Rate

Part 47: KURO AND TEAM, ENTER

Romance Series 24823

WARNA merah oren menyinari kaki langit. Berbekal live location yang masih dikongsi Aqi di dalam WhatsApp, BMW dipecut menembusi lebuh raya menuju ke bandar yang menjadi tumpuan ekonomi negara.

Sepanjang perjalanannya, dia berkira-kira nak menangkap kantoi wanita itu. Berani pergi berjumpa dengan Kuro tanpa memaklumkan padanya? Bara di hatinya ketika ini jauh lebih marak berbanding mengetahui Mimi tidur dengan lelaki lain! Pedal terus ditekan hingga ke lantai hingga BMW itu menyelusuri lebuh raya macam Ferrari beraksi atas litar meninggalkan asap, debu dan kemarahan pemandu lain.

Tapi peringatan mesra, Aqi bukan Mimi. Aqi perempuan bermaruah dan berprinsip tinggi. Sekiranya dia menemui wanita itu dalam keadaan marah-marah malah membuat pertuduhan sesuka hati, boleh jadi akan merosakkan terus peluangnya untuk bersama semula.

KLCC dan high rise dah mula nampak di pandangan. Umar lalu menelefon Kuro dengan nombor yang dikongsikan oleh Emir dari awal lagi.

"Hello? Siapa ni?"

Suara itu cukup untuk membakar baran di dalam jiwanya. Umar menarik nafas sedalamnya, meraih tenang. "Hello... ni Kuro?"

"Speaking."

"Anak aku bagitau Aqi ada dengan kau."

Diam seketika. Mungkin tengah menghubungkait maklumat untuk meneka siapa pemanggil itu.

"Aki transgender ataupun Aqi emak Emir?" soal Kuro kemudian, berjaya meneka.

"The latter."

"Ah, nak bawa dia balik Melaka, ye? Eloklah tu. Dia perabih Maggi aku je. Tapi kenapa tak call dia terus?"

Jadi betullah. Tetapi kenapa santai sangat mamat ni? "She's refusing my call," tipunya.

"I see. She's being difficult, huh? Baiklah aku faham, hahaha. Aku akan cuba permudahkan urusan kau dengan dia. Kau kat mana sekarang?"

Umar terdiam seketika. Terperanjat dengan kebaikan yang tak dijangka. "Aku baru sampai KL..."

"Masuk Keramat. Office aku kat situ. Aku akan call kau lagi nanti."

Talian diputuskan. Umar merenung iPhonenya dengan renungan membaca, menilai semula kebencian yang membuta pada Kuro.

KERAMAT belah mana, Umar tak pasti, tetapi berpandukan live location Aqi dan perut yang tengah lapar, dia memasuki Kampung Baru. Alhamdulillah banyak kedai makan. Dia berhenti di sebuah gerai melayu yang boleh melihat KLCC dari jauh.

Selepas membaca menu yang ditinggalkan di atas meja, dia memanggil lelaki berkulit gelap yang kebetulan berdiri dekat dengannya.

"Macha."

Lelaki itu menoleh.

"Saya nak order."

Macha itu merenungnya seketika. Entah dia memikirkan apa, tetapi lambat-lambat barulah pen dikeluarkan. "Bos nak order apa?"

"Nasi goreng USA dengan mihun tomyam. Tambah sekali telur dadar dengan sambal. Teh ais mangkuk sekali."

"Untuk seorang?"

"Saya lapar."

"Bela hantu raya ke?"

"Saya appreciate the small talk, tapi boleh cepat sikit tak? Saya betul-betul lapar ni."

"Sorry la bos. Saya tak bekerja kat sini." Dan pen disimpan semula ke dalam poket jeans.

Umar menjilat gigi. Dah lama hidup agaknya dia ni.

"Kuro, jom," sampuk satu suara yang cukup dikenali.

Bulat mata Umar bila melihat Aqi melepasinya. Wanita itu langsung tidak menyedarinya malah terus berjalan keluar dari kedai. Lelaki tinggi sawo matang tadi mengekori langkah Aqi hingga mereka berjalan seiring.

Eh kejap. Lelaki yang disangka pelayan tadi ialah Kuro!?

Sepantas kilat, Umar meloncat dari kerusinya dan terus mengejar mereka yang mendekati sebuah van.

"AQI!!"

Aqi menoleh. "Eh? Hai!!" Terkejut bertukar ceria. Bungkusan makanan diserahkan pada Kuro dan dia berlari anak ke arah Umar. Kemeja Umar digenggam dengan kedua belah tangan sambil melangut bersama senyuman lebar. Anak matanya bercahaya kerana rindukan lelakinya ini. "Buat apa kat KL? Kita berjodoh aik!" Benar-benar suka! Langsung tak teringat dia sendiri yang memberi location pada si lelaki bahana excitednya dia.

Reaksi itu tulen, sekaligus membenam marah Umar ke dasar terdalam. Aqi sahih tidak curang, tetapi kenapa wanita ini bersama dengan Kuro? Dan kenapa dengan pipi itu?

"Kenapa pipi lebam?"

Spontan pipi kiri disentuh. "Aku jatuh..." Lancar menipu, masih mengharap insan-insan yang ditinggalkan di Melaka masih tidak kantoikan apa-apa pada si baran ini.

"Pipi yang jatuh dulu?"

"Panjang ceritanya Mar. Tapi kau buat apa kat sini?" Masih bertanya suka.

"Kau sure kau okay?" soalnya pula sambil mengusap lebam itu dengan halus.

"Aku okay... but I missed you," ujarnya bersama senyum, mahu memujuk rasa ingin tahu itu.

Umar spontan tersenyum. Barulah galaunya benar-benar melupus. Air muka kembali serius bila menyedari Kuro masih berdiri di situ, dan menunggu mereka.

"Kenapa kau dengan negro jadian ni?" soalnya pula.

"Aik? Baru jumpa terus panggil orang negro?" getus Kuro bersama senyum kecil. Dia mengenali lelaki bermata hazel di hadapannya ini walaupun ini pertama kali mereka berjumpa. Umar sama tinggi dengannya, malah sasa juga. Dia mengenakan kemeja maroon yang ditanggalkan dua butang di atas hingga nampak bulu dada. Lengan kemeja dilipat ke lengan. Sekali pandang, Umar cukup syarat untuk digelar kacak dan maskulin.

"Kau lain benar dengan gambar. Mungkin sebab jambang tu kut..." Dia datang rapat. "Rasanya baru sejam tadi kita bercakap dalam phone... tak sampai sejam pun!" Senyum mesra diberi pada cinta hati rakannya ini.

"Allah permudahkan untuk kita bertemu."

"Aha. God works in mysterious way indeed." Kagum dengan bantuan Ilahi. "I've heard a lot about you. Biar saya perkenalkan diri saya semula. Saya Raja Aizuddin. Kawan-kawan panggil saya Kuro."

"Kami panggil dia Kuro sebab kulit dia hitam macam orang minyak," jelas Aqi bersama sengih.

"Jadi kenapa tak panggil orang minyak je?" soal Umar, bersuara tegang.

Aqi dan Kuro senyap seketika.

"Kenapa aku dapat feeling yang dia tak suka aku?" bisik Kuro sedikit kuat supaya didengari si kaca mata. Aqi hanya mampu tersenyum hambar.

Sama seperti Kuro, Umar turut meneliti fizikal lelaki di hadapannya. Celaka. Waima sedikit pun imaginasinya terhadap rupa Kuro tak mengena. Lelaki ini tak gemuk, tidak pendek, tidak jongang dan tiada gigi rongak. Anggota badannya lengkap, status bumiputera ialah makhluk bumi dan bukan alien galaksi sebelah. Personalitinya nampak peramah dan kelakar juga hingga boleh buat Aqi gelak. Malah mungkin boleh diharap juga hingga benar-benar dipercayai sang wanita.

"Mar, sambutlah salam tu," tegur Aqi.

Salam? Oh, dia tak perasan Kuro menghulur tangan. Terus disambut kasar.

Kedua-dua lelaki itu berinteraksi melalui renungan mata dan kekuatan salam masing-masing. Seolah-olah ada pancaran elektrik di antara keduanya, saling bertembung hingga menghasilkan letupan kecil. Dan pancaran yang lebih kuat itu datangnya dari Umar.

"Ekin," panggil Kuro.

"Em."

"Kenapa boyfriend kau cuba nak patahkan tangan aku?" soal Kuro sambil terus berusaha melawan.

Ternganga wanita itu lalu. "Mar?!"

Tak puas hati dirinya diadu, lalu penumbuk kiri melayang ke muka Kuro. Barulah salam mereka terpisah. Kuro menutup muka dengan pandangan penuh persoalan, manakala Umar melepaskan keluh lega. Tangan yang menyalami Kuro tadi dilap pada seluar. Sendi bahu turut dilonggar regang, seperti terlepas beban yang tergantung lama di situ.

"Puas sikit hati aku." Dengus dilepaskan.

"Kenapa kau ni!!" marah Aqi sambil menampar dada Umar sekuatnya.

"Salam perkenalan dari aku je," ujar si mata hazel pada lelaki gelap itu. "Aqi and my son talks a lot about you to the point I develop intense dislike about you. I'm not sorry."

"Umar!!" Penumbuk dilepaskan lagi sekuatnya ke lengan itu tetapi Umar tidak berkutik. Tajam merenung pesaingnya.

Kuro mencerun geram. Dibenci walhal tak dikenali dan tiba-tiba dapat penumbuk di pertemuan pertama hanya kerana cemburu. Amboi! Ikutkan hati, dia ringan hati nak membalas tumbukan lelaki ini.

"Kau fight?"

"Aku box."

"Ali atau Tyson?"

"Earnie."

"Tough choice..." Jika dibandingkan dengan sakit yang sedikit ini, Umar memang menumbuknya sekadar untuk berkenalan. "Bila first time kau dengar pasal aku?"

"The day you called."

"I see... So apa rasanya? Simpan cemburu dekat lelaki yang kau tak kenal selama tiga bulan? I hope it sucks," soal Kuro bersama senyum mencabar.

Umar spontan merapat bersama penumbuk. Selekas itu juga Aqi melompat ke hadapan lelaki tinggi itu dan menahan langkahnya.

"Umar! Tenanglah! Kuro, kau pula jangan memprovok!" marahnya pada si kawan pula.

"Boyfriend kau yang start..." desis si lelaki tanpa melepaskan cerunnya pada Umar.

"Aku minta maaf bagi pihak dia! Boleh tak kita move on?" pintanya, membuat kedua-dua lelaki berpandangan. Untuk pertemuan pertama ini, rasanya masing-masing dah faham tahap maskulin dan kejantanan mereka. Tinggal nak turunkan ego sahaja. Tapi siapa nak mulakan?

"Please?" pinta Aqi lagi.

Masih senyap. Enggan kalah. Kunci bagi menenangkan keduanya terletak pada wanita itu. Mereka mengenali kewujudan masing-masing melalui mulut wanita yang sama, dan pertemuan yang pertama ini dirasakan penting untuk menilai sejauh mana pandangan wanita itu benar terhadap diri mereka. Jika Aqi menyebut nama Kuro dahulu, lelaki itulah yang memegang kedudukan yang lebih tinggi di dalam diri Aqi berbanding Umar. Dan jika Aqi menyebut nama Umar dahulu...

"Kenapa diam je ni... Mar...?"

Ding ding ding! Umar terdengar bunyi penonton bersorak dalam kepalanya. Satu perkara yang sangat kecil tetapi impaknya maha besar bagi ego seorang lelaki. Lalu Kuro ditentang dengan lebih yakin.

"Aqi... gunakan nama kau untuk buat aku cemburu... on more than one occasion," ujarnya. "Still not sorry."

Aqi nganga. Aku pula yang salah??

Kuro menjungkit kening. "Kau baru sampai KL maksudnya kau tak sempat makan lagi, kan?" Yelah, semasa order makanan tadi pun lelaki ini macam kebulur gila. "Kau nak bungkus dulu ke, lepas tu ikut kami balik? Aku sure kau taknak Aqi engkau ni berdua dengan aku." Penumbuk pengenalan Umar itu memang cukup untuk menyumbat fakta bahawa Aqi bukan wanita yang dia boleh angkut ke sana ke mari semasa Umar ada.

"Excuse me? Ikut suka akulah nak berdua dengan siapa!" getus si wanita, lalu memasuki van.

Lelaki berkaca mata itu lekas mengejar dan berdiri di luar pintu van wanita itu. "Aqi... aku drive ke sini. Taknak naik kereta aku?" soalnya, terus melembutkan nada kerana bercakap dengan perempuan, berbanding suara kerasnya semasa bercakap dengan Kuro tadi.

"Aku datang dengan Kuro, aku balik dengan Kuro. Kau yang kena buat perangai macam tetamu kat sini, Mar!"

"Kenapa marah-marah ni..." soalnya, refleks bernada pujuk walau tidak pasti apa silapnya.

"Kau tumbuk Kuro tanpa sebab! Lepas tu kau tak minta maaf!!"

"Dia yang kena tumbuk, kenapa kau yang marah??" Makin pelik dengan perangai Aqi yang satu ini.

Kuro turut menambah. "Kau ni tak faham orang lelaki la, Ekin."

Dan Aqi ternganga. "Kenapa aku pula yang salah ni? Apa benda yang aku tak faham?"

"Kau kena faham yang dia tumbuk aku sebab kau."

Makin kelam.

"Kalau perempuan kesayangan aku duk bercakap pasal lelaki lain pun aku cemburu juga..."

Umar memandang Kuro bersama rasa hormat yang terbentuk. Mereka berkongsi nilai kelelakian yang sama. Aqi yang perasan ikatan persahabatan yang terbentuk dalam senyap itu hanya mampu ternganga.

"Semua lelaki macam kau berdua atau... aku yang stuck dengan pesen lelaki yang sama?"

"Kau attract silent psychopath. Deal with it," balas Kuro selamba sambil menghidupkan van.

Umar spontan tertawa. Sahih, dia juga boleh berkawan dengan Kuro. Lalu wanita yang memuncung itu dipandang. "Naik kereta aku jom?"

"Taknak! Aku nak naik van!" Bertegas. Wajah turut dipalingkan dari Umar kerana sememangnya tengah marah.

Umar menarik nafas dalam. "Fine... kalau macam tu aku balik Melaka, lah. Kau jaga diri baik-baik kat sini... dengan Kuro. He seems trust-worthy..." luahnya rendah, seakan-akan mengalah.

Hati kecil Aqi terus terdetik. Hampir menangis lagi kerana terasa Umar mengaku kalah dengannya. Nak balik Melaka dan biarkan aku dengan Kuro? Ikut suka, lah! Kau sepatutnya jaga Mimi!

Itu kata ego, tetapi hati yang menyayangi jauh lebih jujur. Gagal menahan diri, lalu dia berpaling ke tingkap kembali. Hati bertukar sayu bila melihat lelaki itu dah tiada di sebelah tingkap. Sesal mewarnai wajah Aqi, antara sedih dengan lelaki itu yang seakan tidak bersungguh, atau keliru juga dengan dirinya sendiri. Tidak pasti apa sebenarnya yang dia nak.

Tubuh disandarkan bersama keluh, dan ketika itu barulah matanya terpandang cermin sisi. Pada pantulan cermin, Umar sedang bersandar bahu di tepi van, berpeluk tubuh dan meleretkan sengih merenungnya.

"Cari aku?" soalnya sambil kembali berdiri di tingkap di sebelah wanita itu.

Aqi menyeringai. Sedar dipermainkan. "Kau buat apa kat KL, ne'way? Mimi tau kat sini? Dia masih healing, kan?"

Umar tidak menjawab. Kuro pula masih menunggu keputusan. "Decision, guys?"

Aqi bersandar semula sambil berpeluk tubuh. Bibir bawah dijuih tanda masih berdegil. Umar akur dengan kedegilan itu.

"Aku follow dari belakang. Tapi nak gerak ke mana?"

"Office aku."

SETIBA di pejabatnya di Keramat, Kuro disambut oleh Farha yang dah kelaparan.

"Yay! Sampai jugak! Aku dah kebulur---eh, siapa ni?" Terus ditegur kehadiran Umar bersama mereka. "Aku order nasi goreng USA. Bukan model Maskulin."

"Dia free gift untuk kau," balas Aqi sambil beralih ke sofa manakala Kuro hanya tersenyum kelakar.

Langkah Umar terhenti bila hampir terlanggar wanita asing yang berdiri di hadapannya. Seksi orangnya. Wanita itu mengenakan tank top labuh hingga menampakkan bra kelabu di dalamnya. Kakinya pula sekadar ditutup tight paras paha. Rambutnya diikat ekor kuda dan Brut Aftershave turut menyapa hidung. Bila wanita itu cuba merapatkan diri hingga menemukan badan mereka, lekas Umar mengelak. "Sorry miss. Jaga jarak please," desisnya dan terus mengambil tempat duduk di sebelah Aqi.

"Ala, dia mengelak. Dia gay ke?"

"Biseksual," ujar Kuro selamba sambil duduk di kerusi bos.

Umar mencerlang. Farha pula kembali mengejar si kacak itu. Selamba melabuh duduk di atas meja, betul-betul di sebelah bungkusan makanan Aqi hampir terduduk sedikit pada bungkusan itu. Mengamuk si kawan dibuatnya.

"Farha! Aku nak makan ni ha! Pergi la duduk tempat lain!"

"Rileklah... aku masih tak puas renung free gift aku ni." Tubuh dirapatkan bersama senyum pada Umar.

Bila Umar memandangnya meminta diselamatkan, Aqi menggeleng. "You're on your own." Punggung diseret ke hujung sofa bersama makanan. Lagi lama perut aku lapar, lagi senang marah terbakar.

Farha menggaru dagu, meneliti anak mata hazel, hidung mancung, jambang serta bentuk bibir itu. "Macam pernah ku lihat, tapi di mana, yaaa?"

"Dari sini," sambut Kuro sambil mengeluarkan sebuah gambar dengan frame emas bersaiz 60x90. Gambar itu merupakan sebuah gambar passport seorang pemuda bermata hazel dan berkaca mata bingkai hitam. Hampir serupa dengan Emir, tetapi bukan.

Farha terus memetik jari bersama wajah - aha!

Umar semakin keliru kenapa gambarnya semasa zaman sekolah ada bersama mereka, manakala Aqi tersembur teh ais. Sampai terbatuk dibuatnya. Tak sempat dia bertanya, Kuro menyambung.

"Kami besarkan dan frame-kan sebagai hadiah hari jadi kau, hahaha!" jelas si ketua.

"Bongok la korang!!" pekik si wanita, lalu berlari ke meja Kuro dan cuba merampas gambar tersebut, tetapi Kuro mengelak mudah. Suka mengusik.

"Kenapa korang ada gambar aku?" getus Umar pula, kurang senang. Gambar itu ke yang Kuro pernah sebut dahulu, semasa pertama kali mereka berbual di dalam telefon.

Farha meleretkan bibir. "Itu ialah gambar yang digenggam Ekin bila kami jumpa dia separuh mati dalam tahanan Chan," balasnya, membuat Umar menoleh semula pada si wanita seksi. "One could say that, the thing that was keeping her alive while in torture is her love and devotion towards the guy in the picture," jelasnya lagi sambil menuding pada gambar Umar yang dah berjaya dirampas Aqi di sana. "And that's how we know you. Pekerjaan kau. Tempat tinggal kau. Perkahwinan kau dengan Mimi Rainita. Tentang Ami Dania yang jadi influencer dalam social media sebab nak cari mak dia... everything. Benda tak gerak kalau Emir tak minta tolonglah tapi..."

"Happy belated birthday, you weirdo," ujar Kuro bersama senyum kelakar. Aqi sekadar membalas dengan dengus. Frame gambar dilihat, dia tersenyum nipis pada gambar itu sebelum memberi juih pada Kuro lagi sehingga lelaki itu tertawa.

Umar terus memerhati. Difahami lelaki dan perempuan ini sebagai kenalan yang berkait rapat dengan rahsia yang disimpan rapi oleh Aqi selama ini. Aqi membuat berbagai-bagai mimik muka bersama mereka, malah gelakkan sesuatu yang tidak difahami. Reaksinya pada prank hadiah hari jadi tadi turut membuktikan tahap selesanya pada kumpulan ini. Akhirnya Umar benar-benar mampu menelan dan menghadam hubungan Aqi dengan Kuro hanyalah kawan baik semata.

Kuro dia tahu kerana kerap kali disebut, tetapi perempuan itu siapa?

"Siapa kau berdua sebenarnya?"

"Kami kawan Ekin." Kuro membalas ringkas sambil membaling pen ke kepala Aqi.

Farha bangun dari meja dan berpusing ke belakang kerusi lelaki berkulit gelap itu. "Selain Kuro, ada dua lagi dalam team kami. Seorang kat Sarawak, seorang lagi kat Melaka. Masing-masing tengah ada job." Kedua belah tangan dilingkar ke bahu Kuro sebelum merehatkan dagunya di atas kepala lelaki itu.

Aqi yang kembali duduk bagi sambung makan, terkedu melihat rapatnya kedua-duanya. Farha rileks sekali miang pada Kuro seperti kucing yang nak mengawan. Lelaki berkulit gelap itu pula sekadar membiarkan, malah cukup selamba menumpukan perhatian pada PC macamlah takda apa yang berlaku. Dia mahu bertanya, tapi tak pasti nak bermula dari mana. Tuahnya, Umar dah menyoal dulu.

"Korang couple?"

"Kami ialah something of an item, yes..." jawab Farha sambil mengambil tempat duduk di riba Kuro. Tangan dilingkar ke belakang tengkuk lelaki itu supaya mudah untuk membelai rambutnya. Lelaki itu turut merangkul pinggang ramping itu supaya duduknya lebih stabil.

"Ada cincin?" soal Aqi pula. Nadanya cukup berhati-hati.

"Takda," jawab Kuro pada skrin PC.

"Jabatan Agama Islam?"

"Mereka got involved, yes."

Rahang Aqi bergerak sedikit. "On purpose?"

"Had to."

Mulut ternganga luas. "Aki tau?" soalnya berbisik, macamlah orang yang disebut itu ada sekali di dalam bilik.

"Kau gila kalau dia tahu. Mati aku," dengus Kuro sambil menjeling. "Aku bukannya nak sangat, tapi Farha kerap datang ke sini sebab dia takda rumah. Tumpang mandi, tumpang tidur. Aki dekat Melaka nu sejak 6 bulan lepas, dapat job yang tak selesai sampai sekarang. And then, things just happened."

"What 'just happened'?"

"Dia ialah perempuan dalam bilik tidur aku, Ekin. Things happened!" balasnya keras. Pendek sekali penjelasan itu tetapi cukup untuk menjelaskan apa yang berlaku.

Aqi jatuh rahang. Susah nak percaya. Kemudian Farha yang masih bersarang di bawah ketiak Kuro pula dikerling. Dia tahu kawan perempuannya itu memang gila, malah jauh lebih gila dari Mimi, terutama dalam konteks jenayah. Farha sengaja menggigit ringan rahang Kuro sambil menyelitkan tangannya ke dalam leher baju lelaki itu bila melihat Aqi masih memerhati. Seakan memberi kenyataan yang Kuro miliknya dan Aqi dah tiada peluang. Lalu nafas berat dihembus melalui hidung.

"Berat ujian kau, Kuro..."

Lelaki berkulit gelap itu tidak membalas.

"Aku dengan Aki je la yang masih single ni... tapi dia lebih cantik dari aku..." keluhnya pula, nak menukar mood antara mereka supaya kembali santai.

Umar yang mendiam dari tadi lalu terbatuk sedikit. "Kau nak try trasngender pulak?"

Aqi menoleh pelik. "Bila pulak aku nak try---bila masa Aki transgender?? Kau kenal ke dia?"

"Kuro cakap dia transgender. Pun kau baru cakap Aki tu cantik."

"Sebab dia memang cantik. Dia tak gagah perkasa macam kau atau Kuro. Kulit dia putih licin gebu macam perempuan. Dia sesuai buat kerja spy sebab muka innocent macam perempuan. Dulu aku ingat dia pasangan gay Kuro."

"Hoi! Hari-hari lain, aku tak kisah kau gurau macam tu. Depan Umar, kau jangan jatuhkan air muka aku!"

Aqi sekadar membuat muka sebelum menoleh pada Umar lagi. "Aki tu kurus, tapi masih kuat. Kalau kami pakaikan make up dekat dia, memang takda sisa kejantanan langsung. Macam---" Jari dipetik pada Kuro. "Macam transgender."

Kuro menyambut petikan jari itu dengan menuding telunjuknya.

Si mata hazel pula terus merenung Aqi tanpa kelip. Wanita itu kembali menumpukan perhatian pada nasi goreng papriknya. "Kau nak duakan aku dengan pseudo-transgender?" soalnya, lebih perlahan dan serius.

Aqi menoleh kembali. Keliru dengan soalan itu. Tiba-tiba datang KL, tumbuk Kuro, kemudian membuat pertuduhan tak berasas. Malah serius benar reaksi wajahnya.

"Something happened at home lagi, ke?"

Diam seketika. "Kau datang jumpa skandal kau tak bagitau aku..." luahnya perlahan.

Berpandangan lagi. Di belakang kepalanya, Aqi menilai teguran Ami mengenai membiarkan Umar tak tahu apa-apa. Kemudian pada janjinya untuk berkongsi semua hal dengan lelaki ini. Tetapi ah... dia tak pasti macammana nak berkongsi tentang Chan menumbuk mulutnya sehingga berdarah. Dia tak mahu melihat Umar mengamuk.

Lelaki bermata hazel itu pula merenung wanita yang dicintainya tanpa kelip. Dia mahu memberitahu sesuatu. Tanpa mengalih wajah dari Aqi, anak mata dikerling pada Kuro yang masih memerhati mereka. Tiada isyarat lisan atau kerut kening, melainkan bertukar renung semata. Lelaki di meja kerja itu mengalihkan Farha dari ribanya sebelum bangun berdiri.

"Aku akan berikan korang privasi."

"Aik?" Aqi menoleh terperanjat.

"Tapi jangan buat seks dalam opis aku," sambung Kuro sambil menarik tangan Farha ke pintu.

"Kitorang belum kahwin la bongok!!" Bengang dibuatnya.

"Itu bukan penghalang korang buat seks... katil kat bilik tu tau, Ekin. Have fun," sengih Farha sambil mengenyitkan matanya sebelum dipisahkan pintu.

Aqi melopong pada kawan perempuannya itu. Sekarang dia benar-benar risau untuk Kuro dan apa pula yang memaksa lelaki itu menghalalkan Farha sedangkan dua manusia itu bergaduh macam anjing dan kucing selama ini. Argh, dia curious!!

Tetapi gurauan ringan Farha tetap menarik fokusnya juga kerana mulut Umar juga ringan benar mendarat ke wajahnya. Dan bila berdua dalam bilik kosong begini, malah ada katil juga di bilik sebelah, Aqi enggan memberi ruang pada syaitan untuk memberi khabar. Selajur dia mengensot nak menjauh, tetapi dia dah pun di hujung sofa.

"That guy sama frekuensi dengan aku..." komen Umar, merujuk pada sifat Kuro sebelum kembali menoleh pada Aqi. Terus dicapai tangan itu bila melihat Aqi nak bangun. "Kau nak kemana?"

"Mar, kau yang sekarang bukan yang dulu. Tolong lepaskan aku."

Tergelak dibuatnya. Tetapi tetap berdegil menahan Aqi di sebelahnya. "Aku dah ceraikan Mimi..." luahnya terus dan menerima muka terkejut dari sang wanita. "Dia curangi aku."

"Dia dah curangi kau dari awal lagi..."

"Anak-anak kita jumpa dia dengan lelaki lain dekat rumah aku... atas katil aku...."

Berderau terus darahnya. Terlalu kelu nak merasionalisasikan tingkah laku Mimi kali ini.

"Dia tipu aku, Aqi. Aku fully intend nak jaga kau berdua... a functioning family of six... nak timang anak aku dari perut dia... tapi dia lebih rela ditiduri lelaki lain, Aqi..." Beratnya rasa karma hanya Allah yang tahu. "Aku gagal buatkan dia mengandung sampai dia kena cari lelaki lain..."

Retak pada suara garau itu membuat Aqi sebak serta merta. Lelaki ini lebih sedihkan hal ditipu mengandung berbanding dicurangi.

"Kau masih ada kembar kita Mar... walaupun bukan baby... tapi equally the same," luahnya pula, cuba memujuk.

Umar tersenyum lirih. "Aku tahu..." Lalu muka diraup dengan sebelah tangan. "Tapi aku nak timang baby... aku nak azankan dia... aku nak merasa tidur terganggu sebab dia memekak tengah malam... aku nak merasa pengalaman tu, Aqi... aku nak merasa jaga mood swing bini aku... aku nak basuh berak kencing---kenapa kau pula yang leleh ni..." Terperanjat bila melihat wanita itu dah macam hujan.

Rawan si wanita merasuk. Teringat sinar di mata Umar bila melihat stroller. Semua soalannya mengenai baby bump dan cara-cara menjaga perempuan mengandung. Lelaki itu dirompak sekali lagi dari peluang memegang bayinya.

"Sorry... dulu aku tak bagitau kau yang aku mengandung sebab aku selfish... sebab aku marah... sebab aku taknak berkongsi dengan kau. Sekarang kau terlepas lagi peluang tu... aku minta maaf Mar... aku minta maaf..." Air matanya menitis satu persatu. Lebat sekali.

"Sheesh... aku tengah sedih, tapi kau menangis dulu..." Kepala si wanita diusap. "Aku dah maafkan kau Aqi...." Tisu yang disertakan bersama bungkusan makanan dicapai, digunakan untuk mengelap air mata wanita itu. "Kau ialah bukti kejayaan aku. Dua budak nakal tu ialah kebanggaan aku. Tapi Mimi... sampai sekarang aku tak boleh buat dia mengandung sampai dia kena minta bantuan lelaki lain... dia pilih Chan sebab lebih kaya, lebih berjaya, lebih pandai, katanya..."

"Chan??"

"Ya. Dia tidur dengan Chan... kat rumah aku... kat katil aku... huuhhh..." Berat.

Makin luas dia ternganga. Umar menyambung cerita lagi, tentang Mimi rupa-rupanya dah berhubung dengan lelaki lain di luar rumah semasa tengah gasak menuduh Aqi cuba merampas Umar darinya. Hingga tersandar Aqi dibuatnya.

"Perempuan jenis apa yang kau gantikan aku ni, Mar..."

Senyum. Hidung yang terasa gatal, digaru. Masih sebal bila mengingati kata-kata Mimi.

Aqi merenung air muka suram itu. Pipi itu diusap dan ditarik supaya memandangnya. "Mimi patut sedar yang genetik kau yang buat dua budak tu lahir. Tengok muka dan mata mereka pun semua orang boleh nampak. Sedikit genetik aku pun tak turun dekat mereka berdua. Macammana dia boleh fikir campuran dia dengan Chan akan lahirkan budak yang lebih superior dari Emir dengan Ami pun aku tak tahu..."

Senyum Umar tercuit. "Think we can make more of the twin?"

Senyuman Aqi bertukar pedih. Perut disentuh. "I did some damage to myself few years back... and its permanent..."

Lirih. Kepala dijatuhkan hingga tubuhnya ikut sekali hingga rebah. Aaargh... kepalanya direhatkan ke riba Aqi. Wanita itu terperanjat.

"Aku frust..." Dengan semua benda yang berlaku. Baring dibetulkan hingga benar-benar selesa. Tangan dilintang ke atas matanya. Aqi pula hanya mampu tersandar sambil merenung nasi paprik yang baru dua sudu dikunyah. Untuk seketika, mereka senyap. Hanya jam di dinding yang berbicara.

Tangannya ragu-ragu dari tadi, tetapi setelah dikukuhkan hatinya, Aqi menyentuh kepala di ribanya itu. Diusap lembut rambut si lelaki.

"Kita sama-sama single la ni?" soal Aqi perlahan. Halus sekali nadanya. Menyukai status itu. Dia tak perlu bergaduh dengan Mimi untuk kejar perhatian Umar. Yay!

Umar memalingkan kepalanya supaya menentang perut Aqi. Kemudian lemak di perut itu dicubit. "Gemuk."

Tangan si lelaki ditampar ringan. Aqi boleh rasa hatinya terbuka seluas-luasnya untuk hamba Allah ini. Lelaki ini ada banyak kelemahannya, dan dia juga sama. Tetapi dialah lelaki yang menggenggam hatinya... dan jika ada peluang kedua untuk mereka... jika masih ada ruang untuk perbaiki semua silap yang lepas.... Aqi mahu mencuba semula.

Mencuba semula... boleh ke mereka mencuba semula sedangkan dia dah cacat luar dalam? Sedangkan Mimi yang sihat walafiat pun tak boleh menunaikan kehendak Umar, apatah lagi dia. Tiba-tiba realiti menghentak jiwa, sekaligus memadam harapan di dada.

Dia menunduk bila terasa wajahnya diusap. Si kacak tengah merenungnya. Lelaki yang mengejarnya ke KL kerana takut dicurangi. Yang ditarik peluang memegang bayi sendiri kerana dia tengah beremosi dan mementingkan diri. Yang Mimi enggan berikan anak kerana takut gemuk, kemudian boleh pula nak mencuba lelaki lain sebab nak beri anak dari lelaki yang lebih kaya dan berjaya.

Aqi menelan liur. Terasa tanggungjawab yang berat di bahu bila menyedari kehendak Umar yang satu itu. Umar mahu memegang bayinya sendiri, sesuatu yang dia tak mampu hulur. Allahurabbi. Beratnya rasa nafas, hanya Allah yang tahu.

"Aqi, I love you..." panggil si lelaki.

Aqi memaksa senyum. Sekaligus menahan tangis.

"Aik? Senyap je? Marah ke ni, sayang?"

Lidah dijelir. Tangan Umar juga dialihkan dari mukanya. Renungan pada meja bertukar redup. Umar pula menarik nafas dalam. Kusut memikirkan kemungkinan Aqi tengah memarahinya. Tapi apa yang dia dah buat?

"Kenapa moody tiba-tiba ni... share with me..."

Pintu diketuk dari luar. Umar bangkit duduk semula macam spring, manakala Aqi menoleh pada Kuro yang memuncul dengan tenang di pintu. Farha masih setia di belakangnya.

"Sorry, love bird. Aku ada emergency call untuk Ekin..." Selajur lelaki tinggi itu merapati belakang sofa dan menghulur iPhone ke telinga pasangan itu. "Aki, Ekin ada dengan aku. You're on speaker."

"Aki, ada apa?" soal Aqi terus.

"Ekin!! Emergency!! Anak-anak kau... they've pissed off Chan. Like apocalypse level kind of anger!"

Aqi jatuh rahang. Umar turut mengerut dahi.

"Ami Dania a.k.a. Junior Slayer a.k.a anak perempuan kau, post video Chan berbogel atas katil dengan isteri Umar dalam Instagram live!! Bibird Chan nampak jelas dan terang dalam video Ami untuk tontonan seluruh dunia!!"

"HAA??!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience