Rate

Part 42: NO ONE PLAY VICTIM BETTER THAN A NARCISSIST

Romance Series 24823

KEESOKAN harinya, mereka meneruskan aktiviti trip adhoc mereka dengan mandi laut, main bola tampar pantai, membina istana pasir, menanam Emir di dalam pasir, kemudian Ami menabur makanan di atas pasir itu hingga menjemput burung-burung laut untuk mengerumuni kepala Emir. Kelam kabut mereka nak menyelamatkan remaja lelaki itu.

Selepas sarapan dan selepas memarahi anak-anaknya kerana pergi mandi laut second round sehingga timing balik jadi lambat, mereka semua naik ke bilik.

Emir dipanggil oleh Ami untuk datang di bilik hotel mereka. Entah disuruh membantu apa, Umar tidak pasti, tetapi dia terus turun ke lobi hotel untuk check out biliknya terlebih dahulu. Dengan baju BIRTHDAY BOY di tubuh, seluar beige paras lutut serta berselipar, cermin mata hitam Emir di pangkal hidung, sunhat putih Ami di kepala, dan beg pakaian serta sut tuxedo diangkut sekali jalan.

Pemakaiannya mengundang tawa dari staf hotel semalam. Datang sehelai sepinggang, tapi balik dengan tangan penuh kiri dan kanan dan kepalanya sekali.

"Seronok gelakkan orang?" soal Umar bila tiba di depan kaunter. Barang-barang diletakkan ke lantai.

"You look like you enjoy your stay, sir."

Umar meleret senyum. "We do." Kunci dihulur.

Kepala dipusing ke lif, menunggu kekasih hati dan anak-anaknya turun, tetapi tidak muncul juga. Yang dilihat keluar dari lif ialah seorang wanita yang mengenakan sundress macam nak bergambar di pantai. Umar spontan tegak. Keningnya berkerut dan senyumannya mati. Itu Mimi?? Kata balik rumah mak... jadi buat apa kat sini?? Bentuk tubuh langsing itu sangat dikenali sebab dah menemani tidurnya berbulan-bulan. Tapi takkanlah Mimi??

Wanita itu masih tak perasankan dia. Mungkin sebab pemakaiannya ketika ini. Mimi tiba-tiba berlari anak di tengah lobi hingga disambut ke dalam pelukan seorang lelaki asing.

Darah berderau turun dari muka sampai rasa sejuk. Mulut juga terbuka. Umar tak tahu nak bereaksi macammana. Perkara pertama mungkin perlu sahkan apa yang matanya lihat. Naya menuduh kalau hakikatnya salah.

Sambil terus memerhati pasangan yang berpelukan itu, Umar menarik keluar iPhonenya dari poket seluar. Tetapi talian tidak bersambung. Aikk? Baru teringat, missed call dan textnya malam tadi pun masih tidak dilayan. Permainan apa yang isterinya sedang buat ni?

"Cik, awak kenal awek cantik tu?" soalnya pada staf hotel di belakangnya.

"Emm... tak."

"Memanglah awak tak kenal. Saya pula tanya soalan yang salah. Ermm... dia check in hotel ke?"

"Ya. Dia check in hari yang sama dengan encik, tapi beberapa jam lebih awal."

Hidung Umar terjungkit. Mimi dipandang lagi dari jauh. Isterinya itu tengah tersenyum luas di bawah ketiak si lelaki ajnabi sebelum sama-sama menghilang di sebalik pintu.

Umar mengetap geraham. Ini balasan awak sebab abang curang ke, sayang...? Akalnya memintanya memeriksa satu lagi sumber maklumat. Lalu nombor ibu mentuanya dihubungi.

"Hello? Mak. Hai, Umar ni. Maaf, lama tak telefon. Mak sihat? Mimi bagitau dia lawat mak sebab mak sakit... oh, betullah mak sakit? Mar tengah cari kemeja kerja Mar... tak tahu Mimi simpan dekat mana. Mar call Mimi tapi dia tak angkat. Mimi ada kat situ? Oh, ada. Okay... Boleh bercakap dengan dia? Em? Takde pulak? Pergi kemana beliau? Oh, shopping... okay okay. Mar dah jumpa kemeja Mar. Okay bye..."

Staf hotel merenung si lelaki, meneliti setiap perbualan itu dengan muka pelik. Umar pula menjungkitkan keningnya.

"Tak elok menyelit bawah kain orang."

"Encik yang angkat sendiri kain encik depan muka saya."

"Eh-eh, melawan..." Kepala digeleng, lalu dipalingkan ke arah isterinya menghilang tadi. Kenapa Mimi menipunya? Bila cuba dihubungi isterinya lagi, panggilan terus masuk ke voicemail. Hati yang menggelegak ditahan sebaiknya.

Setiba di Melaka nanti, rumahnya akan mengalami satu sesi pergaduhan yang tak pernah dilihat dalam sejarah perkenalan dengan Mimi. Bara api dikawal dengan hembusan nafas panjang.

Atau kau kejar je Umar? Lebih baik tangkap kantoi berbanding bertanya kemudian

Liur yang terasa kelat, dipaksa telan. Hidungnya flare up, cuba membuang nafas panas dari dada. Dengan mata mencerlang, dia membuka langkah tapi niatnya terhenti terus bila tiba-tiba dua suara menjerit ke telinganya.

"AYAH!!"

Terloncat bahu Umar, lalu menoleh. Kali ini benda lain pula yang datang dari lif itu. Kembarnya memecut laju ke arahnya dengan muka cemas.

"Ayah kena tolong kitorang pujuk ma!"

"Kami nak buat surprise untuk ayah..."

"Tapi ma tak setuju."

"Jadi kami paksa dia buat!"

"And now she's mad."

"Like super mad!"

"SUPER DUPER MAD!! Ma dah bertukar jadi Godzilla!"

Umar menjungkitkan sebelah kening. "Ayah tak tahu apa yang kau dah buat, tapi kau tak boleh lawan rekod ayah tukarkan dia jadi Namahage."

Kembar itu dan staf hotel sama-sama mengerutkan dahi.

Ami menghulur kunci pada staf kaunter. Emir meminta kunci kereta dari Umar supaya mereka boleh menyimpan terus barang-barang mereka. Kembar itu masih dalam mode ekspress. Sama-sama meloncat ringan macam kera dapat belacan. Sekali sekala mereka menoleh ke arah lif. Takut dikejar si ibu.

"Ayah tunggu sini, tolong pujuk ma sebelum dia sampai ke kereta tau!"

"Itu hadiah Ami untuk ayah. Happy birthday!" Pipi ayahnya dicium. Sunhat di kepala ayahnya dicapai dan dikenakan ke kepala sendiri.

"Hadiah Emir masih dekat rumah!"

Dan mereka sama-sama memecut keluar dari pintu masuk hotel, meninggalkan Umar bersandar santai di kaunter. Lelaki itu menoleh pada staf hotel yang turut merenung anak-anaknya.

"Twins." Hanya itu si ayah boleh cakap.

"Ah... good kids."

"Very naughty... dua-dua dapat perangai nakal tu dari ma mereka. Saya baik je."

Staf itu gelak lagi. Lelaki ini juga nampak baik, tapi nampaknya ada masalah yang terselindung.

"Ma mereka... bekas isteri encik tu... she seems nice..." ujarnya, sekadar nak memberi senyum di bibir lelaki.

Dan nyata usahanya berjaya. Umar meleretkan senyumannya lebar. "Bakal isteri."

"Em?"

"Dia terima lamaran saya malam tadi."

Dan lalu staf itu berkongsi berita gembira itu dengan senyuman luas serta mata yang membulat besar.

"Tahniah!"

"Haha... its overdue, ne'way. My kids pun dah terlalu lama menunggu..."

Memerah muka staf itu dibuatnya. Jarang-jarang menerima berita gembira dari pengunjung hotel, ataupun berinteraksi dalam fasa personal macam ni. Terpandang lif dibelakang Umar terbuka semula, staf itu lalu tersenyum.

"Bakal pengantin encik dah sampai."

Perhatian Umar terjentik, lalu dia menoleh ke arah lif. Berubah air mukanya. Gaya santai hilang, berganti berdiri tegak. Cermin mata hitam turut ditanggalkan demi menyambut kemunculan bidadari di depan mata.

Aqi muncul dengan sundress putih lengan pendek paras bahu. Warna putih susu itu membuat warna kulit Aqi lebih menyerlah. Rambut ikal mayang itu tidak disikat, membuatnya bergulung dengan sendiri, malah dibiar lepas bebas melepasi dada. Ringkas, tetapi menawan bagi mata yang memandang. Bahana tuan punya badan berjalan terlalu laju, rambutnya tertolak ke belakang seperti ditolak angin.

"Well done, Ami..." bisik Umar, menerima hadiah hari jadi dari anak perempuannya dengan penuh rasa suka dan syukur.

Terpandang BIRTHDAY BOY di kaunter, Aqi memberi isyarat telunjuk untuk keluar. Mukanya nampak tegang. Lelaki itu tersenyum, lekas mengejar.

"Kenapa gaya macam marah ni?"

"Anak-anak kau tu la!" dengusnya dan terus berjalan laju.

Umar mencapai tangan Aqi, meminta si wanita berhenti. Dia perlu mengawal marah wanita ini bagi melengkapkan misi yang diterima tadi.

"Sayang, tell me. Apa yang mereka buat?"

"Apa yang mereka buat? Kau tak nampak ke apa yang mereka buat?!" soalnya sambil membentang diri, menunjukkan dirinya pada lelaki itu. Umar mengerut dahi, membuat Aqi ternganga. "Mereka paksa aku pakai baju ni! Masa aku mandi, mereka simpan semua baju aku dan tinggalkan baju ni je atas katil! Manalah aku tak mengamuk!"

Tubuh yang dibalut sundress itu dipandang. Takda lubang atau kain terlalu jarang sampai mudah koyak. "So erm... apa masalahnya?"

"Mar, I look stupid! Baju ni untuk anak dara, bukan janda tua macam aku!"

"Hahah... Aqi, takda definisi baju untuk dara atau janda. Kau nampak cantik..."

"Memanglah kau tengok cantik! Semua perempuan kau cakap cantik! Semalam aku cantik, kau tak puji pulak aku cantik!" dengusnya dan berpusing ke pintu keluar kembali.

Perempuan. Puji salah, tak puji pun salah. Misterinya minda seorang hawa, tidak pernah berjaya dirungkai logik akalnya oleh seorang adam.

Umar mengejar lagi sebelum wanita itu sampai ke kereta. Ami dan Emir yang tengah menyimpan barang dalam bonet, terus berlari masuk ke dalam kereta bila melihat ibu mereka.

"Aqi Aqi Aqi... sabar dulu..." Pergelangan tangan Aqi dicapai dan ditarik supaya menghentikan langkahnya. Kedua belah lengan wanita itu dipegang, malah tubuh turut direndahkan supaya paras mata mereka sama. "Walk me through. Apa sebenarnya kesalahan anak awak sampai marah macam ni sekali?"

"Yang aku nak tahu, kenapa mereka suka sangat dressing me up sampai pakai baju pelik-pelik! Hari tu baju maid jepun. Lepas tu kau tak nampak mereka buatkan aku pakai baju yang—yang aku taknak cerita! Hari ni baju ni pulak!" luahnya pula. Nampak kecewa benar.

"Aku tak tahu apa-apa prank baju yang mereka buat dekat kau... tapi baju ni takdelah teruk pun.... Bukannya outfit bunny Playboy ke... uniform Hooters ke... in which I'm very okay to see you wear them...." Kepala terus membayangkan Aqi dalam uniform Hooters. Fuh! Tak keluar bilik, aku!

Nafas dilepas berupa keluh. "Memanglah baju ni tak teruk... cute, even... tapi tak proper kalau aku pakai, Mar. Baju macam ni untuk Ami. Mula-mula, dia yang bersungguh nak pakai sebab nak bergambar depan pantai. Tapi, hari ni, tiba-tiba paksa orang pakai macam nak permainkan ma dia..." rungutnya.

"Dia tak permainkan kau, Aqi..."

"Habis tu kenapa dia paksa aku pakai baju ni?!"

"Untuk aku."

Rahang Aqi terbuka sedikit. Jawapan itu, dia langsung tak jangka.

Umar menahan senyum. Perempuan ini tak sedar rupa comelnya sendiri. "Hadiah birthday aku katanya."

Tubuh yang membongkok sedikit bahana bahu yang memberat tadi, lalu menegak. Tubuhnya dipandang lagi. Kemudian pada Umar.

"You like it?"

Senyuman meluas. "Very much so, yes."

Barulah rona mukanya berubah. "Really?"

"Ye, sayang..."

Sebal dan kecewa tadi melupus, bertukar suka. Tetapi masih ada ragu-ragu pada sinar matanya.

"I don't look stupid?"

Ketawa Umar terlepas perlahan. Tampan sekali bunyinya di telinga sang wanita. "You look beautiful... you really do..." Genggaman pada lengan tangan Aqi meleret turun ke jemarinya. Digenggam erat. Memaknakan kata.

Dan barulah si wanita rileks. Senyum turut meniti di bibir. "I see." Mata dilarikan ke lain, mula segan. "Kalau kau suka, takpe."

Nafas Umar terlepas berupa gelak halus.

"Ma senyum dah! Yay! Terbaik, ayah!" Suara Ami menyampuk dari belakang, membuat ibu bapanya menoleh. Anak gadis itu tengah mengeluarkan kepalanya dari tingkap Prius dengan sengih luas di muka. Kemudian Emir turut menyelitkan kepalanya.

"Mana? Yes! Ma dah bertukar jadi manusia semula!"

Aqi merenung datar, lalu bakal suaminya dipandang. "Permission nak ketuk kepala dua-dua?"

"Permission granted." Laluan diberi.

Aqi menyengih, baru nak mematahkan jari jemari bila bulu romanya pula tiba-tiba meremang. Jiwanya berdetak dan perut juga bergolak macam kena serangan gastrik. Moodnya berubah, lalu kepala dipalingkan, mencari punca tubuhnya membunyikan siren amaran.

Itu dia, dihujung jalan parking yang sama, Chan dengan pakaian yang sama dengan malam tadi sedang merenung ke arahnya. Dan lebih menghairankan, Mimi berdiri di sebelah lelaki botak itu, malah berpegangan tangan.

Aqi terkedu. "Mimi??"

Umar turut memandang ke arah yang sama. Kepala spontan dilentokkan ke kiri, kini mengesahkan apa yang dilihat baru sekejap tadi. Tetapi kali ini dia lebih tenang. Lidah digulung ke gigi kacip bila melihat isterinya menoleh ke arah mereka. Air muka itu berubah tegang.

"ABANG!!"

Jeritan itu bergema di seluruh ruang udara hingga mengejutkan orang awam yang turut berada di situ. Chan turut terloncat kerana dialah insan terdekat dengan punca suara nyaring itu. Mimi bergegas mendapatkan suaminya disana, meninggalkan Chan mengorek telinga yang berdesing. Si botak itu berpaling pada Aqi kembali. Air muka itu tampak keliru, sekaligus memberi rasa hibur di hatinya.

Kalau kau cintakan aku, kenapa lukakan aku?

Sepotong soalan itu masih berbaki dalam warasnya. Chan terus mengorek telinga dengan lebih kuat, membenci hati yang tiba-tiba berdenyut kerana diberi simpati.

Aku minta maaf sebab cintakan lelaki lain....

Keras rasa liur, lalu ditelan. Kemudian Umar yang sedang dimarahi oleh Mimi pula dipandang. Itulah lelaki yang menjadi motivasi hidup Aqi selama ini. Dua orang remaja yang keluar dari Prius menarik perhatiannya pula. Emir sesungguhnya dikenali, tetapi anak gadis dengan rambut panjang ke punggung itu tidak pernah dilihat. Anak mereka juga, kah?

Aku cuma nak hidup dengan keluarga aku....

Nampaknya damai yang dikehendaki Ekin tetap belum berjaya dicapai kerana perempuan bernama Mimi itu. Chan menggaru kepala yang tak gatal, mengagumi kesabaran Umar yang cuba mengawal Mimi yang nampaknya makin hilang kawalan di sana. Wanita dengan sundress itu turut cuba membantu walaupun gagal.

Mungkin dia tak perlu mengganggu Aqi secara terus. Mimi dah cukup gila untuk merosakkan damai hidup Aqi. Dia cuma perlu memberi bantuan dan nasihat.

Aqi menutur sesuatu dan membuatkan Emir merapati Mimi. Wanita itu cuba mengelak, kemudian gadis berambut panjang itu pula membantu merampas beg tangan Mimi, kemudian isi beg tangan itu digeledah. Chan mengerut dahi. Spontan bersiul bila Aqi menoleh padanya lagi.

Kau dah makin pandai....

Saat Ami mengeluarkan sebuah botol kaca dari dalam beg tangan Mimi, Chan terus memasuki Honda hitamnya. Tanpa menunggu, dia terus memandu pergi dari situ.

"BOTOL apa ni??" soal Ami pelik.

Bukan sekadar air namanya kalau ditutup dengan seal ketat sebegitu. Emir merampas botol itu dari tangan adiknya lalu dihempas ke jalan. Berdesir bila bertemu tar. Malah sampah di sekeliling terhakis.

Mereka semua menelan liur, tidak menyangka Mimi menyimpan cecair bahaya sebegitu. Emir pula menoleh pada ibu tirinya dengan mata bersinar marak.

"Kau cuba nak asidkan ma aku?!"

Pecah lagi peluh di kepala. Kenapa rancangannya tak mengena sahaja! "Jangan sesuka hati menuduh! Aku sendiri tak tahu itu cecair apa!"

"Kau jangan cuba—" Dia melangkah setapak.

"Emir Danial, back off," panggil Aqi lagi, membuat Emir berhenti. "Ami Dania, kau pun jangan buat perangai. Emir, tarik adik kau masuk kereta."

"Tapi—"

"Peranan kau dah habis. Kita serah dekat ayah untuk uruskan wife dia." Kata putus diberi.

"Pergh, aura lady boss..." komen Umar.

"Aku wife psikopat selama 10 tahun. And barely survives. Aku ada skill dan instinct untuk benda macam ni." Sekali lagi anak mata dikerling ke hujung jalan, pada Honda hitam yang dah meninggalkan mereka, sekaligus memberi rasa berpasir di anak tekak Aqi.

Chan mengajar Mimi cara-cara melakukan jenayah. Ini maklumat gila.

Mimi yang masih tidak keruan, ditentang. "Macammana kau kenal Chan?" soalnya sambil melangkah setapak. Namun terhenti bila tangan dicapai Umar.

"Kau pun masuk dalam kereta. Biar aku yang selesaikan..."

"Mar... ini hal serius..."

"Of course, Aqi. Kau sendiri baru cakap biar aku yang handle wife aku," balas si lelaki, juga dengan tahap serius yang dirasai si perempuan. Lelaki yang melukakan Aqi membuat hubungan dengan isterinya, malah memberikan cecair bahaya sebegitu, tak mungkin dia nak main-main!

Tetapi pertukaran kata itu dilihat macam sengaja menggatal sesama sendiri. Sekali lagi Mimi diserang amuk yang tak terkata.

"SERAH BALIK SUAMI AKU, AQI!!" Dia menjerit lagi, seolah-olah lupa manusia boleh bercakap dengan normal tanpa memekik. Kerana dia marah! Kecewa! Terkilan!

Wanita dengan sundress putih itu membalas dengan muka kosong. Selajur, dia menjungkit dan mengucup pipi Umar di hadapan Mimi, sebelum menjelirkan lidah pada wanita itu.

"KAU TAK GUNAA!!" Tangan diseluk lagi ke dalam beg tangan, tetapi senjatanya dah tiada. "FUCK! BODOH!!"

"Hehhe... suffer..." Aqi mengekek.

Umar merenung muka seronok dengan kerut keliru. Mungkin boleh difahami kenapa Chan tertarik dengan perempuan ini.

"This is how you fight your battle?"

"Dia cuba nak asidkan aku. I call square," juihnya sebelum menjeling pada kesan asid tadi.

Keluh dihembus. "Macammanalah aku boleh terfikir yang aku boleh buat kau dua bermadu..." Sempat bermonolog. Dan sempat jua berfikir macammana nak menjadikan Aqi sebagai isteri dengan selamat memandangkan asid dah mula memberi salam.

"Kau dah janji nak beri bahagia, so I expect you to deliver."

"Lifespan aku maybe dipotong separuh kalau macam ni..."

Haru. "Janganlah cakap macam tu..." Dada bidang itu diusap lembut. "Nak kami tunggu?" soalnya lagi.

"Takpe. Balik terus je. Aku rasa lama lagi ni..." Isterinya yang masih meracau terus direnung bersama akal yang masih berfikir. Dah berpuluh-puluh soalan dalam kepalanya yang menunggu dijawab.

"Hmm..." Hampir beralah. Mimi sepatutnya sedang mengandungkan anak Umar, jadi kenapa berada di lokasi percutian bersama lelaki lain? Dengan Chan pula. Malah, cuba nak menyerangnya dengan asid. Tetapi Umar juga nampak kukuh dengan keputusannya.

Jam tangan ditanggalkan, lalu dipasangkan ke pergelangan tangan Umar. "Anggaplah ini good luck charm. As a mean of promise untuk kau balik ke pangkuan aku dan berhati-hati dengan dia..."

"She's just a woman, Aqi... kenapa serius sangat ni... aku nampak gay..." Nampak hodoh benar tangannya bahana jam itu. Feminin benar bentuknya. Bertali halus, dan merah jambu cair juga.

Aqi tergelak nipis. "Just bear with it for a while. And if you don't like it, make sure you balik dengan selamat dan pulangkan semula... m'kay?" pintanya sambil melarikan tangan ke dada si lelaki. Hatinya benar-benar rasa tak sedap. Kerana Chan, kah? Tidak... naluri kali ini menjeritkan bunyi siren yang berbeza. Mimi dikerling di ekor mata. Dari dia, kah?

"Okay..."

"Aku masih janji 6 menu untuk kau makan. Kau pun belum tengok lagi hadiah Emir untuk kau. Pastikan balik dengan selamat." Ini kali ketiga dia meminta. Anak mata hazel itu direnung penuh risau tanpa melepaskan perhatian pada Mimi di ekor matanya. "Hati-hati tau..." pintanya lagi.

Apa benda yang dirisaukan sangat... tetapi keprihatinan itu benar-benar mencuit hati. Kepala direndahkan, lalu cium dijatuhkan ke pipi Aqi. Langsung tak peduli mereka kini di tengah-tengah awam mahupun melakukannya di depan isterinya sendiri.

Bold move, Umar Darius!!

Air muka Mimi berubah mendadak. Daripada menegang marah kepada terkejut. Gamam. Ciuman dari Aqi ialah sebuah cabaran dan sengaja nak menyakitkan hatinya. Tetapi ciuman dari Umar memberi makna yang lelaki itu dah membuat keputusan baru. Sebuah kenyataan; Mimi kini sah diduakan.

Umar dan Aqi berpisah arah bersama janji untuk bertemu semula di rumah nanti. Mimi pula terus mematung bila lelaki yang dicintainya itu mendekatinya, memikirkan semula apa yang baru saja berlaku dalam tempoh tak sampai setengah jam tadi. Dia datang ke Johor atas sebab tertentu. Dia menipu Umar tetapi dia tak sangka suaminya juga menipu dirinya! Dia dapat apa yang dia nak, tetapi suaminya juga dapat apa yang dia nak kerana akhirnya Aqi tidak lagi menolak Umar!

"Bila masa Aqi setuju...?" soalnya sambil melangut pada muka kacak itu. Dah tiada kehangatan rasa cinta dalam hati yang dirasakan pada lelaki ini, melainkan sesal dan rasa dikhianati. "Selama ni dia tolak abang... apa abang dah buat sampai dia jilat ludah sendiri..."

"Abang cuma buat dia mengaku hati."

"Aqi memang cintakan abang, tapi dia takda niat nak bersama dengan abang semula... apa abang dah buat??" Mula menangis.

Umar nganga. "Kalau awak tahu dia takda niat nak bersama dengan abang, kenapa kerap tuduh dia perampas?"

"Habis takkan Mimi nak salahkan abang curang..." Masih menangis. "Abang tak pernah cintakan Mimi. Mimi dah cukup bersyukur abang sudi terima Mimi sebagai isteri... tapi Mimi tak sempat pikat hati abang, tapi Aqi dah balik semula dan rampas abang dari Mimi lagi..." ujarnya bersama tangis.

Umar menghela nafas panjang. Mimi sememangnya tidak bodoh. "Buka hati awak untuk terima kita bertiga... tak boleh ke?"

Kepala digeleng. "Mimi taknak share abang dengan Aqi..."

Itu dia. Itulah masalah sebenar seperti yang pernah dibebel Ami. Keengganan berkongsi walhal Islam dah membenarkan malah dia juga mampu. Penyelesaian masalah dah terbentang di depan mata, tetapi kerana ego dan mementingkan kehendak sendiri, masalah muncul tanpa dijemput.

"Ceraikan Mimi..."

"Sayang, jangan macam ni..."

"Pilih Mimi atau Aqi. Mimi taknak jadi madu dia."

Diam seketika. Umar lalu menarik muka sedih isterinya supaya melangut. "Awak sure awak nak abang buat keputusan tu?" Sengaja menyoal, mahu Mimi meneliti risiko pada kehendak hati semasa hati tengah beremosi. Namun soalan itu membuat tangisan Mimi menjadi lebih lebat. Akhirnya Umar terpaksa memeluk si isteri.

"Abang takkan ceraikan awak, sayang. Aqi akan bencikan abang kalau buat keputusan melulu. Lagi-lagi awak pun tengah mengandung. Abang takkan biarkan awak terkapai-kapai berseorangan..." Ubun-ubun itu dicium. "Abang masih sayangkan awak. Tapi abang nak minta awak panjang akal sikit dan buka hati awak, sayang..."

"Abang curangi sayang..." Masih mahu menang.

"Awak pun sama." Datar.

Mimi terkaku. Ah, dia kalah. Dia benar-benar kalah.

Umar menjarakkan pelukan dan merenung muka basah itu. "Kita sambung bincang kat dalam hotel, ye? Abang bagitau kenapa abang ada kat sini dengan Aqi dan anak-anak abang, dan awak bagitau kenapa awak ada kat sini dengan lelaki tadi."

Mimi hanya mendiam. Umar melembutkan raut mukanya, lalu menciumi kening isterinya.

"I still love you..." bisiknya, mahu memujuk hati itu lekas. Tangan Mimi digenggam erat tanpa menyakitinya, dan lalu si isteri ditarik semula ke dalam hotel.

Anak matanya melurut ke tangan Umar, pada kulit kasar bahana dihentak beratus kali pada permukaan kasar itu. Seingatnya pada suatu ketika, Umar berhenti datang ke rumah Aqi tetapi banyak menghabiskan masa di gim sehingga bentuk fizikalnya bertukar sasa. Ketika itu... sesuatu dah berlaku antara suaminya dengan Aqi, kah? Kemudian terus melarat hingga sekarang.

Air matanya terus menitis.

Share this novel

Zainabzety
2024-08-23 15:13:20 

cis ingt settle dah


NovelPlus Premium

The best ads free experience