Rate

Part 35: AQI FIGHT BACK!

Romance Series 24823

KISAH Mimi naik hantu diselesaikan sendiri hinggalah isterinya bertenang kira-kira sebulan kemudian. Malah dia tidak memaklumkan pada sesiapa kecuali Aqi kerana dia perlukan bantuan wanita itu untuk menjelaskan pada kembarnya yang dia tak dapat main meriam buluh. Baik datang melawat atau nak bersarapan sekalipun.

Aqi pula meneruskan hidup macam biasa walau sekali sekala rindunya pada Umar cukup menyakitkan jiwa. Bahana memori sepanjang road trip di Terengganu, derita sengsara menahan rindu itu hanya mampu diluahkan pada Yang Esa. Walaubagaimanapun, dia tetap cuba mengalihkan fokusnya dengan cuba mencari calon suami yang berpotensi menggantikan Umar. Cuma ada seorang di dalam pertimbangannya sekarang, yang mungkin boleh diterima oleh kembarnya juga. Cuma perlu ditapis betul-betul terlebih dahulu sebelum dikenalkan pada lelaki itu. Malah ditapis juga berkali kali kali kali kali bagi memastikan dia benar-benar bersedia untuk menggantikan Umar dalam hatinya.

Aqi taknak menyesal tak pasal-pasal. Kahwin bukannya benda ringan, dan cerai ialah perkara halal yang paling dibenci Allah!

Mungkin tak perlu terburu-buru nak mencari pengganti just because Umar suruh... kan? Lagipun keadaan dah berubah. Mood antara mereka makin romantik. Mungkin ada ruang untuk peluang kedua semula...

Argh!! Jangan jadi bodoh Aqi!! Jangan rampas laki orang!! 

Aqi menggeliat keras atas katil bahana menyedari kehendak hati nak merampas Umar, kemudian Vivo tiba-tiba berbunyi. Dia mendesis panjang, sebal dengan hati dan akal yang semakin terumbang ambing. Bila melihat nama Umar di skrin, wajahnya automatik bercahaya. Gembira. 

Dalam milisecond, dia turut menyedari dia bergembira kerana dihubungi suami orang. 

Ya Allah!! Apa jenis perang yang aku tengah lalui ni!! Bodoh bongok!! Dia menggeliat keras lagi sampailah kepenatan. Malah hingga panggilan mati. 

Nafas penat dihembus panjang melalui hidung. Selepas dirasakan hatinya reda sedikit, barulah nombor Umar dihubungi semula.

"Yes? Balai polis Bandar Melaka. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?"

Terdengar bunyi gelak Umar. "Saya nak buat aduan... keluarga saya tak contact saya walau sekali. Dah sebulan dah."

"Kata Mimi naik hantu."

"At least text la... aku rindu kut."

"Mimi punya marah sampai pakai senjata nak lepaskan marah dia, Mar.... I can't let our child go near that level of anger."

"Hmm... but I missed you guys..."

"Ololo ciannn..."

"Hahaha... I missed you too..."

"Haha.... you had to say that, you jerk..."

"Sebulan, Aqi.... Sebulan aku tak jumpa kau..." keluhnya, berat sekali. "I missed you so much..."

Aqi menelan liur, lalu menarik bantal untuk dipeluk, melepaskan rasa hati di situ. "Mimi dah terpujuk?" soalnya perlahan.

"Ya... she's okay, now... dah boleh keluar rumah jumpa orang. Aku test juga masa bawa dia lalu rumah kau. Dia cakap Emir mirip aku bila main basketball..."

"That's good... right? Macammana kau pujuk dia?"

Diam.

"Mar...?"

"Just sedikit... taktik laki bini..."

Hati terasa dilempang mendengar kata-kata itu. Cukup difahami apa yang cuba disampaikan si lelaki. Bibir bawah digigit bagi menahan cemburu yang membuak-buak. Muka dibenam ke dalam bantal sambil bertanya, "Sampai sebulan?"

"Hello? Sorry Aqi, suara kau jauh. Hello?"

"Kau pujuk dia... sampai sebulan?"

Diam lagi.

Aqi turut senyap, terus menahan pahitnya rasa hati menyukai suami orang.

"To be fair... aku dah menikah dengan dia like eight-nine months ago.... So... sekadar hal kahwin... regular stuff... bukan benda ekstra pun... sekadar bagi dia kasih sayang yang cukup supaya dia fikir dia tak kalah dengan kau dan anak-anak kita...."

"Consistently."

"Aqi, come on..." lirih suara lelaki dibuatnya.

Masih diam.

"Aqi... talk to me. Kau marah ke ni?"

"Emm... dia dah terpujuk tu kira eloklah, kan. Alhamdulillah..." Cemburu ditelan dan dihadam sampai lumat. Nafas dalam turut ditarik, memastikan hatinya terus teguh berdiri menghadap dugaan yang datang. Aqi perlu fokus pada benda yang lebih penting, bukannya perasaannya pada Umar.

"Emm... kau pula macammana? How's life?"

"Not much.... Kuro ada datang jumpa aku." Laju sekali nama itu disebut.

"Excuse me?" Nada Umar terus berubah. "Kuro... your emergency contact, THAT Kuro?"

"Kau ada kenal Kuro lain, ke?"

"For god sake... dia buat apa jumpa kau??"

Suara keras tak puas hati itu membuatkan Aqi spontan tersenyum. Hehehe. "We're friends. Biasa la member jumpa sekali sekala. Regular stuff," balas Aqi, kini senang hati kerana mendengar nada marah pada suara lelaki itu. Lega. Dia sakit, Umar pun sakit. "Say, kalau aku nak datang rumah kau Sabtu ni, agak-agak Mimi mengamuk tak?"

"Uik! Kenapa tiba-tiba?"

"Datang melawat. Kita kan jiran."

SEJAK Umar meletakkan basketball hoop di laman rumahnya, kembarnya mula menjinakkan diri dengan sukan kegemaran ayah mereka. Lagi-lagi bila Umar berjanji akan menunaikan kehendak mereka jika Emir dan Ami boleh mengalahkannya 1-on-1. Kerana cabaran itu, mereka berlatih hampir setiap hari selepas habis waktu sekolah hingga menarik kehadiran remaja-remaja lain di taman perumahan itu. Kini, hampir setiap hari rumahnya riuh kerana kedatangan kawan-kawan baru kembarnya.

Disebabkan riuh itulah Aqi terpaksa mencemar duli datang rumah Umar semata-mata nak menghulurkan cek. Umar yang mulanya gembira melangit bila menerima kehadiran wanita itu, lalu bertukar marah kerana Aqi nak memberinya duit atas keikhlasannya sebelum ini.

"Aku cakap aku taknak!" getus si lelaki. "Berapa kali aku nak ulang, baru kau faham, Aqi? Aku buat sebab aku taknak kau susahkan anak-anak aku angkut kau ke sana ke mari! Lepas tu pergi call orang Nigeria mana untuk jadi emergency contact kau!"

"Mar, be—bhahahaha!" Ketawa Aqi terlepas, gagal menahan geli hati. "Sedap je cakap Kuro orang Nigeria hahahah! Aku kena bagitau dia nanti hahaha—ehem!!" Lekas ketawa dimatikan bila lelaki itu merenungnya tajam. "Mar, be reasonable. Semua expense yang kau hulur dekat aku dah lebih dari niat nak menolong semata. Aku hargai keprihatinan kau dekat aku, tapi kau sentiasa lupa yang wife kau sentiasa cemburukan aku. Dahlah dia tengah mengandung. Emosi tak menentu. Hormon macam angin monsun. Baby kau nak lahir. Kau perlukan duit untuk besarkan dia nanti. Kan Mimi, kan!"

"Entah, abang! Ingat status la kalau nak tunjuk baik pun!" sambut Mimi di meja makan, tengah mengunyah popia sebagai sarapan.

"Bukan tak ingat status, tapi Aqi masih ibu tunggal," keluhnya pada Mimi. "Dulu masa awak berdua je dengan Gorius, kalau abang tak bantu, awak jadi apa masa tu sayang? Beringat la sikit dengan nasib orang lain," soalnya pula, mengingatkan Mimi semasa zaman gelap si wanita. Tidak menunggu jawapan isterinya, Aqi pula dipandang. "Duit aku lebih dari cukup untuk support seorang bayi, Aqi! Malah cukup untuk kau dengan kembar kita! Cukup kalau aku derma dekat homeless dekat Malaysia atau ajak Adibah Noor pergi dating dekat Dubai pun!" Mata dicerlangkan.

"Adibah Noor?" sampuk Mimi lagi. Nak ajak selebriti berbanding isteri sendiri memang difahami, tetapi kenapa Adibah Noor?

"Dia chubby dan dia kelakar!" jelas Umar, berpusing sekilas pada isterinya sebelum menentang Aqi kembali.

"Chubby?"

"Laki kau suka awek chubby," sambut Aqi pula.

Mimi memicing, baru tahu. Tubuhnya dipandang. Dia menjaga badan, jadi dia chubby di tempat yang betul. Kemudian Aqi pula dipandang. Kecil molek.

"Tapi kau kurus, Aqi."

Lalu Aqi dan Umar menoleh serentak pada wanita di meja makan itu, dan sama-sama tergamam bila Mimi melanjutkan soalan.

"Sebab tu ke korang bercerai?"

Aqi melepas keluh berat. Lalu berpura-pura mengesat air mata yang tak wujud. "Tulah pasal... masa kami kahwin dulu, dia suka intai awek-awek chubby. Langsung taknak pandang aku." Umar menjilat gigi, geram dengan tingkah nakal Aqi. "Kadang aku tengok cermin... kenapalah aku tak busty macam awek yang dia suka sangat... Kau Mimi, body perfect macam Jessica Rabbit. Aku macam papan plywood."

"Kau sebagai papan plywood pun perfect Aqi..." pujuknya dengan air muka serius. "You know, jenis keras, yang tak rosak kalau terkena air, tahap keras sampai orang cuba nak bantu permudahkan hidup pun taknak terima. Kalau cuba nak gergaji, mungkin gergaji tu patah."

Mata dipicing. "And yet you question dari mana Ami dapat mulut dia."

"Kau pula buatkan anak lelaki aku jadi Romeo feminin." Senyum, tetapi masih serius. "So we agree, then? I bid you adieu..." Tangan dihala ke pintu, meminta wanita keluar dari rumahnya, terima sedekah amal jariahnya tanpa banyak bunyi dan biarkan dia sambung sarapan tanpa sebarang kekecohan lagi.

"I do agree yang aku perfect. Jadi sebelum the adieu bidded, aku minta kau ambik je cek ni!" Dihulur lagi.

"Ya Allah... tak habis lagi ke?!" Muka diraup kasar. Benar-benar rimas kali ini. Cek yang dihulur itu dipandang. Kemudian pada wajah Aqi yang bersungguh. Umar mendehem, mencapai cek tersebut dan terus dikoyak empat tanpa sempat Aqi nak bersorak.

"Umar!"

"Pergi balik. Kau datang rumah aku semata-mata nak menyumbang sampah ke apa," getusnya sambil membuang cek itu ke tepi. Dia berkalih ke meja makan, nak makan sarapan yang tertangguh. Tetapi terhenti lagi bila bajunya ditarik dari belakang. Umar menoleh, masih dengan muka serius. "Kau nak apa lagi..."

Aqi menahan hati, mengesan Umar benar-benar dah sampai puncak sabarnya. "Let's meet halfway..." pintanya akhirnya. Kalau Umar taknak duit dari seorang perempuan, mungkin dia sudi terima benda lain yang Aqi hulur. Ingat balik, apa yang Umar suka? "I'll cook you dinner?"

Dan barulah mata itu berkilau. Awan ribut taufan yang terapung di atas kepalanya tadi turut melupus. Aqi spontan mengeluh lega.

"Kau nak menu apa?" sambung Aqi lagi.

Makin suka. "Kau akan masak anything?"

"Anything. Whatever yang aku mampu."

"Prime rib?"

"Homecook meal!" Mata dicerlangkan.

Umar gelak lagi. Dia berpaling pada isterinya. "Sayang, abang nak makan-makan dengan keluarga abang yang satu lagi ni. Nak ikut? Aqi masak sedap!"

"Taknak. Abang pergilah sorang. Boleh Mimi keluar shopping dengan kawan-kawan Mimi."

"Eh, betul ke okay je ni? Nanti abang taknak kena jerit kat telinga sebab awak cemburu."

"Budak kembar tu pun ada, kan? Lagipun Mimi dah tau yang abang lagi sukakan badan Mimi berbanding Aqi. Mimi menang." Hotdog dimasukkan ke dalam mulut sebelum menjeling musuh cintanya.

Kening Aqi terjungkit. "Huh. Senangnya." Tak sangka Mimi simple macam ni sekali. Kemudian Umar dipandang lagi. "Kita sambut birthday kau sekali, boleh? Kau belum celebrate dengan kembar kita lagi."

Mimi melangut lagi. Terperanjat. Umar terkebil.

"Sambut birthday aku?"

Angguk. "Tuxedo night dekat rumah aku. Aku masak."

"Tuxedo night??" Makin kelam. Dia kerap mendengar ayat itu tapi masih tidak faham apa dia.

Angguk lagi. "We dress up cantik-cantik and enjoy each other's company. Ami dengan Emir ada prepare hadiah untuk kau, tau," luahnya dengan mata bercahaya.

"I like that." Berkenan. Barulah tersenyum. "Tapi birthday aku tiga bulan lepaslah Aqi. Masa puasa hari tu. Ingat tak? Ami gaduh dengan Mimi masa berbuka lepas tu Bang Farid halau kita balik lepas tu aku angkut kau berbuka burger kat bawah lampu jalan..."

Tak sempat Aqi membalas, Mimi mencelah kuat.

"Hoi hoi hoi hoi!!" Dia bangun dari kerusinya dan mendekati mereka. "Kenapa pulak kau nak keluar dengan laki aku sebab nak sambut birthday dia?"

"Bukan aku. Family aku," bidas Aqi pelik.

"Birthday dia sepatutnya dengan aku!"

"Birthday dia tiga bulan lepas! Kau dah dapat peluang sambut dah pun! We're three months late! Takkan itu pun tak boleh!"

"Siapa kisah three months ke three weeks ke three years! Dia suami aku!! Sepatutnya dia bersama dengan aku!!"

"Then you have his whole life nak sambut birthday dia!" Mata dicerlangkan. "Aku mintak sehari je, untuk dia habiskan his day with my kids!!"

"Aku kisah apa dengan kembar bodoh kau tu!! Nanti lepas aku lahirkan anak Umar, aku akan pastikan dia fokus dekat anak aku berbanding anak kau!!" Mata dicerlangkan.

Aqi putus fius.

Mengandung tak mengandung, Mimi kini benar-benar mencabar barannya. Dia dah cuba berbuat baik. Memberi peluang untuk sebuah keluarga besar dengan Mimi. Memberi bantuan bila suami isteri itu bergaduh. Memadamkan marah selepas Mimi menampar anak perempuannya... menahan cemburu... dan sekarang perempuan ini berniat nak jauhkan Umar dan anak-anaknya selepas melahirkan bayinya sendiri?? Api kemarahannya meruap ke kepala hingga penuh berasap. Buku lima dipasang kejap sambil melangkah mendekat.

Jadi manusia matang dan cuba berbaik dengan Mimi? Bullshit!!

Perasan keadaan Aqi, Umar lekas mencelah. "Erk... Aqi, biar aku decide—"

"Mar, kau tepi! Ini fight aku!!"

Lelaki itu terkaku, lalu mengangkat kedua belah tangan ke bahu. "Okay okay... tapi buku lima tu leraikanlah dulu..." pintanya.

Aqi menunduk ke tangannya, lalu dileraikan buku lima itu bersama hembusan nafas panas. Lelaki itu pula berterima kasih sebelum berundur setapak. Membuka gelanggang untuk Aqi dan Mimi bergaduh manakala dia setia berdiri di sideline dengan kedua belah tangan disatukan di depan badan.

Wanita berambut ikat satu itu menoleh pada Mimi kembali. "Anak-anak aku excited maut nak sambut birthday ayah dia! Ami hari-hari praktis memancing kat tasik sampai kena kejar guard! Emir duk menunggu depan pintu hari-hari, bila hadiah bapak dia sampai. Kau ingat aku nak biar kau rosakkan hari bahagia anak-anak aku?!"

"Siapa kisah kembar tu! Aku wife dia! Aku yang paling penting dalam hidup dia! Aku pun ada plan nak buat dengan dia esok!"

"Apa plan kau? Mengangkang lepas tu hidang spageti keras?"

Panas hati. "Kau dah tunjukkan belang kau akhirnya. Kau asyik cakap kau taknak dekat laki aku tapi sekarang kau bergaduh dengan aku sebab nak rampas dia."

Tak habis-habis dengan pertuduhan dia. Dia yang mulanya berusaha nak menukar persepsi itu, kini menukar fikiran. Aqi menjilat gigi geraham, memikirkan cara terbaik untuk membalas. Mata dilangut ke siling, kembali menimbang tara keputusan di dalam kepala sebelum menoleh pada Umar akhirnya.

"Esok, tuxedo night dekat rumah aku as promised. On ke tidak?" Aqi bertanya seperti tegasnya seorang Mejar.

Dan Umar menyahut seperti taatnya seorang Kadet. "On, puan. Aku nak cakap tadi tapi kau suruh aku diam."

"Good. Sebab aku akan dress up cantik-cantik sampai kau terliur."

Kening Umar terloncat.

Aqi menoleh pada Mimi yang tercengang. "Aku takda intention nak rampas Umar... tapi aku akan buat sebab aku bencikan kau. Kau takut aku rampas dia dari kau? Kau tunggulah tempoh kau mengandung ni, berapa kali aku akan buatkan Umar tinggalkan kau." Jelingan terakhir diberi sebelum dia berpusing ala-ala dramatik ke pintu rumah. Sebelum keluar, kata-kata terakhir diberi. "Mar, text dekat Ami apa menu yang kau nak. Aku akan masakkan semua benda yang kau nak makan." Mata dicerlang pada Mimi lagi sebelum terus melangkah keluar.

Hahah. Itu kekuatan yang jarang-jarang diperlihatkan. Pertama kali Aqi merebut dirinya berbanding mengalah pada Mimi sentiasa, dan Umar benar-benar menyukai. "I gotta say... I will marry that woman the moment I got my chance, sayang," ujarnya tanpa melepaskan renung pada pintu.

"ABANG JANGAN MENGARUT!! Abang tak dengar ke dia cakap nak rampas abang dari sayang?!!"

Umar menoleh selamba. Dah kebal dengan jeritan Mimi. "Awak yang duk cabar dia. Padanlah dia naik angin macam tu. Tapi jangan risaulah. Aqi tak segila awak." Bahu isterinya ditepuk ringan. "Jom sambung sarapan."

Marah si isteri meruap lagi sampai ke kemuncak. "Awak tak boleh pergi ke rumah Aqi esok! Sayang tak benarkan!!" marahnya lagi sambil duduk di sebelah Umar.

Lelaki itu pula tidak berkutik. "It's my decision, sayang. Abang buat apa-apa yang abang nak." Karipap dimasukkan ke dalam mulut. "Dah sampai masa awak belajar untuk kurangkan mengamuk tak tentu pasal juga..."

"Abang jangan nak kurang ajar, eh! Mimi cuma nak selamatkan rumah tangga kita!!"

Dengan menjerit ke telinga aku? Umar mengeluh pendek. "Jangan marah-marah, nanti baby stress." Perut Mimi dipegang. "Harap baby ayah sihat hari ni hahaha. Ni mesti baby yang buat mami marah-marah, kan? Kau ni nakal macam kakak dengan abang tiri kau." Perut rata itu dicucuk-cucuk geram. Isterinya dipandang lagi. "Bila appointment awak dengan doktor? Abang nak ikut?"

Marah Mimi tenggelam terus, berganti muka pucat. Kecut perut! Penipuannya tiga bulan lepas kini mengerat leher bahana perut yang masih kosong sehingga sekarang. Dulu masa zaman muda, mudah benar dia mengandung. Tapi kenapa sekarang tak melekat-lekat?!

"Belum lagi, bang... Bila dah ada masanya nanti, Mimi bagitau," balasnya perlahan. Hilang terus imej hantu syaitan yang merasuk tadi.

"Dah tiga bulan pun masih tak perlu jumpa doktor ke? Peliknya?"

Mimi hanya memberi sengih janggal. Dia selamat kerana Umar tak tahu apa-apa tentang perempuan mengandung.

"Mimi nak keluar tengah hari nanti tau," ujarnya, terus melarikan diri ke bilik tidur. Dia perlu berbuat sesuatu lekas!

Umar hanya membiarkan. Isterinya keluar dengan kawan-kawannya. Dia pula belum ada plan. Tadi Aqi memaklumkan yang dia kena pergi shopping untuk beli makanan mentah, kan?

Share this novel

Zainabzety
2024-08-16 19:10:15 

jantan x guna mcm tu la nk dua dua bini perbodohkn dia pun dia x tahu

IndhPrmata
2024-08-16 13:54:45 

Tak suka la perangai umar ni. Dia buat aqi jatuh cinta tpi tak bole buat apa apa untuk rumah tangga dia. Nak didik mimi pun tak bole


NovelPlus Premium

The best ads free experience