SELEPAS menghalau Mimi dan setelah berkemas apa yang dirasakan perlu, Umar terus bergerak ke Vila Orked untuk bertemu dengan cinta hatinya sekaligus cuba memujuk wanita itu supaya tenang dalam gelora kebimbangan pada kembar mereka.
Setiba di ruang tamu, dia ditegur keluarga Farid.
"Umar! Jomlah makan sekali!" ajak Maya.
"Takpelah kak. Mar nak jumpa Aqi je."
"Akak tahu korang dah bertunang, tapi janganlah lupakan bini kau terus kut ya pun..."
Umar terkebil, lalu menoleh. Baru perasan Mimi ada sekali di meja makan itu. Putih mata terus si lelaki. Kalau Mimi ada di situ dan sedang menjamu selera, habis siapa perempuan bogel di rumahnya tadi??
Aikk??
Dengan langkah laju, Umar mendekati meja makan. Wanita yang dikenalpasti sebagai Mimi itu direnung tepat-tepat, nak memastikan itu ialah dia. Rambutnya, bahasa tubuhnya, senyumannya... Memang ialah dia!
Maya mencekak pinggang. "Berapa kali akak dah pesan dekat kau, Mar. Hati isteri kau, kau kena jaga. Jangan duk kejar janda kau tu je..."
"Mar dah ceraikan Mimi."
Senyap terus meja makan itu. Farid merenung adik lelakinya dengan mata membulat, manakala yang lain menoleh pada Mimi yang melahap makan malam dengan muka selamba.
"Baru beberapa hari lepas..." sambung Umar tanpa melepas renung pada si wanita.
"K-kenapa cerai?" soal Munirah.
Umar tidak menjawab. Maya dan Farid berpandangan, manakala Mimi pula menelan ayam goreng sebelum menoleh pada remaja perempuan itu.
"Sebab Umar cintakan Aqi."
Suaranya juga serupa!! Otak Umar meletup dalam tengkorak sampai darah meleleh keluar dari setiap lubang di muka. Siapa perempuan bogel di rumahnya tadi?!!
"Tapi... kenapa sampai cerai?"
Mimi menjungkit bahu, masih tenang melahap nasi. "Mar cuma sekadar free gift yang datang dalam hidup Mimi..." Dan dia mengerling pada si lelaki. "Kan, bang?" Mata dikenyit sebelah.
Automatik wajah Farha melayang di kepala. Umar terpejam kelip beratus kali dalam masa sesaat, menelaah kejutan yang baru itu.
"Farha?" soalnya.
"Farha?" Farid mengulang.
"Kawan Aqi." Wanita itu menyambung. "Cantik orangnya. Sopan santun ayu gemalai wanita solehah di akhir zaman. Badan dia pun meletup. Fuh!" Tangan dibuat gaya jam pasir sambil bersiul ringan.
Farid mengerut dahi. Makin keliru dengan rentak yang cukup asing itu. "Kau boleh bersiul??"
Betullah itu dia. Wujud rasa lega yang tak berbelah bagi di dalam hati Umar, dan pada masa kagum dan takut juga dengan kemampuan wanita itu menyamar.
"Why're you here?"
"The dark one sent me."
Wajah Kuro terbayang. Tapi kenapa menyamar sebagai Mimi dan makan dengan keluarga Farid?
Ah, dia tak mampu fikir, tetapi berdasarkan hal-hal ganjil yang dah dilihatnya sehingga malam ini, Umar memilih untuk percaya. "Jangan buat benda yang bukan-bukan pula," pintanya.
Farha menjeling geram. "I'll try not to." Sinis. Bagi nasihat macamlah orang budak-budak!
"Your conversation is weird..." desis Farid, merenung kedua-duanya silih berganti.
Umar hanya menghela nafas. Mengalah. Dia berpusing ke tangga semula.
"Jangan cuba nak umpan dia buat seks masa dia tengah lemah tu!" jerit Farha lagi.
Sekali lagi keluarga empat ahli itu merenung Mimi (Farha!) dengan pandangan keliru. Umar membiarkan, mengharap semuanya akan berjalan lancar untuk apa-apa urusan yang wanita itu cuba buat. Lagipun dia juga ada misi peribadi pada malam ini yang perlu diselesaikan.
Setiba di bilik tetamu itu, Umar terus membuka pintu tanpa memberi salam. Aqi dilihatnya sedang duduk di meja solek, menyikat rambut. Santai berbatik dengan singlet tali spageti. Langkah termati terus di muka pintu.
Aqi menoleh padanya bersama senyuman yang cukup halus, lalu Umar terus menundukkan pandangan. Menahan rasa. "Sayang pakai baju elok sikit?" pintanya terus. Serangan Mimi tadi mungkin boleh ditepis, tetapi Aqi kategori petala langit. Umar tewas hanya dengan melihat wanita itu sekarang.
Akur, wanita itu mencapai kardigan labuh di dalam almari. "Ada tengok Farha kat bawah?"
"Yeah... terkejut gila aku..."
"Haha... aku terkejut juga bila dia muncul dengan muka Mimi. Dia bagitau kembar kita ada dekat Kuro dengan Aki, lepas tu Kuro suruh pass ni..." jelasnya pada Umar yang datang merapat. Kertas berlipat dan beeper di atas meja solek ditunjuk tapi perhatian Umar tertumpu pada Instagram @JuniorSlayer yang terpapar di skrin iPhone yang dihadiahkannya (diganti).
"Itu live tadi?"
Aqi mengangguk dengan tangis tertahan. "Your son and daughter are crazy..." Memprovok penjenayah besar sebegini... dia pula yang cuak. "I miss them, Mar..." Iphone dibawa ke dada dengan wajah sebak.
"Me too. I was so scared sampailah Ami buat live tu... otherwise aku langsung tak boleh function..."
"Mereka lebih gila dari kita masa zaman dolu-dolu..." luahnya, membuat Umar tertawa. Mood ringan semula walau risau itu masih tidak sepenuhnya hilang. "So, how was your day?" soalnya pula berbasa basi.
"Terlalu banyak kejutan sampai sakit dada, haha... first, anak-anak kita provok Chan. Lepas tu aku ingat Farha ialah Mimi walhal aku baru je jumpa Mimi kat rumah aku setengah jam tadi!" Mata dicerlangkan.
Perhatian si perempuan teralih terus. "Mimi ada kat rumah kau?" soalnya dengan nada berubah.
Angguk. "Dia ajak rujuk..."
"Kat rumah kau?"
"Ha'ah..."
"Dia buat apa kat rumah kau?" Nada makin keras.
"Ajak rujuk, sayang... hahaha..."
"Ooh... properly clothed?" Mengenali Mimi, soalan ini ialah Standard Procedure.
Umar diam. Aqi mencerun dengan pengesahan tanpa lisan itu.
"Lepas tu kau terus datang ke sini?"
"Ya."
"Kau tempted?"
Diam lagi. Aqi mendengus dan terus memalingkan wajahnya. Umar pula tergelak janggal, belum pasti apa cara terbaik nak menguruskan cemburu Aqi. Anak mata dikerling ke atas meja solek, pada sekeping kertas yang berlipat serta sebuah alat komunikasi yang jarang-jarang dilihat.
"Inilah surat dari Kuro yang kau cakap Farha hantar?" soalnya sambil mencapai surat itu, mahu menukar fokus dari membicarakan hal Mimi.
Aqi menjuih. "Surat dari Emir..."
'Assalamualaikum. Dear ma dengan ayah. Emir dengan Ami sihat dan selamat. Aki jumpa kami dan suruh kami bersembunyi dengan dia dekat lokasi yang kami tak boleh bagitau. Kuro cakap dia ada plan. Dia yang suruh Emir tulis surat ni. Bo pun akan bantu nanti. Kami akan balik semula dalam keadaan selamat, insyaAllah.'
"Bo...?"
"She's a child genius yang Kuro rekrut masa melawan Chan dulu..." jelas Aqi, masih dengan rajuk yang dah bercampur rasa lega kerana anak-anaknya berada di dalam tangan rakan-rakannya yang dipercayai. Alhamdulillah.
Kening Umar terjungkit tinggi. Kuro, Aki, Farha dan Bo. Senarai kawan Aqi dah cukup korum walaupun belum ditemui yang lagi dua.
"Mereka ini yang tolong kau lepaskan diri dari Chan...?"
"Ya."
Umar mengangguk. "Kenapa Farha datang ke sini sebagai Mimi?"
Wanita itu senyap seketika, seperti sedang memikirkan sesuatu. "Mulanya aku ingat dia nak hantar surat Emir dengan beeper je... tapi maybe ada something else yang dia nak buat..." Dagu digaru.
"Beeper tu pula untuk apa?"
Terus dihulur alat komunikasi zaman klasik tersebut. "Its a one-way beeper. Kuro akan hantarkan mesej kepada aku tapi aku tak boleh reply. Its a communication tool that cannot be traced by GPS i.e. terlindung dari Chan."
Umar terkaku. "Your friends are legit..." luahnya perlahan sambil membelek gajet tersebut. Barulah wujud rasa kagum pada pasukan Kuro itu, termasuklah pada skil penyamaran Farha. Umar melepas tawa perlahan. "Aku datang nak pujuk kau, tapi nampaknya Kuro lebih laju dari aku."
"Dia pun risaukan Emir juga sebab dia dah anggap Emir macam adik sendiri..."
Lelaki itu memuram. Bukan sahaja Kuro terlebih dahulu memulihkan mood Aqi, lelaki itu juga terlebih dahulu menemui anak-anaknya malah memberi mereka rasa selamat dan selesa hingga boleh menghantar video cabaran kepada Chan.
"Mar? Kenapa tiba-tiba senyap?"
Masih diam.
Memahami rajuk si lelaki, Aqi tersenyum kelakar. "Tak payahlah jealous. Kau ada kepakaran kau, dia ada kepakaran dia. Tu je."
"Tau pula aku jealous."
"You have something against Kuro walaupun aku tak pasti apa dia, so its easy to guess."
"Dia ialah your first choice kalau berpisah dengan aku. Of course I have everything against him... in which aku rasa aku kalah setiap kali aku dapat tau benda baru pasal dia..." Lelaki itu bangkit bersama riak masam. "Emir pun selesa dengan dia nampaknya... Ami siap dah belajar lawak kotor dengan dia..."
Aqi tersenyum sumbing, mengekori pengerakan lelaki itu ke tingkap dengan pandangan mata. "Kuro bukan kau, and hati aku dekat kau, so there's nothing to worry about..."
"Kau ada crush dekat Kuro?"
Terperanjat. "Kenapa tiba-tiba?"
"Dia nama first yang kau sebut berbanding kawan-kawan dia yang lain, kerap kali disebut-sebut sampai aku cemburu, kerap kali disebut even dalam tempoh sekarang.... Impak dia besar dalam life kau." Umar bersandar bahu di tingkap, merenung ke luar.
Wanita itu merapat bersama senyum kelakar. "Aku takda crush dekat dia, tapi aku respect dia. Lagipun dia pun tak berminat dengan aku macam yang kau fikir. Masa aku ajak dia kahwin dulu, dia cakap—"
"Kau ajak dia kahwin?!" Bulat terus mata si lelaki dibuatnya.
Aqi hilang nafas. "M-masa tu kau suruh aku cari lelaki lain..."
"Kau reject jadi isteri aku berkali-kali tapi kau tak kisah jadi bini Kuro??"
"Mar! Masa tu kau minta aku cari pengganti kau! He is my impulse decision!" Baju lelaki itu digenggam sekuatnya.
"Yea... sure... Kalau aku tak berdegil dan buat perangai macam baby, kau maybe dah jadi wife dia sekarang." Wajah dipalingkan lagi ke tingkap. Benar-benar berkecil hati nampaknya.
Aqi meraup muka. Serabut. "Things happened, Mar...! Aku ingat kau dah tutup peluang antara kita..."
"Hati kau clearly lebih dekat dengan dia berbanding aku memandangkan kau lebih mudah ajak dia kahwin berbanding aku," ujarnya, masih pada langit malam. Langsung enggan menoleh pada Aqi.
Lama-lama, perangai itu membuat Aqi bengang. Aku dah cuba jelaskan, kau masih dengan poin kau. Langsung taknak dengar cakap orang! Lalu dia mencengkam baju lelaki itu dan ditarik supaya menunduk. Umar terperanjat, dan lebih gamam bila menentang muka garang Aqi.
"Listen here, you handsome! Aku bertahan dengan Chan semata-mata nak balik ke pangkuan kau, nak pastikan kau selamat, nak kau hidup bahagia walaupun bukan dengan aku, walaupun kau menikahi cinta lama kau, aku bertahan dan bertahan sebab aku merasa bahagia, merasa cukup dengan melihat kau dari jauh! Aku cintakan kau, lebih dari aku sayangkan diri aku sendiri! Aku even dah terima lamaran kau! So why are you berdrama sampai macam ni sekali!"
"Kau terima lamaran aku sebab kau tengah terasa lemah... aku kebetulan ada masa kau perlukan tempat support..."
Dada itu ditumbuk geram. "I let you kissed me!!"
Umar memegang dadanya, lalu tertawa nipis. "You nasty... you're supposed to be the sane one between us two. Kalau kau tak boleh berfikir dengan betul, macammana aku nak harapkan kau."
"Sudahlah kau! Kalau kau rasa aku tak boleh fikir betul masa terima lamaran kau, aku tarik balik jawapan aku! Kau pergilah rujuk Mimi semula!!"
Benar-benar marah dah tu! Permainan tarik talinya dah bertukar jadi sesuatu yang buruk, lekas Umar menarik pergelangan tangan Aqi. "Jangan cakap macam tu, sayang... Sorry..."
Aqi mendengus. "Kau main-main..."
"Ye... aku minta maaf... aku nak buat grand gesture, tapi nampak gayanya tak menjadi... aku lupa kau singa betina"
Geram lagi. "What grand gesture?"
Tangan wanita itu ditarik supaya merapati tingkap. Umar memberi isyarat kepada Aqi untuk melihat ke bawah, pada barisan lilin terbakar yang membentuk tulisan 'Aqi, marry me'.
Aqi ternganga. Bila kepala dipalingkan, Umar dah membuka kotak baldu merah di sebelahnya, menunjukkan sebatang cincin berlian. Rahangnya jatuh lagi, kali ini dengan nafas terputus.
"Dekat Desaru, you're at your lowest point, so it's natural kau nakkan something to support you. Hence the unending yes. So... I can't use that as an excuse untuk ikat janji kau, Aqi. I know you love me, tapi aku taknak hati kau semata. Aku nakkan kepala kau, akal kau.... Badan kau, jiwa raga kau.... Aku nakkan singa betina dalam diri kau... untuk terima aku yang tak seberapa ni."
Aqi gagal bersuara kerana nafas yang masih hilang. Sesaknya dadanya ketika ini hanya Allah yang tahu.
"Aku bukan Kuro..."
Barulah suaranya ditemui. "Mar..."
"Aku tak boleh selamatkan kau dari Chan. Aku tak tahu macammana nak kumpul a team of brilliant misfits and lead them. Aku hanya tahu buat kerja dekat meja aku di office sana, tekan kalkulator dan main saham sekali sekala. Tapi aku nak kau tahu yang aku boleh support kau dan anak-anak kita..."
Aqi gamam lagi bila Umar melutut sebelah kaki. Anak tekaknya terasa kembang, dan mata juga mula kabur hingga tak nampak wajah kacak yang tersenyum lembut itu.
"Aqi... I've been in love with you since God knows how long. Will you let me love all of you, your body and soul, your strength and weakness, to be your husband once again, take care of you and our twin, and love you until death do us apart?"
Air mata tertumpah terus macam banjir Kelantan. Aqi menutup mulut dengan kedua belah tangannya, berusaha menahan tangis. Bila Umar mengangkat kening meminta jawapan, Aqi hanya mampu mengangguk dalam rawan. Makin lama makin bergegar bahunya hingga Umar terpaksa bangun nak memujuk.
"Aku memang expect some tears, tapi bukan macam ni sekali..." Tangan wanita itu cuba dialihkan supaya dia boleh mengesat air matanya. Namun Aqi berdegil. Sebaliknya, dia menutup jarak antara mereka. Muka dibenam ke dada bidang itu. Melepaskan habis rawan ke rangkulan yang memberinya rasa selamat.
Umar menghela nafas bersama senyum. Belakang kepala Aqi diusap. "See what happen kalau kau biarkan aku habiskan lamaran aku tanpa menyampuk? Haha..."
Wanita itu turut tergelak dalam tangis. Tangan dilingkar ke belakang Umar, terus memeluk erat batang tubuh sasa itu seolah-olah enggan dilepaskan lagi.
Hangat dan empuknya tubuh si perempuan membuat fokus si lelaki teralih ke arah tilam yang seakan-akan mengajak membuka tirai pentas yang kedua. Tangannya menjalar, membalas pelukan si perempuan hingga jarak mereka bertukar kosong. Hening keadaan bilik itu juga membuat nalurinya terasa digigit-gigit. Syaitan dah bergantung di kiri dan kanan, atas telinga, dalam lubang hidung, dalam mulut, dalam seluruh urat darah dan terus ke dalam seluar. Umar menahan nafas.
"Aqi..."
"Emm?"
"Kita nikah terus kat Thailand, nak? Akad dulu. Majlis kemudian."
Hingus ditarik lagi sebelum melangut. "Kenapa nak rushing?" soalnya pula. Perasan kedua belah telinga Umar dah bertukar merah. Aqi terkaku, refleks melepaskan pelukannya dan berundur setapak. "Sorry."
Si lelaki hanya menggaru belakang telinga. Bersyukur Aqi menyedari keadaannya. Cincin di tangan dipandang kemudian. "Kau taknak pakai?"
Aqi menggigit bibir.
"Kalau taknak aku simpan." Kotak ditutup.
"AKU NAK!!" Selangkah, dia kembali menghadap lelaki itu. "Tapi aku pakai sendiri! Taknak kau pegang-pegang!"
"Ye... ye... tak romantik langsung..."
"Nak singa, dapatlah singa," ujar Aqi sambil menyauk cincin itu ke jarinya. Cair terus hatinya melihat betapa cantiknya tangannya sekarang ini. "So pretty..." Nikmat dunia bagi seorang perempuan yang tak mungkin difahami lelaki seperti Umar.
Tetapi sang lelaki itu juga tengah menikmati nikmat dunianya ketika ini. Hati Umar kembang meluas melihat sukanya wanita itu dengan pemberiannya. Teringat sesuatu, lalu tangan dipandu ke belakang badan. Sekuntum mawar merah dikeluarkan dari belakang bajunya dan dihulur depan mata si perempuan.
Aqi gamam lagi.
"Cincin berlian... bunga... dan fighter pilot tulis I love you atas langit. Request kau yang terakhir tu aku susah sikit nak tunaikan, sayang..."
Pecah lagi tangis si wanita di buatnya, benar-benar terharu kini. Semua itu ialah benda bodoh yang disebut semasa dilamar Umar di Desaru dahulu. Dia tak sangka Umar ingat hal sekecil itu.
"Kau Mar... aku tak boleh tahan air mata aku... dia nak jatuh saje..." ujarnya, kembali mendekat sebelum menggenggam baju si lelaki dengan sebelah tangan, meminjam kekuatannya. Sebelah lagi tangannya cuba mengesat air mata yang mengalir.
Umar hanya mampu senyum. Sisi rambut wanita yang dicintainya itu disisip ke belakang telinga sebelum diletakkan mawar ke situ.
"Have I ever told you how beautiful you are?"
Wanita itu tertawa dalam tangis. Kepala diangguk. Wajah cuba ditundukkan, enggan lelaki itu melihat mukanya yang dah basah teruk bahana air mata dan hingus cair, tetapi mukanya dipegang Umar dengan kedua belah tangan. Ditarik supaya melangut menentangnya. Dikesat pipi itu dengan kedua belah ibu jarinya.
"I love you with all my heart, Aqi..."
Cair. Aqi benar-benar mencapai takat didihnya ketika ini. Lalu dia menunduk lagi dengan muka merah menahan malu.
Umar tergelak tampan, suka melihat reaksi itu. Rambut hitam itu juga diselak lagi ke belakang telinganya. Cantiknya ciptaan Kau ni ya Tuhan! Pinggang Aqi dicengkam lembut. Sisi kepala Aqi turut dikucup sebelum berbisik, "Betul taknak Thailand? We don't have to wait sebab proses birokrasi semata..."
"Thailand seems okay..." luahnya di hujung lidah. Tanda dia juga mahu walau malu.
Voila! Kegembiraan di hati dilepaskan dengan sebuah kucupan ringan di telinga wanita itu. Suara Aqi terlontar spontan, malah matanya turut terpejam. Sebuah refleks. Sebuah isyarat yang Umar sukar nak lepaskan.
Pinggang itu dipaut rapat ke tubuhnya. Bibirnya mendarat pada tengkuk di bawah telinga wanita itu, menutup terus suis kepala Aqi. Akal yang bersisa memaksa tangan Aqi untuk cuba menolak tubuh sasa itu tetapi tiadalah dayanya melawan lengan tebal yang mengunci tubuh mereka. Kedua-duanya dikuasai shahwat yang melambung tinggi ketika ini. Walau dimana bibir itu menjalar, baik di telinga, leher atau wajahnya, Aqi hanyut sepenuhnya.
Lelaki itu juga dah jauh tenggelam. Dia dah menunggu wanita ini lebih 10 tahun. Dia dah bersabar terlalu lama. Dia mahukan Aqi secepat yang boleh. Dia mahu membuktikan yang dia boleh menjadi seorang lelaki yang boleh menjaga Aqi, bukannya seorang bayi dewasa yang perlu ditegur berkali-kali, dijaga dan membuat kesilapan macamlah baru nak membesar———
Kedua belah bahu Aqi digenggam lalu ditolak pada jarak lengan. Wanita itu terkaku. Perlahan-lahan pulih dari lemasnya dalam lautan nafsu. Lelaki itu dilihatnya sedang merendahkan kepalanya, jauh sekali, hingga tak nampak mukanya.
"Mar...?"
"I can't..."
"Kenapa ni?"
Lalu lelaki itu melangut dengan riak janggal. "Kita belum kahwin..."
Dan Aqi turut tersenyum janggal. "That's a given."
Lalu muka diraup. "Ya Allah... aku tak boleh terus macam ni... kita belum kahwin.... kalau aku nak rumah tangga aku diberkati Allah... aku kena berhenti buat macam ni dekat kau..." luahnya, kusut sekali.
Kening Aqi terloncat. Lelaki ini muhasabah diri semasa tengah menciumi perempuan?
Umar menelan liur yang terasa kelat, membaca dan menilai semua salah silapnya selama ini, yang meletakkannya di sini ketika ini. Disangka Mimi ialah peluang keduanya dalam memperbaiki hidup, tetapi wanita itu juga gagal. Apa buktinya yang peluang sekali lagi bersama Aqi akan memberi keputusan berbeza? Kenapa Farid dan Maya berbahagia sampai sekarang... tetapi dia masih terkapai-kapai mencari kestabilan rumah tangga?
"Mar..."
Wanita itu dipandang. Umar merasa cinta yang tak berbelah bahagi pada wanita ini. Dan dia mahu berkat Allah untuk menyirami hidup mereka selepas ini. Lalu langkah turut diundur dua tapak ke belakang. Aqi masih menunggu jawapan atas tingkah laku itu. Umar melakar senyum.
"Sorry..."
"Beg pardon?"
"For kissing you again. Aku masih struggle nak control nafsu aku pada kau. Aku minta maaf..."
"Aha..." Aqi terangguk. Walhal, dia juga gagal menahan diri. "Kau muhasabah diri masa kau tengah—" Dirinya sendiri ditunjuk.
Umar hanya menjungkit bahu.
"Wow. Some extreme self control there.... Macammana boleh... tiba-tiba?"
"Sekadar tersedar yang aku dah ada 2 perkahwinan gagal, and aku taknak ulang kali ketiga dengan kau," ujarnya membuat Aqi terpaku. "Aku cintakan kau sepenuh hati aku, Aqi.... Aku nak jaga kau sampai bila-bila. Aku nak berkat Allah dalam marriage kita kali ni." Punggung disandar ke tingkap dan lamarannya di bawah sana dipandang. "Kalau aku nak bahagia sampai ke tua... kalau aku nak anak-anak aku jadi manusia berguna... aku kena serius bina life berpandukan jalan yang betul."
Nganga lagi. Jauh lebih luas kali ini. "Wow!" Serius, Aqi hanya mampu menahan kagum. Cardigan lalu ditarik bagi menutup tubuhnya. Tiba-tiba dia pula yang malu. Debaran kencang di dada memudar. Masih ingat macammana akalnya bertukar gelap hanya kerana ciuman di tengkuknya, seperti bilik tidur yang ditutup lampu dan membiarkan rahsia malam berlangsung dengan sendiri. Pertahanannya pada Umar musnah seratus peratus kini. Jika Umar tidak menolaknya tadi, Aqi pasti mereka akan melakukan satu dosa besar bersama. Lalu lelaki itu kini dipandang bersama suatu rasa asing. Kagum? Atau lonely... kerana Umar dah bergerak ke hadapan dahulu dan meninggalkannya di belakang. Atau cemburu... kerana bukan dia yang lebih waras dan mampu mengawal diri tetapi lelaki fius pendek dan miang ini.
Kerana kemampuan mengawal marah dan nafsu bukanlah benda mudah. Hanya yang terhebat yang mampu melakukannya. Umar ialah lelaki yang dikenali dengan dua karakter itu. Dan saat ini, dia sedang melihat lelaki ini berubah di depan matanya sendiri.
Seorang lelaki yang boleh memimpin.
"Aku tak tahu nak cakap apa, hahaha.... surely aku dah tak boleh panggil kau big baby, dah..." Janggal.
"Aku masih boleh jadi your baby, sayang..."
Bibir terjuih. "Stop that!! Kau terlalu serius!! Patah balik jadi the idiot Umar yang aku kenal!!"
"Eh-eh, engkau!"
Pintu terbuka secara tiba-tiba, mengejutkan keduanya. Junior berdiri di sana, termengah.
"Uncle! Kami perlukan uncle kat bawah!!"
"Ha? Kenapa?"
"Aunty Mimi ada dua orang!!"
Mereka berpandangan.
Share this novel