Rate

Part 43: OH MY SWEET SUFFERING

Romance Series 24823

FARID menerima panggilan dari hospital Sultanah Aminah dimana Umar beserta isteri terlibat dalam kemalangan. Umpama menerima notifikasi dari malaikat maut je rasanya. Dia bergegas turun ke Selatan bagi mengesahkan khabar berita itu. Setiba di wad ICU, si adik itu dilihatnya tengah berbual di kaunter jururawat.

"Eh? Abang buat apa kat sini? Abang sakit ke?"

Farid ternganga. Seluruh tubuh adiknya cedera luka, malah sedang memakai gaun hospital, tapi soalan itu diberi pada dia?

"Kau eksiden!" Nak marah rasanya.

"Ha'ah. Kami langgar pokok," luahnya bersama keluh sambil menoleh ke pintu wad isterinya.

"Macammana boleh langgar pokok?" Pelik.

"I made a mistake..." Tapi tidak akan disebut siapa yang memegang stereng. Silapnya kerana membenarkan si isteri yang marah itu memandu.

Mengenali sifat adiknya, Farid sendiri dah boleh membayangkan apa yang berlaku. Umar direnung atas bawah, mahu memastikan pemuda ini ialah adiknya. "Kau betul ke okay ni?"

"Sedikit sakit. Maybe a little traumatic sebab ternampak kelibat malaikat maut. Otherwise, okay."

Ah, betullah Umar si badan besi. Farid menarik nafas dalam sebelum melepaskan keluh sehabis panjang. Membuang sekali galau yang membuatnya rasa sesak tadi. Umar nampak okay walaupun kepala berbalut. Syukur dipanjat ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan umur adik lelakinya yang sengal ini. Kalau tak, entah macammana dia nak menyampaikan berita pada Aqi dan Batrisya.

"What happened?"

Umar tidak menjawab, sebaliknya kembali teringat marah dan tangis Mimi semasa memandu. Silapnya kerana mengizinkan wanita itu memandu. Kemarahan isterinya boleh diagak, tetapi bukan reaksi psikotik seperti memecut terus ke batang pokok. Farid yang menepuk-nepuk tubuhnya bagi memeriksa luka, dipandang lagi. "Abang masih tak explain kenapa abang datang ke sini."

"Hospital call la bodoh!" Marah terlepas juga akhirnya.

Kelam seketika. "Abang emergency contact Mar, ke?"

Angguk.

"Memang Mar tak boleh keluar dari ketiak abang, kan..."

"Aku kan abang."

Memang itulah jawapannya dari dulu sampai sekarang. Malah sejak ibu bapa mereka meninggal, si abang itu memegang tanggungjawab sebagai penjaganya dengan penuh bangga. Umar teringat pada anak lelakinya pula. Emir pun semakin lama semakin menunjukkan superioriti seorang abang pada si adik, walaupun Ami cuba nak menafi. Tetapi jika dia mati pun, dia boleh percayakan anak lelakinya untuk jagakan Ami dan Aqi sekaligus.

Bila teringat Aqi, hatinya merasa denyut. "Aqi... dia tak tahu, kan?" Dia taknak wanita itu risau.

"Lah. Kau taknak dia tahu ke? Abang dah buat announcement sekampung sebelum sampai sini."

Umar sengal. Tetapi alang-alang Farid dah sampai ke sini, mungkin dia boleh meminta buah fikiran si abang, macammana nak menyelesaikan masalah bernama Mimi Rainita. Lalu diceritakan dari A sampai Z, macammana dia boleh tergerak nak bercuti dengan Aqi dan anak-anaknya, kemudian menangkap kantoi Mimi bersama dengan lelaki lain.

Farid nak tergelak mendengar ironi kau. "Okay okay let me get this straight. Kau fun-fun dengan janda kau tanpa pemakluman bini kau... lepas tu pada masa yang sama kau jumpa perempuan yang tengah angkut anak kau tu bawah ketiak lelaki lain kat tempat yang sama??"

Berdenyut terus semua luka di badan dan kepalanya dibuatnya. "Thats one way to summarise it, yes..." Berpasir rasa. Dan makin pedih egonya bila Farid ketawa.

"Hahaha aduii... padanlah Mimi sampai langgar pokok... tapi dia curangi kau dengan siapa sampai kau tenang macam ni sekali?" soalnya lagi, tidak memahami reaksi adiknya pula.

Umar spontan menelan liur. "Abang pun kenal dia... dia jerung dalam dunia kita... Chandler Abdullah."

Mata Farid membulat. "Chandler Abdullah?" Rias wajah peguambela yang tahap hanat macam Siti Kassim itu dibayangi di belakang kepala. "The multimillionaire yang ambik alih empayar Dickens?"

"The very-lah the one." Belakang kepala digaru, memikirkan macammana nak mengendalikan masalah baru ini. "Lagipun dia bekas suami Aqi... jadi Mar baru nak tanya Mimi sejauh mana dia kenal member tu..."

Air muka Farid berubah terus. "Kau tahu?"

"Ya?"

"Yang dia bekas suami Aqi?"

"...ya."

Diam seketika. "M-mana kau tahu pasal tu?" Berhati-hati bertanya.

"Mar buat background work pasal dia sebab Aqi berahsia sangat... Mar geram."

"Naturally..." Farid mendehem, membuang janggal yang bertamu di hati. Dagu yang licin turut diusap. "Jadi... k-kau dah tahu... kenapa Aqi nikahi dia sampai tinggalkan kau?"

Si mata hazel spontan menoleh. Air muka si abang nampak kusut. Dan merah juga. Ah, abangnya ini juga sama macam Aqi. Sanggup melanggar undang-undang dan menyimpan rahsia berpuluh tahun demi memastikan dia hidup bahagia dalam ketidaktahuan. Umar bertukar sayu.

"Tak... Aqi masih taknak bagitau. Mar cuma tahu bekas suami dia ialah Chandler..." balasnya, memilih untuk menjaga perasaan si abang.

Farid menelan nafas. "Kau tak tanya lebih?"

"Aqi insist nak diamkan. Mar pun dah penat nak tanya kalau dia taknak cerita... setiap kali Mar tanya dia menangis... I don't know what else to do..."

Dan barulah senyum kecil meniti di bibir si lelaki. "I see..." Boleh lega buat masa sekarang.

Umar menyambut dengan anggukan. Biarlah semua orang tahu tapi tiada siapa boleh bercerita. Biarlah rahsia kotor itu tertanam ke dasar terdalam macam time capsule yang takkan dikorek sampai bila-bila.

Perasan wad isterinya dimasuki doktor, Umar bergegas mengekori. Dia jarang masuk hospital tapi dia tahu purata masa doktor menemui pesakitnya hanya beberapa minit sebelum mereka berpindah ke pesakit lain pula. Tahap kecekapan dan akal cerdas yang hanya boleh diasah melalui pengalaman dan pembelajaran yang konsisten bertahun-tahun.

"Isteri saya macammana doktor?" soal Umar, terus menyampuk pada doktor lelaki yang sedang bercakap dengan jururawat di sebelahnya.

"Awak siapa? Suami Puan Mimi? Encik Umar ke?" Dia yang bertanya, dia sendiri juga yang menjawab. Direnung pesakit lelaki itu seketika, cuba memahami kenapa pesakitnya yang seorang ini tidak berehat di katilnya sebaliknya mengejar dia di sini. Pesakit bernama Mimi ditoleh, kemudian beralih pada lelaki yang masih menunggu soalannya berjawab. "She's recovering. Cuma kami masih perlu pantau dia untuk satu malam..."

"I understand that. Tapi kenapa dia masih tak bangun?"

"Saya belum boleh beri jawapan memandang Puan Mimi sendiri belum sedar. Tapi saya boleh cakap yang semua vital sign dia positif, so there's a high chance yang dia akan sedar secepat mungkin."

"Alhamdulillah... Baby kami macammana?"

Doktor itu terkaku seketika. Jururawat spontan membaca chart, manakala Farid berkerut dahi melihat bahasa tubuh kedua-duanya.

"Puan Mimi tak mengandung..." balas jururawat pada data pesakit di tangan.

Umar nak melepas tawa. "Pulak? Wife saya dah mengandung tiga bulan!"

Mereka berpandangan sebelum menoleh pada wanita yang sepatutnya mengandung itu. Perut flat, dada nipis serta tiada tanda-tanda fizikal lain. "I see... we will rework the lab test. Mungkin ada clerical error... atau apa-apa error yang berpotensi berlaku..." Stetoskop dikenakan ke telinga dan lalu keadaan pesakit yang masih tak sedar itu diperiksa.

"Fail pink dekat rumah ke? Abang boleh suruh Junior tengokkan," ujar Farid pula.

"Fail pink?"

Angguk.

"Fail pink untuk apa? Mar takde simpan fail kat rumah, apatah lagi beli yang warna pink. Fail-fail Mar semua dalam Sharepoint."

Hening bilik wad itu mendengar bebelan Umar. Farid pula terlongo pada adiknya.

"Rekod appointment Mimi dengan gyno dia. Semua rekod appointment, blood test, haram jadah dalam tu."

Si mata hazel membatu seketika. "Mimi takda buat appointment doktor. Katanya belum perlu."

Senyap lagi ruang wad itu dibuatnya. Si doktor dan jururawat merenung Umar dengan pandangan membaca, manakala Farid menjilat geraham.

"Mimi belum jumpa doktor?"

Geleng.

"Walaupun dah tiga bulan?"

Angguk.

"Dia yang cakap?"

Angguk lagi.

Farid memicingkan mata. "Kau percayakan dia? Blindly? Without checking anything?"

Umar terkaku.

"You know where I'm going with the next question?"

Liur yang terasa berpasir dipaksa telan. Akalnya boleh menangkap hint abangnya tetapi hatinya enggan menerima. Lalu kepala digeleng. 

Respon retorik itu membuat Farid mengeluh. Kemudian kedua-dua medical practitioner itu dipandang. "I'm terribly sorry, doctor. I'm sure you have to attend your other patient. Biar saya manage my lil' brother," ujarnya lekas, mempersila lelaki dengan tanggungjawab itu bergerak keluar dari wad. "Sorry again. Ini ialah baby first dia, jadi dia tak tahu apa-apa...!" ujarnya dengan lebih kuat supaya masuk ke telinga mereka. Selajur, adiknya kembali dipandang. Nampak berkerut wajahnya. Mungkin tengah memproses sesuatu maklumat berdasarkan konteks.

"No..." balas Umar lalu. Tak mungkin Mimi menipu.... Kepala digeleng deras. "No...!" luahnya pada si abang. Dia nakkan anaknya. Dia mahukan bayinya!

Farid menghela nafas sekali lagi, sekaligus bersyukur kerana Umar masih ada Aqi yang benar-benar menyayangi dan mencintai adiknya sebagai perempuan normal dan berakal, dan tidak segila Mimi. 

"Kita tunggu lab work, okay?"

Tetapi itu sekadar harapan palsu. Semua perangai ganjil Mimi yang enggan menemui doktor, malah bersama dengan lelaki lain dah cukup sebagai siren amaran – bingit desing itu hingga membuat roh Umar bergegar. Bahu bidang itu melurut jatuh, seperti daun layu yang menunggu terputus dari dahan, sama seperti rasa sayang yang dirasai buat isterinya ketika ini. Kepala dipalingkan pada Mimi bersama tekak berpasir.

"Kenapa dia buat Mar macam ni..."

"Sebab dia cintakan kau..."

"I don't want her love kalau macam ni sekali dia kenakan Mar..." Dan luka yang diterimanya dari Mimi jauh lebih parah berbanding luka melanggar pokok rasanya. Dia nak terbaring menangis rasanya!

Si abang bersimpati. Bahu itu ditepuk. "Jangan macam ni, Mar... lets think positive. Dia cakap dia mengandung sebab kau tak habis-habis melekat dengan Aqi dengan anak-anak kau. Mungkin lepas ni kau perlu berusaha lebih sikit supaya benih kau betul-betul melekat?"

Umar menelan liur. Isterinya dipandang lagi. Dahlah segala bagai persoalan tentang kenapa Mimi mencari lelaki lain langsung tidak terjawab, sebaliknya dia menerima penampar realiti pula. Ini semua balasan semata-mata dia curang, ke?

Mimi terus direnung. Meneliti dan cuba membaca tingkah laku wanita itu selama ini. Aqi dan Ami dah menerima penampar. Emir yang mulanya neutral juga dah mula memberi renungan benci sama macam Ami. Dan kini, dia turut menerima padahnya emosi berduri milik isterinya.

"Bang."

"Em."

"Mar nak jumpa Aqi..."

Farid menjungkit sebelah kening.

MEREKA balik ke Melaka pada malam yang sama. Umar tak peduli sakit pada badannya, kerana apa yang memandu keputusannya ketika ini ialah luka di hati semata. Dan ubatnya berada di Melaka, di rumah dua tingkat yang jaraknya tiga buah rumah darinya.

Setiba di rumah, Umar mengerut dahi pada BMW putih yang diparkir di laman rumah Aqi. Siapa punya?? Tetapi fokus bukan pada kereta mewah itu tetapi pada korum lengkap yang dah menunggu di ruang tamu bersama rasa risau dan doa. 

Aqi terlebih dahulu menyambut lelaki itu dengan merangkulnya bersama tangis syukur, disusuli Ami. Emir datang rapat, ragu-ragu nak memeluk walaupun muka pun macam menahan tangis. Lalu Umar menarik anak lelakinya ke dalam dakapan. Kasih sayang dan perhatian mereka diterima dengan rasa syukur dan gembira.

"Mar... what happened? Macammana boleh eksiden? Mana Mimi?" soal Maya terus, sesungguhnya kurang berkenan melihat Aqi yang masih erat mendakap suami orang itu.

"Cemburu happened," sambut Farid sebelum merenung Umar yang masih tak habis melayan Aqi dan anak-anaknya. "Bila dah sampai tahap macam ni, apa kau nak buat Mar?"

Lelaki itu tidak menjawab. Sebetulnya, enggan menjawab kerana Farid sengaja mengulang soalan yang sama sedangkan mereka sudah berbincang secara ekstensif semasa di hospital Sultanah Aminah, dan sepanjang balik ke Melaka semula.

Kepala ditundukkan bila perasan Aqi melangut padanya. Mata yang masih berkaca itu seakan-akan cuba membaca sesuatu. "Mimi tak ikut sekali balik ke sini?" soal Aqi setelah rangkulan dilepaskan. Ami dan Emir juga dah beralih.

"Masih tak sedarkan diri kat hospital..."

"Kenapa balik terus?" soal Maya pula.

"Mar taknak tengok dia buat masa ni..." Jujur meluah pada lantai, sekaligus membuat yang lain berpandangan.

Aqi pula mencapai tangan lelaki itu, mahu memujuk dalam bentuk sentuhan. "Masih fikir kau boleh handle dia on your own?"

Keluh dihembus kasar sebagai jawapan.

"Nak aku tolong?"

Dan barulah Umar menentang anak mata itu. Tersenyum lalu. "Dia ialah masalah yang aku cipta sendiri. Aku akan selesaikan sendiri Aqi..."

"Aku pun bantu menambah masalah kau tu juga..."

Dan gelak lalu. "Ya, you did..." Muka Aqi dipegang dengan kedua belah tangan dan dahi mereka ditemukan. Nafas ditarik sedalam-dalamnya, meraih damai yang hadir kerana boleh bersama dengan perempuan kesukaannya ini. Galau yang menghakis tenang sejak menghentam pokok kini melupus sedikit. "Kau boleh tolong dengan stay kat sebelah aku sampai akhir hayat..."

Aqi menelan liur, akur. "Kau nak buat apa dengan Mimi?"

"Terapi rumah tangga?" celah Emir, mengulang cadangan Ami suatu masa dahulu. Umar dan Aqi serentak menoleh dibuatnya. Baru teringat mereka bukan berseorangan, malah sedang diperhati dengan mata mencerlang oleh keluarga Farid. Spontan mereka melepaskan pegangan masing-masing dan menjauh sedikit.

Ami mendengus sambil berpeluk tubuh. "Cerai terus kan senang."

"Cerai bukan penyelesaian masalah la bangang," dengus Emir. "Dahlah aunty tengah mengandung!"

Umar dan Farid spontan berpandangan. Manakala Ami pula melentokkan kepala ke kiri. Pelik sedikit.

"Macammana dia boleh curang dan nak bunuh ayah sekaligus sedangkan dia tengah mengandung?" soalnya sebelum menoleh pada Emir.

"Mimi curang?" celah Maya.

Keempat-empat mereka berpandangan, lalu Ami menceritakan apa yang berlaku di Desaru. Kemudian Umar menjelaskan kenapa dia bercuti dengan Aqi dan anak-anaknya.

Maya spontan terduduk. "Gila... Mimi terlalu gila.... Akak berjaya halang dia nak santau Aqi. Akak tak expect dia boleh buat kerja yang lebih gila macam ni..."

"Santau??" Farid menoleh lagi dengan mata terbuntang.

Maya mengeluh. "Maya perasan Mimi tak stabil sejak Aqi balik. Sebab tu Maya support dia... gain her trust, keep her close dan halang dia buat benda bukan-bukan dekat adik-adik abang..." Tubuh disandar pada sofa sambil melangut ke siling.

Mereka semua terkaku. Ingatkan Maya menyokong Mimi membuta, tetapi tak dijangka niat di sebaliknya adalah untuk menolong Umar dan Aqi.

Munirah merenung Umar lalu. "Terlalu banyak red flag dah ni uncle. Dia punya obses dekat uncle sampai Emir pun jadi mangsa cabul dia tau."

"Ha?!" Bulat mata pasangan itu dibuatnya, lalu anak lelaki mereka dipandang. Emir pula merah muka pada Munirah sebelum mencerlangkan mata pada Ami yang sedang mencerun pada kakak sepupunya.

"Kau tak boleh simpan rahsia ke?" getus si Rapunzel melayu.

"Ayah kau perlukan maklumat untuk buat keputusan pasal wife gila dia. Aku rasa maklumat tu penting."

"Objectivity is wise, but have you considered my feeling?!" Emir pula menyergah.

Munirah merenung adik sepupunya itu, lalu tertawa. "Betullah. Bila kau marah, kau berhabuk speaking English! Hahaha!"

Melihat reaksi tulen itu, Junior yang sedari tadi mendiamkan diri lalu merapat. "Betul ke kau kena cabul? Bila?"

"Kat rumah uncle," Munirah menyahut lagi. "Emir ada impian yang dia boleh hidup aman damai dengan mak tiri dia. Tapi disebabkan mak tiri dia tak suka aunty Aqi, Emir nak pergi pujuk, tapi dia dapat lebih dari apa yang dia nak—"

"Graaahh!!" Emir meloncat ke arah Munirah sampai sama-sama tergolek ke lantai. Junior lekas mengelak, manakala Ami meraup muka dengan sebelah tangan. Kemudian dia menoleh pada ibu bapanya yang sama-sama tengah terlongo. Kepala diangguk, mengiakan semua yang diceritakan tadi.

Umar mengucap senafas. Dia boleh jangka sesuatu yang buruk dah berlaku kerana bahasa tubuh kembarnya sangat agresif pada Mimi, tapi dia tak jangka hal seteruk itu! Kepala dipalingkan pada Aqi bila perasan wanita itu memandangnya. Muka Aqi merah berbahang. Matanya berkaca, dan buku lima turut digenggam erat.

"Mar, aku minta maaf but either her or me. Aku tak boleh berkompromi dah."

"Aqi..."

"No." Lekas kepala digeleng, malah dia berundur beberapa tapak. Kedua belah telinga turut ditutup. Enggan Umar menggunakan suara memujuknya. "Aku takkan benarkan perempuan tu datang dekat dengan anak-anak aku lagi. Cukup kat sini," luahnya bersama tangis sebutir. "Either kau bawak dia jauh atau aku yang bawak anak-anak aku jauh dari sini."

Makin teruk. Umar spontan meraup muka hingga ke rambut. Ditarik bagi meredakan tekanan yang dirasai. Tuahnya, anak lelakinya yang tengah memerhati mereka terus menyelamatkannya.

"Ma jangan mengarut," ujar Emir selepas selesai meluku Munirah. Kemudian dia merapat sambil menentang ibu bapanya dengan muka merah. "I've had enough of you guys' will-they-won't-they fiasco. Emir and adik suffered from your indecisiveness, and you guys doesn't seem to care! Dad already had his share of suffering these 14 years, and I've seen enough to know that he loves you more that you realised. I'm sorry but you are too emotional to make any decision right now! But I blame Mun for that..." Nafas ditarik deras, serius sekali. Muka sayu ibunya direnung tajam, kemudian dikerling pada lelaki dewasa yang menjadi mangsa perangai selfish emaknya dari dulu sampai sekarang. "Emir anak sulung, so since the both of you incapable of making decisive decision, I'm making the ultimatum! Emir taknak lelaki lain sebagai ayah Emir. The both of you must stay together. Tentang aunty Mimi, kita selesaikan sama-sama." Noktah!

Hening ruang tamu itu dibuatnya.

"Nak selesaikan macammana sedangkan dia punya gila sampai boleh membunuh?" getus Ami, memecahkan hening itu.

"Kau the creative one. Kau la bagi idea," dengus Emir semula. Ami mengulang mengejek kemudian dibalas Emir dengan merapati adiknya dengan muka membunuh. Lekas si adik mengangkat gaya karate.

Umar menghembus senyum. Benar-benar berbangga dengan anak-anaknya. Kemudian si cinta hati ditoleh. Tangan dihulur pada Aqi, mengharap wanita itu menyambut tangannya, sekaligus akur dengan kehendak anak mereka. Bila Aqi menjeling, Umar memasang muka memujuk. Dengan jayanya si wanita melepaskan keluh mengalah.

"At least tell me macammana kau nak kawal Mimi..." pintanya, menyambut huluran tangan kasar itu.

Umar merenung wajah itu. Sebetulnya dia dah ada idea dalam kepala. Sebab itu dia meminta dibawa pulang untuk berjumpa dengan wanita ini, tetapi dia enggan berbincang di depan orang lain sekarang.

"I'll discuss it with you in private..."

Aqi termangu. "Balik je terus minta privasi. Bapak miang."

Lawak bakal bininya menjadi. Lelaki itu melepaskan dekah lalu leher Aqi ditarik ke arahnya sebelum menjatuhkan cium ke atas kepala si wanita. Aqi nak menolak kerana menyedari mereka masih diperhati tetapi Umar tidak melepaskan rangkulannya. Pada Maya dan Farid yang tengah merenung macam cyclops, dia memberi penjelasan.

"Aqi dah setuju nak menikah semula dengan Mar."

"Figured..." desis Farid perlahan, kali ini dengan senyum kerana ragu-ragunya disahkan. Maya pula masih tak puas hati.

"Kalau belum halal, tak payahlah duk peluk cium macam tu sekali."

"Haha..." Si lelaki hanya menggaru belakang kepala yang tak gatal. Malas nak memberi justifikasi atas miangnya sendiri. Rangkulan pada Aqi dilepaskan dan fokus dialihkan pula pada hal lain yang menarik perhatiannya setiba sampai ke rumah tadi. "By the way, BMW putih kat luar tu siapa punya?" soalnya akhirnya.

Lalu Aqi dan Ami serentak menoleh pada Emir. Namun si remaja hanya senyap membatu.

"Emir! Kau beri la hadiah ayah kau!" ujar Aqi dengan rasa teruja yang dibuat-buat, juga menghargai pertukaran mood itu. Renungan tajam dari Maya membuatnya rasa nak terkencing la jugak.

"Ma tolong berikan," ujarnya, lalu berlari ke meja makan.

"Gaya cool kau tak menjadi dekat ma! Pergilah serah hadiah dekat ayah betul-betul." Pinggang dicekak.

"Hadiah?" soal Umar pelik.

"Hadiah birthday yang abang duk ulang berkali-kali nak bagi dekat ayah. Hari-hari dia menunggu depan pintu, tunggu hadiah dia sampai," ejek Ami pula sambil mencekak pinggang, bawah sedar meniru gaya emaknya.

"Kau ni spoil gaya cool aku!" dengus Emir di meja.

Umar, Farid, Maya, Junior dan Munirah sama-sama terlongo. Masing-masing bergerak ke pintu rumah, melihat BMW putih segak yang diparkir di laman.

"Itu hadiah birthday uncle?" soal Munirah tak percaya.

Aqi mengangguk bersama senyum.

"Dari Emir??" soal Maya pula.

Angguk lagi.

"Pakai duit aunty?" soal Junior pula.

"Aunty mana ada duit banyak tu hahaha. Emir keluarkan simpanan dia," jelas Aqi lagi.

Makin jatuh rahang mereka melopong, termasuklah Umar. Ami tergelak melihat reaksi mereka, manakala Aqi merenung Emir yang masih segan-segan di meja makan sana.

"Ma tak bagitau mereka pasal background Emir?"

"Ma ingat kau dah bagitau dulu."

"Kenapa pula Emir nak bagitau Emir anak angkat Chan?" dengus si anak muda, lalu mencapai sebuah kotak kecil di dalam rak buku. Dihulur pada si ayah dengan senyum janggal. "Ayah minta Rolls Royce, tapi Emir tak cukup duit... so, Emir boleh belikan BMW je."

Je...??

"Ayah suka hybrid car kan?" soal si mata bulat. Kerana kereta di luar ialah BMW M-Sport putih. Toyota Prius ayahnya yang tak pernah ditukar sejak mula bekerja juga ialah jenis hybrid. Emir meneka berdasarkan itu.

"Err... ya..."

"Good." Senyum lalu. "Ma bagitau ayah dah pakai Prius tu berbelas tahun dah. Dah sampai masa ayah tukar kereta juga.... Jangan lukakan hati ma tau," ujarnya dan kembali ke meja makan.

Termangu si ayah dibuatnya. Kotak hadiah dibuka. Ada kunci kereta di dalamnya. Umar merenung kunci kereta mewah itu dengan kepala penuh berasap.

"Aqi."

"Em."

"Siapa nak bayar installment bulan-bulan?"

"Emir dah selesaikan semuanya. Kau tinggal guna je."

Ternganga lagi. Umar meraup muka sebelum memicit dahi. Nama Allah disebut berkali-kali. Aqi pernah cerita yang Emir pernah diculik semasa bayi sebab pewaris harta... apa benda?? Kepalanya tengah berasap sebab terlalu terkejut!

"Emir, kau berminat dengan perempuan yang lebih tua tak?" soal Munirah dengan senyum gedik. Baru saja nak bergerak ke meja makan, tangan Junior lebih laju mencekak baju kakaknya.

Aqi hanya menguntum senyum melihat reaksi mereka semua. Lalu dijelaskan secara ringkas tentang sejarah Emir, bermula dari kes culik seawal usia 12 jam, hinggalah Emir dibawa balik ke Malaysia pada umur 12 tahun untuk ditemukan dengan Aqi.

Yakni selepas Zach ditemui dan dibunuh.

Umar dan Ami sama-sama menyambung maklumat tersembunyi itu dalam kepala sambil merenung Emir yang tengah menikmati ikan bakar di meja makan sana. Berat pada mereka yang menunggu tanpa mengetahui apa-apa, lebih berat bagi Aqi yang perlu menguruskan semua permasalahan itu serta Emir yang turut menjadi mangsa.

"Banyak sangat kejutan hari ni...." keluh Farid, lalu terduduk tersandar. Bermula dengan Umar eksiden, tentang hubungan Umar dan Aqi yang dah jadi lebih serius dan rasmi, Mimi tidak mengandung, kemudian Emir pula memberi berita sebegini. Ami dikerling. "Jangan cakap kau pun ada rahsia mengejut yang kau nak kantoikan."

Ami meleretkan bibir. "Ami open book... takda nak berahsia macam abang."

Kepala Emir spontan terangkat. "THERE!! KAU PANGGIL AKU ABANG LAGI!" jeritnya lantang. Malah tangan turut dilibas berkali-kali kerana terujanya dia.

"Aku lebih rela kena tangkap Taliban berbanding panggil kau abang," dengus si adik pada dinding, membuat si abang terlopong.

"Tapi dia baru sebut..." Junior dipandang keliru. "Dia baru je sebut...??" Munirah pula dipandang, penuh dengan kerut seribu.

Umar merenung kunci BMW di tangan. Ini ialah bukti kenapa Emir disembunyikan daripadanya seumur hidup anaknya. Ami yang tengah bertekak dengan abangnya dikerling, sebelum menoleh pula pada Aqi yang berdiri di sebelahnya bersama senyuman lembut.

Dia baru sedar keluarganya dah pun dikembalikan padanya semasa mengejar kehidupan berkeluarga dengan Mimi yang berimpian mati eksiden bersama-sama dengannya.

Lalu rasa terkilan kerana penipuan bayi itu memudar dengan sendiri.

Share this novel

Zainabzety
2024-08-24 16:11:15 

baru hg tau hg di prbodohkan hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience