DI tengah ruang tamu, Mimi dan Mimi(Farha!) sedang bertekak dan saling tuduh menuduh siapa palsu dan siapa tulen. Melihat Umar memunculkan diri, Mimi terus berlari ke arahnya. Mimi(Farha!) pula meniru perbuatan itu seperti sebuah cermin.
Umar pula masih gagal membezakan mereka kerana halusnya penyamaran Farha. Hanya kerana dia tahu salah seorang dari mereka bukannya tulen, tak semestinya dia tahu yang mana. Dia tak ingat pula Mimi yang dilihat tadi memakai baju warna apa.
"Er... Aqi? Kau ada pengalaman benda pelik macam ni?"
Wanita itu mengeluh nafas pendek, lalu merapat. "Aku takda pengalaman tapi aku mungkin boleh teka motif Farha buat benda macam ni."
Tujuan Aqi ke KL adalah untuk bertanya update mengenai requestnya pada Kuro. Selain itu, dia juga membawa teori baru iaitu Chan sedang cuba menggunakan Mimi untuk menyusahkan hidupnya. Sebab itulah Mimi mempunyai akses dengan senjaya merbahaya seperti asid. Boleh jadi Chan mengajar wanita itu untuk membuat jenayah. Input yang baru diterima dari Umar pula ialah Chan dah dua kali datang ke rumah Umar berbanding ke rumah Aqi sendiri susulan dari pertemuan Mimi dan Chan di Desaru. Itu sejenis pattern.
Aqi taknak wanita itu menjadi mainan Chan kerana yang kena menjawab dengan polis nanti ialah Mimi sendiri.
Tetapi dia tak jangka Kuro menghantar Farha datang ke vila dan menyamar sebagai Mimi. Memandangkan sekarang target Chan dah berubah kepada Ami, mungkin Kuro nak mengesahkan samada Chan masih berniat nak menggunakan Mimi? Ini hanya tekaan kasarnya memandangkan Farha sendiri tidak memberitahu apa-apa.
Direnung kedua-dua wanita yang tengah menangis teresak-esak itu. Jujurnya, dia juga tak pasti siapa ialah siapa. "Mimi yang sebenar dah tidur dengan lelaki lain. Kenapa dia buat macam tu?" soalnya.
"Sebab hati aku dah dipikat dia!"
"Sebab aku nak dia mengandungkan aku supaya aku boleh berikan anak dekat Umar!" jerit Mimi.
Mimi (Farha!) menoleh terus dengan muka tak percaya. "Kau biar betul??" soalnya, hilang karakter seketika kerana terlalu terkejut dengan jawapan sebenar.
Suara asing itu membuat mereka semua menoleh padanya. Dengan suara Mimi, Farha kembali bersuara. "Aku-aku kenal Chan sebab dia beri aku upah untuk bunuh Aqi!" sambungnya sambil mencerlangkan mata pada Mimi.
Mimi menoleh pada Aqi. "Dia beri aku pistol untuk bunuh kau tapi aku tak buat! Jadi aku minta asid supaya aku boleh buat muka kau jadi buruk!"
Farid sekeluarga ternganga. Aqi mengangkat tangan pada Farha, dan disambut high five oleh si kawan itu.
Mimi masih dirasuk rasa takut bahana melihat kembarnya itu. "Percayalah! Akulah Mimi yang sebenar! Dia palsu!! Kali terakhir aku jumpa Chan masa kami kantoi hari tu! Dia tak pernah contact aku dah!"
Farha merenung datar. "Betullah tu. Even Chan takkan pakai catur sebodoh ini. Dia bermain dengan Mimi untuk isi masa lapang je..." Keluh pendek dihela. Terasa sia-sia. "Akulah palsu." Suaranya yang sebenar, digunakan.
Wanita itu ternganga luas. "Kenapa kau menyamar jadi aku!!"
Sebab aku nak korek maklumat pasal kau dengan Chan... bisik hatinya, tetapi melihat perangai psikotik Mimi, sisi jahat yang sukakan chaos lalu sesuka hati menukar jawapan. "Sebab aku nak goda Umar Darius dan tidur dengan dia. Dia handsome. Aku geraaam je tengok dia..." balasnya dengan senyum miang, sengaja nak menyakitkan hati perempuan di hadapannya. Mahu melihat sengsara dan drama.
Umar menoleh dengan mata mencerlang. Kenapa harus kau jawab begitu?! Dia terperanjat bila Aqi merangkul kasar lengannya dan ditarik menjauhi Farha, sebelum terperanjat pula bila Mimi naik hantu seperti yang dijangka.
"Kau-kau-kau tak guna! Kau lebih jalang dari Aqi!!" Revolver bersaiz poket dikeluarkan dari beg tangannya. Mereka semua terperanjat. Laras diacu dengan kelam kabut ke arah sasaran - pada Farha yang masih tersenyum dalam awas.
"MIMI!!" Suara lantang Umar memecahkan ruang udara ruang tamu itu. Besar dan gah suaranya seperti letupan guruh yang memecahkan bumi dan langit – malah cukup untuk meleraikan asap tebal dalam kepala Mimi dan sampai ke hati wanita itu.
Dia terperanjat, tak jadi menembak. Waras turut kembali ke dalam diri.
"Turunkan pistol tu..." pinta Umar, berhati-hati meminta. Tangannya turut memberi isyarat turun, mengharap wanita yang dah berasap kepala itu menurut.
Seluruh tubuh wanita itu menggigil, ketara di mata mereka semua. Revolver di tangan dipandang lagi dengan titisan air mata.
Dia kini memegang senjata yang boleh menentukan mati dan hidup seseorang. Malah sedang berdiri di tengah-tengah garisan waras dan gila, sebuah garisan yang juga menentukan samada akan terus diterima seluruh ahli keluarga yang sedang memandangnya dengan takut ini atau terus dibuang dari buku sejarah mereka. Jiwanya meluruh, menyedari dia semakin jauh menyimpang. Dia dah tak boleh menyalahkan sesiapa selepas ini. Keputusan menekan picu seratus peratus berada dalam tangannya.
"Mimi minta maaf..." luahnya bersama tangis. Tapi apa lagi dia boleh buat. Mereka semua memandangnya dengan renungan menghukum. Baik Farid, Maya, Munirah mahupun Junior. Umar dan Aqi cukup serius sekali, kecuali dirinya sendiri yang tak dikenali itu. Tangis Mimi melebat. "Mimi minta maaf... Mimi minta maaf... Mimi minta maaf..." Makin hiba.
"This is bad... dia dah jadi psychotic balik..." bisik Aqi.
Farha tidak menjawab, tetapi Umar masih berusaha menenangkan jandanya itu.
"Please sayang... letakkan pistol tu ke bawah. Awak lebih baik dari ni. Bertenang please?"
"Mimi minta maaf..."
"Ye... ye... turunkan pistol tu dulu..."
Warasnya semakin jauh tenggelam pada setiap arahan yang diterima. Bak kata Chan, tiada siapa yang boleh mengawalnya. Senjata ini berada dalam tangannya, jadi dia yang boleh menentukan apa yang dia nak buat. Dan siapa yang dia nak cederakan.
Laras pistol dipusing ke mukanya sendiri, dan dibawa terus ke dalam mulut.
Umar dan Aqi sama-sama pecah pembuluh darah. "MIMI!!" jerit mereka serentak. Hampir saja sama-sama melonjak ke depan, tetapi Farha lebih laju bertindak dan menarik muka Umar ke mukanya. Lelaki itu dicium di hadapan Mimi.
Sebuah distraction berjaya. Mata si psiko mencerlang luas. "KAU PEREMPUAN JALANG!!" jeritnya, selajur laras pistol dihala kembali ke arah Farha.
BANG!
Kuatnya gema tembakan berpantulan di seluruh dinding vila. Maya dan Munirah memekik, seraya terduduk sambil menutup kedua belah telinga. Aqi hampir putus nyawa melihat rakannya ditembak, tetapi yang terjatuh terduduk ialah Umar.
"Eh?" Aqi dan Farha sama-sama terkaku. Mimi turut membatu di tempatnya.
Lelaki berkaca mata itu memegang bahu kiri yang terasa digigit semut berapi. Darah mula membanjiri baju dan tangan. "Okay, this hurts... This is really really hurt... anyone dah call polis?" soalnya pada para penonton yang tergamam. Kesakitan itu melumpuhkan seluruh tubuh hingga seluruh badannya menggigil. Melihat Aqi datang melutut di hadapannya dengan tangis dan muka pucat, Umar memaksa sengih. "Rileks la..."
"Apa kau buat ni??" soal Farha di belakang.
Umar menoleh. "Aku pulak? Kau dah kenapa cium aku?! Allah Allah Allah..." Makin lembik tubuhnya bila sakit merebak ke seluruh tubuh. Darah pula semakin banyak yang mengalir. Aqi lekas nak menanggalkan cardigan untuk menekap luka itu, tetapi dihalang Umar kerana tak mahu Aqi sekadar bersinglet di depan Farid dan Junior. Sempat bertekak tentang apa yang lebih penting yang perlu diberi perhatian ketika ini. Tambah-tambah Mimi masih berdiri di depan mereka dengan pistol dan lutut bergoyang. Namun seorang pun tak mengambil apa-apa tindakan.
"Kenapa kau berdiri depan aku?!" marah Farha lagi, sekali lagi menarik perhatian mereka semua. Sesungguhnya, dia benar-benar gagal memahami apa yang baru berlaku. Dahlah tak kenal!
"Ha??" Kepala teralih-alih antara Aqi yang masih kelam kabut nak menghalang darah dari terus mengalir dan wanita yang bertanya soalan padanya. "Manalah aku tahu. Badan aku bergerak sendiri.... Kau macammana? Okay tak?"
Soalan yang jujur sekali hingga Farha langsung tak tahu nak bereaksi macammana.
"Umar, yang tengah luka sekarang ni ialah kau, bukan dia!" herdik Aqi dengan air mata yang masih deras mengalir. Kemudian dia melangut pada rakannya itu pula. Merah sekali mukanya kerana menahan marah yang menggila. "Aku tak tahu kenapa kau sengaja nak trigger Mimi, Farha... tapi kalau Umar mati, kau kena hadap aku pula. Sekarang ni, buat kerja kau macam yang Kuro suruh, stop instigating chaos and apprehend her!!" Sekuat tenaga dia berteriak sambil menuding tepat ke arah Mimi. Sekarang ini dia langsung tidak menyalahkan Mimi kerana menembak tetapi Farha kerana sengaja mengusik emosi Mimi yang sedia rapuh.
Kerana Aqi mengenali Farha. Rekod jenayah rakannya ini tidak terhad pada mencuri identiti, scam duit pencen orang mahupun penculikan, tetapi mampu membunuh! Perangai gila Mimi umpama anak kucing jika dibandingkan dengan Farha!
Amarah mengabui akal lagi bila dirinya menjadi tumpuan renungan mata mereka kembali. Mimi benar-benar dah hilang kawalan diri. "Kau jangan dekat!!" Pistol diangkat lagi, tetapi kali ini Munirah lebih laju membaling cawan ke muka Mimi. Tepat ke kepala. Farha tersengih ringan dan terus menerpa ke arah wanita yang hilang warasnya itu. Pistol ditendang dari tangan Mimi dan dibuang sejauhnya. Mimi turut ditekan ke lantai.
Seterusnya, hanya erangan dan jerit tangis Mimi yang kedengaran. Sekelip mata dia berseorangan. Sekelip mata bantuannya tidak dilayan sesiapa, baik Maya sekalipun. Lengan Umar berdarah-darah, dan dia ditumpaskan oleh seseorang yang menyerupai dirinya sendiri – simbolik bahawa yang menewaskan dia ialah dirinya sendiri.
"At least kita tahu Chan tak pakai perempuan ni..." ujar Farha sambil menoleh pada semua penonton itu. "Dia akan pakai cara lain untuk musnahkan hidup kau berdua, terutama anak-anak kau. Perempuan ini sekadar hobi di masa lapang dia semata," lapornya pada Umar dan Aqi.
"Itu bukan good news."
"Its an information. Sekarang Kuro boleh gerak ke strategi lain." Dia bingkas bangkit. "Aku kena lari sebelum polis datang! Umar Darius, terima kasih sebab selamatkan aku! Aku akan bayar hutang ni sebaiknya!!" Dan dia memecut ke pintu sebelum menghilang dalam gelap malam.
"Farha, kau main lepas je—!" Lekas Aqi menerpa dan melipat lengan di tengkuk Mimi semasa wanita itu nak bangun. Tekanan diletakkan pada tengkuk itu bagi mengekang pernafasan Mimi buat beberapa ketika. Melakukan sleeper hold. Muka wanita itu merah mencari nafas sebelum hilang kesedaran diri kerana tidak cukup oksigen sampai ke kepala. Aqi melepas nafas halus sambil membaringkan Mimi perlahan-lahan. Fuh. Tenang semula. Aqi melangut ke pintu. "Dia dah buat apa lagi sampai lari dari polis..."
Farid lalu merapat. "Aqi, kau okay?"
"Ya..." keluhnya, lalu bangun. Rambut yang dibiarkan lepas bebas tadi lalu diikat dengan menggunakan getah sayur di tangan. Rimas!
"Siapa tadi tu sebenarnya..."
"Kawan Aqi..."
Farid menoleh dengan muka berkerut. "Mana kau dapat kawan macam tu—" Terkaku bila perasan dua lebam pudar di leher si wanita. Bila masa Aqi cedera? Kepala dijengul dan mata dipicing, nak mengesahkan apa yang dilihatnya. "Are those... hickeys?"
Automatik Aqi menutup leher. Muka turut bertukar merah, membuatkan Farid bertukar berang. Kepala dipalingkan pada adik lelakinya yang masih menahan pedih di pangkuan Maya sana.
"Umar Darius, you rascal!! Kalau kau nak letak tanda kat Aqi, kau bagi cincin, bukan hickey!!"
Mereka semua menoleh pada Aqi yang menutup lehernya dengan tangan sebelum berpaling pada Umar yang dah terjatuh baring, berpura-pura pengsan.
"For god sake..." desis Farid, lalu membuka baju, digumpal sebelum dibaling ke muka adiknya. Geram! Tubuh lelaki itu terloncat sedikit, terperanjat.
"Abang! Umar tengah sakit!" Maya terpekik.
"Tak payah risau si badan besi tu. Dia dah survive lebih dari satu bullet..." desisnya sebelum menoleh pada Aqi. "Kau dengan si bangang tu betul-betul dah serius ke?"
Jari kiri ditunjuk, menunjukkan cincin yang diterima.
Sahlah. "Kau dengan Umar akan menikah within two weeks. I'll call my guy untuk speed up proses dokumentasi. Abang tak boleh risikokan kau berdua lebih lama. Terlalu bahaya," ujarnya penuh serius sambil mencerun maut pada adik lelakinya. Aqi hanya mengangguk akur.
"Mar nak bawa Aqi kahwin terus kat Thailand," sampuk si pengsan sambil mengangkat kepala, sekaligus membuat Maya dan Munirah menjerit nyaring. Junior turut terloncat dibuatnya.
Farid menjungkit kening. "Thailand?"
Umar bangun duduk sambil mencengkam lengan yang masih perit dengan bisa peluru. "Ya. Jauh lebih cepat since tak perlu buat ujian HIV, sijil pra kahwin bagai. Aqi dah hilang dokumen tu semua sebab rumah dia terbakar. Mar nak miliki dia cepat. Kami bukan teruna dara nak buat proper sangat pun."
"That is indeed the faster way..." dan sah juga. Aqi dikerling. "Kau pula ikut je cakap dia?"
Si wanita mengangguk.
"Umar ajak kahwin Thailand masa dia tanam hickey kat leher kau?" tekanya pula hingga membuat si wanita merah muka sekali lagi. "Clearly kau berdua tak boleh berfikir waras sebab akal kau tenggelam timbul dan otak Umar pula duduk dalam seluar dia. Biar abang ulang tayang apa yang dah berlaku supaya kau boleh buat keputusan dengan lebih waras. Sekarang ni, nama Umar dah buruk dalam masyarakat kita." Jari telunjuk diangkat, disusuli jari jemari lain sambil melanjutkan kata. "Dia curangi Mimi sejak kau muncul semula, dia miang dekat kau walaupun kau declare kau bini orang, dalam tempoh wife dia mengandung, dia masih ada perut nak pergi bercuti dengan kau, bila dia dapat tahu wife dia tak mengandung, diceraikan wifenya dan terus kejar kau dekat KL pada hari yang sama, lepas tu kahwin lari ke Thailand walhal anak tengah hilang dicari polis."
Masing-masing terkaku. Baru nampak betapa buruknya imej lelaki itu jika dilihat dari sudut masyarakat yang tak tahu apa-apa.
Kepala dipalingkan pada adik lelakinya. "Well done looking like a complete douche, you douche," desis Farid, masih marah adiknya melampaui batas pada Aqi. Umar hanya menggulung lidah ke lelangit.
Aqi pula memasang kerut serius pada lantai. Dia benar-benar tak suka mendengar semua salah faham bakal suaminya itu. "Kalau macam tu, tak payahlah kahwin kat Thailand. Buat kat sini je. Lebih proper," putusnya.
"Thank you!" luah Farid dengan keluh syukur.
Mata Umar membulat. Dia cuba bangun. "Aqi, kau jangan-aduh!" Terduduk bila tersalah gerak. Dia berdiri semula dengan susah payah. "Kau jangan pedulikan Bang Farid... lets just stick with our plan..."
"Our plan is not the best plan. Sebab sekarang, kau betul-betul nampak macam lelaki jahat. Even aku baru nampak..."
"Sebab aku memang jahat! Buat apa menafi? Aku memang buat semua benda tu!"
"On surface level! Kita semua tahu kau ada alasan legit kenapa semua benda tu terjadi! Aku taknak rosakkan lagi nama kau dekat mata orang!"
"Aku ada alasan legit bila miang dekat kau walaupun aku suami Mimi?" Sengaja bertanya hingga Aqi menelan nafas. "Kenapa kau cuba nak rationalize behavior buruk aku, Aqi?"
"Sebab kau sebenarnya baik! Aku nak orang tahu—"
"Aku tak baik. Aku bukan pak imam," potong Umar lagi. Bertegas.
Sekali lagi dia terkaku. "Kau tetap bakal imam aku..."
Senyap ruang itu lalu. Darah masih menitik dari hujung jari Umar dan pecah ke lantai. Lelaki itu senyap, merenung si cantik yang memuncung di depannya. Sebal pula rasa hati.
"Aqi, orang yang aku nak kahwini ialah kau, bukan orang lain. Mulut orang tak penting."
"Mar, aku nak jaga nama baik kau, sebab kita hidup bermasyarakat. Life bukan hanya kita berdua, Mar. Orang lain yang akan mandikan dan kuburkan kita nanti. Aku nak kekalkan respect mereka dekat kau... however scarce it may be. Aku taknak nampak macam kita dah terlanjur sampai kena kahwin koboi! Aku taknak kita kahwin kat Thailand!" Bertegas.
Umar menghembus nafas pendek. "Kita kena lalui proses dokumentasi dan semua prosedur leceh tu lagi tau..."
"Maybe time ni kita boleh pakai untuk baiki diri dan muhasabah diri sebelum nikah? Kan, Bang? Akak?" Dipinta sokongan dari insan-insan yang paling boleh diharap untuk menjaga mereka itu.
Kalah dengan ketegasan itu, lalu Umar menoleh pada abangnya. "Ini semua salah abang! Kalau abang tak cakap semua benda tu tadi, Mar dah tidur peluk Aqi minggu depan!" Disepak kaki si abang.
"Kepala kau memang penuh dengan benda blue je sekarang, kan? Abang try pakai kabel abang. InsyaAllah, kau boleh pecah puasa paling cepat next two weeks." Selamba berbincang tanpa mempedulikan telinga yang lain. Aqi bertukar merah padam, Maya meraup muka manakala Munirah dan Junior berpandangan
Share this novel
gatal x menyabar ko umar