Rate

Part 48: KAN DAH CAKAP, THE DANNIS ARE THE UNSUNG HERO

Romance Series 24823

PERJALANAN dari KL dan Melaka rasa macam terlalu lambat walaupun BMW dipandu 240km/h. Dunia Umar dan Aqi rasa terbalik. Baru je pagi tadi budak-budak itu memecut melarikan diri bila dipinta beli barang runcit. Baru je tengah hari tadi budak-budak itu jumpa isteri Umar tidur dengan lelaki lain. Baru je petang tadi Umar meminta anak-anaknya tidur di vila sementara dia ke KL untuk mengejar emak mereka. Kemudian dikejutkan pula dengan berita dari Aki. Setelah balik semula ke Melaka pada malam yang sama, mereka disambut oleh rumah yang dah terbakar rentung, bomba dan polis serta jiran-jiran berselerak depan rumah Aqi, tetapi anak kembar mereka hilang tanpa kesan.

Pertama kali selepas lebih 30 tahun hidup, Umar dan Aqi merasa dunia mereka hancur lebur.

Perkara kedua ialah Instagram Ami menjadi rujukan untuk semua carca marba yang berlaku. Rekod live yang pertama ialah Mimi dan Chan ditangkap kantoi di atas katil dimana bibird Chan juga ditangkap tanpa sengaja. Rekod live kedua ialah Mimi yang naik hantu selepas diceraikan. Rekod live ketiga, keempat dan kelima pula ialah perjalanan cerita Ami dan Emir mengesan ada orang sedang menceroboh rumah mereka dan mereka cuba nak menangkap penceroboh itu. Live yang keenam ialah yang paling meletup, yakni rakaman rumah yang tengah terbakar marak, Emir sedang mengikat dua orang lelaki dewasa, kemudian kembar itu membuat deklarasi perang kepada Chan.

MEMANDANGKAN rumah kediamannya dah tinggal arang, Aqi menumpang bermalam di vila. 24 jam dah berlalu, kehilangan Ami dan Emir kini dikategorikan sebagai kes hilang. Wanita itu pula masih tidak berhenti menangis hingga demam panas. Keadaan Aqi dan kehilangan anak-anaknya membuat Umar makin tidak keruan. Pertama kali dalam hidupnya dia merasa kerisauan menggila sebegini.

Ah, dia langsung tak boleh buat kerja dalam keadaan mental yang kacau begini. Muka diraup berkali-kali. Umar bangun dari kerusi pejabatnya dan bergerak ke tingkap. Bandaraya Melaka menjadi tumpuan, serta keberadaan anak-anaknya menjadi persoalan.

"Kau selamatkanlah mereka ya Allah..." doanya. Hanya pada yang Berkuasa dia mampu berserah.

Demi menenangkan jiwa, Umar menonton semula rekod Instagram live terakhir anak perempuannya.

11.37 PM Waktu Tempatan.

Instagram Live @JuniorSlayer

Skrin menunjukkan rumah terbakar. Ami menjelaskan keadaan dari belakang skrin.

Ami: Guys. Update untuk korang. Lepas aku dengan Emir pengsankan dua orang jahat yang simbah minyak kat rumah kami, rupanya ada orang ketiga yang bersama mereka. Dia sempat lontar api dekat minyak sampai marak terus. Aku dengan Emir sempat selamatkan dua orang jahat tadi.

Skrin menunjukkan beberapa orang awam yang cuba memadamkan api, dan pada pergerakan Ami ke arah Emir. Remaja lelaki itu berpeluk tubuh sambil menentang seorang lelaki dewasa yang dah diikat dalam duduk.

Ami (background): Kau buat apa? 

Emir (memandang Ami di belakang kamera): Apa benda lagi yang kau buat ni... tutup je la benda tu. Mana la ayah tak bising.

Ami (background): Aku tengah buat live.

Emir (memandang Ami di belakang kamera): Kau takda life ke nak live-kan apa yang berlaku live sekarang ni?

Ami (background): Kau kena faham yang aku ada komitmen untuk melaporkan apa yang berlaku dekat follower aku.

Emir merenung kamera dengan muka malas: Aku tak tahu kenapa korang follow budak bangang ni. Tapi kalau aku dapat tau ada dalam kalangan korang kacau adik aku, siap! (Matanya dicerlangkan pada kamera, kemudian muka selenger diberi pada Ami di belakang kamera, dan Emir berpaling pada penjahat itu kembali).

Ami (background): Kau nak buat apa?

Di skrin, Emir menjentik hidung orang jahat itu. Bila dia bangun dalam keadaan terkejut, Emir terus menegur.

Emir: Yang lain dah lari. Mereka tinggalkan kau seorang untuk diserahkan dekat polis.

Penjahat: Kau budak—hah, takkanlah mereka boleh lepas macam tu.

Emir: Aku yang lepaskan, dengan syarat mereka bagitau aku kenapa korang bakar rumah kami.

Penjahat: Huh... kau jangan ingat aku bodoh...

Emir: Yang upah korang ialah Chan... kata kawan kau.

Penjahat itu merenung Emir dengan serius.

Emir: Dia minta serahkan kau dekat polis dan tutup nama dia. Aku memang tak tahu nama dia, jadi aku tak kisah. Sekarang ni, apa yang kawan yang aku tahu ialah Chan, atau nama sebenarnya Chandler Abdullah, suruh korang bakar rumah kami dan tangkap kami untuk dihantar dekat dia.

Penjahat: Hah! Memang itu arahan dari dia, tapi kau berdua masih berdiri depan aku! Masih bernafas menyalak macam anjing! Arahan dia ialah bawak kepala korang je dan biarkan badan korang terbakar dimakan api tu ha! Zul dengan Din tu bodoh sebab lari terus tanpa habiskan kerja! Kalau aku terlepas dari tali ni... aku dah lipat tengkuk korang lepas tu lontar dekat rumah kau tu ha!

Emir: Bila kau cakap macam tu, lagilah aku tak berani lepaskan... Kenapa Chan nak bunuh kami? Kami budak lagi.

Penjahat: Budak atau tidak, kau dah buat dia marah. Kau dah musnahkan reputasi dia. Kalau adik kau tak rakam— (Penjahat berhenti berkata-kata bila menoleh pada Ami)—kau rakam aku??

Penjahat memandang Ami di belakang kamera, tidak sedar yang Emir melepaskan tendangan sisi ke telinga kiri penjahat. Impak tendangan membuatkan penjahat itu jatuh ke jalan. Emir berjalan ke arah adiknya bersama keluh.

Emir: Bad news, Ami... seriously bad news....

Ami (background): Bila masa kau lepaskan dua yang lain tu?

Emir memandang rumah mereka yang terbakar. Riaknya nampak sayu: Mana ada aku lepaskan. Aku tipu je.... Aku umpan dia bagitau motif dia... Dia bakar rumah kita... Nanti kita nak duduk mana....

Ami menukar shot ke rumah yang masih terbakar sebelum kembali ke arah Emir yang masih melangut dengan kerut sayu.

Ami (background): Ini semua salah aku ke?

Emir menoleh dengan muka berkerut: Salah kau apa pulak? Salah Chan tu la!

Ami (background): Macammana kau boleh tau dia yang buat eh.... Boleh jadi orang lain...

Senyap tanpa respon.

Ami (dengan nada risau): Aba—Emir...

Emir: Huh.... Kau tau la kan... dia dah buat jenayah kat keluarga kita lebih dari cukup. Dia punya tahap berpengaruh sampai ayah pun fikir dua kali nak lepaskan penumbuk sebab taknak risikokan jaga kita dari penjara... Tadi ma jerit dalam phone yang kita dalam bahaya. Takda orang lain yang nak aniaya kita selain dia...

Emir menggosok leher, seakan membuang galau yang menyakitkan tengkuk. Keluh berat turut terhembus. Dia menoleh pada kamera, lalu muka kacak itu berkerut lagi.

Emir (muka serius pada Ami di belakang kamera): Kau rekod apa yang aku cakap tadi??

Ami (background): Benda ni boleh selamatkan kita tau. Kalau kau lupa, dia datang semula cari ma siap pukul ma, dia tidur dengan bini ayah... dia cuba nak culik kita, dia bakar rumah kita...! Chan tu status tinggi, tapi internet jauh lebih powerful! Biar internet yang jadi saksi dan hakim!

Emir (kini membengis. Kamera ditentang): Biar orang jadi saksi, eh? Chan, kalau kau tengok live ni, aku ialah Emir Danial, anak lelaki tunggal Umar Darius dengan Asyikin. Kau culik aku semasa aku bayi, tapi ma berjaya selamatkan aku dan sembunyikan aku dekat bapa saudara aku. Lepas tu kau bunuh uncle Zach. Ya, aku nampak kau tembak dia. Aku terpaksa setuju jadi anak angkat kau sebab aku takut. Kau buat parut kat badan aku, kat badan ma juga. Kau paksa ma berkahwin dengan kau sebab kau nakkan harta kami. Kau cakap kau sayang dia tapi kau dera ma! Kau kurung ma tanpa makan minum hanya sebab ma keluar nak jenguk ayah dengan Ami. Kau hancurkan kaki dia sebab kau taknak bagi dia berjalan dan berlari. Sekarang, kau tidur pula dengan isteri ayah sebab... sebab kaulah manusia celaka yang suka menyusahkan hidup orang. Kau ialah sosiopat yang hanya boleh hidup dengan bernafaskan sengsara orang yang kau gelar mainan kau. Dulu aku masih kecik, aku tak boleh buat apa-apa. Aku hanya mampu minta tolong dari orang lain.... Sekarang aku dah besar. Aku dah boleh lawan. Aku akan pastikan kau bayar.

Ami menunjukkan dirinya di skrin: Aku pun akan pastikan kau bayar, Chan Belacan bongok!!

Emir merangkul leher adiknya bersama senyum: Satu lagi dosa kau ialah kau buat aku terlepas 13 tahun untuk membesar bersama-sama dengan adik aku ni. Aku akan pastikan kau masuk penjara atas semua jenayah kau supaya kau takkan ganggu keluarga kami lagi!

Kamera ditutup dengan tangan.

Sebuah deklarasi perang yang membuat darah penonton menyirap. Jika dia ialah Chan, dia akan kejar dua remaja itu sampai dapat. Maruah, reputasi, nama baik yang dibina berpuluh tahun kini hancur hanya kerana video dari generasi Z. Sudahnya, Umar semakin risaukan keberadaannya anak-anaknya. Takutnya dia dengan keselamatan mereka hingga air mata jantannya pecah ke pipi. Lututnya menggeletar. Rohnya bergegar. Umar lalu menunduk hingga merukuk. Hebatnya rasa takut itu hingga mukanya bertukar merah tegang.

"Ya Allah yang Maha Berkuasa... kau lindungilah mereka ya Allah... tolonglah aku ya Allah..."

Kerana ketidakmampuan lutut menampung dugaan yang diberi, Umar lalu melutut. Dahinya rebah ke lantai, merendahkan semua ego dan status sebagai manusia dan berserah sepenuhnya pada yang Maha Esa. Meminta kekuatan dariNya. Meminta petunjuk. Meminta ketenangan serta kekuatan menanggung ujian yang maha hebat ini. Dia juga masih perlu memujuk Aqi.

Selepas melepaskan habis kelemahannya pada sujud, Umar duduk semula sambil melangut ke tingkap, pada yang Maha Tinggi di langit. Nafas ditarik dalam, kini merasa tenang.

Alhamdulillah.

iPhone dicapai lagi, berniat mahu menelefon Aqi dan bertanya khabarnya. Terkedu bila melihat notifikasi terbaru dari Instagram yang menunjukkan @JuniorSlayer sedang membuat live. Sepantas kilat ibu jarinya menekan notifikasi tersebut.

Waktu tempatan, 20:16 – Instagram live @JuniorSlayer.

Skrin menunjukkan Ami yang tengah tersengih manakala Emir ada dibelakangnya, sedang mengunyah keropok dan menonton Netflix di laptop.

Ami: Chan malican! Kitorang masih hidup, yay! Bakpe tuu... tengah cari kami kee... wakakaka...

Emir: Jangan provok dia, Ami...

Ami menoleh pada Emir.

Ami: Abang! Bagitau la lawak kau tadi.

Emir menoleh ke kamera.

Emir: Kau panggil aku abang lagi.

Ami: Mana ada aku panggil kau abang.

Emir: Mengaku je la!

Ami: Mengaku apa?

Emir: Yang aku lebih berdaulat dari kau! Hahahaa!!

Ami: Kepala bapak kau berdau—ah, kita sama bapak. Kepala—kepala—udang...?

Emir memandang si adik dengan renungan datar: Otak udang kepala bertaik tu engkau. Math tak pernah A.

Ami: Graahh! Bagitau je la lawak kau!

Emir: Lawak apa?

Ami: Ala... lawak kau tadi la. Pasal Chan.

Emir: Ohh... Chan, kalau anjing berak, dan tahi dia ada muka. Muka tu ialah muka kau.

Ami: HAHAHA!!

Emir tergelak nipis di depan kamera sebelum kembali menonton Netflix. Skrin iPhone kembali penuh dengan muka Ami semula

Ami: Aku pulak! Aku pulak! Chan belacan, kau tau tak ada Chan pendek dengan Chan panjang? Chan pendek ialah pisang kau, dan Chan panjang ialah tak wujud sebab kau mati pucuk! Hahaha!!— Emir, gelak la sekali!

Emir: Adik aku buat lawak kotor, macammana nak gelak! Mana kau dapat lawak tu?

Ami: Kuro ajar.

Emir bangkit: KUROOOO!! Jangan ajar adik aku benda bukan-bukan!!

Ami memandang kamera dengan senyum: Ma, ayah, kami rindu. Jaga diri baik-baik. Ayah, jangan miang dengan ma manjang. Pergi kahwin terus je. Byeeee.

Live habis.

Hati Umar bertukar riang. Terus dimaklumkan live tersebut pada Aqi. Harapannya agar mood perempuan kesayangannya juga akan pulih sepertinya.

Tapi bila masa Kuro menyelamatkan kembarnya?

SETELAH balik kerja, Umar terus ke rumahnya bagi menukar pakaian. Terkaku bila melihat Mimi di atas katilnya, tengah telanjang bulat tanpa seurat benang pun. Lekas mata ditutup dengan tangan.

"Apa benda awak buat ni Mi..." dengusnya, kini ragu-ragu nak masuk bilik sendiri.

"Mimi nak rujuk semula... Mimi masih cintakan abang... Mimi sangat-sangat cintakan abang!"

"Abang tahu, tapi kenapa telanjang dekat rumah abang? Abang baru je sanitize rumah ni."

"Mimi nak abang semula..." luahnya bersama tangis.

"Tapi janganlah bogel! Abang nak masuk bilik macammana? Abang nak tukar baju!"

Wanita itu menggigit bibir. "Selama ni abang boleh menggatal dengan Aqi walaupun abang dengan dia pun takda apa-apa, Mimi cuma pakai taktik yang sama!"

"Aqi tak pernah bogel depan abang." Bersama dengus, dia melangkah masuk. Dirasakan shahwat dah terkawal sedikit kerana marah dan rasa menyampah yang dirasai sekarang ini. "Aqi mampu goda abang walaupun berpakaian penuh sebab dia usik hati abang. Perangai dia, prinsip dia, senyuman dia, cinta dia... buat abang rasa selesa... buat abang nak memiliki dia." Baju kerjanya ditukar kepada jeans dan baju hitam kolar bulat.

"Habis Mimi ni takda prinsip hidup ke? Mimi tak cintakan abang ke? Sebab Mimi cintakan abang jauh lebih dalam dari rasa cinta Aqi dekat abang!" Dia bangkit. "Aqi bertuah sebab boleh lahirkan kembar tu untuk abang, tapi Mimi belum mampu melahir. Itu je beza kami! Sebab tu Mimi cuba cari cara supaya boleh berikan anak kepada abang! Chandler datang dan beritahu dia boleh bantu Mimi tarik perhatian abang semula dengan berikan benda yang abang nak sangat! Mimi cuma nak tunaikan!!"

Dan Umar menoleh dengan mata mencerlang seluasnya. "Macammana kau tak boleh fikir yang sperma yang masuk dalam badan kau ialah anak dia, bukan anak aku!!"

Pertama kali diherdik oleh suara kasar itu membuatkan Mimi mengeras beku. Air muka lelaki itu membengis. Sebuah marah yang tak pernah ditujukan kepadanya, kali ini diterima. Sinar mata Umar menunjukkan rasa benci, sekaligus membuat Mimi menangis lagi buat kesekian kali.

Share this novel

Siti Hajar
2024-08-28 19:24:47 

TQ author... aduila Mimi ni... otak bertaik betul....

Zainabzety
2024-08-28 13:58:44 

dok berabang lagi ngn betina sundal tu bodoh punya umar


NovelPlus Premium

The best ads free experience