Rate

Part 39: TO BE FAIR LELAKI MIANG IALAH TANDA LELAKI SIHAT

Romance Series 24823

"AKU dah takda handset, asal kau pulak masih boleh main phone!!"

"Sebab aku tak bodoh macam kau sampai buang phone aku!"

"Kalau aku takda handset dalam trip ni, kau pun tak boleh ada!!" Charger dibuang ke tingkap balkoni.

"GRAAHHH!!" Lekas dia melompat ke atas abangnya bagi menyelamatkan iPhone dari dilontar keluar. Mereka sama-sama bergolek ke lantai.

Umar santai bersandar di kepala katil, menonton persembahan free itu seperti orang kaya melihat orang miskin bergaduh berebut keistimewaan yang dimiliki. Kacang turut dikunyah sambil-sambil melayan Stranger Things di TV yang bersiar dari tadi. Dua minit tadi, kedua-duanya elok je main UNO dengan aman damai siap gurau-gurau. Bila Ami mengeluarkan charger untuk mengecas iPhone, Emir terus triggered.

Dan sekarang, iPhone itu meloncat-loncat antara tangan dua remaja. Untung Emir lebih tinggi, Ami terpaksa meloncat demi merampas asetnya. Dan untung Ami lebih ganas, si abang diberi lutut ke perut.

Tahu dia tak boleh menyelesaikan adiknya menggunakan kekasaran, Emir berpusing dan melarikan diri ke pintu. Perasan ibunya dah bangkit dari perbaringan. Mungkin kerana mereka terlalu bising.

"MA! ADA MAKANAN ATAS MEJA!!" jeritnya sebelum menghilang dari pintu.

Ami menoleh. "PANADOL PUN ADA!!" Selajur keluar dan mengejar abangnya.

Bilik bertukar sepi. Macam kosong tak berorang. Hanya Stranger Things yang mengisi ruang bilik itu.

Aqi cuba melawan mata kelatnya. Kepala terasa berkabus. Tengkuknya sengal-sengal dan dia tak ingat apa yang berlaku sebelum dia tidur. Bukan ke mereka sepatutnya pergi dinner untuk sambut birthday Umar...?? Aargh... sakit kepala....

Lelaki itu menoleh bila menyedari Aqi terus beralih duduk ke birai katil. Kaki dibiarkan tergantung, dahi ditekan dan diurut, sebelum ditolak rambutnya ke belakang. Cuba membuang rimas. Masih membelakangi Umar, tubuh langsing itu bergerak ke meja di hadapan katil. Dia terhenti seketika, meneliti keadaan di meja itu. Ada bungkusan makanan, dua biji Panadol dan baju Emir di belakang kerusi. Dress Ami pula dah tergantung elok di dalam almari.

Wanita itu langsung tak perasankan dia. Mungkin kerana dia berada di titik buta, dan dia juga tidak berhasrat nak mengejutkan Aqi.

Panadol ditelan terlebih dahulu. Kemudian rambut panjang itu disikat dengan jari berkali-kali sebelum diikat simpul menjadi siput. Tangan kiri mencapai zip di belakang dress, lalu ditarik hingga ke pinggang, mendedahkan kulit yang kali terakhir dilihat ialah pada 15 tahun lepas.

Sekarang Umar pula melalui mood stranger things.

Seksinya pemandangan itu membuatkan anak mata hitamnya membesar macam kucing terjumpa ikan mentah. Kacang dikemam di dalam mulut, lupa nak dikunyah. Nafas bertukar senak bila wanita itu menanggalkan dress dari bahu, dan seterusnya melurut jatuh ke lantai. Malaikat maut mungkin tengah menunggu di luar pintu jika Aqi berpusing dan melihat dia di atas katil sekarang ini.

Umar merendahkan baring dan dengan penuh berhati-hati tanpa membuat sebarang bunyi, dia beralih ke lantai. Kaki katil tidak membenarkannya menyorok terus di bawah katil. Umar menyumpah dalam kepala.

Kalau nak mengensot ke pintu, jauh sangat. Lokasi terdekat dia boleh melarikan diri ialah tingkap balkoni yang dah pun terbuka.

Tiba-tiba terlihat batang kaki licin itu berjalan ke bilik air. Keluh lega terhembus bila wanita itu terus menghilang ke dalamnya. Umar bangun, memecut ke pintu tetapi ternampak bra di atas katil. Kepala tertinggal ke belakang walhal kaki dah hampir dekat ke jalan keluar.

Daging ikan mentah mungkin tak dapat, tapi tulang dia pun jadilah. Tambah-tambah, Aqi yang punya!

Tanpa berfikir panjang, lelaki itu berpusing semula ke katil. Dicapai bra yang masih segar. Em, panas lagi. Sempat dihidu, mengisi requirement lelaki miang.

"YA ALLAH, CHAN!!"

Jeritan dalam bilik air mengejutkan Umar.

"Ya Allah, aku sebut nama Allah dalam tandas! Eh-eh!"

Pecah lagi peluh dingin bila bilik air terbuka. Umar meloncat semula ke tempat persembunyiannya tadi. Bra di tangan terus disumbat ke dalam poket jeans. Terdengar wanita itu menggerutu sambil bergerak-gerak laju dari satu lokasi ke satu lokasi.

"Ya Allah ya Allah... dia ada kat sini... apa aku kena buat. Call Kuro? Ah, handphone aku takda. Umar bongok! Aish aish aish... aku pulak tak beli baju lebih... ah, pinjamlah baju Ami—mana bra aku?"

Mata Umar membulat.

"Aik? Aku rasa aku lontar sini..." Aqi memanjat katil, mencari sekeping pakaian yang baru saja ditanggalkan kerana nak mandi tadi. Cadar diselak, bantal ditolak, atau mungkin juga terjatuh ke lantai—hinggalah terpandang seorang lelaki tengah meniarap di tepi katil.

Otak meletup dalam tengkorak.

"AAARGHHH!!!"

"Aqi, aku boleh explain!!" jerit Umar sambil meloncat bangun.

Melihat lelaki itu ialah Umar, si wanita menghela keluh lega. Sesaat sahaja, kemudian berganti pula dengan rasukan hantu Namahage. Lalu dia bangun berdiri di tengah katil, masih berkemban,dan menghadap Umar dengan tangan yang dah mengembang luas nak mencekik.

Umar menelan liur. Tidak pasti jika sekadar imaginasi atau benar-benar tengah berlaku, tetapi dia nampak tanduk merah Aqi tumbuh hingga tinggi melangit. Matanya bertukar merah menyala. Gigi taringnya memanjang keluar dari mulut. Rambut panjang itu juga terapung bahana aura marahnya.

Kecut perut. "Aku boleh explain..." ujarnya dengan suara sendat.

Wap panas keluar dari mulut Namahage.

Liur ditelan lagi. Kering darah melihat Aqi begini. "Aku-aku-aku memang dah ada dalam bilik masa kau bangun. Tapi aku tak nampak apa-apa. Jangan risau. Aku boleh bagi pinjam phone kalau kau nak call Kuro." Umpan dihulur.

Dan umpan dimakan. Bayangan Namahage menghilang melupus, berganti muka garang Aqi yang biasa. Dia turun ke lantai, dicapai jaket Emir yang digantung pada belakang kerusi, dipinjam untuk menutup bahunya sebelum mendekati Umar. Tangan dihulur.

Lelaki itu pula merenung tapak tangan halus itu. Blur seketika.

"Oh ya!" Iphone dalam poket slack dikeluarkan, terlupa bra yang dipadat sekali di dalamnya. Lalu pakaian dalam Aqi terjatuh ke lantai, betul-betul di bawah kaki Umar, menjadi bukti kesalahan yang langsung tak boleh nak dielakkan lagi.

Selajur lelaki itu dicekik terus. Umar mengerang. Dipanggil berkali-kali pun wanita itu enggan mendengar, lalu Umar terpaksa menggunakan kekuatannya. Cekikan Aqi terlepas. Umar pula tidak memberi ruang untuk kemarahan Aqi terus menguasai tuannya. Dia dah bergaduh dengan Aqi seawal remaja. Anggota tubuh wanita ini bebas melayang bila-bila masa.

Lalu tubuh halus itu ditolak ke katil. Kedua belah tangan itu ditekan ke tilam, manakala dia melutut di antara kangkang, enggan membenarkan lutut itu memberi salam juga.

"Aqi! Tenang!"

"Kau miang!!" Sekuat hati dia memekik hingga berdesing telinga si lelaki.

"Yes! I admit that! Aku minta maaf! Tapi cool down, please!"

"Taknakkk!!" Makin kuat meronta hingga kembannya tadi melonggar walhal tuannya langsung tak perasan kerana amarah yang menggila.

Umar semakin cuak. "Aqi, kalau kau terus macam ni, macammana aku nak explain dekat budak berdua tu nanti! Bala namanya kalau mereka tengok kita macam ni!"

Dan barulah Aqi berhenti meronta walau muka garang masih tak dilepaskan. Umar melepas keluh lega. Tetapi tenang yang seketika itu tidak habis kerana garang Aqi bertukar tangis. Lelaki itu gamam.

"Aqi... jangan macam ni... sorry... Kau menangis sebab aku tekan kau ke? Okay okay. Aku lepaskan kau, okay?" Genggaman dilepaskan dan dia bangun. Wanita itu masih dengan esak, malah makin hiba. Muka ditutup dengan tangan dan kaki juga dirapatkan.

Nak memujuk tangis Aqi mungkin sebuah cabaran, tetapi dirinya sendiri perlu diselamatkan terlebih dahulu. Comforter ditarik dan ditebar ke atas Aqi hingga menutup keseluruhan tubuh separuh bogel itu dari pandangannya. Fuh. Selesai masalah buat sementara waktu.

Dia bergerak ke peti sejuk, mencari air. "Lepas kau menangis nanti, kau mesti haus. Nak air apa? Coke? 100 Plus? Ke nak air kosong je?" Bertanya sebagai protokol, tetapi dia mengeluarkan 100 Plus dari peti sejuk. Umar beralih ke katil semula. 100 Plus diletakkan di atas night stand. Manusia yang ditimbus comforter direnung dengan hati yang penuh rasa sesal dan salah.

"Kadang-kadang aku berharap aku gay supaya aku tak perlu buat kau malu dan takut dengan aku sampai macam ni sekali... tapi kalau aku gay, aku tak boleh enjoy permandangan indah tadi jadi aku bersyukur aku tak gay."

Tangan Aqi keluar dari comforter. Dicapai bantal, lalu dibaling ke arah Umar. Namun apalah kekuatan tangan kurus itu nak melontar bantal dalam kedudukan janggal. Seinci pun tidak sampai ke arah Umar, tetapi kemarahan Aqi diterima.

"Aku tak berniat, Aqi. Aku minta maaf. Tadi aku lepak dengan anak-anak kita. Kami main UNO sama-sama. Lepas tu mereka bergaduh berebutkan iPhone Ami sampai berlari keluar. And then kau bangun, kau tak perasan aku... aku tak sempat nak bagitau aku ada sebab kau dah bukak baju dulu..."

Ternampak pergerakan di bawah comforter. Umar memekam bibir.

"Aku minta maaf sekali lagi... aku boleh bukak baju aku kalau kau nak fair and square."

Buk!! Kaki Aqi melayang keluar dari comforter dan menghenyak zip seluar Umar. Tepat bulls eyes. Mata lelaki itu terbuntang luas macam nak terkeluar. Kekuatannya hilang terus, berganti pedih di seluruh tubuh.

"Kau boleh je... arughhh... cakap taknak... eergghhh...." Dan dia terbaring merengkok ke lantai macam fetus. Tangan ditekan ke kangkang, menahan pedih yang melumpuhkan seluruh tubuhnya. Seluruh tulang belulang terasa hancur sekarang ini. Dia rasa macam kena strok sekarang ini. Urat menimbul di kepala kerana deritanya sakit dia sekarang ini!

Aqi bangkit semula. Pada masa yang sama, anak-anaknya muncul semula sambil berbincang sesama mereka. Nama Mimi disebut di dalam perbincangan itu, tetapi fokus keduanya teralih bila melihat emak mereka keluar dari comforter sambil membetulkan kemban.

"Ayah dah balik ke?" soal Ami. Dari kedudukannya, tak nampak Umar yang merengkok di lantai kerana dihalang katil.

"Balik ke neraka..." deram si ibu.

"Haa?"

Sisa air mata diseka. Bra di lantai dicapai. Tubuh Umar dihentak dengan kaki sekuat hati sebelum menentang anak-anaknya.

"Ma nak keluar kejap lagi. Kau tolong ma hukum ayah kau."

"Hukum?"

"Ma menangis ke?" Mata itu berair dan hidung itu merah.

Aqi mendehem. "Bapak kau tengok ma buka baju."

Bulat mata keduanya.

"Lepas tu dia tolak ma ke katil."

"Aq-Aqi... cara kau bercerita buat aku macam pesalah..." luah si lelaki, berusaha bangun dan bertahan pada katil. Pinggang ke bawah masih lumpuh teruk dan dia hanya bergantung dengan kekuatan lengannya ketika ini.

Aqi pula melarikan wajahnya bila terasa air mata nak menitis lagi. Dia taknak melihat lelaki itu sekarang ini. Selajur dia menghilang ke bilik air, nak memakai baju. Pada masa yang sama, Ami dan Emir berjalan ke arah ayah mereka dengan kerut marah.

"Kami tahu ayah miang tapi kenapa sampai buat ma menangis?"

Itu dia. Juri yang dipilih dah membuat ayat yang tepat bagi menjelaskan kesalahan yang telah dibuat. Umar terbaring semula, menerima pedih itu kini.

HOODIE merah Ami dipinjam. Aqi bergegas turun ke lobi, menelefon Kuro dengan meminjam telefon di kaunter.

"Chan dekat Desaru?"

"Ya. Dia cakap dia masih ada rakaman CD tu."

"Almost one year BOADICEA musnahkan semua bukti tu, apa relevan baru nak bagitau maklumat tu sekarang?"

"No idea."

"Okay, aku ambik maklum. Aku akan ambil tindakan."

"Thanks. I'll pay you guys handsomely."

"Takpa Ekin. Kawan tolong kawan. Aku harap kau bahagia dengan cinta hati kau tu je. You've suffered enough."

Aqi diam. Kuro turut senyap, mengesan jawapan berupa bukan jawapan itu.

"All the best in whatever challenges you are facing," lanjut si lelaki, menukar tone kata.

Dan panggilan dimatikan.

Telefon diserahkan kembali pada kaunter dan Aqi bergerak ke luar hotel. Dia dah hidup sebumbung dengan lelaki gila itu 10 tahun. Setiap sel tubuhnya beraksi dengan lelaki gila itu macam misai kucing mengesan GPS. Dan kini, Aqi tahu Chan sedang menyorok dan memerhatinya.

Seperti yang disangka, Chan muncul dari bayang dan mengekori si wanita keluar dari hotel.

ATAS mandat yang diberi emak mereka, ayah yang miang itu disuruh memakai cermin mata yang lengkap dengan hidung palsu dan misai palsu serta Tshirt kemeja bulat yang menunjukkan tulisan BIRTHDAY BOY. Baju itu dibeli Ami semasa shopping siang tadi. Dia mahu mengenakan ayahnya esok untuk memakai baju itu, tetapi lepas apa yang berlaku, ayahnya dikehendaki memakai dari hari ini sampai esok.

Umar akur. Kemudian dia balik ke biliknya untuk bersendirian kerana anak-anaknya masih memarahinya.

Anak-anaknya tak tahu tetapi dia dah memilih Mimi berbanding jandanya. Dia benar-benar mahu membina hidup baru bersama Mimi... atau lebih tepat lagi, bersama Mimi sebagai isteri dan Aqi sebagai emak anak-anaknya, sebuah keluarga berlima... atau mungkin berenam jika Aqi akhirnya menemui pasangan hidup yang dia boleh terima suatu hari nanti.... Tetapi bahana tarikan pada Aqi yang langsung tidak berkurang, dia terpaksa mengalami masalah bodoh seperti malam ini.

Rambut dicengkam bersama tarikan nafas dalam. Bayangan dress hitam yang jatuh meluruti batang tubuh si cantik terbayang lagi di dalam memori, dan kali ini memberinya rasa panas yang langsung tidak asing sekali. Nafas ditarik lagi, sedalam-dalamnya, cuba mengawal rasa itu.

"Ya Allah aku berlindung pada-Mu dari akhlak, amal dan hawa nafsu yang jelik." Doa dari hadis sahih Tarmizi diulang sebut berkali-kali sambil menepuk dada, pada sepotong daging yang perlu dijaga hitam putihnya.

Selepas meminta tolong dari Allah, bantuan seterusnya ialah dari Mimi. Mudah nak melepaskan tekanan jika dia berada di rumahnya, tetapi bahana keputusan drastik yang dibuat tengah hari tadi, langkah alternatif diperlukan. iPhone dikeluarkan dan si isteri itu dihubungi.

Enam kali dering, tetapi talian tak berangkat. Dah tidur ke? Kecewa rasanya.

Umar berkira-kira nak beralih ke tandas sebelum terpandang drama melayu yang tengah berlaku di bawah sana, betul-betul di luar hotel. Dua orang. Seorang lelaki botak, dan seorang lagi bertubuh kecil berhoodie merah. Lelaki botak itu menampar yang berhoodie itu berkali-kali hingga dia terundur berkali-kali. Lututnya melonggar hingga hampir jatuh berkali-kali.

"Stand your ground. Pukul balik," bisik Umar.

Buk!

Good effort, bisik hati Umar tetapi tidak membuahkan hasil walau sedikit. Sebaliknya si hoodie menerima penumbuk backhand hingga akhirnya dia terpusing dan terduduk di bawah lampu jalan. Hoodnya terjatuh, mendedahkan rambut panjang milik seorang wanita. Umar mula dibelenggu rasa tidak senang. Dia bersedia menjerit bagi menarik perhatian mana-mana orang awam yang berdekatan untuk menghentikan mereka.

Lelaki botak itu mencengkam rambut tersebut supaya melangut, sekaligus mendedahkan wajah Aqi yang berdarah hidung.

Umar terasa nafasnya terputus.

"AKKEY!!!"

Raungan lantang itu bergema di seluruh ruang hotel hingga menembusi kabus malam, dan sampai ke cuping telinga mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience