SEBELUM puasa bermula dan memastikan rancangannya berjalan lancar, Umar digoda setiap malam. Dan setiap malam juga dia berdoa agar benih Umar melekat dalam rahimnya dan seterusnya tumbuh menjadi fetus sihat. Usaha gigih bercucuk tanam itu membuahkan hasil ekstra bilamana Umar pula yang makin melekat pada si bini macam kambing yang enggan keluar dari kandang.
Bahana manis madu Mimi, Umar sanggup menolak ajakan Ami untuk menyambut hari jadinya bersama-sama di vila. Tetapi kegembiraan sementara itu dipatahkan bila Farid pula yang bising kerana mahu mereka sekeluarga berbuka puasa sama-sama di vila.
Sampai di vila, mereka melihat Aqi sedang bergurau senda dengan empat remaja itu di ruang tamu. Bunyi tawanya riang sekali hingga menarik Umar berjalan laju ke sana sebelum membaling bantal sofa ke belakang kepala Aqi. Tahap kuatnya hingga wanita itu terjatuh tergolek ke lantai.
"Gelak tak ajak!!"
Memang mintak kena rotan!! Dengan kepala berasap, Aqi membalas dengan membaling bantal sofa ke muka Umar. Lelaki itu sempat mengelak tetapi tidak sempat mengelak remote TV yang dibaling sekaligus oleh Aqi. Mengenai tepat ke muka. Empat remaja itu bersorak dan sama-sama tergelak, manakala si bapak pula tercabar. Lalu mereka semua perang bantal sejam sebelum berbuka. Maya yang nak menghalang lekas meminta bantuan Farid, tetapi lelaki itu pula yang join sekaki. Siap bertaruh, siapa kalah kena belanja makan pizza untuk moreh.
Kekecohan itu tidak dikongsikan oleh Mimi yang hanya mampu memerhati dari jauh. Dengan langkah berat, dia menjauhkan diri untuk menyendiri di bilik tetamu.
DIA mengenali seorang tomboy yang dipanggil dengan nama Aqi seawal 16 tahun, bila kekasihnya merangkap samseng sekolah ketika itu, yakni Umar Darius the Mad Dog, dimasukkan ke dalam bilik cikgu disiplin kerana bergaduh dengan budak baru yang juga dah menempah nama di sekolah itu, Aqi the Wild Cat. Kedua-duanya diletakkan di dalam kelas yang sama, sebuah kelas khas yang menempatkan angkatan pecah perintah sekolah supaya mudah untuk cikgu memantau mereka. Sebab kenapa mereka tidak dibuang sekolah kerana semua ahli kelas nakal itu merupakan pelajar pintar yang masih memberi keputusan cemerlang dalam akademik yang membantu ranking sekolah.
Pada mulanya dia tidak pedulikan Aqi kerana perempuan itu kasar dan tomboy orangnya. Aqi tidak sama macam pelajar perempuan lain yang terang-terang cuba nak merampas Umar darinya. Tetapi di belakangnya, hubungan Mad Dog dan Wild Cat itu bertambah baik kerana berkawan dengan yang orang sama. Mimi mula menyedari bahaya kehadiran tomboy itu bila Umar meminta putus dengan alasan nak menjaga Aqi.
Ha?
Kemudian dia dikejutkan pula dengan berita Aqi rupa-rupanya dah menjadi keluarga ipar Umar, malah duduk bersama di Vila Orked kerana status Aqi sebagai anak yatim piatu dan seterusnya diterima pula sebagai anak angkat keluarga Umar. Kemudian dua orang itu dikahwinkan pula.
Ini, dia tidak jangka. Ini, dia langsung tak sangka!!
Semakin lama Umar mengenali Aqi, semakin kecil dirinya di mata pemuda itu. Perhatian si lelaki yang pernah ditumpahkan kepadanya beralih arah pada perempuan yang gemar membuat keputusan dengan penumbuk itu. Perasaan Umar pada perempuan itu cukup kukuh hingga sedikit pun Mimi tak mampu nak mencelah masuk. Walaupun Mimi cuba untuk berlagak kesian. Walaupun dia cuba nak mencari lelaki lain. Walaupun dia cuba menarik perhatian Umar dengan melahirkan anak luar nikah dan menamakan anak lelakinya itu sebagai Umar Darius sebagai tanda cintanya pada Umar, tetapi lelaki itu tetap tidak memandangnya dengan renungan cinta, melainkan kasihan semata.
Hinggalah pada suatu hari, dia dimaklumkan pasangan suami isteri itu dah bercerai. Tetapi Umar terlalu marahkan Aqi hingga semua kaum perempuan di seluruh dunia dilabel tak boleh dibuat bini. Maka, dia tak mampu berbuat apa-apa melainkan menunggu dan terus menunggu.
Kemudian 10 tahun berlalu. Mimi masih cuba mencuri perhatian Umar walaupun dia sendiri sudah memiliki pasangannya sendiri. Yelah, walaupun hatinya hanya pada Umar, tubuhnya masih hauskan belaian lelaki. Walaupun sekadar perkahwinan cina buta, Mimi tak peduli. Sekali sekala, dia cuba mencuri masuk ke dalam rumah lelaki itu dan menggodanya dengan menggunakan aset tubuh, tetapi tahap setia Umar pada Aqi sekukuh adamantium. Hingga Mimi merasa benci yang meruap-ruap pada perempuan yang dah hilang tanpa kesan itu.
Perempuan itu menghilangkan diri, kau sanggup menunggu sepuluh tahun dah kenapa?? Tak ke bodoh namanya?
Tetapi itu juga bukti kualiti seorang lelaki bernama Umar Darius. Mimi tidak pasti apa yang berlaku pada dirinya, tetapi sedikit sebanyak, dia menghormati keputusan itu. Dia pasrah. Dalam tempoh ini, Mimi menukar niat dan mendekati Umar sebagai kawan semata, dan itulah pertama kali dia menerima layanan lelaki itu dengan lebih ikhlas. Malah Ami si anak perempuan nakal itu turut menunjukkan rasa suka melayannya.
Hingga Ami berusia 12 tahun, dia mendengar berita dari Maya yang anak gadis yang baru baligh itu hampir-hampir dirogol semasa waktu solat Jumaat. Malah yang menyelamatkan Ami bukan orang lain melainkan emak kandungnya sendiri.
Itu berita besar. Aqi akhirnya pulang! Kesetiaan Umar menunggu akhirnya berbuah! Tetapi harapan tinggal harapan, kerana sekali lagi Aqi menghilangkan diri. Lesap tanpa berita macam ais dimamah mentari. Macam manifesto kerajaan yang tak kompeten. Macam Pompeii yang hilang dalam peta. Hingga Umar patah hati dan jambang penuh di mukanya. Hingga Ami terpaksa pergi ke vila untuk meminta makanan serta pertolongan untuk memulihkan ayahnya. Hingga si gadis membuat akaun instagram untuk meminta emaknya balik semula ke rumah. Dan Maya dan Farid menjadi agen pencari jodoh supaya si patah hati itu lekas-lekas menemui pengganti.
Dan tiadalah perempuan lain yang lebih mengkehendaki Umar Darius lebih dari Mimi Rainita. Peluang itu akhirnya sampai padanya! Demi menuntut cerai dari suaminya, dia sengaja membawa lelaki lain masuk ke rumah dan biar kantoi dia ditemui tidur dengan lelaki lain depan mata suaminya. Selepas menerima talak, dia terus menghulur tangan pada Umar pula.
Umar mulanya menolak.
"Aku takda niat nak kahwini perempuan yang aku tak cintai, Mimi... ini semua plan bodoh abang dengan Kak Maya... Ami pun duk complain macamlah aku tak boleh survive... lagipun, aku tak boleh menjaga seorang isteri dalam keadaan aku sekarang. Aku even tak boleh nak jaga Ami sampai dia kena cari makan kat vila! Aku kena baiki diri aku dulu..."
"Awak nak baiki diri awak macammana?"
"Aku tak tahu... aku sangat-sangat tak—kenapa dia sanggup buat aku macam ni?!"
Mimi menahan terkejut bila lelaki itu menumbuk dinding. Ah, baran Umar langsung tak berkurang. Tulang knuckle yang baru saja nak baik dari luka, dah bertambah luka baru. Lelaki ini memang gemar melepaskan emosi negatifnya dengan penumbuk, malah diturunkan perangai itu pada anak perempuannya juga. Tubuhnya turut susut. Kesiannya keadaan lelaki ini kerana patah hati semata.
"Sebab tu awak perlukan isteri, Mar. Sebab awak memang tak boleh survive. Tengoklah cermin. Tengok keadaan awak. Ini yang jadi sebab awak setia sangat tunggu Aqi tak guna tu.... Mimi cintakan Mar dari dulu. Hati Mimi setia dengan Mar dari dulu, tak pernah berubah. Mimi takkan lukakan Mar macam yang Aqi buat..."
"Kau masih isteri orang, kan?"
"Mimi baru je kena cerai."
"Ohh? Kenapa?"
Tidak dijawab. "Lupakan Aqi dan tumpukan perhatian dekat Mimi. Mimi akan jagakan Mar dengan jauh lebih baik berbanding dia.... Kita kahwin, jom?"
Lelaki itu masih ragu-ragu. Walaupun hatinya tengah segar luka berdarah, tetapi dia masih sukar nak menyerahkan kerusi itu pada perempuan lain. Seumur hidupnya, kerusi itu didiami Aqi. Walaupun dah bertahun-tahun kosong tak diisi, otak bodohnya lebih tergerak nak mempercayai potensi Aqi pulang semula ke rumahnya dan mengisi kekosongan itu semula berbanding membuka ruang pada wanita lain.
Sebuah peluang kedua yang sukar sekali nak diberi pada diri sendiri.
Dan ketika ini, Mimi ialah saksi utama yang melihat betapa kukuhnya setia seorang Umar untuk perempuan bernama Aqi. Entah kenapa, dia semakin hilang sabar nak memiliki lelaki ini. Dia mahukan setia itu untuk dirinya juga! Jika Aqi pulang, mungkin peluangnya akan tertutup ketat, tetapi buat masa sekarang, dia berada di lokasi yang betul dan tempat yang betul. Sebuah peluang keemasan kerana lelaki ini sedang berada di persimpangan. Sebelum perempuan lain berjaya mendapatkan duda kacak ini, dia perlu bertindak lebih pantas.
Dua butang blouse teratas ditanggalkan. Setelah mata lelaki itu tertumpu ke lurah dadanya, tangan Umar dipandu pula ke pahanya. Perlahan-lahan ditarik hingga ke pangkal. Mimi spontan tersenyum bila terasa pahanya dicengkam.
Umar tetap lelaki tulen.
Godaannya membuahkan hasil beberapa bulan kemudian. Dia benar-benar bahagia setelah Umar menghalalkannya walaupun dengan bantahan Ami. Umar romantik. Umar tahu menjaga makan minum dan duit shoppingnya. Dia tak perlu bersusah nak menjaga rumah kerana Umar tidak memaksa-maksa. Umar gemar memanjai perempuan yang disukainya. Dia dah pernah merasai kasih sayang lelaki ini suatu masa dahulu, dan akhirnya dia mampu menikmatinya sekali lagi dalam skala yang jauh berbeza.
Dan sama macam tempoh percintaan mereka semasa remaja, kali ini sejarah berulang. Aqi muncul tanpa dijangka! Dasar perempuan pengacau! Mimi mulanya lega bila melihat kemarahan Umar pada perempuan hati batu itu, tetapi sama macam dahulu, Mad Dog dan Wild Cat itu tetap berbaik kerana faktor luaran.
Jika dahulu, kerana mereka berkawan dengan orang yang sama.
Sekarang, kerana mereka berkongsi anak. Malah kembar itu bijak pandai serta cergas anggota badan, kategori generasi sihat yang tidak setanding dengan anaknya yang menjadi sampah masyarakat.
Ah, dia benar-benar bencikan perempuan itu!!
Mimi...
Tambah-tambah semua orang mahu dia berbaik dengan Aqi. Baik Umar, Batrisya, Maya, malah Ami dan Emir sekalipun! Kejadah nak berbaik dengan Aqi dan anak-anak bodoh dia! Mimi tak pernah bersetuju nak bersatu dengan keluarga Aqi! Malah dari awal lagi dia dan Ami tak pernah berbaik, dan Umar juga tahu. Walau berapa ribu kali Umar atau yang lain-lain memintanya melayan Ami macam anak sendiri, tidak mungkin dia boleh melihat anak perempuan yang dibencinya itu sebagai anak sendiri!
Mustahil!!
Mimi? Teruk nau melamun? Setan kena ikat sekarang, kan? Mimi!! Kembalilah ke dunia nyata! Ohh biniku sayang...!
Tentang strateginya untuk meniru strategi Aqi menggunakan anak untuk memikat Umar, dia dah tak boleh menunggu benih Umar untuk bercambah di dalam rahimnya. Dia perlu mengikat Umar sekarang! Bayi itu boleh diusahakan bila-bila masa.
"Sayang!!"
Mimi terperanjat, spontan menoleh. Suaminya sedang merenungnya bersama kerut.
"Dah nak masuk waktu berbuka dah ni. Jom. Fikir apa sampai melamun jauh sangat? Kenapa tak turun tolong mereka bersiap untuk berbuka kat bawah?" tegur Umar pula.
Lelaki ini pun sejenis masalah yang tak susah nak dibaiki. Kerja gila nak memasak di dapur yang sama dengan Aqi. Ah, Umar tahu dia bencikan Aqi, cuma lelaki ini tak peduli.
"Sayang tunggu abang." Muka kacak itu diusap lembut. "Sayang ada hadiah special untuk abang..."
Umar terkedu seketika sebelum tersengih nakal. "Oh...?" Terus pinggang ramping itu ditarik ke arahnya. Namun tak sempat diciumi wajahnya bila Mimi menolak tubuhnya.
"Sayang sebut special, abang terus fikir benda tu? Sekarang tengah puasa abang oi."
Mata dipejam kelip dua tiga kali. "It's not...?"
Dia buat muka comellah pulak... "Haih... bolehlah."
Umar tergelak dan wajah isterinya diberi kasih sayang secukupnya. "Selebihnya abang tuntut lepas terawih. Jom turun."
Lekas dia menahan bila Umar nak memimpinnya ke pintu. "Tapi bukan pasal tu je, bang... hahaha. Yang tu anggaplah bonus. Sayang nak bagi benda special lain..."
"Benda apa?"
"Tapi kita kena balik rumah kalau abang nak dengar..."
"Abang dah cakap tunggu lepas terawih, kan? Takkan nak pecah puasa sekarang."
"Bukan seks!" Geramnya. "Benda lain..."
Umar mengerut dahi. Mula hilang minat. "Benda apa? Jangan main tarik tali. Cakap je lah..."
"Sayang nak abang seorang. Sayang nak sambut hari jadi abang dengan abang sorang... orang lain tak perlu..." bisiknya sebelum mengucup pipi suaminya. Namun tubuhnya pula ditolak Umar.
"Vila full house hari ni. Theres no way abang balik sedangkan kat bawah tengah meriah." Wajah itu direnung lembut.
Godaannya ditolak kerana Aqi dan anak-anaknya? Mimi tertunduk, mengeluh berat. Sebab itulah dia perlu menjalankan rancangannya sekarang.
"Life abang sepatutnya dengan sayang seorang, bukan dengan family abang tu semua, tau..." juihnya.
Umar memicing lagi. Dia perasan hubungan Mimi semakin dingin dengan yang lain-lain, tapi bila sampai menjauhkan diri macam ni sekali, apa yang dah berlaku? "Kita boleh sambut berdua nanti, tapi hari ni abang nak sambut dengan keluarga abang. Noktah." Tegasnya. Niat nak bermanja dengan isterinya juga memudar kerana kecewa. "Benci awak pada Aqi, abang dah lama maklum. Tapi for goodness sake, anak-anak abang tak bergaduh dengan awak sampai dua puluh tahun sampai awak bencikan mereka macam awak bencikan Aqi. Come on. Sekarang tengah Ramadhan. Lembutkan hati tu, sayang..."
"Mereka anak-anak Aqi."
"Mereka anak-anak abang!"
"Mimi boleh bagi anak sendiri dekat abang..."
Keluh dihembus. "Abang dah cuba beranakkan awak sejak malam pernikahan kita. Tapi belum ada rezeki..." Kepala ditundukkan ke perut isterinya yang masih rata. Alang-alang menunduk, matanya berehat ke dada isterinya. Menarik sungguh untuk direnung.
