Rate

Part 45: SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT

Romance Series 24823

"WAH. Meriah."

Mereka semua terperanjat melihat seorang lelaki botak memasuki rumah macam dia yang punya. Emir automatik menarik ibu tirinya supaya berdiri di belakangnya, manakala Aqi melangkah ke hadapan Maya. Masing-masing dengan muka awas dan tegang.

"Kau buat apa kat sini!" marah Emir terlebih dahulu, antara masih memegang karakter mini-Umar di dalam diri atau singa yang lahir di dalam dirinya semakin berani melangkah ke depan.

Chan menoleh dari tersengih pada Aqi kepada remaja lelaki di depannya. Mata dipicing. Anak mata hazel itu cukup dikenali walau susuk tubuhnya dah berubah. Lagipun telinga kanan yang carik itu ialah hasil kerjanya juga. Aqi dipandang lagi. "Budak zaman sekarang cepat membesar."

"Apa kau nak, Chan..." keluh Aqi perlahan, membuat mereka semua terperanjat. Lelaki di depan pintu itulah Chan, bekas suami Aqi! Kacak kemas bergaya dan botak!

"Benda yang sama yang aku cakap dengan kau dekat Desaru. Aku nakkan kau balik."

"Jawapan aku sama macam dekat Desaru. Pergi mampus."

Senyuman Chan masih manis di muka. Dia melangkah lagi. Hanya setapak dua, tetapi Emir dan Ami serentak berlari ke hadapan ibu mereka, menghalang lelaki itu dari mendekat. Aqi terperanjat, termasuklah Junior.

"Ami!" jerit si pemuda, risaukan keberanian remaja perempuan itu.

Emir mahu menarik Ami ke tepi tetapi marah Ami jauh lebih hebat. "Jadi kaulah yang dera ma sampai dia tak boleh balik ke rumah ayah..." deramnya, benar-benar bergetar dengan amarah. Emir menarik lebih kuat hingga Ami terundur setapak. Kedudukannya masih kukuh bagi melawan apa yang mendatang.

Dipedulikan gadis bermata hazel itu, Chan mencari wajah Aqi kembali. "Aku datang jauh-jauh semata-mata nak ambil kau balik. At least kau patut consider tindakan aku ni romantik."

Aqi tidak menjawab.

Chan merenung muka garang itu. "Aku sekadar baru bagi amaran, kau sedar tak?"

Darah mula menyirap, benci dengan ancaman lelaki ini. "Kau beri false alarm. Kami dah padam semua bukti kau!"

"Bukan pasal tu. Mereka berdua... mereka masih boleh balik dalam keadaan selamat, bukan?" Kepala diisyaratkan kepada Mimi yang memerhati dari tepi.

Aqi menoleh pada Mimi. Terkebil seketika, lalu Chan dipandang. "Kau...?"

"Bukan aku, Ekin. Aku takkan kotorkan tangan aku. Tapi itu mesej dari aku untuk kau yang aku boleh petik sesiapa dalam kalangan orang yang kau sayang dan cinta... dan lukakan mereka."

Giliran yang lain berkerut dahi, mengesan ugutan itu. Aqi pula naik mula diserang berang melampau.

"Apa masalah kau dengan aku, Chan!! Bila baru kau nak lepaskan aku!!" pekiknya sekuat hati.

"Aku dah cakap aku rindukan kau," bidas Chan tenang. Leka merenung muka garang wanita itu. Apa yang dirasai hatinya sekadar disimpan sendiri, lalu kepala direndahkan. "Aku ulang. Aku datang jauh-jauh ke sini untuk bawa kau balik. Kau patut cakap apa?" Telinga direndahkan bersama senyum.

"Pergi mampus."

Selajur dia menujah dirinya ke hadapan hingga mengejutkan Ami dan Emir. Mereka refleks beralih seperti mengelak dari dirempuh. Itu silap yang pertama kerana Chan mengambil peluang dengan melepaskan penumbuk besi backhand ke pipi Aqi. Kuat sekali hingga kepala Aqi terpusing dan terjatuh terduduk.

Maya dan Mimi terpekik dan berundur cuba menjauhkan diri. Junior berlari ke arah ibunya, manakala Emir dan Ami mendapatkan ibu mereka. Mulut Aqi berdarah hingga menitik ke lantai.

Darah panas mengalir ke seluruh tubuh. Bahangnya hingga tinggi melampau. Api dendam dah lama terbakar dalam diri atas penderaan ke atas ibu mereka serta membuatkan ibu bapa mereka berpisah, tetapi apa yang berlaku di depan mata menjadi suis utama yang meletupkan amarah keduanya. Mata Emir dan Ami sama-sama membara, sama macam mata Umar bila lelaki itu menahan marah yang menjulang. Jiwa singa di dalam diri mereka bangkit.

"Kurang ajar!!" jerit mereka serentak.

Tetapi Aqi lebih laju menarik tangan kedua-duanya supaya tidak melonjak ke arah Chan. Walaupun Emir dan Ami sama-sama tahu skil bergaduh, tetapi Chan jauh gagah dan besar, malah lebih banyak pengalaman memukul, berkelahi dan membelasah. Leher kembarnya dipeluk bila mereka masih nak menerpa.

"Jangan buat perangai macam bapak kau..."

Ami menoleh, masih dengan riak bengis. "Dia tumbuk muka ma!"

"Dia boleh buat lebih dari tu. Please. Jangan sentuh dia," ujarnya tenang, duduk melutut dan melangut dengan riak tenang. "Jangan sentuh mereka," ujarnya pada Chan pula.

"Itu bergantung dengan attitude kau," balas Chan lagi. Senyuman manis masih tak tertanggal dari bibirnya.

"Beri aku masa untuk berfikir."

"Aku dah beri kau masa sejak kau dekat Desaru. Kau patut tahu jawapannya sekarang."

"Ah, ohya. Aku memang tahu jawapannya."

"Good. Ikut aku balik sekarang."

"Go die, shithead," balas Aqi senada.

Air muka Chan berubah.

"Ya, shithead! Go die!" marah Ami pula hingga Emir terpaksa menarik lengan adiknya supaya membina jarak dengan lelaki samseng itu.

Namun Chan tak pedulikan anak-anak Aqi. Dimatanya sekarang hanyalah perempuan itu, mata yang langsung tidak menyerah itu. Mata itu sudah tidak takut padanya, tidak macam sebelum ini. Hanya sebab berada jauh terlalu lama dengan dia dan merasa bahagia dengan lelaki lain.

"Aku kena fikir apa aku nak buat dengan kau bila kau balik nanti..." Dia berkalih, lalu pergi.

"Ma takkan ikut kau baliklah, shithead!" jerit Ami lagi.

"Ami. Dah la tu," getus Emir, lekas menutup pintu. Emaknya yang masih terduduk di lantai, dipandang. Selamba menyeka darah yang mengotori mulut. Sekali sekala desis pedih meniti di mulutnya. Sayu hatinya lalu, menyesali ketidakmampuannya mempertahankan ibunya, malah hanya mampu melihat lelaki celaka itu melukakan ibunya buat kesekian kalinya. Lalu penumbuk dilepaskan ke dinding, sekaligus menarik perhatian Junior dan Ami.

Dibiarkan tiga remaja itu berkumpul dan saling memujuk sesama mereka, Maya pula merapati Aqi.

"Ya Allah Aqi... first time akak tengok benda macam ni..." ujarnya ketakutan.

"Takpe. Ini sikit je." Dia bangun, tapi sedikit goyah kerana sakit di kaki. Kecacatan itu akan sentiasa menyengat bila teringat Chan, inikan pula bila lelaki gila itu betul-betul sampai depan mata. Emir lekas memimpin ibunya ke singki di dapur. Wanita itu berkumur, membersihkan luka dalam mulut.

"Jangan cerita kat ayah kau, tau," pintanya pada darah yang mengalir masuk ke lubang singki.

"Ha? Kenapa?"

"Sebab ayah kau... bila dia marah, dia boleh membunuh. Ma taknak benda tu berlaku."

"Eloklah dia bunuh Chan! Aman sikit dunia," getus Ami lagi.

Aqi mengeluh. "Ma nak kau berjanji, jangan cerita dekat ayah kau pasal Chan sampai ke sini. Dengar tak?"

Ami menjuih.

"Ma tak main-main, Ami Dania!"

"Tapi kenapa? Ayah patut tahu benda macam ni. Chan lukakan ma! Kalau boleh Ami nak call ayah sekarang, biar dia belasah Chan tu!"

"Sebab tu ma cakap jangan bagitau dia. Kalau tak dia belasah Chan!"

"Apa benda yang ma protect sangat Chan ni?!" Suaranya naik satu oktaf.

"Ma tak protect Chan. Ma protect ayah kau!!" Suara Aqi tak kalah nyaringnya.

"Dengan mengabaikan dia?!" bidas anak daranya kembali. "Dah cukup teruk yang ma langsung tak contact kami lepas ma tiba-tiba hilang dengan alasan kena kurung Chan. Ma boleh terlepas, kut. Dan kami cari ma! Ami jadi instafamous sebab nak cari ma! Sepanjang dua tahun cuba untuk contact, tapi takda DM dari ma yang sampai! Takkanlah rumah Chan langsung takda internet! Atau kat rumah Kuro tu sekalipun!! Kami boleh tolong kalau ma berterus terang dengan keadaan ma dan marriage ma! Ayah takkan nikahi aunty Mimi sebab nak rawat hati! Ami takkan terlepas peluang membesar dengan aba-ab--Emir! Semua drama kahwin ni pun takkan berlaku kalau ma berterus terang dari awal lagi!" Satu persatu dijerit bersama tangis.

Emir tidak membalas. Ami berada di pihak Umar, jadi adiknya lebih berempati dengan situasi ayah mereka.

Satu persatu menusuk ke telinga mereka. Lebih-lebih lagi Aqi. Tepat menampar hati, akal dan jiwa raganya. Tapi jawapan sebenar bagi soalan anaknya tidak akan mampu dikongsikan sampai dia mati.

"Tolong jangan bagitau ayah kau. Ma merayu."

Kepala Ami terjatuh. Dia beralih ke dinding kemudian dihentam dahinya ke dinding konkrit itu. Tak puas hati!! Emir lekas menarik adiknya supaya menjauhi dinding dan menghadap emak mereka semula.

"Ma akan cakap sendiri dengan ayah kau! Please?" pintanya sepenuh hati. Ami masih dengan nafas panas yang membakar hati manakala Emir mengeluh bersama angguk. Kemudian Aqi berpaling pada Maya, Mimi dan Junior pula. "Not a word. Please. I beg you."

"Akak tak janji. Mulut akak dekat Bang Farid kau takda filter tau."

"Okay." Kalau Farid, Aqi tidak risau. Kemudian dia mendapatkan Vivonya di atas meja.

"Ma call ayah?"

"Bukan. Kuro." Lalu dia keluar ke rumah, mendapatkan privasi. Mereka berpandangan.

HINGGA jam 1 pagi, Mimi masih tak boleh tidur. Hatinya masih galau kerana kejadian yang berlaku siang tadi. Dia tak tahu Chandler ialah bekas suami Aqi... walhal dia dah dengar segala bagai derita yang dah dilalui wanita itu melalui pernikahannya selama ini. Chandler pula cukup baik dengannya sepanjang mereka berkenalan... tetapi rupanya lelaki itu juga mampu memukul perempuan.

Umar sendiri, walaupun digelar Mad Dog, tak pernah memukul perempuan seumur hidupnya.

Lagi-lagi Aqi dan anak-anaknya itu masih gigih nak memujuknya walaupun dia dah buat bermacam-macam perkara gila. Mimi menelan liur, berfikir semula status waras akalnya.

Apa benda ni.... Apa rasa sakit yang dirasainya ketika ini?? Kenapa Aqi masih nak berbaik dengannya....

Terdengar bunyi enjin kereta suaminya memasuki laman. Jam dikerling. Baru balik? Mimi memejamkan mata, berpura-pura tidur, tetapi setelah lama menunggu, Umar juga tidak masuk ke bilik. Malah dia dengar bermacam-macam bunyi pergerakan di luar, tetapi sedikit pun pintu bilik itu terbuka.

Ingin tahu, Mimi memaksa dirinya bangun. Pintu bilik dibuka, melihat Umar yang berbaring dengan anak-anaknya di depan TV. Budak-budak itu menemaninya atas arahan Aqi. Daripada pemakaian suaminya yang dah bertukar dari baju kerja kepada boxer semata, serta tuala yang dibiar tergantung di belakang kerusi, mungkin suaminya membersihkan diri di tandas.

Jadi dia sedang dimarahi hingga suaminya enggan memasuki ranjang mereka?

Tangis terlepas lagi, lalu Mimi kembali ke katil.

UMAR terbangun bila kedengaran azan Subuh. Dada digaru. Dan kesejukan juga! Dia sepatutnya berselimut tapi selimutnya dirampas Ami untuk dirinya seorang.

Anak bertuah...

WhatsApp dari Aqi dibaca. Wanita itu memintanya membangunkan anak-anak mereka untuk bersiap ke sekolah.

Malas, tapi terpaksa akur. Dia terus menyelesaikan semua yang dirasakan patut seperti membangunkan anak-anaknya, solat Subuh sebelum memasuki bilik tidur yang dikongsi dengan Mimi untuk bersiap ke kerja.

Si isteri itu dilihatnya dah bangun, dan sedang bersandar di kepala katil. Umar terperanjat sedikit. Selalunya Mimi masih tidur pada waktu ini!

Dia bergerak terus ke bilik air. Air yang mengenai tubuhnya langsung tidak memberi sekelumit rasa sejuk atau selesa. Hanya basah pada nama. Umar keluar terus tanpa bersabun.

Almari dibuka. Terperanjat seketika bila melihat almari pakaiannya kemas teratur. Malah kemejanya bergosok. "Bibik datang balik ke?" Kehairanan.

Kalau diikutkan baju-bajunya terperuk tak dikemaskan macam barang longgok. Kadang dia lipat sendiri tapi kebanyakan masa dia terlalu malas kerana kerap balik lambat serta terlalu penat nak ambil kisah. Dia ada isteri. Dia bukannya bujang. Dan dia hanya akan mengosok baju kerjanya pada hujung minggu bila dia ada masa lapang atau terasa rajin. Langsung tak disangka kejutan ini pada hari ini.

"Aqi yang kemaskan," jawab Mimi, membuat Umar menoleh. "Tak tahu bila. Tengok-tengok dah kemas macam tu. Ikut suka dia je bukak almari rumah orang..." dengusnya.

"Dia pula yang bersusah. Bukan awak?" tegur Umar, sengaja.

"Selama ni abang tak pernah ambil kisah, kenapa sekarang baru nak bandingkan kami," cemiknya.

Umar malas bertekak. Bukan dia tak ambil kisah, tapi isterinya sendiri tidak memberi perhatian bagi keperluannya. Usaha terbaik Mimi untuk menjadi isteri mithali ialah menggantung semua baju dan seluarnya dengan hanger, kemudian memujuk Umar mengupah orang gaji. Pada awal perkahwinan, Umar menurut, tetapi memandangkan Mimi tak bekerja dan duduk sahaja di rumah, kemudian dia menerima pula laporan orang gaji mereka dibuli, maka dia berhenti dari mengupah mereka.

Bila dibelek kemeja yang siap bergosok, Umar terkaku. "Dia siap kenakan tali leher dengan kemeja aku..." Senyumannya merekah. Terasa asing pula boleh tersenyum walhal dia sebenarnya tengah menahan tekanan di dalam jiwa kerana tengah berdua dengan isteri yang hampir membunuhnya itu. Tetapi hanya dengan melihat almarinya kemas teratur mampu memberi rasa suka dalam diri. "Aqi sukakan merah. Today this will be my lucky shirt..." ujarnya sambil mencapai kemeja maroon bersama tali leher merah bergaris putih.

Ada satu nota yang melekat pada kemeja itu. Itu tulisan Aqi.

'Red means love and passion. Give yourself self love everyday to remind you how much you mean for yourself. That sounds narcissistic.'

Di hujung nota, tertulis;

'I red you.'

"She can't even say I love you properly on a frickin note..." bisik Umar bersama tawa halus. Nota itu dilekatkan di belakang pintu almari, dan Umar mengenakan kemeja maroon itu bersama hati yang lebih lapang dan senang. Kemeja lain pula dibelek, memeriksa nota-nota yang dilekatkan pada setiap baju.

'This pastel color is so cute! I love it!'

'Moss green suits you. It brings out your eyes. Have a nice day!'

'Mar, baju ni masih ada kesan kotor. Kenapa sumbat dalam almari. Pemalas nau!'

Ketawa Umar pecah, membuatkan wanita di katil itu terperanjat.

"Gelak apa?"

Lelaki itu hanya membalas dengan tawa yang tak habis. Nota-nota itu dilekatkan di belakang pintu almarinya. Dibaca setiap satu bersama senyum dan rasa cinta yang cukup segar pada wanita yang bernama Aqi. Akan dijadikan wanita itu sebagai isterinya secepat mungkin.

"Mimi," panggilnya sambil membutangkan baju. "Apa pendapat awak pasal masa depan kita?" soalnya pula, penuh dengan semangat dan motivasi ketika ini.

Diam seketika. Kepala dipaling ke tingkap. "Mimi dah tak tahu dah..."

Lelaki itu menggantung tali leher di bahunya sebelum menghadap isterinya dengan tenang. "Abang akan kahwini Aqi samada awak setuju atau tidak. Abang akan biarkan awak pilih samada nak terus berpisah atau stay dengan abang. Abang akan tunaikan. Abang pergi ofis kejap lagi, dan bila balik nanti, abang nak dah ada keputusan dalam tangan."

Keputusan itu kukuh kini. Tiada fikir dua kali. Tiada rasa wajib untuk mengekalkan Mimi sebagai isteri. Dia tidak pasti kenapa baru hari ini dia boleh melihat Mimi sendiri tidak menunaikan tanggungjawab kepadanya. Konon nak menerima baik buruk pasangan, tapi apa yang dia dah buat selama ini ialah membutakan mata sendiri.

"Okay."

"Ha?" Respon itu tidak disangka. Dalam kepalanya dah terbayang sesi pekik memekik dan bantal selimut tilam katil semua terpelanting kerana mood gunung berapi itu.

"Mimi okay," ulangnya bila melihat muka Umar melopong. "Mimi dah tak tahu dah. Penat bergaduh. Penat melawan. Penat menolak dugaan yang datang sedangkan Mimi sepatutnya terima je ujian yang datang. Mimi sayangkan abang... Mimi nak abang terus sayangkan Mimi... jadi Mimi ikut je la cakap abang. Rasanya itulah jalan terbaik sekarang ni."

Sepantas kilat Umar mengambil tempat duduk sebelah isterinya. Pipi Mimi ditekan dengan kedua belah tangan hingga mulut wanita itu menjadi O. Umar pula penuh risau. "Concussion ke?" soalnya pula sambil memeriksa keadaan kepala.

"Aba—"

Muka isterinya didongak dan mulut Mimi dibuka kasar, nak melihat apa di dalam. "Ada cacing pita rosakkan otak awak ke? Sebab tu abang cakap jangan makan banyak sangat sushi..."

Bengang. "GRAHHH!!"

Pegangannya terlepas. Wanita itu pula membetulkan letak rahang, muka dan rambut.

"Abang dah kenapa??"

"Tanya abang pulak. Tiap kali awak tiba-tiba baik, something wrong happen. Baik awak terus terang awal-awal!"

"Orang gila salah. Orang jadi waras pun salah..." desisnya ke tepi. Perasan Umar masih menunggu jawapan, dia membuang keluh. "Abang masa Form 2... datang melawat sayang..." luahnya perlahan.

Makin kelam. Kepala Mimi disentuh kemudian, memikirkan otak isterinya benar-benar salah wiring. "Abang kena book appointment dengan psikiatri cepat ni..."

"Bukan..." desis si perempuan sambil menolak tangan itu dari kepalanya. Muka kacak berisi risau itu ditentang, juga pada biasan wajah Emir yang memainkan watak mini-Umar yang melalui kapsul masa dan melawatnya. Liur ditelan. Teringat semasa mula-mula dia bertemu Umar semasa remaja, sebelum Aqi muncul dan mengalihkan fokus Umar darinya. Ketika itu, cinta mereka berada di tahap tertinggi. Ketika itulah dia sedar, walaupun Umar beralih kasih, tetapi pada suatu tahap, lelaki ini benar-benar menyimpan hati padanya. Dan masih ada sisanya hingga sekarang. Seterusnya adalah usahanya untuk mengekalkan bara api yang hampir malap itu supaya menyala semula walau sedikit.

"Aqi... dengan anak-anak abang... mereka datang bercakap dengan Mimi. Aqi suruh Mimi redha."

Mata Umar membulat sedikit. "Itu terlalu basic."

Kepala dilentok, mengingati wajah pesaingnya itu. Perempuan yang melengkapi Umar di setiap sudut, perempuan yang dibenci sepenuh hati. Nafas ditarik dalam, benar-benar mengalah kali ini.

"Rukun iman ada enam. Yang terakhir ialah beriman dengan qada dan qadar. Qada dan qadar ialah apa yang tengah berlaku sekarang. Ami cakap sayang sengsara dalam neraka kepala sayang sendiri. Emir pula cakap benda boleh selesai kalau kita berlima jadi famili. Benda main cakap saje, mudahlah... sebab Mimi benar-benar taknak berkongsi kasih dengan Aqi..." luahnya penuh sebal, membayangkan kembali wajah wanita yang juga dikenali sejak remaja itu. "Tapi Aqi cakap betul... sayang kena redha... yang dia dah jadi sebahagian hidup sayang juga..." luahnya, kini menerima apa yang berlaku tanpa memberontak.

Si lelaki meneliti monolog itu sambil merendahkan tubuhnya. Mimi dah sedar, alhamdulillah, tapi itu bukan justifikasi atas semua tingkah lakunya selama ini.

"Then tell me... kenapa menipu abang yang awak mengandung?" soal Umar. Nadanya keras kembali, membuat mata Mimi membulat. Lelaki itu masih serius. "Hospital yang bagitau bila abang tanya mereka pasal kandungan awak selamat ke tidak. Awak lupa yang awak tengah menipu sampai lupa yang awak tak mengandung untuk terus lakonan, don't you?"

Mata terus terpejam. Pedih datang kembali. "Abang akan ceraikan Mimi?" soalnya antara takut dan bersedia.

"No... tapi abang terkilan, sayang..." luahnya dengan penuh sesal. Difahami kenapa Mimi sanggup menipu sampai begitu sekali. Alasan yang sama kenapa Mimi sanggup rendah logik akal dan cuba membuat eksperimen antara keras batang pokok dengan Honda pemberiannya. Perempuan ini obses dengannya.

Dia mahu marah, tetapi itu takkan selesaikan masalah. Lalu muka diraup. Nama Allah dan Rasulullah disebut berkali-kali. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum dihembus senafas. Mimi dah sedia patah bengkok kerana kelalaian dia sebagai seorang suami, jangan terus ditumbuk cincai sampai tidak meninggalkan sisa.

Antara mereka bertukar senyap. Umar memurung merenung lantai, manakala Mimi melayan sebal pada cadar tilam. Dah tak tahu nak cakap apa. Tidak marah, tidak kisah, tidak cuba nak memujuk... Kosong dan hambar sekali. Rumah tangga mereka sekarang berisi penuh dengan rasa janggal berduri. Umpama retak menanti belah. Seharusnya, mereka perlu bekerjasama untuk membuang semua duri itu.

Itu yang sepatutnya, tapi Umar dah malas. Dia baru nak bangun bila terdengar suara halus isterinya.

"Mimi minta maaf..."

Itu tidak dijangka. Dia berpaling terus, melihat isterinya masih dengan kepala tertunduk.

"Mimi minta maaf..."

Haru. "Maaf untuk apa?"

"Untuk semua sekali... sebab cari masalah dengan Aqi... sebab cemburu..." Air matanya menitis.

Senyum lahir di bibir si suami. Hadir sendiri tanpa perlu dipaksa-paksa, lalu dia duduk kembali. Air mata Mimi dikesat lembut. "Cemburu tak salah... yang salah ialah bila awak binasakan orang lain sebab perasaan tu..."

"Habis Mimi kena lepaskan rasa cemburu tu macammana?"

Nak tergelak pun ada mendengar soalan itu. "You should've come and talk to me... macam orang normal yang boleh berfikir waras..." Dagu isterinya dilangut, ciuman dijatuhkan ke kening isterinya. "Kita boleh berbincang... berfikir macammana nak bertoleransi... practise gratitude and cope with me..." Pada setiap kata-kata, cium dijatuhkan ke muka isterinya hingga akhir sekali bertamu di mulut. Sebuah maaf dan ampun tanpa lisan.

Hangat sekali sentuhan itu. Mimi hampir lupa apa rasanya kerana hubungan yang sangat dingin di antara mereka baru-baru ini.

"Abang takkan minta maaf sebab dah jatuh cinta sekali lagi dekat Aqi..."

"Abang..."

"Tapi abang minta maaf sebab abang tak handle my feeling properly sampai awak luka berdarah... tell me what I should do to make you feel better..."

Haru. Bibir mereka bertaup lagi. Lebih lama kali ini, sekaligus membaluti lara di hati si perempuan dengan rasa cinta yang baru dan segar. Mimi kini tahu apa yang dia mahu. Dia dah tak kisahkan Aqi. Dia cuma nakkan Umar.

"Jangan tinggalkan Mimi..." bisiknya setelah bibir mereka terpisah. Matanya juga masih terpejam, menikmati saki baki kehangatan sentuhan suaminya.

"I won't," ujar Umar tenang. Hatinya mengucap syukur kerana masalah selesai dengan tenang. "Abang sayangkan awak, sayang... sama macam abang sayangkan Aqi. Jangan minta abang memilih atau bandingkan awak berdua... I'll take care of you sampai abang mati selagi Allah izinkan..." luahnya, sekaligus berdoa agar hati isterinya sudi menerima kata-katanya. Sekurang-kurangnya buat masa sekarang.

Wanita itu pula menahan rasa jiwa yang bergetar hebat, benar-benar hampir mabuk kerana cinta yang tak berbelah bagi pada lelaki ini. "Abang rasa kita bertiga boleh hidup bersama?"

Lalu senyum Umar merebak luas. Ini soalan positif! "That depends on the both of you sayang. Awak berdua boleh mudahkan hidup abang, dan tukar life abang jadi neraka dunia sekaligus." Jam tangan dipandang. "And... that's all the time I have left. Abang kena gerak sekarang. Awak masih perlukan masa nak berfikir?"

"Tak... Mimi ikut keputusan abang..." putusnya akhirnya. Mudah sekali, kerana hati yang diselimuti rasa kasih pada suaminya ini.

Alhamdulillah. Sekali lagi wajah itu diciumi penuh sayang. Kalau dibenarkan Allah, mungkin dia boleh belajar untuk mencintai wanita ini dengan lebih ikhlas selepas ini.

"Tunggu abang balik... abang masih nak anak, tau..." bisiknya sambil mengusap perut Mimi. Ada niat nakal yang terselit kerana hati yang kembali ringan pada wanita rumit ini.

Tanpa disedari Umar, sekali lagi dia mengusik galau di hati isterinya seperti mengganggu antena selepas siaran TV dah clear. Bila lelaki itu keluar dari bilik, Mimi berteleku merenung dinding. Perut yang masih kosong digosok perlahan.

"Aqi? Kau buat apa kat sini?"

Suara suaminya kedengaran di luar bilik.

"Budak-budak ni panggil."

Betullah itu suara dia! Mimi terperanjat, spontan bangun. Perempuan itu buat apa di rumah mereka awal pagi begini??

Hari ni update lebih sikit sebab sikit je lagi nak habes. Thank you terus bertahan and baca citer corny ni sampai ke sini. bak kata kakak sy, aja aja fighting!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience