HANYA sebab diikat akad, tak semestinya perancangan nak berbahagia akan berjalan lancar macam scene terakhir movie Disney. Sama macam gundah yang dialami Mimi selama ini, Aqi kini mengalami dugaan yang sama. Walaupun Umar tidak pernah menyebut apa-apa mengenai bayi atau sewaktu dengannya. Aqi dah tahu lebih awal kehendak lelaki itu yang kepingin nak memegang bayinya sendiri, dan itu menjadi punca utama kesedihan si wanita.
Percuma dah jadi satu kerja untuk Umar memujuk si bini itu.
"MIMI nak gugurkan anak dia?" soal Umar, terkejut. Nasi yang baru nak masuk dalam mulut, terhenti di tengah udara. Si isteri di sebelah mengangguk.
"Kau pujuklah dia jangan suruh dia buat..."
"Tu anak luar nikah, sayang. Lagipun belum bernyawa. Biarlah Mimi nak buat apa dengan dosa dia." Makan malam kembali dilahap. "Mana kau tahu benda ni?"
"Kami bercakap sekali sekala."
Umar menoleh lagi dengan riak ingin tahu, tetapi disambut isterinya dengan muka tak faham. Aqi tidak berkenan nak bercakap pasal hubungan persahabatan yang terbentuk dengan Mimi hanya kerana mereka tidak rebutkan lelaki yang sama. Dia sedang membantu kenenkan Mimi dengan lelaki lain tetapi itu cerita kemudian.
"Mar... pujuklah dia..."
"Nak pujuk apa?"
"Simpan baby tu. Maybe kita boleh jadikan sebagai anak angkat?"
Umar terbatuk. Lekas Aqi menghulur air kosong.
"Aqi, kita baru kahwin tiga hari..."
"Ya... tapi aku tak boleh mengandung..."
"Let's worry about that later, boleh tak?" Umar geram sedikit. Dia mahu sambung makan, tapi muka muram isterinya membuat nasi bertukar masam. Selera Umar memudar. "Sayang..." Jemari runcing itu dicapai. "Kenapa tiba-tiba cakap pasal anak angkat?"
"Sebab kau nak anak..."
"Tapi bukan anak angkat! Aku nak anak aku yang keluar dari perut kau--" Salah cakap, Umar! Gostan! Gostan!! Darah serta merta bertukar menjadi ais melihat muka muram itu bertukar sedih dan tangis. "Alamak, Aqi, aku tak bermaksud..."
Lekas air matanya diseka. Enggan menangis di depan suaminya. "I can't get pregnant... I'm sorry... tapi kau boleh capai that dream dengan perempuan lain..." luahnya bersama senyum yang dipaksa.
Baru kahwin tiga hari dah cakap pasal perempuan lain.... Sebal hati suami dibuatnya. Tangan dibasuh pada mangkuk berisi air. Dilap pada seluar sebelum menggenggam tangan halus itu.
"Aku taknak perempuan lain. Aku nak kau je, Aqi..."
"Tapi aku tak boleh bagi kau baby..."
"That's your flaw I'm willing to take..."
"Are you?"
Umar terkaku. Anak mata hitam itu pula terus merenung tepat ke dasar, mencari ikhlasnya.
"Are you really?" soal Aqi lagi.
"I do," balas si lelaki. "Aku maklum you are the way that you are, and I'm okay with it. I love you, Aqi. Aku tak kisah kau tak boleh mengandung."
"Aku kisah."
Kepala Umar terjatuh. "I can't win..." desisnya, antara geram dan nak tergelak. Aqi pula tersenyum bila suaminya melepas tawa nipis. "Sayang, aku nak makan. Kita discuss benda ni nanti?" pintanya sambil mengusap pipi itu.
"Okay..."
Tetapi Aqi tidak okay. Sekali sekala, Umar menangkap si wanita memegang perutnya yang berparut. Muram dan sedih pada wajah itu cuba disembunyikan bersama senyum, dan Umar menghargai usaha Aqi menutup perasaannya.
Entah macammana nak menceriakan isterinya memandangkan punca kesedihan Aqi berpunca dari Umar sendiri.
BILA Ami dan Emir keluar dari hospital, barulah rumah itu kecoh semula. Perkara pertama yang dibuat ialah mereka nak movie marathon dengan ibu bapa mereka bahana kebosanan tidur di dalam wad. Sofa di depan TV ditolak, toto dibentang, bantal dikumpulkan, makanan ringan diletakkan di satu tempat, laptop disambungkan ke smart TV, dan movie dipilih.
"Star Wars! Star Wars!" pinta Umar.
"Star Wars cerita orang tua la ayah..."
"Cerita orang tua pun, itulah cerita paling best sepanjang masa!"
"MCU la," putus Emir, terus memasang Iron Man.
Umar merampas laptop tersebut dan mencari Star Wars. Dua remaja 15 tahun terlebih gula itu terus menyerang ayah mereka di atas toto. Leka bergomol dan saling menjerit, Umar bergolek dan DUSH! Dahi terhentak bucu kaki kabinet TV. Kuatnya hentakan itu mengejutkan anak-anaknya.
"Ma! Ayah injured!"
Mengucap si ibu yang tengah membancuh Nescafe. Terus gelanggang toto dimasuki. Emir yang meminta maaf dari tadi, dipinta ke tepi, dan Umar didapatkan.
"Apa benda ni Mar... bak sini muka tu..." Muka lelaki itu ditarik supaya menghadapnya. Hanya tercalar pada kulit di atas kening. "Luka sikit je. Tapi aku rasa ego kau jauh lebih teruk terluka sebab kalah dengan budak sekolah."
"Budak sekolah gergasi yang lebih tinggi dan lebih berat dari kau, excuse you. Suara Emir pun pecah dah tu."
"Eh? Yeke?" Emir memegang halkum yang dah menimbul. Ami mengangguk.
Aqi tersenyum. Kulit kening yang tercalar itu diusap lembut malah ditiup. Macamlah ada kuasa magis yang boleh memudarkan pedihnya... walaupun nampaknya ya. Umar terasa sakitnya berkurang hanya kerana nafas yang menyentuh kulitnya.
"Okay dah?" soal Aqi.
"Kalau tak okay, aku nak kiss?" soalnya kembali pada bibir mungil yang rapat sekali dengan mukanya itu. Sempat nak miang dalam tempoh kurang sesaat.
Aqi menolak muka Umar sekuatnya hingga kepala si lelaki terdongak ke langit. Kemudian wanita itu menentang anak-anaknya sambil melepaskan nafas kasar. Membuang debar. "Pengajaran kejadian malam ni ialah apa?" soalnya sambil mencekak pinggang. Dalam kepala dah tersedia dengan kuliah jangan berkasar dengan ayah, tetapi perkembangan otak dua remaja itu nyata bukan dalam kawalan si ibu.
"Yang kami kena lukakan ayah kalau nak buat ma beri kasih sayang dekat ayah?"
"Yang takda ubat dalam dunia ni yang boleh kawal miang ayah dekat ma?"
"Yang ayah perlukan masa sebulan untuk honeymoon dengan ma?"
"Yang ayah selalu lupa kami ada sekali tiap kali dia nak miang dekat ma?"
Satu persatu disebut dan menghentam telinga mereka. Kepala Umar terangguk-angguk kecil, benar-benar diserang kedua-dua anak kembarnya malam ini. Fizikal dan mental. Aqi menjilat gigi sambil menoleh pada lelaki itu yang tengah mencerun pada anak mereka.
"Kau tunggulah ayah hantar korang ke sekolah asrama. Rumah ni elok je rasa macam syurga sebelum korang balik, sekarang dah jadi macam pasar balik." Balas dendam.
Dua batang tubuh muda dengan hormon melimpah itu sama-sama berkecil hati lalu.
"Baru dapat ma terus nak buang anak." Senafas dilepaskan.
Bulat mata Umar dibuatnya. "Amboi, bahasa! Kau baru keluar wad terus nak derhaka dekat ayah eh!"
"Helleh. Benda betul, nak derhaka apa," cemik Ami.
"Kahwin dengan ma tapi tak bagitau orang... mujur juga Junior kantoikan. Emir langsung tak boleh brain macammana ma dengan ayah sedap-sedap je lupakan orang macamlah kami langsung tak penting..."
Umar dan Aqi berpandangan. Marah bahana hal kahwin itu je ke? Demi memujuk rajuk kembar itu, lalu perjanjian dengan anak kembar mereka dibuat.
Satu, majlis perkahwinan ibu dan ayah mereka perlu dirancang oleh mereka, dan dipersetujui Aqi dengan syarat jangan terlalu extravaganza memandangkan usia mereka pun tidaklah muda. Kedua, mereka berkompromi dan melihat siri movie hantu Annabelle hingga The Nun.
Umar menarik si isteri supaya berbaring di bawah ketiaknya, Ami dah terbongkang tertidur manakala Emir fokus menonton dari sofa panjang kerana ruangnya dicerobohi si adik.
Sekali sekala, tangan Aqi menjalar ke perut sendiri, dan Umar akan mengalihkan tangan itu dari mengusik emosi isterinya.
"Don't think about it too much, sayang... anak-anak awak dah balik. Awak taknak mereka risau, kan..." bisiknya.
Aqi menelan liur, lalu melangutkan wajahnya ke muka si suami. Meminta ciuman sayang, dan dengan senang hati, Umar menjatuhkan rasa kasihnya ke wajah itu.
"Jangan fikir jauh, okay?"
Senyum. Tapi tidak berjanji, kerana dia akan sentiasa berfikir tentangnya. Dia dah melihat muka bahagia Umar semasa menyangka Mimi mengandung, yang kini bertukar menjadi mimpi buruk setiap malam. Dia tak jangka keputusan yang dirasakan paling berani kerana bencikan Chan suatu masa dahulu menjadi penyesalan yang tak bertepi sekarang.
Aqi bangkit seketika, melihat anak-anaknya yang dah terbaring dengan mata terpejam. Comelnya.... Lebih comel jika ada adik kecil bagi menambah isi rumah mereka, sekaligus memberi rasa tanggungjawab pada Emir dan Ami.
Menyedari sebaknya datang lagi, lekas tubuh dibaringkan menghadap dada si suami. Tangan dilingkar ke pinggang lelaki itu. Meminjam kekuatannya.
"Aku sayangkan kau, Mar..." luahnya bersama suara serak.
Dia nangis lagi.... "Aku sayang kau juga, Aqi..." bisik Umar, selajur mencium kepala isterinya. Akal semakin ligat berfikir macammana nak menceriakan isterinya. Satu-satunya penyelesaian ialah anak angkat, kah?
"Kenapa ma dengan ayah masih pakai aku-kau?"
Terperanjat keduanya, lalu menoleh. Lah, Emir masih bangun? Malah santai berbaring mengiring sambil menopang kepala dengan tangan, merenung mereka macam raja. Lekas Aqi cuba menjarakkan diri tetapi ditahan suaminya.
"Ermm... kami dah biasa?"
"Abang-sayang macam yang ayah buat dekat aunty Mimi tu pun okay je..." sambung si anak lagi.
"Ma kau taknak sebab ayah dah buat dekat aunty Mimi kau," jawab Umar.
"Ermm... baby? Overgrown fetus? Gigantic fertilized egg...? Anything?"
Aqi spontan tergelak, sekaligus mengejutkan Umar. Tersenyum lelaki itu dibuatnya.
"Kenapa kau kisah?" soal Aqi pada anak lelakinya.
"Sebab ma ayah bukan kawan, tapi suami isteri," bidas pemuda itu kembali.
Aqi mengangguk, lalu suaminya dipandang. "I love my gigantic fertilized egg..." Pipi Umar diusap.
Si lelaki memejam mata bersama senyum pahit. "Kau cute, tapi jangan berani, Aqi..."
"Overgrown fetus is cool too..."
"Ma sindir orang la..."
"Hahaha!"
Anaklah punca kesedihannya, anaklah juga punca kebahagiaannya. Niat menghantar kembar itu ke sekolah asrama dibatalkan terus dan langsung tidak dipertimbangkan semula sehingga habis hayatnya.
BATRISYA dan Nick turun ke Malaysia lagi, sekaligus memanggil Umar dan keluarganya untuk menjenguk Vila Orked. Lalu wanita itu mengangkat dirinya menjadi pengarah projek majlis persandingan Umar dan Aqi, membuat Emir dan Ami membangkang tak puas hati.
Semasa Umar balik dari pejabat dan melawat vila, anak-anaknya tengah bertekak dengan Batrisya mengenai design pelamin dan warna yang bersesuaian. Aqi di sebelah hanya menonton sesi perbincangan hangat itu sambil mengunyah strawberi dengan coklat.
"Aqi."
Wanita itu menoleh. Spontan duduknya menegak bila melihat suaminya.
"I'm having a bad day, today..." rungut Umar.
"So?" soal Emir dan Ami serentak, mengejutkan Batrisya dan Maya.
"I want your mom."
Emir dan Ami spontan mencerun. Aqi baru nak bangun, nak memeluk suaminya tetapi dihalang kembar itu.
"Ayah pergi la minta peluk uncle Farid! Hari ni ma kami punya!"
"Kenapa kau berdua ni?" soal Aqi pelik.
Ami mencemik. "Ayah rampas ma dari kami."
Lalu Aqi tergelak. "Ayah kau tak rampas ma dari sesiapa," ujarnya, lalu menciumi tangan suaminya sebelum merangkul tubuh sasa itu. Umar menyambut pelukan si isteri dengan senyuman puas hati. Anak-anaknya dipandang, sebelum diberi muka mengejek. Tanpa amaran, tubuh Aqi dicempung dan terus diangkut ke pintu keluar.
Ami dan Emir sama-sama terloncat dari kerusi dan mengejar ayah mereka. Emir merangkul pinggang lelaki itu manakala Ami memanjat belakang ayahnya.
"Aargh! Apa benda korang ni!"
"Lepaskan ma! Kami perlukan ma untuk decide warna pelamin!"
"Kau decide la hari lain! Ayah nak ma kau sekarang!"
"Ah tader! Ayah boleh peluk lain hari! Hari ni ma kami yang punya!!"
"Apa benda ni?" soal Farid, pelik melihat drama di ruang tamu rumahnya. Aqi mengeras di dalam pelukan Umar, manakala lelaki tinggi itu berteriak cuba mengelak dari serangan kembarnya.
"Bapak dengan anak berebutkan ma mereka..." balas Batrisya, mengagumi kekuatan Umar mengangkat wanita dewasa dalam pelukan dan pada masa yang sama bertahan dengan dua remaja 15 tahun yang berpaut dibelakangnya.
"Pulak..." Keluarga 4 ahli itu didekati. "Hoi, Umar!"
Mereka berhenti bertelagah dan menoleh serentak pada Farid yang merapat. Aqi sedang diangkat bridal style, Ami berpaut di leher ayahnya manakala Emir memeluk pinggang ayahnya macam koala memeluk batang pokok. Farid merenung lelaki dengan cermin mata bingkai hitam itu dengan senyum yang tertahan.
"Kau ni tak pernah gagal buat abang terhibur hahaha."
Umar hanya membalas dengan kening bercantum.
Farid menyambung kata, "Kenapa datang rumah abang semata-mata nak buat kecoh?"
"Mar cari Aqi. Tapi budak-budak ni tak bagi Mar jumpa Aqi."
"Sebab ayah ambik ma untuk dia sorang! Tak ingat kitorang langsung! Ingat ma ayah sorang ke yang punya?" marah Ami pula.
"Ayah dah cakap ayah bad day hari ni, kan!"
"Kami pun bad day jugak!!" jerit Emir kembali sambil terus cuba menarik tubuh si ayah.
"Kau punya bad day boleh masuk tong sampah-ack Ami!!" Terjerit lagi bila si anak mencangkuk hidungnya dengan jari dan ditarik ke atas.
Wanita di dalam dukungan itu pula menahan pening. Kepalanya pening dari awal lagi, tetapi bahana terperangkap dalam pergaduhan ayah-anak itu, impaknya bertambah teruk. Makin ditahan, mualnya pula datang, lalu dia meloncat dari pelukan Umar. Mereka anak beranak sama-sama membatu, melihat Aqi memecut berlari ke singki.
"Aqi?"
Dengan Ami yang masih bertenggek di belakangnya, Umar mendapatkan isterinya. Emir turut mengekori di belakang. Bunyi muntah Aqi membuat mereka risau.
"Allah... bazir daging lembu..." keluh Aqi. Singki dibersihkan dan mulut dikumur. Baru saja nak berkalih, mual datang lagi dan dia muntah lagi.
Ami mengerut dahi. "Ayah buat apa dekat ma?"
Aku yang salah? Umar melangut terus. "Sampai bila kau nak duduk atas badan ayah?"
"Sampai penat."
Wanita itu masih tak berhenti muntah hingga lembik tubuhnya. Umar dan anak-anaknya mula kerisauan. Akhirnya Batrisya meminta suaminya memeriksa keadaan Aqi.
"Kau cakap kau buang rahim kau lebih dari 10 tahun lalu?" soal Nick sambil memeriksa nadi Aqi. Tubuh yang semakin berisi itu juga diperhati.
"Emm..."
"Abang tak pasti slang di Malaysia macammana. Maksud ayat 'buang rahim' tu, buang uterus fully atau kau ikat tiub kau je?"
"Emm..." Mata dijuling ke langit. "Tak ingat..."
"Tak ingat?"
"Benda terlalu lama. Masa tu ikut je cakap doktor walaupun tak faham apa... Aqi cuma fikir taknak lahirkan baby Chan, so just make it permanent birth control. Its a very impulsive decision, so I didn't think through procedure jenis apa yang dia buat..." Kenangan yang kabur itu diingati. "Yang tahu, ada ayat permanent..."
"Berapa lama tu Aqi?" soal Farid.
"Sebelum nikah dengan Chan."
"Fuh, lama!"
Umar menoleh pada abangnya bersama sengih. "Tak relevan bang, tapi Aqi buatkan Chan mati pucuk dua tahun lepas mereka kahwin. So, Mar pun macam kahwin dengan anak dara semula, hahahaACK!!" Tersedak bila Maya menyiku rusuknya manakala Batrisya melepaskan penumbuk ke zip seluarnya. Bila Umar jatuh ke lantai, kedua-dua wanita mencerun pada Farid. Lekas lelaki itu berundur menjauh.
Dipedulikan sepenuhnya adik iparnya yang menderita di lantai, Nick merenung Aqi. "Kau cakap kau nakkan permanent birth control-"
"Mar pun... dapat permanent b-birth control... aughhh...." Sempat menyampuk dalam derita pedih. Batrisya melontar kusyen ke kepala si adik.
Nick menyambung penjelasan pada Aqi yang merenung suaminya dengan muka berkerut. "Aqi, look at me. Abaikan that idiot. For your information, yes, kedua-dua procedure tu permanent birth control, but one of them is reversible. I'm afraid right now... you might be pregnant."
Aqi terlongo. Umar di lantai turut mengangkat kepala dibuatnya.
"T-tapi... Aqi tak pernah period..."
"Kalau pregnant pun tak period. Tapi ini bukan normal pregnancy. Its a time bomb yang boleh damage kau. Its rare, but it happens. We call it ectopic pregnancy. Abang suggest kau pergi klinik sekarang untuk cek. Kalau betul, admit wad. Doctor akan schedule operation untuk buang telur rosak tu."
"Kalau pregnant kenapa nak buang!!" Terjerit terus si perempuan sambil memegang perutnya.
Nick merenung serius. "Itu bukan fetus sihat, Asyikin Ramzi. Itu medical anomaly yang boleh bahayakan nyawa kau. Kalau kau nakkan normal pregnancy, cek balik keadaan rahim kau... and see if you still have it. At this point, I'd say it is still there. Kalau tak, anomaly tu pun tak mungkin ada."
Mata Aqi semakin luas membulat. "J-jadi... kalau jumpa doktor..."
"Minta dia reverse balik the procedure. Sambung semula ikatan tiub kau. You should be able to get pregnant like a normal woman... in theory. We'll see how it goes. Banyakkan berdoa."
Tangis Aqi pecah, lalu Maya dan Batrisya dipeluk seeratnya. Kedua-dua wanita itu turut menangis melihat kegembiraan adik ipar mereka. Ami dan Emir membantu ayah mereka bangun bila lelaki itu meminta tolong, dan dengan sepenuh kekuatan, Aqi dihampiri.
"Cukuplah tu. Peluk aku pulak..."
Masih dengan tangis, suaminya pula dipeluk erat.
"Kita boleh dapat baby..."
"Kita masih boleh dapat baby..."
"Allahuakbar..."
Dan kedua-duanya menangis dalam pelukan masing-masing. Ami turut menangis melihat kegembiraan keduanya, seraya menyertai sesi pelukan itu. Emir hanya memerhati bersama senyum gembira.
TAHUN berikutnya.
Ami dan Emir berlumba dari sekolah ke hospital bila dimaklumkan ibu mereka dah selamat melahirkan adik mereka. Seorang dengan kasut roda dan seorang lagi skateboard. Walaupun hype skating ialah pada tahun 2000, tetapi mereka tetap dikenali sebagai the skater twin di sekolah, di kawasan perumahan dan di dalam internet. Ami masih dengan rambut panjang macam Rapunzel manakala Emir dah mula memakai cermin mata macam si ayah.
Sampai di hospital, jururawat memekik kerana mereka berhenti mendadak hingga meninggalkan kesan hitam di lantai. Emir berlari terus ke lif sementara Ami dimarahi sambil berusaha menanggalkan kasutnya.
"Yes! Aku menang! See you, sucka! Adik bongsu, aku yang punya bhahaha!" Ketawa jahat dilepaskan sambil memasuki lif. Bila sampai ke wad ibunya, cerah matanya bila melihat ibunya memegang bayi. "Whoa..."
"Emir... kenalkan adik kau. Sofe Dayana..."
"Perempuan? Cool cool cool. Mudahan dia tak ganas macam Ami..."
Umar tersenyum. "Kau tak nampak ke ayah kendong apa ni?"
Emir menoleh pada bayi di kendongan ayahnya. Kemudian pada bayi di kendongan ibunya. Ditoleh lagi berkali-kali. Aik?
"Kenapa ada dua?"
"Lelaki ke perempuan?!" jerit Ami terus bila sampai ke wad.
"Ami... ni hospital. Kawal suara."
Dengan nafas mengah, dia melihat bayi di kendongan ayahnya, kemudian pada ibu. Ditoleh-toleh lagi berkali-kali. "Kenapa ada dua?" Soalan yang sama, malah sama tahap blur dengan si abang.
"Kembar la pandai," bidas Emir bila dah selesai menghadam. Pinggang turut dicekak dua belah.
"So much for trying to hide the baby's gender..." ujar Ami sambil melangkah dekat. "Sekali dapat kembar lagi... tak susah ke jaga kembar?"
"Eh, kau sedar?"
Ami mengangguk jujur. Umar tertawa dibuatnya.
Emir dan Ami sama-sama menghela nafas. "Kami dapat sorang satu... eloklah. Selesai masalah." Baru ingat nak gaduh, siapa yang akan dapat adik bongsu mereka untuk dijadikan protege.
"Jadi siapa nama yang seorang lagi?"
Aqi menoleh pada si suami. "Omar... Omar Dayyan..."
"Sekelip mata family jadi ramai," komen Emir, melihat keluarganya bertambah jadi enam tiba-tiba. Ramainya. Ibu ayahnya direnung. "Ayah target anak berapa ramai?"
"Ni dah cukuplah..."
"Ye la tu," komen Ami sambil mencekak pinggang. "Kilang ayah operate 25 jam 8 hari. Tak mungkin the Dayyans ialah yang terakhir," komennya, membuat suami isteri itu berpandangan, tetapi disambut ketawa oleh si abang kembar.
Sesiapa yang tak tahu cerita pasangan itu akan merasa jelik bila melihat Umar dan Aqi yang melekat walau kemana-mana mereka pergi. Kerana berpisah 14 tahun, kini pasangan itu tidak pernah berpisah walau 14 minit. Mereka bercinta 24 jam! Hingga Emir dan Ami yang jadi segan bila mereka membesar dan memahami biologi lelaki dan perempuan. Hingga kembar itu lebih selesa tidur di vila berbanding di rumah mereka supaya tak menganggu pasangan yang hangat bercinta itu. Dan malam ini, mereka mengangkut adik kembar mereka sekali untuk memberi privasi pada mak ayah mereka menyambut anniversary.
Munirah dan Junior memberi komen yang Ami dan Emir overreact, tak berperasaan atau alergi benda jiwang. Walaubagaimanapun, Maya dan Farid membenarkan.
"Mereka masih tak puas honeymoon. Biasalah tu..." ujar Maya dengan senyuman kecil.
"Walaupun dah setahun lebih?" soal Munirah pelik.
"Tapi ya la... 14 tahun berpisah, kan. Tangki masih separuh nak habis kut..." komen Junior pula, memanggil Ami dan Emir untuk ketawa janggal.
"Ma aku tu elok je. Tapi bapak aku tu allahurabbi. Lagi manja dari adik kitorang!" Telunjuk dituding pada Opie dan Omar yang baru berusia 6 bulan.
"Haha... silap hari bulan, Aqi mengandung lagi tak sampai setahun," komen Farid pada Bridgerton di Netflix.
Komen itu sahih, kerana baru lapan bulan usia the Dayyans, Aqi disahkan mengandung lagi. Umar dan Aqi terduduk di sofa vila sambil menekup muka masing-masing, manakala yang lain memberi reaksi berbeza.
"Kau tak boleh tahan miang kau langsung ke Mar??" getus Maya, risaukan keadaan Aqi.
"What the? Asal Mar pula yang salah?"
"Implikasi mengandung tak sampai setahun tu bahaya tau!"
Lelaki itu menjilat bibir yang terasa kering. "Mar tahu..."
"Dah tu masih buat?!" Sebelum kahwin pun lelaki ini gemar mencuri cium pada Aqi, inikan pula selepas kahwin. Gasaknya lelaki ini tak berubah! Sebab tu Maya marah sangat.
Si mata hazel itu pula menjuih. Berkecil hati kerana disalahkan seorang. "It takes two to tango, tau..."
Farid dan Maya mengerut dahi, lalu serentak menoleh pada Aqi. Wanita itu mencucuk dinding pipi dengan lidahnya, lalu melarikan muka ke dinding. Enggan menjawab salah sendiri.
Lah. Bukan Umar seorang yang miang tapi Aqi pun sama?
Sepesen!
KANDUNGAN kali ini meresap kekuatan Aqi kerana usianya, menjadikan Umar risau. Komplikasi mengandung kali ini lebih teruk dari biasa, membuatkan Aqi lebih banyak menghabiskan masa di wad berbanding rumahnya.
"You boleh survive, kan sayang?" soalnya pada suatu hari semasa membuat pemeriksaan doktor.
Muka suaminya diusap. "Jangan risau sangat... nampak tak sesuai dengan muka handsome awak..."
Umar tersenyum. Tangan isterinya dibawa ke mulut, dicium penuh sayang.
"Kalau perempuan, saya nak bagi nama Aqila... biar mewarisi semangat kuat ma dia..."
"Kalau lelaki..."
"Saya tak fikir lagi. Biarlah Ami dengan Emir berebut fikir nama apa..." Kepala dipaling bila doktor datang bersama berita mengenai anak di dalam perut.
"Babies sihat. Alhamdulillah...." Doktor itu baru nak membuat intro mengejut, tetapi pasangan suami isteri itu terlebih dahulu peka dengan kata ganti nama diri yang digunakan.
"Babies? More than one?"
"Ya. Tahniah. Encik dan puan dapat kembar!"
Umar dan Aqi sama-sama jatuh rahang. Membatu macam disumpah ahli sihir. Doktor perempuan itu turut mematung kerana keduanya. Reaksi itu tidak dijangka.
"Ermm..." Gambar pada skrin pengimbas dilihat, lalu ditunjukkan pada mereka. "Tengok? Ada dua kepala..."
Aqi menelan nafas. "Ya Allah..."
Umar mendehem, menggenggam tangan isterinya. "C-can you do it the second time? J-just to make sure..."
Kening doktor itu terjungkit tinggi. "Y-yea... sure..."
Selepas sonogram kali kedua, kembar tetap muncul di skrin. Umar dan Aqi menerima takdir mereka dengan redha, serta tepukan tangan dari Farid dan Junior di vila.
"Kau memang anak kembar ke Aqi? Selalunya orang dapat kembar ni, memang lahir kembar," soal Farid pada suatu hari. Kagum dan rasa tak percaya bercampur aduk ketika ini.
"Aqi tak tahu. Aqi lahir kat tepi jalan. Kutlah kembar tu tergolek ke dalam longkang lepas tu hilang sampai sekarang ke apa... boleh jadi..."
Ami dan Emir menoleh serentak. "Ma lahir tepi longkang??"
"Childhood ma tak happy macam korang. On second thought, childhood korang pun tak normal macam budak lain. I guess it runs in the family. Sorry for being your mother," deramnya sambil mengusap perut.
Terjuih kedua-dua anak, lalu menoleh pada si ayah. "Ayah... ma marah..."
"Kami masih terkejut. Spare us..." Muka diraup. "Lapan family members... mendadak! Ayah kena cari rumah baru sebelum kembar tu lahir..." Risau pula dengan status kewangan mereka.
Ami dan Emir berpandangan.
Farid menoleh. "Kau nak kerja dengan abang?"
Umar menoleh. "Tapi abang kena abide dengan peraturan free weekend yang abang pernah janjikan."
"Mana ada CFO dapat free weekend, Mar... be realistic. Bebanan kau bertambah---"
"Jangan panggil anak-anak Mar, beban."
"Tanggungjawab kau bertambah. Fair to say, the higher the pay, the higher the accountabilities in the office. Kau nak support anak bini kau ke tidak?"
"Awak nak saya kerja sekali tak?" soal Aqi.
"Jangan mengarut," balasnya sebelum menentang si abang. "70% increment?"
"50%"
"65%"
"50% with free weekend."
Umar memicing. "Kata CFO takde free weekend!"
"It's your portfolio. Kau pandailah manage." Pandai memutar belit.
"Touche."
Farid tersenyum licik sambil menghulur tangan. Terus disambut Umar selajunya.
KELAHIRAN kembar ketiga sesungguhnya jauh lebih mencabar. Malah Ami dan Emir turut merasa ketegangannya. Kesan pada si ayah kerana gigih mencari rezeki demi mereka sekeluarga hingga hujung minggu pun tidak nampak mukanya. Kesan pada si ibu kerana bertahan dengan beban mengandung dan melahir kembar dalam tempoh masa yang dekat. Rasa nak patah tulang belakang, menurutnya.
Selajur, kembar sulung itu hanya mampu membantu dengan mengemas rumah, memasak, membantu ibu mereka menjaga Opie dan Omar. Bawah sedar, kembar sulung itu menjadi lebih matang. Skateboard dan kasut roda kini mengumpul habuk di dalam rak berbanding melurusi jalan.
Baki kira-kira seminggu sebelum sampai hari melahir. Vila membuat majlis BBQ. Aqi dah tak boleh menolong mengipas bara api, melainkan duduk di kerusi roda dan dilayan macam permaisuri oleh suami dan anak-anaknya. Giliran Ami dan Emir menyiapkan segala-galanya.
"Kau dapat offer ke LSE?" soal Umar, terkedu menentang anak saudaranya. Junior mengangguk. "That's a really good business school. Kau memang on the fast track nak mewarisi hotel ni. Entah-entah nanti uncle kerja bawah kau," ujarnya, gagal menahan rasa bangga pada anak saudara pandainya ini.
"Heheh. InsyaAllah."
"Sebagai hadiah, uncle benarkan kau namakan anak lelaki uncle."
Bersinar mata remaja 18 tahun itu lalu. "Seriously?!"
"Heard that! Ayah! Jangan bagi Jun bagi nama! Sense of naming dia lebih teruk dari ma!" ujar Ami sekuat hati.
"Ma pun dengar tu Ami..." keluh Aqi.
"Biarlah aku bagi nama pun! Lagi elok kita bagi nama nabi."
Emir merapat sambil berpeluk tubuh. "Good start, tapi apa nama yang kau terfikir nak bagi?" soalnya datar. Suara yang dah bertukar garau kedengaran lebih dalam kerana memakai nada rendah. Stubble halus juga menghiasi rahangnya.
Junior menjulingkan mata ke langit. "Nuh... Hud."
Terdiam mereka seketika. Ami memecah sunyi itu bersama ketawa menyindir. BBQ terus dibakar.
"Nuh Hud?" ulang Umar, mahu Junior mendengar nama itu kembali.
"Ya. Nuh Hud."
"Wow. Kau even boleh rosakkan gabungan nama Rasul..." desis Emir sambil menggeleng.
Umar tergelak perlahan. Tidak dijangka kelemahan ini pada anak saudaranya. "Kita fikir lagi nanti ye Junior."
"Eh? Kira kena reject ke ni?"
"Uncle cakap kita fikir lagi nanti."
Perasan kakinya basah, lalu Aqi memanjangkan kepala ke lantai. Lah, air dah pecah ke?
"Sayang, my water broke."
"Okay. Berapa minit agak-agak." Air dihabiskan.
"Emm..." Sakit diteliti. "20-30 minutes kut..."
"Cukup sangat." Cawan dilontar ke plastik sampah. Dia bangkit dan mendapatkan isterinya. "Saya kemaskan beg awak dulu. Tunggu sini ye baby." Pipi si isteri dicium kemudian pada perut bulat itu. Aqi meleret senyum, menghantar suaminya pergi.
"Rileksnya aunty..." tegur Munirah bersama senyum.
"Ehh..." Perutnya diusap. "Nuh... I can use that..." Bila Umar datang kembali, dia menutur cadangan. "Baby, sayang nak bagi nama Noah Abdullah, boleh?"
"Anything for you, dear." Pipi itu dikucup lagi.
"Eh? Tadi cakap Jun yang dapat priviledge bagi nama baby lelaki uncle."
"Kan dapat dari kau juga. Nuh. Noah. Sama la tu," bidas Ami, turut berkemas nak ikut ibunya ke hospital.
"Perempuan?"
"Hurmm... Perempuan untuk Nuh ialah..."
"Nuuuuuhhhaaa..."
"Nuha Aqila," sambut Emir, mencapai beg pakaian yang dah disediakan ayahnya dan disangkut ke bahu. "Sebat."
"Nama Hud macammmana?" getus Junior lagi.
"Kau simpan nama tu untuk anak kau nanti. Ikut sekali tak?" soal gadis itu sambil mengikat rambut panjangnya.
Junior merenung gadis cantik itu. "Aku boleh ikut?"
"Sure. Sebelum kau terbang ke UK, one last time lepak dengan kami."
"Cool. We're friends again." Lalu dia turut berkejar ke laman bersama ahli keluarga Ami.
"Since when we're not?"
"Since kau mengelak dari aku."
"I did? Aku tak perasan." Sengih.
Aqi selamat melahirkan kelahiran kembar ketiga, Nuha Aqila binti Umar Darius dan Noah Abdullah bin Umar Darius. Keluarga itu berkembang menjadi 8 ahli dalam tempoh 3 tahun selepas perkahwinan kedua Umar dan Aqi. Kali ini, Aqi hilang banyak darah hingga Ami menderma 2 pint darah kepada ibunya.
Ami berkongsi bilik wad dengan ibunya. Dah tertidur sejak sejam lepas. Tidak lagi terbongkang, malah elok sekali tidurnya memeluk lengan sendiri. Emir di rumah menjaga adik-adik kembarnya yang baru berusia setahun. Umar pula berbaring di sebelah Aqi, mengusap rambut isterinya yang dah bekerja keras sejak semalam bagi melahir kelahiran ketiga mereka. Senyum di bibir langsung tak lekang melihat isterinya menyusukan Aqila.
"Tiga tahun... hahaha..."
Aqi menoleh. "Apa benda tiga tahun?"
"The amount of happiness yang awak ganti, sayang... betul-betul cover semula hutang 14 tahun awak hilang dalam hidup saya..." Sisi kepala itu diciumi. "Thank you so much..."
Si isteri turut tersenyum dalam penat. "Rezeki Allah. Harap Emir tak nakal macam awak dekat wife dia nanti. Sampai mengandung dua kali dalam masa sekejap."
"Hey." Lalu pipi itu dicubit ringan, memberi peringatan yang Aqi juga nakal sebagai isteri. Wanita itu mahu tertawa tetapi terlalu penat dan pedih untuk memberi reaksi berlebihan. "Hahaha... bila genetik kita bergabung, anak lelaki awak tu dah macam Romeo antarabangsa, saya tengok. Tiap kali dia pergi dating, awek lain-lain. Janda, dara, budak sekolah, office lady, semua dia pulun! Saya masih saspek awek bisu dia tu sebenarnya transgender tapi dia yang tak perasan!"
Aqi menahan tawa. "Handsome dan gentleman macam bapak dia, nak buat macammana..." luahnya rendah. "Tapi dah-dahlah ye? Sayang dah penat..."
"Of course, sayang. Of course." Diciumi lagi kepala itu bertubi-tubi. "Saya pun akan buat vasectomy nanti."
"Good idea... tapi sakit tu tau..."
"Awak puasa tiga bulan, saya pun puasa tiga bulan. Good timing."
Senyum lagi. Setelah Aqila kekenyangan, ditukar pula dengan Noah. Sejuk hatinya melihat bayinya yang kelaparan. Lalu kepala dilentokkan ke dada suaminya. Hati membisik syukur atas perjalanan takdir yang tertulis padanya.
Alhamdulillah.
[ENDS]
Enough said. Thanks for reading!
Share this novel
akhirnya..jenuh nk ng abis bca..smoga ad lg next novel yg lain lps ni..kisah emir n ami plak bila diorg dh dewasa
best sgt2.. xtw nk ckp cmne.. idea author menghasilkn karya nie sgt2 brilliant?.. Good job.. trma kasih sbb x lock chap.. smga murah rzki author ye☺️
best cerita ni, semoga penulis terus berjaya di masa depan