Mimi pula tak perasan fokus si suami yang dah lari. "Benda tu yang sayang nak bagitau ni..." ujarnya, tetapi tiada respon dari si lelaki. "Sayang pregnant," sambungnya bersama senyum. Sejenis penipuan yang cukup berisiko, tetapi Mimi sanggup menerimanya.
Umar dah bertukar pekak bahana leka merenung aset wanita di depan mata. Sebuah nikmat melihat.
"Abang!" panggil Mimi lagi, geram.
"Ya?" Pandangan dialihkan ke wajah isterinya.
"Dengar tak?"
"Ha... yea... abang dengar..." Telinga digaru dan anak mata hazelnya melurut turun sekali lagi. Naluri lelaki Umar terpancing sepenuhnya.
Geram lagi, lalu bajunya dibetulkan supaya dada tertutup. Barulah fokus si suami kembali padanya. "Sayang cakap apa?" soal Mimi lagi.
"Kita buat lepas terawih?"
Si miang ni kan!! "Yang sayang baru sebut tadi la...!"
"Hahaha..." Tergelak pula dia, membuat Mimi mendengus. Pinggul itu dipaut sambil bergerak ke pintu. "Jom berbuka. Abang tak sabar dah ni!"
"Abang tak dengar..." keluh si bini.
"Awak cakap je... sekarang boleh, nanti pun boleh..."
"Sayang cakap sayang pregnant!" luahnya geram, sekaligus membuatkan Umar menekan brek terus.
BERITA gembira itu terus dikongsikan pada semua ahli keluarganya yang dah berkumpul di dapur menunggu waktu berbuka. Aqi punya gembira sampai terus memeluk Mimi hingga mengejutkan semua orang. Senyumannya melebar sampai kedua belah telinga.
"Congrates ya Allah!! You're going to make Umar so happy!! I'm so happy for you!!" luahnya siap terloncat kecil. Tingkah lakunya membuat yang lain antara keliru dan tersenyum. Aqi sepatutnya membenci Mimi... bukan? Jadi kenapa gembira sangat?
"Ma happy nau?" tegur Ami terus dengan mata dipicing.
Aqi menoleh dengan senyum luas dan mata bersinar. "Kau akan dapat adik!!"
Ami dan Emir sama-sama gamam. Maya, Farid dan Umar pula serentak menghela nafas spontan, kagum dengan bersihnya hati Aqi. Farid memberi isyarat pada Umar untuk beralih untuk membincangkan sesuatu, sekaligus meninggalkan mereka di meja dapur.
"Adik, ehh... Ami dapat adik..." Ami melangut ke siling, membayangkan budak kecil dalam kepala. Seronok juga boleh mengajar adiknya main kasut roda....
"Aku harap adik tiri aku tu lebih comel, dengar kata, dan bijak pandai dari kau," ujar Emir tiba-tiba, membuat Ami menoleh dengan mata mencerlang. Komen itu membuatkan Junior dan Munirah pecah gelak sebelum turut mengayat adik sepupu mereka.
Maya turut tergelak manakala Aqi berpaling semula pada Mimi dengan senyuman luas. "Thanks. That's a very great news to share..." Bayangan Umar memeluk bayinya sendiri memberi rasa terharu yang amat sangat di hati Aqi. Sebetulnya dia menyimpan sesal yang tiada kesudahan kerana menyembunyikan kelahiran Ami dan Emir dari bekas suaminya. Anak-anaknya diazankan orang lain selain bapa mereka. Jadi sebab itulah dia benar-benar gembira Umar masih diberi rezeki untuk merasai pengalaman itu, terutama dengan perempuan yang dah dipilihnya. Lalu Aqi merapati Mimi, berniat nak memeluk isteri Umar itu.
Namun gembira si wanita nyata tidak dihargai Mimi. "Jangan sentuh aku!" marahnya, lalu menolak Aqi sekuatnya hingga terundur beberapa tapak. Belakang pinggang terhentak bucu meja, lalu dia terjatuh ke lantai sebelum mengerang kesakitan.
Maya bulat mata sebelum memandang Mimi dengan nafas sendat. Ya Allah....
"Jangan berkasar dengan ma!!" jerit kembar itu pula. Serentak. Lantangnya raungan kemarahan dua suara itu berpantulan di setiap dinding vila hingga menghentam telinga Umar dan Farid yang tengah menyembang di ruang tamu. Tapi kembar itu tak peduli. Bahang di hati bukan kepalang.
Aqi sedaya upaya memberitahu yang dia okay, tetapi kedua-duanya enggan mendengar. Air muka mereka ketat sekali, dan mata hazel masing-masing menyala marak macam mata Umar bila marah.
"Ada apa ni?" tegur Farid sambil merapati dapur. Melihat Maya, isterinya memberi isyarat akan bercerita kemudian. Umar di belakang, mengerut dahi melihat Aqi duduk di lantai sambil menggosok belakang pinggang. Kembarnya pula berdiri di depan emak mereka seakan-akan melindungi emak mereka dari emak tiri mereka. Lalu lelaki itu memandang isterinya dengan tanda soal—awak tolak Aqi?
Mimi mendengus bila menyedari tanda soal di muka sang suami. "Aqi berkasar dekat Mimi."
Farid menjungkit sebelah kening. "Tapi yang dijerit tadi macam lain..." balasnya sambil menoleh pada Aqi dan anak-anaknya. Kedua-dua remaja itu masih dengan muka ketat. Entah apa yang berlaku sampai dua budak gula overdose ini boleh bad mood sampai macam ni sekali. Aqi turut mengesan mood swing anak-anaknya, lalu berusaha bangun sebelum menggosok kepala keduanya.
"We're okay," tuturnya bersama senyum.
Si ketua keluarga menghela nafas dalam. "Kau tak pernah tak okay, Aqi..."
Bila Umar merapati mereka, Mimi lekas mencapai tangan suaminya dan ditarik ke kerusi yang jauh sedikit. Berita gembira dari Mimi masih kuat kesannya hingga Umar mengekori gerak si isteri penuh taat. Baru saja nak duduk, terdengar suara Aqi mengaduh sakit. Umar menoleh lagi, melihat wanita itu membetulkan tulang belakang sebelum menarik kerusi kayu berlian yang berat itu. Lengan kurus itu pun bersusah nak menarik kerusi yang berat, membuatkan Umar tersenyum haru. Dia bangkit semula.
"Duduk sebelah aku, jom."
Bulat lagi mata mereka semua, terutama Mimi. Lelaki bermata hazel itu dengan selamba menarik bekas isterinya supaya duduk di sebelahnya. Malah kerusi kayu berlian itu turut ditarik supaya Aqi duduk.
"Abang!" jerkahnya, terbangun semula.
Umar buat tak dengar, malah memberi arahan pada kembarnya untuk duduk lekas sebab waktu berbuka nak masuk. Aqi masih ragu-ragu nak duduk kerana tegangnya muka Mimi ketika ini.
"Aqi, duduklah..." tegur Farid pula. Orang dahlah tengah lapar, dia boleh nak berdrama.
Wanita itu duduk juga akhirnya, terutama bila Umar menarik lengannya sekali lagi. "Pinggang kau okay?" soal lelaki itu pula.
Farid dan Maya serentak merenung Umar dengan kening terjungkit.
Mimi pula menelan liur. Dia masih tidak dapat menggenggam Umar sepenuhnya dengan seks dan deklarasi mengandung? "Abang sengaja nak sakitkan hati sayang ke!" getus Mimi, masih ada mood nak marah.
"Umar Darius, control your significant other please? Lima minit je lagi nak masuk berbuka ni," potong Farid.
"Jangan nak buat macam Mimi yang salah! Suami Mimi tarik perempuan murah tu duduk sebelah dia macamlah Mimi takda nilai kat sini!"
Masih nak cari masalah. Umar menarik nafas dalam. Mata dipejam, meraih sabar, sebelum kembali merenung wajah yang semakin hilang nilai kecantikannya itu. Rupa memang ada, tapi dah bertukar biasa-biasa.
"Sayang... cool off."
"Sayang taknak Aqi duduk sebelah abang!!" Makin nyaring suaranya.
"Its best aku duduk tempat lain..." keluh Aqi sambil bangun, namun terduduk lagi bila dia ditolak pula dari tepi, iaitu belah anak perempuannya. Aqi menoleh pelik, melihat Ami berdiri untuk menentang Mimi. Mata itu mencerlang dengan muka marah. Ah, sudah...
"Kenapa hati aunty hitam sangat??"
Emir melihat jam. "Lagi tiga minit nak azan..." ujarnya dengan suara dikuatkan supaya semua orang dengar. Sekarang waktu makan, bukan nak bergaduh!
Tetapi apa yang disimpan dalam hati tidak disuarakan ke telinga adiknya. Kerana dia maklum baran di hati Ami lebih mudah meletup berbanding dia.
"Ami..." Aqi lekas bangun dan menarik tangan anak perempuannya tetapi gadis itu tidak berkutik. Terus menentang Mimi macam anak singa melawan cougar yang menyerang kawasan mereka. Bahangnya sampai ke kepala hingga panas berapi! Dulu abangnya dicabul. Ayahnya digoda sampai tewas. Ibunya ditampar kemudian ditolak sampai sakit belakang. Liur ditelan. Keras sekali.
"Gorius, anak aunty yang ayah belasah sebab rogol Ami, masih cari bapak kandung dia sampai sekarang," ujar gadis itu, membuat mereka semua spontan menoleh dengan mata mencerlang, termasuklah Maya dan Farid. Cerita ini, mereka tak pernah dengar! Mereka tahu Umar membelasah anak Mimi tapi mereka tak tahu kenapa! Umar dan Junior meraup muka manakala Mimi tergamam. "Keturunan aunty bukannya bagus sangat sampai benci sangat dengan keturunan ma macamlah aunty mulia sangat! Sedar diri tu sikit sebab ayah sayangkan aunty hanya sebab simpati semata dan sebab ma jaga nama baik dia! Aunty patut bersyukur ma bukan perempuan penggoda macam aunty! Kalau tak, ma boleh rampas ayah jauh lebih awal dan buatkan ayah tinggalkan aunty macam Emir tinggalkan girlfriend dia setiap bulan!"
"Aku pulak yang kena...??" Emir bertanya pada ikan keli masak lemak di depan mata.
"Kau kena rogol...??" Aqi bertanya dalam suara sendat. Kenapa Umar tak memberitahunya? Lalu kepala dipusing pada lelaki itu yang tengah menggaru kening. "Anak perempuan aku kena rogol?? ANAK DARA AKU KENA ROGOL?!!" Putus akal. Mukanya semerah saga dan suaranya juga nyaring macam siren amaran.
Umar menelan nafas. Dia mengucap syukur bila bunyi azan kedengaran, tanda waktu berbuka dah masuk dan merasmikan hari puasa yang pertama. Tetapi semasa mereka baru nak menikmati juadah dengan rasa pahit di anak tekak, Mimi menambah lagi janggal itu.
"Kau tu... masih kecik. Bulu kau kat bawah tu masih nipis! Kau tak tahu apa-apa! Jadi lebih baik kau diam dan jangan berlagak macam kau tahu sangat hal orang yang jauh lebih tua dari kau! Hormat sikit!"
Farid naik angin kini. "Umar!! Kalau tak pandai control keluarga kau, jangan berbuka kat rumah abang lagi!!"
Nasi kini dikemam dalam mulut. Masam rasanya.
"Belajar hormat bapak aku dulu sebelum demand hormat dari orang lain la perempuan murah!" Mulut Ami dah hilang insurans kali ini.
Aaaahhh.... semak. Junior, Munirah dan Emir dah mengangkat pinggan ke tempat lain. Ami dan Mimi masih bergaduh tak pedulikan yang lain. Maya cuba menenangkan Farid, manakala Aqi masih menahan marah dan tangis sekaligus.
Ya. Aqi menangis lagi. Sebab dia lagi.
"Dammit," desisnya rendah. Lalu dia bangun. Aqi ditarik sekali sambil berjalan ke pintu rumah.
"ABANG?!!" Mimi menjerit terkejut.
Umar buat tak dengar. Bekas isterinya disumbat masuk ke dalam Prius, enjin kereta dihidupkan dan tanpa sempat dipanaskan, terus dipandu keluar dari vila. Mimi yang mengejar hingga ke pintu rumah, terpinga ditinggalkan.
Share this novel
bagi aqi jumpa lelaki yg cinta n sayang dkt aqi n anak2 aqi dn ank2 aqi dpt menerima lelaki tu
bodoh si umur ni turut sngat cakap betina tu kata cinta aqi tp kau besedap sedap jugk dengn bini bodoh kau tu