Rate

Part 44: MIMI'S TIME CAPSULE

Romance Series 24823

SETELAH keluarga Farid balik, Umar, Aqi dan kembarnya berkumpul di ruang tamu. Aqi memeriksa luka Umar manakala lelaki itu memaklumkan pelannya pada ahli keluarganya iaitu nak memisahkan Mimi dengan mereka dengan menggunakan geografi.

"Ayah ada rumah kedua di Seremban... so ayah nak bawa Mimi ke sana lepas ayah ambil dia dekat JB. Satu, untuk elakkan dia berjumpa dengan korang... dan dua, as a surveillance dalam tempoh dia pergi terapi...."

"Seremban... jenuh la nak pergi opis..." komen Ami sambil merenung ayahnya. "Jenuh juga nak ulang alik lawat kami kat sini..."

"Apologies, but I have to do this..."

"Atau, ayah tinggalkan je bini ayah tu dekat sini lepas tu kita sama-sama fly ke German. Kahwin kat sana. Duduk kat rumah lama uncle Zach and just straight up live there until eternity. Emir pun rindukan pony Emir kat sana. Pavement pun sesuai untuk adik nak skate," cadang si anak lelaki pula sambil mengangkat pinggan kotor.

Ami menoleh. "Aku suka cadangan kau... tapi kau panggil aku adik?"

"Sebab kau panggil aku abang."

"Aku tak pernah panggil kau abang!" Mata dibulatkan sampai mencerlang luas.

"Kenapa kau menafi benda yang kau sendiri sebut?!"

Makin merah mukanya. "SEBAB AKU TAK SEBUT!! KALAU AKU NAK SEBUT, AKU SEBUT!! TAPI AKU TAK SEBUT!! AKU TAK SEBUT!!"

Marah nau. Tahap jerit sampai Emir menelan nafasnya, tak pasti nak terus memprovok adiknya tapi pada masa yang sama, dia mahu Ami mengaku yang dia ialah abang!

"To be fair, kau memang panggil Emir abang dari awal lagi, Ami..." Umar menyibuk sekali dalam pergaduhan itu, membuat Emir tersengih luas manakala Ami melopong. Si bapak masih dengan poker face sebelum menoleh pada Aqi untuk menyibuk sama tapi si cinta hatinya itu tengah leka bermain dengan pembalut di lengannya. "Kenapa ni? Senyap je?" bisiknya.

Wanita itu terperanjat sedikit, lalu menoleh. Renungan si mata hazel dibalas dengan senyum.

"Tengah fikir...."

"Tentang apa?"

"Tak payah pindah ke Seremban... bawa dia balik ke sini je."

Kening tebal itu berkerut terus. "Aku takkan benarkan dia jumpa kau and the kids, Aqi. She's potentially hurting you. Even the twin cakap kau kena jauhkan diri."

"I'm aware of that... Dia ada niat jahat, tapi dia tak tahu macammana nak buat... dia tengah belajar macammana nak jadi lebih teruk... and aku rasa Chan has something to do with it... aku perlu tahu apa hubungan dia dengan Chan."

"No. Aku bawa dia ke Seremban." Solid.

Aqi menoleh terus. "Kau seriously nak bergaduh dengan aku?"

"Kau seriously nak jumpa dengan perempuan yang cemburukan kau all her life, yang bencikan anak-anak kau dan hampir buat aku maut sebab taknak kongsikan aku dekat kau? Aku tak benarkan dia jumpa kau. Full stop!"

Aqi menjuih, tetapi kerisauan Umar dihargai. "Bawa dia ke sini... I'll be careful..."

"No."

Nganga. "What? Takda room for discussion dah sekarang?"

"There is, but not this one." Tegas.

Aqi merenung muka serius itu. Mahu melawan tapi teralih fokus bila Ami melompat ke atas sofa dan menyembam muka ke ribanya.

"Tu je la yang kau buat. Lari bawah kain ma bila kalah bergaduh!" marah Emir pula.

"Grahh!!" jeritnya sebelum membetulkan baring supaya senang melihat emaknya. "Ami overhead perbualan ma dengan ayah. Walaupun ayah baru khianat Ami, tapi Ami kena support ayah pasal hal ni. Kami nak ma selamat, tu je... lagipun yang bersusah ulang alik nanti ialah ayah. Ma rilek je la hidup kat sini dengan kami... dengan Emir... bukan 'abang' tapi 'Emir the kasanova'..."

Si abang terduduk dengan hembusan nafas keras.

Dua anak beranak ni, kan... Tapi bila isu keselamatannya yang menjadi asas ketegasan si lelaki dan anak perempuannya, Aqi hampir kalah nak menangkan poinnya. "I can handle her, Mar..." ujarnya, kini dengan nada merayu dan meminta.

"No, you can't! History suggest kau berdua tak boleh duduk dekat, apatah lagi bila Mimi dalam mode psiko macam sekarang!" getus lelaki itu lagi, tegas sekali. "Lest not forget what you guys capable of. Kau cuba nak tumbuk dia. Dia baling handphone ke kepala kau. Cuba nak asidkan kau. Kak Maya cakap dia cuba nak santau kau, for goodness sake! Atau dia mengasari Ami atau Emir tak kira secara fizikal, mental, emosional, psikologikal, spiritual, financial, atau tak kira apa-apa jenis abuse mahupun negligence, abandonment atau incoming discriminatory..."

Aqi menyeringai. Pandainya dia nak sumbat semua masalah perangai Mimi sebab nak menangkan poin dia semata!

"—and even death..." sambung si lelaki akhirnya, membuat Aqi menelan nafas. Berbanding mereka semua, Umarlah yang dah menerima impak yang paling teruk buat masa ini. Lelaki bermata hazel itu masih dengan renung serius. "Aku intend nak bawa dia jumpa terapi. So before then, support my decision. Please?"

Emir merenung muka serius ayahnya, sebelum menoleh pula pada si ibu yang mengangguk akur. Hanya kerana nak hidup bersama, mereka perlu berkompromi dan bertoleransi sejauh ini walhal insan yang dibincangkan itu entah apa khabarnya di hospital sana.

Duduknya direndahkan hingga hampir berbaring di sofa single seat itu. Entah macammana kisah cintanya pula nanti. Ada perempuan macam emaknya. Ada yang macam Maya. Dan ada yang macam Mimi....

"Tapi macammana nak lembutkan hati aunty Mimi sebenarnya? Kenapa dia keras hati sampai macam tu sekali?" soalnya, membuatkan Umar dan Aqi serentak menoleh padanya. "Macammana aunty Maya boleh sangat lembut... ma pula, well, tolerable..."

"Eh eh engkau..."

"Tapi dia... lain macam kerasnya..." sambung Emir kembali. Dagu siap ditemukan ke dada sambil mengingati semua tingkah laku emak tirinya.

Lelaki bermata hazel itu tertunduk ke lantai, turut membayangkan wajah isterinya. Juga pada tempoh perkahwinan mereka yang tak sampai setahun.

"Emir, ayah jarang sebut benda macam ni, tapi bila kau ada pasangan kau sendiri nanti... kau kena ingat yang perempuan dicipta dari tulang rusuk lelaki. Diciptakan Hawa sebab atas permintaan Nabi Adam yang meminta ditemani... walaupun baginda memiliki semua nikmat yang ada di syurga. Suatu hari nanti kau akan faham nikmatnya memiliki seorang perempuan itu sampai syurga pun tak terlawan..." luahnya sambil merenung seluruh wajah Aqi, sekaligus bersyukur yang wanita ini dikembalikan ke hidupnya. "Maksud ayah, memiliki perempuan yang betul..." kemudian wajah Mimi dibayangkan di belakang kepala dan Umar tertunduk lagi dengan liur yang terasa berpasir. "Tapi tulang rusuk bengkok sifatnya..."

Duduk Emir kembali menegak, tertarik dengan sesi istiqamah si ayah. Aqi pula terus merenung lelaki di sebelahnya sambil mengusap rambut anak perempuannya di riba.

Umar menarik nafas dalam, masih tenggelam dalam lautan perasaan. Sesal, penat dan terkilan bercampur aduk, menjadikan bahunya penat. Lalu diurut sendiri.

"Apa yang berlaku dengan aunty Mimi kau ialah salah ayah sendiri. Pernikahan ayah dengan dia, walaupun ayah tahu ayah tak simpan perasaan dekat dia, tapi ayah masih terima dia sebagai tanggungjawab ayah. Dan tanggungjawab seorang suami bukan sekadar fizikal dan batin, Emir.... Tugas lelaki itu memimpin." Bibir dibasahkan dengan lidah, masih pada lantai. "Tugas lelaki itu mendidik. Tukang buat lawak. Bersabar dengan perangainya. Berkawan dengannya. Memanjakannya. Ayah cuba buat semua benda ni dekat dia... material possession, emotional support... I tried my very best..."

"So... dekat mana kesalahan yang kau cakap tadi?" soal Aqi pula, semakin tertarik nak ambil tahu. Kerana dari awal lagi dia turut merasa ganjil dengan perangai Mimi sebagai seorang isteri, lebih gemar mengendahkan Umar berbanding cuba menjaga dan memanjakan lelaki itu.

"Kesalahan aku ialah aku pandang dia sebagai kau. And all those usaha memanjakan dia atau bersabar dengan perangainya ialah sekadar otak aku cuba nak rasionalize-kan perasaan sebenar yang aku lalui setiap hari..."

Berkerut dahi si anak dibuatnya. "Tak faham..."

Nafas ditarik lagi sedalam-dalamnya, bersedia membuka pekung yang membusuk di dada. "Selama ni I lived with her with your mom in my mind. I can deal with her attitude selama ini, partly because I don't care. I don't care yang dia tak suka memasak sebab ayah boleh makan luar. I don't care dia tak bekerja sebab dia tak faham dunia pekerjaan untuk menyembang ne'way. Jaga dia sangat mudah. Berikan kad kredit dan biarkan dia dengan dunia dia. Ayah balik rumah hanya untuk mandi, tukar baju dan lawat dia di bilik tidur. We didn't really connect on a deeper level," tambah lelaki itu lagi.

"But I started to care bila ma kau muncul semula. Ayah mula kecewa dekat Mimi sebab imej Aqi yang ayah bayangkan dekat mak tiri kau menghilang sebab the real person dah ada dan berjiran dekat rumah ayah, and is actually far better than the one in my own home." Aqi dipandang lagi bersama senyum lembut. "Aku baru nampak apa yang aku buat tu salah. Marriage kami dysfunctional. Aku rasa dia pun nampak... At one point, kami sama-sama cuba berubah... tapi terlambat sebab dia tak nampak kesalahan dia melainkan salah kau semata, Aqi... hanya sebab kau dah balik... dan aku pula tak mampu nak tutup perasaan aku dekat kau which makes things hundred times worst..." Muka diraup hingga ke rambut. Dicengkam sekuatnya supaya sakit itu menyamai pedih yang dirasai hati serta ego lelakinya.

Emir tertunduk, memahami keadaan ayahnya. Padanlah Ami pun sangat gigih nak memisahkan ayahnya dan emak tirinya. Kerana perkahwinan itu sia-sia.

"Tapi... jatuh cinta tu sejenis kesalahan besar, ke?"

"Jatuh cinta tak salah... yang salah ialah bila curang. Itu hukum mudah yang Mimi pakai," sambut Aqi sambil merenung anak lelakinya itu. "Contoh lain, ma balik ke sini tak salah, tapi salah bila buatkan ayah kau pandang ma berbanding dia. Dia tak boleh nak tengok grey area, melainkan cuma hitam putih."

"Tapi itu masih salah dia sebab cetek akal sangat," sambut Emir lagi, masih tak puas hati. "Dia sepatutnya boleh fikir sendiri."

"Ustazah cakap, isteri yang derhaka itu nusyuz," sambung si anak dara yang senyap dari tadi.

"Ustazah ada cakap tak isteri itu cerminan seorang suami?" soal Umar pula, membuat kembarnya terkaku. "Yang isteri itu rezeki dan amanah yang dipinjamkan Allah, yang terbentuk mengikut acuan suami? Selama ni, ayah biarkan dia dengan dunia dia, manjakan dia dengan duit dan material sampai dia membengkok macam udang. Dan bila ayah baru nak ubah dia, tulang rusuk ayah patah terus sampai cucuk ayah terus ke paru-paru."

Aqi tersenyum melihat kembarnya disekolahkan si ayah. "Its good that kau ada semua self-awareness ni, Mar... tapi setakat blaming yourself tak selesaikan masalah bernama Mimi. Bawa dia lari dari sini pun takkan selesaikan masalah."

"Aku nak bawa dia jauh dari sini sebab aku nak elak dia berpotensi lukakan kau dengan anak-anak kita... berapa kali aku nak cakap..."

"Dan aku nak dia stay kat sini supaya aku boleh bercakap dengan dia."

"Pernah ke kau bercakap baik-baik dengan dia, Aqi?" Hampir marah kerana wanita ini masih berdegil nak melawannya.

Mujur Aqi peka dengan perubahan emosi lelaki itu. Lalu diusap tangan kasar itu. "Ada dua cara nak deal with history, tau.... Satu sebagai kenangan, satu lagi input untuk penambaikan."

Umar spontan mengerut dahi. "You and your wicked brain.... Apa penambahbaikan yang kau boleh fikir?"

Aqi meleretkan senyum. "I have a plan in mind..." Cuma tidak pasti akan menjadi atau tidak. 

DENGAN susah payah, Aqi akhirnya berjaya mengajak kembarnya membuat pelan macammana memujuk hati Mimi. Umar pula menarik diri dari awal lagi kerana enggan terlibat dengan isterinya buat masa ini.

Dan hari ini, mereka semua berkumpul di rumah Umar kecuali Farid dan tuan rumah yang masih bekerja. Anak-anak mereka juga berkumpul di ruang tamu kerana baru balik dari sekolah, kecuali Munirah memandangkan gadis itu ada kelas tambahan.

"Hahha! Whoo! Whoo! Whoo!"

Kekecohan di ruang tamu memanggil Aqi dan Maya yang tengah memasak berkejar ke depan.

"Apa benda ni?!"

Tiga remaja itu masih berbaju sekolah di ruang tamu, tetapi yang menarik perhatian Aqi ialah Umar zaman sekolah turut ada. Ketinggian yang sama, bentuk badan yang sama, mata hazelnya, rambut cacak jerung, dan cermin mata segi empat bingkai hitam itu. Nafas Aqi seakan dicuri. Seolah-olah Umar zaman sekolah telah menggunakan kapsul masa dan datang ke masa depan untuk memberitahunya;

"Ma, sebagai manusia, aku sayang padamu."

"Ha?"

Ami menyepak punggung si abang. "Yang kau ulang ayat famous Laksamana Sunan dekat wife dia dah kenapa! Laksamana Sunan pun tak panggil wife dia ma!"

"Takkan aku nak panggil ma dengan nama dia!" Mata dicerlangkan pada si adik manakala Junior berdekah ke langit.

"Ini dipanggil sebagai praktis, Emir Danial!" deram si adik. Diari Batrisya ada di tangannya, yang menjadi kitab rujukan sketsanya pada petang ini. "Kau sekarang ni memegang karakter Umar Darius yang berumur 16 tahun, jaguh Sri Muara, the muscle of kelas 4S-2, samseng sekolah yang namanya sampai ke Kementerian, bercinta dengan queen bee Mimi Rainita, dan dikelililingi kawan-kawan pecah perintah sekolah yang bernama... er... Siti, Zati, Nor dan Amir.... Hmm... Kenapa takda nama ma?" soal Ami pada ibunya.

"Ma gerak solo," sengih Aqi sambil merapati ruang tamu. Anak matanya langsung tidak melepaskan anak lelakinya. "Tolong sebut, Aqi, kau buat apa duduk kat tempat aku?"

"Aqi, kau buat apa duduk kat tempat aku."

"Keras sikit. Sebab kau marah Aqi ambil tempat duduk kau."

"Aqi, kau blah la!" marah Emir.

Wanita itu mencair, lalu anak lelakinya dipeluk penuh suka. "Exactly like that idiot father of yours! Ma approve!" Dipeluk ketat-ketat lelaki kesayangannya versi mini itu. Siap dicium-cium pipinya kerana geram.

"Ma! Ma! Ini Emir, bukan ayah!" Tubuh si ibu ditolak sekuat hati demi menjarakkan diri. Eish, geli!

Ami pula mengangkat buku lima ke langit. "Aku boleh masuk Aswara," sengihnya sambil menoleh pada Junior. Pemuda itu hanya tersenyum.

"Nak buat apa ni?" soal Maya pula sambil merapati mereka.

"Nak pujuk aunty Mimi katanya," jawab Junior sambil menoleh pada ibunya. "Alang-alang kami pakai baju sekolah, lepas tu gambar uncle masa Tingkatan 4 ada..." Gambar ahli kelas 4S-2 dihulur pada ibunya. Semua sumber ini ditemui di dalam diari yang melalui kapsul masa itu. "Ami mencadangkan Emir pakai ensemble uncle Umar zaman sekolah dan pujuk aunty Mimi sebab masa tu cinta monyet mereka di tahap tertinggi memandangkan aunty Aqi belum menyibuk dalam love life mereka."

"Ma yang suruh," ujar Ami, memulangkan kredit pada insan yang betul. "Tugas aku pujuk abang je..." sambung si gadis lagi. Tugas yang bukan mudah kerana kebencian si abang, tetapi berjaya dipujuk demi menunaikan kehendak ibu mereka.

"Tapi aku macam ayah sangat ke?" soal Emir sambil mengeluarkan iPhone, nak melihat dirinya di dalam kamera.

Aqi merenung si anak bersama senyum. "Physically, iras itu ada... tapi perangai tak sangat. Ayah kau tu kuat bergaduh masa zaman sekolah. The muscle of Sri Muara. Mimi ialah yang paling cantik kat sekolah, jadi ayah kau tertarik dengan dia. The King and the Queen are them masa tu."

"Macammana ayah boleh beralih arah dekat ma pula?" soal Ami, tertarik nak ambil tahu.

"Jodoh," ringkas menjawab bersama leretan sengih. Malas nak bercerita panjang tentang kisah zaman sekolah. Kepala dipalingkan ke bilik tidur yang menempatkan Mimi. "Ma pasti ayah kau masih sayangkan aunty Mimi kau walaupun mungkin tidak sekuat dulu. Jadi ma nak support ayah kau untuk selesaikan masalah dia ni... bukannya ditolak ke tepi bila dirasakan bermasalah, tapi baiki selagi mampu... afterall, Mimi berubah sebab ma balik. She is essentially my responsibility too."

Maya dan Junior sama-sama terkaku. Rasa hormat terasa terbentuk berlipat ganda untuk wanita itu sekarang ni.

"Akak dah faham kenapa suami akak dengan Batrisya sukakan kau sangat..." komen Maya perlahan. Junior menyambut bersama anggukan.

Emir pula kembali bermotivasi nak merealisasikan kehendak ibunya. Lantai direnung, membayangkan bahasa tubuh si ayah di belakang kepala. Hidung ditinggikan, dada dibuka, tulang belakang ditegakkan, nafas dikawal dan mata hazelnya dicerun seperti seekor singa jantan yang merenung kawasan pemerintahannya sambil mengangkat tanggungjawab melindungi dan menjaga keluarganya pada tulang belakangnya. Kemudian kepala dipaling ke pintu bilik tidur ayahnya, hanya untuk melihat Mimi dah pun berdiri di situ dengan mata mencerlang ke arahnya. Kerut tangis menyusul. Reaksi yang sama dengan Aqi tadi.

Emir gamam seketika. Lagaknya tadi menghilang. Yang lain turut senyap.

"Ami! Idea!" desisnya di hujung bibir.

"Erk... tanya la keadaan dia macammana. Okay ke tidak."

Emir menentang Mimi dengan gaya yang selalu dilihat pada ayahnya. Renungan ditajamkan, tapi berisi kelembutan.

"Mimi, awak okay?"

Wanita itu pecah tangis. "Mar..."

"Mar datang sebab nak lawat Mimi. Kenapa muka calar balar ni?"

"Mimi nak bunuh diri... Mimi frust... Mar masih tetap pilih Aqi sampai sekarang. Mimi tak faham kenapa Mar tak boleh pandang sayang langsung! Mimi rasa lebih baik mati dari terus hadap malu macam ni!"

Aqi menelan liur yang terasa keras. Baik Umar... atau Mimi... mereka semua menerima tekanan perasaan yang sama dan bereaksi dengan cara gila masing-masing. Malah dia juga sebenarnya sama.

Obsesif.

"Aqi tinggalkan abang bertahun-tahun... Sayang bersama dekat dengan abang sampai sekarang, tapi abang tetap pandang dia!" jeritnya depan muka Emir bersama air mata yang berjujuran jatuh. Dia merapat dan menggoncang tubuh remaja lelaki itu.

Emir gamam. Ni real sangat dah ni. Wanita ini betul-betul percaya dia ialah ayahnya ke? Eksiden itu membuatkan akalnya terencat, kah?

"Ermm... Mar takdelah sukakan Aqi macam tu sekali..." balasnya pula, cuba nak merasionalkan ayahnya pula.

Mimi tergamam, menentang muka keliru mini-Umar. Ah, ini bukan suaminya. Lalu dia memuram. "Tak... Mar jatuh hati teruk dekat budak baru tu..."

"Budak baru?"

"Budak Aqi si tomboy tu la.... Budak yang Mar complain tak habis-habis sejak dia mula-mula datang dan rampas tempat duduk abang... Mar tak pernah berhenti cakap pasal dia sampai sekarang." Anak mata dikerling pada Aqi yang berdiri di sebelah Maya. "Mar akan jatuh cinta separuh mati dekat dia sampai lupakan Mimi. Tak apa, Mimi faham, sebab hati dia sangat baik. Dia tak pernah curang kat abang, macam Mimi. Dia tidak melahir anak luar nikah macam Mimi. Dia melahir anak-anak yang sihat dan cerdas, tak macam anak Mimi. Dia berikan Ami abang yang baik, tak macam anak lelaki Mimi. Dia menyintai abang sama macam Mimi, tapi dia tak selek macam Mimi. Mimi bencikan dia sebab dia perfect match untuk abang berbanding Mimi... Mimi benci yang Mimi tak boleh jadi dia untuk melengkapi hidup abang..."

Nafas Aqi terasa sendat.

"Walaupun ada Aqi, Mar masih sayang Mimi..." luah mini-Umar.

"Haha... tak, Emir, cukuplah..." Dia berkalih pada anak tirinya itu.

"Mar masih sayang Mimi," tegasnya, membuat Mimi terpaku. "Mar tak jadi suami yang proper. Seorang isteri dicipta dari tulang rusuk suaminya. Mar terlalu manjakan Mimi sampai Mimi jadi bengkok macam udang. Bila Mar cuba nak ubah Mimi... Mimi patah. Tulang rusuk Mar patah... dan itu salah Mar... jadi Mar minta maaf. Tapi Mar nak Mimi tahu... Mar masih sayangkan Mimi. Tak pernah habis sampai hari ini. Walaupun ada penambahan Aqi dalam hidup kita, Mar masih tetap sayangkan Mimi... sampai hari ni..."

Dia yakin dengan kata-katanya ini. Kalau tidak, ayahnya tidak akan menikahi Mimi dari awal lagi. Mungkin tidak sehebat perasaan pada ibunya, tapi rasa kasih itu tetap ada. Jika Mimi memainkan peranannya sebagai isteri dengan lebih baik, boleh jadi ibunya tak dapat peluang kedua.

Air mata Mimi jatuh macam Niagara Fall, lalu Emir dipeluk seeratnya. Terima kasih dan minta maaf meniti berkali-kali di telinga mini-Umar itu. Emir mengeras, sekilas teringat wanita ini pernah mencabulnya. Bulu romanya menegang.

"Lepas...! Ini Emir, bukan ayah...!"

Aqi dan Maya berpandangan bersama senyum.

"Anak lelaki kau one of a kind..." komen Maya. Patutlah Junior suka sangat lepak dengan kembar itu.

Aqi tidak membalas, sebaliknya dia turut merapat. "Mimi," panggilnya perlahan. Wanita itu menoleh. "Kau tak boleh nafi yang kita cintakan lelaki yang sama. Lets berbaik... supaya mudah untuk Umar.... supaya mudah juga untuk kau terima yang aku dah pun jadi sebahagian hidup kau juga."

Wanita itu hanya senyap. Dia tidak sempat memberi respon bila pintu rumah terbuka dari luar. Seseorang yang tak dikenali memasuki rumah tanpa dijemput.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience