seketika. "Kalau macam tu kita tangguh sampai Mar ready."

"Bila nak tunggu kau ready!" Hampir dicekik adik lelakinya ini. "Istighfar Mar... igstihfar... itu semua hasutan Syaitan. Ingat sikit muka Aqi buat motivasi."

"Mar dah lupa muka dia..."

"Allahu..." Kepala terjatuh. Cepatlah datang, Aqi...!!

"Pengantin dah sampai, Mar," getus jiran yang turut hadir, sekaligus mengharap hadirnya pengantin perempuan akan meredakan gundah di hati pengantin lelaki.

Mereka semua menoleh, menyambut kehadiran pengantin perempuan dengan rasa lega. Umar lebih-lebih lagi, terpaku bila melihat wanita itu melangkah ke arahnya dengan baju kurung putih, tangan berinai, serta bertudung putih. Solekannya ringkas sekali, tetapi cukup untuk mempamerkan keindahan ciptaan Allah. Cuak menghilang berganti debar. Lagi-lagi melihat imej baru itu.

Aqi bertudung untuknya. Tiadalah hal yang lebih besar dari itu yang boleh memujuk hati yang kecut tadi.

Pengantin perempuan duduk bersimpuh di belakang. Kali ini Umar merasa debar lagi. Bukan debar kecut yang membuta tadi, tetapi debar kerana menyedari selepas ini dia ada seseorang di belakangnya, termasuklah anak-anaknya yang tak boleh hadir pada hari ini kerana ada rawatan fisio di hospital. Mimpi benar-benar akan menjadi realiti. Aqi benar-benar akan menjadi miliknya sekali lagi.

"Allahuakbar..." Muka diraup.

"Umar Darius, awak ready?" soal pak imam, masih prihatin dengan keadaan mental pengantin di depannya.

"Kejap..." Telunjuk diangkat memberi isyarat seketika, lalu dia menoleh ke belakang. Nak melihat wajah cantik bersolek itu lagi. Hati yang berdebar usah dicerita. Bulu romanya meremang di seluruh tubuh hanya kerana perempuan ini. Bahangnya, hanya dia yang tahu.

Aqi meleretkan senyum janggal. "Hai."

"Hai," balas si lelaki. "Tudung?" Ditegur terus.

"Peluh?" Mata diisyarat pada dahi Umar.

Dan tertawa halus. Wajah cantik itu direnung lagi puas-puas macam menyedut oksigennya. Nama Allah disebut berkali-kali, dan barulah dia merasa tenang mengalir di seluruh urat darah.

"Aqi."

"What?"

"Kau cantik..."

"Just start the akad already...!" desisnya.

Dan gelak lagi. Fuh. Akhirnya benar-benar lega. Panic attack melupus sepenuhnya, berganti tenang. Dia yakin kembali yang Aqi ialah jodoh untuknya. Kepala kembali dipusing kepada pak imam. Kepala diangguk tanda dah bersedia.

"YES!! ITU AYAH!!"

Serentak mereka semua menoleh ke pintu surau, pada tiga orang remaja yang memasuki pintu masjid dengan susah payah. Remaja perempuan berambut panjang itu memakai topang, manakala remaja lelaki itu dipapah abang sepupunya.

"Eh, itu ma ke? Pakai tudung? Cantiklah ma!!" luah Emir pula dengan muka gembira.

Umar dan Aqi sama-sama melopong luas. Kembar itu sepatutnya melalui rawatan di hospital sekarang! Mereka lari keluar ke?

Aqi mahu bangun, tetapi dihalang Maya. Sesi akad terganggu lagi kerana mereka bersoal jawab dengan dua kembar yang menjelaskan mereka lari dari hospital kerana nak melihat pernikahan semula ibu bapa mereka.

"Macammana korang boleh sampai ke sini?" soal Maya. Jarak dari hospital ke masjid ini bukannya dekat.

"Kami curi kereta," jawab mereka serentak.

"Allahuakbar..." Serentak juga orang dewasa di situ mengucap.

"Abang hotwire kereta orang."

"Habis, tak jumpa kunci."

"Junior yang drive," sambung mereka lagi, mengantoikan semuanya habis-habisan.

Maya dan Farid mencerun pada Junior yang menyorokkan diri di belakang tetamu yang lain.

Umar gagal melentur sebarang kata, sebaliknya memandang anak-anaknya mengambil tempat duduk di sebelah Aqi. Menghimpit ibu mereka kiri dan kanan sambil memuji-muji kecantikannya sebagai raja sehari. Kemudian Aqi membalas dengan mencium kepala mereka satu persatu. Nak diluku tak boleh memandangkan kedua-duanya masih sakit. Tanpa dapat ditahan, bibir tersenyum jua.

"Hey, diam. Ayah nak halalkan ma kau ni."

"Oh, okay okay."

"Ayah, buat one shot je tau. Jangan ulang-ulang. Buat malu je."

"Ada anak macam kau berdua, ayah tak sempat nak nervous. Buat sakit kepala ada la."

Aqi tergelak lalu, dan disambut dengan senyum si pengantin lelaki.

"Aqi, kau ready?" panggilnya.

Senyuman lembut terlebih dahulu dilukis buat tatapan si cinta hati. "Yes..."

Nafas berat dilepaskan dengan hembusan panjang. Bersama dada yang lapang, pak imam kembali ditentang. Senyum terlakar.

"Kami ready."

Dengan lafaz bismillah, Umar menjadikan Aqi sebagai isterinya semula, sekaligus membina keluarga lengkap untuk didiami Emir dan Ami dan seterusnya memberi ruang kepada kembar itu untuk terus membesar dengan sempurna.

Share this novel

Zainabzety
2024-09-01 16:40:14 

hbh dah ke x de ke aqi n umar pergi honeymoon hihihi


NovelPlus Premium

The best ads free experience