Rate

Part 27: MIMI ATTACK!!

Romance Series 24823

"KAU nak ke rumah ayah?" Soalan kepastian.

"Yeap."

"Ohh... nak ikut!" Lekas dia berlari ke muka pintu, pantang melihat abangnya meninggalkannya seorang.

Emir merenung datar. "Kau temanlah ma ayah... takkan nak biar mereka berdua dalam rumah kosong."

Ami menahan ketawa. "Aku prefer call orang masjid kalau macam tu. Biar mereka kahwin free terus!" Automatik idea itu keluar macam air gunung. Malah sengih tak bersalah diberi pada si abang membuat si pemuda menghembus nafas panjang.

"Yang penting jangan sampai ma ayah gaduh teruk lagi, tau."

Kepala si adik terlentok ke kanan, mengesan sesuatu dari reaksi hambar itu. "Kau nak pergi pujuk aunty Mimi sebenarnya, kan?" tekanya pula.

Langkah Emir terhenti terus. Adiknya pun agak sharp orangnya. "Kalau boleh buat ma ayah tak pening kepala lagi, why not?" Dia mengaku terus.

"Fine, kau try la bercakap dengan dia. Aku siap dapat penampar sebab nak minta dia terima ma sebagai family member. Dia bencikan ma sampai kebencian dia melarat dekat kita. Tapi maybe kalau dengan lelaki, dia lebih lembut hati..." luah Ami lalu mencekak pinggang.

Emir mengangguk. "Apa-apa aku roger," ujarnya, lalu bergerak keluar.

"Baik-baik. Jangan sampai kena gigit."

"Kalau aku kena gigit, aku hantar telepati minta kau terbang selamatkan aku."

"Hahahha aku serius ngok!"

"Rileks ah. Dia masih mak tiri kita. Apa je yang dia boleh buat dekat anak tiri dia," balasnya santai sebelum menghilang disebalik pintu. Ami yang ditinggalkan dalam rumah menghela nafas dalam.

"Dia tak percaya cakap aku..." keluh Ami rendah.

RUMAH dua tingkat yang dihiasi laman berumput dan pokok bunga itu dimasuki. Ruang tamu kosong. Entah dimana emak tirinya. Niatnya nak mendapatkan baju ayahnya, tetapi jika bertembung dengan emak tirinya, Emir dah bersedia dengan hujah dalam kepala.

Kelihatan pintu bilik tidur ayahnya terbuka. Dengan lafaz bismillah, kepala dijengul ke dalam. Ternampak mak tirinya yang sedang berkemban dan berbaring di katil. Nampak fokus sekali dengan handset di tangan. Liur terasa kelat tiba-tiba, mengesan bahaya jika dia memunculkan diri. Tetapi dia ada misi hidup hari ini, dan misi itu memerlukan dia menghadap wanita yang membenci emaknya itu. 

Hati mengucap basmalah sekali lagi, lalu mengetuk pintu. "Assalamualaikum... aunty?"

Mimi yang sedang online shopping lalu menoleh terperanjat. "Eh, Emir?!" Spontan meloncat bangun.

Si pemuda memasang sengih janggal. "Boleh kita sembang kejap?"

"Kau bawak lipan lagi?!!"

Emir spontan tergelak, membuat Mimi pula terpaku. Rias wajah Umar semasa zaman muda menyapa bayangan dan bergabung dengan wajah Emir, membuat hatinya melembut pada anak tiri lelakinya itu. 

"Tak... takda bawak lipan. Hari ni Emir bawak kasih sayang..." Tangan dibuat bentuk love. 

"Ohh..." Terpaut hati perempuan dibuatnya. "Masuklah."

Emir baru nak melangkah, namun lekas-lekas tersedar situasi itu sekarang. Emak tirinya tengah berkemban, takkan dia nak masuk. Dahlah tengah duduk atas katil. Emak sendiri dia langsung tak peduli, tapi bukan perempuan mahram. Lalu dia berundur semula ke pintu.

"Tentang ma... boleh tak aunty berbaik je dengan dia?"

Mimi tidak menjawab, sebaliknya merenung batang tubuh muda di pintu biliknya itu. Malah diteliti atas bawah.

Emir masih bersuara. "Ma fully intended nak buat kawan dengan aunty Mimi. Ma nak hidup selesa dekat sini, dengan ayah, dengan Bang Farid semua.... Aunty termasuk sekali sebab aunty wife ayah. Tapi bila tengok keadaan sekarang... dia dah tukar niat."

"Ma kau rampas suami aunty."

Emir tidak menjawab. Tak guna cuba nak menukar fikiran wanita itu. "Apa yang Emir boleh buat supaya aunty boleh terima ma sebagai penambahan dalam hidup aunty? Sebagai perempuan yang berkongsi anak dengan suami aunty? Kalau kita berlima boleh jadi sebuah keluarga... tak perlulah kita bertekak dan menangis. Ayah pun boleh hidup dengan lebih tenang."

"Kau datang ke sini sebab nak cakap benda ni?"

Angguk. "Emir tak suka tengok semua yang berlaku. Ma, Ami, ayah... aunty bergaduh dengan mereka bertiga sekaligus. Emir tak cukup kenal aunty, jadi mungkin kita lebih mudah untuk berkenalan. Emir boleh bantu aunty berbaik dengan yang lain."

Nak berkenalan eh?

Kening Mimi terjungkit tinggi. Kemudian dia beralih ke hujung katil. Kaki kiri dilipat ke atas kaki kanan, mendedahkan pahanya. Kembannya turut melonggar sedikit kerana kerap bergerak dari tadi, membuatkan pangkal payu daranya ternampak sedikit termasuk lurah yang dalam itu. Dia gemar menggoda Umar, tetapi anak tirinya itu pun boleh tahan juga. Lagi-lagi Emir memiliki rias yang cukup serupa dengan Umar semasa suaminya itu muda. Raut wajahnya, ketinggiannya, gaya rambutnya, dan otot yang masih terbentuk itu. Dia belum sasa seperti si ayah, tetapi susuk tubuh itu tetap ada.

"Emir, kau dah mimpi basah?"

Berkerut terus kening tebal itu. Apa relevan?

"Aunty dengar kau playboy budaknya. Tapi aunty faham kenapa budak-budak perempuan tu kejar kau..." Sama macam Umar direbut pelajar di sekolahnya semasa mereka remaja, tetapi Umar jenis tak melayan perempuan sesuka hati. Dia hanya fokus pada yang berjaya menggenggam hatinya. Cuma dia dan beberapa gadis yang bertuah merasai perhatian Umar walaupun Aqi mungkin ialah pemenang sebenar.

"Aunty, Emir tengah cakap pasal ma... bukan pasal Emir..."

"Aunty dengar. Aunty faham. Tapi kau yang tanya apa yang kau boleh buat supaya aunty terima ma kau, bukan? Supaya kita boleh jadi keluarga besar..."

Kepala diangguk deras.

Mimi menguntum senyum, lalu katil ditepuk.

Terkebil si pemuda. "Emir okay je berdiri di sini..."

"Girlfriend kau berapa ramai?"

"Emir taknak sembang pasal tu. Emir nak ajak kita berbaik."

"Aunty memang nak berbaik dengan kau. Aunty dah lama perhatikan kau. Dari awal lagi." Senyum diukir meleret. "Dalam ramai-ramai girlfriend kau, kau dah merasa salah seorang dari mereka?"

Liur ditelan. "Mereka yang panggil Emir boyfriend mereka. Tapi Emir takda perasaan walau sedikit. Mereka datang, Emir layan je la."

Gelak lalu. "Kau betul-betul lulus jadi playboy tulen." Tangan ditongkat ke belakang dan payu dara ditunjal ke hadapan. "Jadi, pernah rasa tak?"

Soalan itu kedengaran merbahaya. "Rasa apa benda ni..."

Mata diisyaratkan pada tubuh montoknya sebelum memberi senyuman manja pada pemuda yang penuh dengan hormon itu. "Aunty boleh bagi kau rasa. Kau mesti akan suka. Boleh ketagih!"

Lidah digulung ke lelangit. Menyedari maksud itu. Dan dia benar-benar tidak menyukai sikap yang ditunjukkan wanita itu sekarang ini. "Emir anak tiri aunty tau."

"Takda siapa akan tahu kalau kau tak ceritakan..." Lalu dia bangun. Emir bukan Umar, tapi sedikit sebanyak, dia rindukan jua sebatang tubuh muda. Ketinggian itu pun cukup untuk menarik minatnya.

Emir dirapati dengan laju. Pemuda itu spontan terundur hingga tersandar ke dinding. Menyirap terus darah bila ibu tirinya itu menempel payu dara ke tubuhnya.

Ini betul-betul tak dijangka!!

Dalam masa beberapa saat, Emir nampak segala-segalanya yang berlaku, pada benang ikatan syaitan yang memainkan Mimi seperti sebuah boneka. Tubuh mereka bertemu. Mimi menggesel paha ke kangkangnya. Kemudian wanita itu menghembus nafas ke telinganya, sekaligus membuat seluruh tulang belulangnya bergegar.

Hatinya menjerit meminta tolong dari yang Berkuasa di langit. Allah yang Maha Mendengar, menghantar Ami untuk mengekori si abang dan seterusnya melihat apa yang berlaku.

"Emir, ada mana—"

Gamam.

Emir berjaya melepaskan diri dan terus melarikan diri ke pintu. Ami pula terus terkaku di tempatnya, merenung Mimi dengan pandangan keliru.

"Mereka ada iras... tapi Emir bukan ayah..." Gila. Dia tak sukakan Mimi tapi dia sendiri tak menyangka dia akan menyaksikan perkara sebegini buat kali kedua! Dulu ayahnya, sekarang abangnya pula!!

Mimi merenung datar. "Itu sebagai hukuman sebab cuba nak suruh aku berbaik dengan ma engkau."

Hidung Ami terjungkit. "I see..." Dia berlari ke arah wanita itu, lalu merampas tuala di tubuh itu hingga tertanggal terus. Mimi terpekik sambil berusaha menutup tubuhnya. Lagi-lagi bila Ami membuang tuala itu ke tandas. Bila wanita itu mendapatkan tualanya, Ami bergegas ke bilik tidur ayahnya dan mencapai baju seluar yang dirasakan perlu. Seterusnya dia terus berlari keluar dan langsung tidak memandang ke belakang.

DI laman rumah mereka, Emir sedang duduk di depan pintu sambil menyembam muka pada lutut. Bahunya bergegar. Telinganya merah. Maruahnya tercalar.

Si adik merapat bersama simpati. "Aku dah pesan dari awal... jangan sampai dia gigit kau..." ujarnya. Baju ayahnya diletakkan ke tepi, lalu dia duduk di sebelah si abang yang mungkin sedang menahan tangis. "Guess what? Telepati kau sampai kat aku, hahaha. Kita sahih kembar!" ujarnya, cuba bergurau untuk meringankan hati si abang.

Emir tidak bereaksi, membuat Ami memekam bibir. Lalu bahu abangnya dirangkul.

"Kelakar kan? Kau dengan aku sama-sama kena cabul sebelum kawen. Takdir kita."

Emir terkedu, lalu menoleh. Matanya merah berkaca dan hidungnya juga merah berair dengan hingus cair. "Kau pun pernah...?"

Senyuman memujuk dilukis pada wajahnya. "India dua orang. Tapi ma sempat protect aku sebelum mereka sempat buat apa-apa... so aku fairly masih suci..."

"Bila?"

"Darjah enam...  and then, Form 1 sekali lagi. Itu lebih teruk." Kepala dilentok ke kiri sambil merenung langit. Dia tak pernah buka cerita ini pada sesiapa, dan hanya keluarga terdekat yang tahu. Malah disimpan kemas supaya terkubur tanpa tanda. Tetapi demi memujuk hati abangnya, Ami sudi membuka pekung di dada. "Kali kedua ialah dengan anak aunty Mimi, Gorius. Dia datang nak tumpang bermalam, tapi dia ambik kesempatan kat aku bila ayah pergi dinner date dengan aunty Mimi. Aku kena ikat kat katil supaya senang untuk dia... yea..." Rawan yang menyerang bila mengingati kejadian itu, ditahan sehabisnya. Emir pula ternganga. "Junior yang selamatkan aku sebab dia datang rumah sebab sebelum tu, aku minta dia ajar homework. Lepas tu... kalau kau nampak macammana ayah naik hantu... Gorius lunyai, weh... dia lunyai teruk... uncle Farid dengan jiran-jiran langsung tak boleh nak halang ayah mengamuk.... Ayah macam kena rasuk. Tangan dia berdarah-darah dengan darah Gorius.... Aunty Maya sampai pengsan sebab terlalu takut. Junior sampai kena call polis untuk halang ayah bunuh Gorius..." luahnya dengan suara dalam, tenggelam dalam memori lama.

Emir terkaku habis. Sampai lupa sekejap apa yang baru berlaku padanya sepuluh minit tadi. "Dasyat..." komennya pula. 

Ami menjilat bibir yang terasa kering. Mukanya berbahang dan air mata jatuh dengan tenang. Dibiarkan kerana hatinya sangat puas bila ayahnya membelasah Gorius sampai hilang bentuk asal mukanya. "Sekarang ni seorang pun tak pernah buka cerita tu. Aunty Maya takut dengan ayah sebenarnya... dia tak boleh duduk dengan ayah kalau orang lain tak teman. Sampailah ma pulang dan buatkan ayah jadi budak-budak semula... macam yang kita tengok..." tambahnya dengan senyum kecil. "Aku nampak ma je yang boleh tolong ayah function macam manusia normal. Sebab tu aku nak sangat mereka bersama semula..."

Si anak lelaki mengangguk. "Masalahnya bini dia tu la..." keluh Emir sambil bersandar. 

Ami turut bersandar sambil merenung langit. "Dia jadi masalah sebab ma ayah ambik peduli sangat pasal perasaan dia... lagipun ma cakap dia masih cintakan ayah... dan aku rasa ayah pun sama. Kalau tak, dia takkan melompat macam tadi just because ma usik leher dia..."

"Heh. At this point, kita tak perlu risau pasal ayah sebab aku rasa dia ready nak angkut ma ke pejabat kadi 24 jam."

Kembar itu tergelak serentak. Lega pengalaman buruk Emir tadi tenggelam dalam pengalaman buruk Ami sendiri. Dan kini mereka bertambah rapat kerana berkongsi rahsia yang hanya disimpan di antara mereka. 

"Kau tinggalkan ayah berdua dengan ma?" tegur Emir, baru perasan.

"Ayah curi-curi pergi mandi masa ma masih kat dapur. Aku keluar la kejap."

"Bukan ke ma tak bagi ayah mandi kat rumah."

"Yeap. Tapi biarlah mereka. Kalau dengar suara ma melenting, baru kita masuk." Pintu ditoleh. "Tapi bila senyap macam ni, aku risau juga..." Telinga ditekap ke pintu. "Maybe mereka berbaik. Maybe akan gaduh. Susah nak jangka... tapi aku rasa mereka takkan gaduh teruk macam sebelum ni sebab mereka takut kita melawan lagi..."

Kata-kata Ami membuatkan Emir tersenyum pada langit. "Mungkin itu apa yang mereka perlukan supaya spark tu meletup kuat sikit untuk trigger feeling mereka. A private, up close and personal space just between them two..." ujarnya rendah. Bila difikirkan balik, sejak keluarga mereka bersatu, dia dan Ami kerap bersama emaknya manakala ayah mereka kerap bersama Mimi. Drama hanya berlaku bila emak dan ayahnya berdua.

Eh?? Itu ke jawapannya?? Anak matanya membulat pada awan.

Ami pula menoleh lalu. "Kau bercakap macam penulis drama." Akalnya tak tercapai apa yang Emir fikirkan tentang hubungan lelaki dan perempuan.

Emir masih mencerlang pada langit, tengah memproses ilham yang baru turun. "They need their space alone..." bisiknya rendah bersama helaan nafas tak percaya.

Ya!! Itulah jawapannya!!

MIMI tahu suaminya dah berbaik dengan Aqi bila lelaki itu menyanyi-nyanyi semasa tengah mencuci kereta. Lelaki itu hanya seriang itu bila kepalanya dah tak kusut dan hatinya lapang macam keadaan langit selepas hujan, yakni bila matahari hidupnya yang bernama Aqi itu bersinar dalam jiwanya. 

Metafora yang menyakitkan hatinya sendiri. 

Baru saja dia nak menegur suaminya, lelaki itu tiba-tiba berlari ke rumah Aqi bila dia melihat kembarnya melambai dari sana. Sampai paip tak sempat ditutup!

Adalah lumrah seorang bini yang takut diduakan suaminya, Mimi bertindak mengekori langkah Umar dan mengintai di sebalik tingkap kereta jiran yang berhadapan dengan rumah Aqi. Dari jauh, dia melihat musuh cintanya itu sedang membakar arang untuk menyediakan barbeque di laman rumahnya. Ami dilihatnya sedang melakukan backflip depan si ayah. Kemudian giliran Emir, tetapi berbanding backflip, remaja lelaki yang meminati ballet itu menunjukkan fleksibiliti seorang penari dengan membalikkan tubuhnya ke belakang, bertapak pada telapak tangan kemudian berdiri semula dengan muka tak semenggah pada penonton, membuatkan mereka naik bengang.

Umar dan Ami sama-sama memberi "Boo...!! Gay...!!" Langsung tidak menghargai bakat Emir dalam bidang tarian mahupun potensi sebagai ice skater sekalipun. Bila Aqi menegur, barulah Umar berlagak macam bapak yang berakal dan memuji potensi anak lelakinya. Kemudian lelaki itu membantu Aqi membakar arang yang masih tak berapi dari tadi.

Mimi tidak pasti apa yang dibualkan dua tukang bakar arang itu, tapi interaksi keduanya jauh sekali dari definisi menggatal sesama sendiri. Ayat yang betul mungkin ialah berseronok membuat aktiviti bersama-sama.

Aqi cukup neutral dalam tingkah lakunya, fokus nak memastikan bara api menyala, tetapi tidak pada si lelaki. Bilamana dia ingat orang tak perasan, atau boleh jadi dia sendiri tak perasan, Aqi direnung seperti seorang romantis yang menikmati sebuah seni lukisan. Tiada sebarang sentuhan atau kata-kata manja, melainkan renungan mata yang memberi khabar cinta. Bila tumpuan perhatian itu menoleh padanya, senyuman Umar memekar seperti bunga seri pagi. Indah sekali dilihat.

Mata dipicing, memikirkan ayat terbaik untuk mendefinisikan apa yang berlaku pada Umar ketika ini. "Dia tengah jatuh cinta..." desisnya rendah.

Sakit di hati disimpan sendiri, kerana selepas konsistensi yang ditunjukkan Umar dan Aqi, Mimi kini boleh telan dan hadam bahawasanya kedua-duanya benar-benar menghormati kedudukannya sebagai seorang isteri. Dia tak boleh nak marah lama-lama, dan hal ini buat dia marah juga!!

"Lebih senang nak mengamuk kalau dia betul-betul curang..." dengus Mimi pada Umar yang tengah mentertawakan Aqi. Entah lawak apa yang dikongsikan antara mereka. Kembar itu entah dah lari ke mana, seolah-olah memberi ruang kepada ibu bapanya untuk berdua-duaan.

Mata dipejam dan nafas ditarik sedalamnya, menelan bisa pedih kerana dicurangi tetapi tidak dicurangi. Ah, dia tak tahu apa ayat yang betul!! Lalu Mimi beralih untuk balik ke rumahnya sendiri.

Dua manusia itu sepatutnya sedang bergaduh sampai kembar itu memberontak, jadi apa pula yang berlaku sampai Umar boleh tangkap cintun sebegitu sekali? Emir baru saja berjumpa dengannya hari tu untuk memintanya menerima Aqi semula. Mereka tahukah yang dia dah mencabul Emir? Tapi kalau ya, Umar akan mengamuk sama macam dia mengamuk pada Gorius, dan Aqi akan menyergah rumahnya untuk membalas dendam. Mulanya dia takut juga Emir bercerita pada orang lain, tetapi pemuda itu nyata sama perangai dengan adik perempuannya dan emak bapaknya. Sama macam Ami yang menyembunyikan aib Gorius, Emir juga bermaruah dan mahu menjaga nama baiknya.

"Anak..."

Kerana anaklah, Aqi balik ke pangkuan Umar selepas berpuluh tahun.

Kerana anaklah dua manusia keras kepala itu bersetuju untuk membina keluarga harmoni.

Kerana anak jugalah pasangan cerai itu berbaik berkali-kali.

"Kau taknak hadiahkan Umar anak??"

Soalan Aqi terngiang di belakang kepalanya, membuat Mimi berhenti di tepi jalan. Selajur, perutnya yang kosong disentuh. Dia taknak mengandung sebab dia taknak gemuk dan hodoh. Itulah pengalaman perit yang pernah dilalui semasa remaja yang membuatkan dia menjadi pro-abortion. Tapi... mungkinkah benda yang dia paling anti kat dunia ialah strategi paling efektif nak melawan Aqi. 

Jika Umar nakkan anak, Mimi boleh memberikannya anak mulai sekarang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience