DI Vila Orked, Aqi masih tidak tidur walaupun jam dah menganjak pukul dua pagi. Tadi vila agak kecoh kerana Maya risau Junior masih tak balik dari sekolah. Bila diperiksa dengan guru sekolahnya, didapati Junior memang tidak datang ke sekolah pada hari itu. Kehilangan Junior pula menjadi suatu isu baru.
Hinggalah Kuro menghantar mesej melalui beeper. Budak lelaki bernama Farid Junior muncul di pejabatnya di KL.
Aqi tak tahu nak memberi respon macammana. Macammana Junior boleh tergerak nak ke KL, macammana Junior mengenali Kuro, atau 1001 persoalan lain, langsung tak mampu dijawab dan hanya ada pada pemuda itu semata. Tetapi Aqi akhirnya boleh lega, walaupun dia tak boleh kongsikan berita itu pada Maya.
Setelah Maya tertidur dengan tangis, barulah Farid juga boleh berehat walaupun tak boleh tidur kerana kerisauan. Anak lelakinya cuba dihubungi berkali-kali tetapi gagal. Perhubungan tidak terputus terus, tetapi seolah-olah anaknya enggan mengangkat talian. Bila Aqi berkongsi maklumat dari Kuro, barulah Farid melepas keluh. Mengerti.
"Sebab Ami lagi..." Muka diraup. "Dari siapa dia dapat perangai impulsif macam ni? Abang kena hantar dia ke sekolah yang jauh dari Ami, la Aqi..." Adik angkatnya itu dipandang dengan kerut risau. "Can we trust Kuro and his team?"
"I owe them my life. Abang sendiri nampak kepakaran Farha dulu macammana..."
Ya dia ingat penyamaran Mimi itu. Dia langsung tidak menyangka apa-apa sehinggalah Umar datang. Bersama keluh dalam, kepala diangguk. "Okay. Tapi beban kerja dia bertambah sebab kena jaga anak abang sekali selain kembar nakal kau tu. Bagi nombor akaun dia. Abang kena transfer duit sebab Junior dah susahkan dia."
Aqi gelak. "Kuro akan suka bila dengar..."
Bila Farid naik ke biliknya, Aqi memutuskan untuk keluar. Lokasi pertama yang dituju ialah rumahnya yang hanya tinggal arang. Semuanya terbakar habis. Dahlah tak habis bayar. Mujur ada insurans. Tetapi kerugian dari segi emosi, tiadalah yang boleh membayarnya kerana rumah ini menyimpan memori dia dengan anak-anaknya, Umar yang gemar pecah masuk dan habiskan makanannya, tingkap yang menjadi lokasi Umar curang buat pertama kali, dan bukti Ami dan Emir menerima masing-masing sebagai adik beradik. Sebak rasa.
Tetapi insyaAllah peluang masih ada di rumah dua tingkat yang tidak jauh dari rumahnya. Aqi berjalan santai, hingga terkaku bila bertembung dengan Mimi di depan pagar rumah Umar.
Wanita itu menoleh. "Kau buat apa kat sini?"
Tenangnya nada suara itu, mengejutkan Aqi. "Kau buat apa kat sini?" soalnya pula.
"Aku rindu Umar."
"Aku pun."
Dan sama-sama senyap.
Mimi beralih dan bersandar di bonet keretanya. "Kau pun gila macam aku juga rupanya..."
"Semua perempuan ada gilanya bila berkait dengan lelaki kesayangan mereka... tapi gila aku lain kasta berbanding engkau..." Direnung lagi si wanita masih curiga. "Kau takda simpan pistol atau apa-apa senjata kat badan kau, kan?"
Geleng. "Polis dah rampas semua. Aku sehelai sepinggang sekarang. Takda rumah, takda status, takda harta, takda apa... maruah pun dah hilang rasanya..."
Aqi menarik cincin dari jari kiri dan disimpan ke dalam bra. Jam tangan Umar yang dibawa bersama turut dimasukkan ke dalam poket. Kemudian barulah dia merapat.
"Kau okay aku duduk sini?"
"Aku dah tak peduli.... Masih kira elok ada orang yang nak berbual dengan aku berbanding pandang serong dekat aku..." Pilu kerana Maya enggan melayannya kini merasuk hati.
"Good. Macammana kau kenal Chan?"
Mimi menoleh. "Chandler? Dalam love app."
"Dia takda contact kau lagi?"
Geleng. "Dia serah pistol untuk aku pakai. Tapi itu je la. Polis tanya aku dapat pistol dari mana, aku terus terang je."
"Tu je? Takda apa-apa arahan lanjut?"
Geleng.
Memang Chan menggunakan Mimi untuk membuang masa, nampaknya. Dan kali ini kantoi juga dengan pihak polis. Entah sejauh mana maklumat itu boleh mengekang lelaki berpengaruh itu.
"Apapun, aku lega kau terlepas dari psikopat tu. Gila kalau dia kejar kau. Mahu kena kurung bertahun..."
"Macam kau?"
"Macam aku..." Angguk. "Dia lelaki gila yang aku nak elak dari jumpa korang semua, even kau sekalipun."
Mimi mengangguk, mempercayai kata-kata itu setelah melihat kebaikan hati perempuan ini sepanjang membencinya selama ini. Tapi, dia perlu tahu satu perkara. "Aqi... kenapa kau tipu kau ada husband mula-mula dulu?"
Aik? "Sebab aku tahu kau tak sukakan aku. Aku balik sebab nak buat kawan dengan kau since kau dah jadi emak tiri anak-anak aku, jadi aku kena develop good foundation to build the trust dulu walaupun terpaksa menipu."
"Jadi kau bukan nak tipu aku supaya aku percayakan kau sebab kau nak kejar Umar belakang aku?"
Aqi terkebil, lalu menjuling mata ke langit. "Ya Allah... perspektif itu pun boleh ada... aku tak nampak..." Muka diraup sebal.
Wanita berambut pendek itu merenung jalan. "Aku nak bagitau satu benda, tapi kau kena rahsiakan."
"Whoa."
Mimi menoleh. "Apa benda? Aku belum cakap pun lagi."
"Terkejut sikit... kau boleh bercakap tanpa menjerit. Kadang bila kau bercakap, aku boleh nampak CAPSLOCK dalam kepala aku." Tangan dibentang ke udara.
Mimi memicing. "Umar bodoh sebab fikir boleh satukan kita dalam perkahwinan yang sama."
Lalu Aqi tergelak. "Jangan macam tu. Dia betul-betul sayangkan kita. Jadi, apa rahsia yang kau nak share?" soalnya, lebih santai kali ini.
"Aku mengandung," luahnya, membuat Aqi ternganga. "Kalau anak-anak kau tak jumpa aku dengan Chandler, aku boleh gunakan anak ni sebagai anak Umar..." keluhnya pada jalan sambil mengusap perut. "Sekarang aku tak tahu apa nak buat dengan anak ni... bersusah nak ada, sekali kena gugurkan pula..."
"Kau jagalah!"
"Aku taknak gemuk."
Kepala Aqi terjatuh. Menyerah kalah.
"Lagipun, aku taknak besarkan anak pembunuh..."
Terdiam seketika. Terasa ironi bila mengingati Umar dan anak-anaknya. "Dosa bapak tak jatuh dekat anak, tau... kau yang kena jaga budak tu, berikan perhatian, kasih sayang, jaga sampai jadi manusia berguna."
"Anak pembunuh tetap anak pembunuh."
Lalu Aqi meraup muka. Bersyukur sangat-sangat yang Mimi dan Umar dah bercerai. Dan Mimi juga nampaknya dah bertenang selepas tidur di penjara selama tiga malam.
"Mimi..."
"Em."
"Aku taknak kau jumpa anak-anak aku lagi."
"Eloklah. Aku pun tak sukakan mereka."
"From what I've seen, the feeling is mutual."
Mimi tersenyum kecil. "Tapi aku akan rampas Umar semula, tau?" ujarnya pula.
"Sure," balasnya tenang, membuat Mimi terperanjat. "Kau nak cuba banyak kali pun aku tak kisah. Sampai dia jadi menyampah dan benci dekat kau."
Ah. Hati Aqi benar-benar yakin. Dari mana keyakinan itu datang agaknya. Mimi sedikit cemburu. "Aku tak pernah faham macammana kau berfikir, Aqi..."
"Aku pun tak pernah faham kau, Mimi..."
Mereka berpandangan sebelum sama-sama tertawa halus. Geli hati. Mereka dua insan berbeza yang mencintai lelaki yang sama, dan lelaki itu hampir-hampir menyatukan mereka di bawah satu bumbung.
"Mungkin ada hikmahnya aku diceraikan... supaya tak perlu hadap sengsara jadi madu kau..." ujar Mimi sambil menoleh pada rumah itu.
Aqi tersenyum. "Kau boleh datang melawat dia kalau kau nak."
Mimi menoleh dengan mata membulat, terkejut beruk. Wanita itu pula masih dengan senyuman lembut. Ah, cantik pulak perempuan celaka ni bawah lampu jalan.
"Kenapa?" soalnya. Benar-benar ingin tahu. Jika dia dipihak Aqi, memang dia cuba halang selagi boleh.
"Motivasi hidup kau ialah dia. Jadi aku faham sangat feeling tu..." luahnya, mengingati sengsara bilamana rindukan Umar dahulu. Pedih rasa hati hanya mampu diluahkan di dada sejadah. "Lagipun, aku nak tengok kalau dia ada niat nak duakan aku atau tidak. Tapi aku juga akan goda dia supaya dia tak pandang kau langsung."
Terkaku lagi. "Kau ingat benda macam ni main-main ke?"
"Kata someone yang nak rampas laki aku."
"Laki kau apa benda! Korang tak kahwin!"
"Ah, betul juga."
"Macammanalah Umar boleh jatuh cinta dekat kau ni..." Pelik bin hairan!
"Aku pun tak faham..." luahnya bersama ketawa halus. Mimi dipandang lagi, menyukai interaksi ini walaupun hakikatnya mereka saling membenci. "Satu je aku nak dari kau, Mimi..."
"Kau nak minta apa pulak sedangkan aku dah takda apa!"
"Sentiasa ingat Allah."
Dan Mimi tergamam. Wanita itu masih dengan senyum dalam serius.
"Aku tak sure kalau Umar ingatkan kau pasal semua ni masa korang kahwin... tapi agama yang buat kita jadi manusia sebenarnya. Aku perasan kau buat banyak benda gila sebab kau lupa... atau mungkin tak peduli... hukum hakam agama."
"Kau nak ingatkan aku pasal agama sedangkan kau sendiri tak pakai tudung?"
Nak tergelak mendengar bahan gaduh budak sekolah itu. "Tudung tu sekadar imej, bukan lesen yang menentukan siapa islam beriman dan siapa tidak. Hati aku masih pada islam. InsyaAllah suatu hari nanti, aku nak pakai tudung balik..." Jalan direnung. "And by then... aku harap kau pun sama-sama dah berubah ke jalan Allah juga.... Sebab Umar pun... dalam nakal dan miang dia, dia macam dah nampak arah tuju dia... aku taknak kita ketinggalan kat belakang dia..." tambahnya, mengingati sesi muhasabah diri lelaki itu pada malam itu. Perkembangan karakter Umar terlalu besar untuk dipandang rendah. Dia tak mahu Umar berkembang sendiri. Dia mahu mengejar lelaki itu supaya mereka sentiasa bergerak seiring bersama. Untung badan, boleh ajak Mimi sekali jika wanita ini mahu berubah.
Hati manusia, Allah yang pegang. Akal manusia, lain-lain peringkatnya. Aqi dan Umar walaupun sekufu, tidak dikongsi hal yang sama dengan Mimi.
"Aku tak fahamlah kau ni..." desis wanita itu, membuat Aqi menjeling bersama senyum hambar.
"Macammana aku nak translate kepada bahasa yang kau boleh faham... hurmm..." Bibir dikemam, berfikir. "Belajar untuk redha, Mimi... dan teruskan hidup pakai jalan Allah walaupun kau tak dapat lelaki yang kau nak."
Nafas ditelan. Entah kenapa nasihat itu menusuk hati kerasnya kali ini. Belajar untuk redha, eh.... bukannya dia tak pernah buat. Dah berkali-kali dia move on bila Umar memutuskan hubungan mereka. Tetapi cuma kali ini yang dia bertukar gila... mungkin sebab mereka akhirnya berkahwin dan dia marah kerana Umar tetap berpaling pada Aqi walaupun Aqi menghilang lebih 10 tahun, manakala dia berada di sebelah lelaki itu sepanjang Aqi tiada.
Lalu nafas dihela panjang, berterima kasih atas kata-kata Aqi. "Apa yang aku maksudkan bila aku cakap aku tak faham ialah... kenapa kau bagi nasihat dekat aku... atau cuba nak cabar aku supaya jadi lebih baik dengan menggunakan Umar sebagai umpan."
Giliran Aqi terpaku. "Oh." Segan lalu. "Aku pandang rendah dekat kau, don't I?"
"Even aku pandang rendah dekat aku sendiri lepas semua benda yang aku dah buat..."
Dan Aqi gelak. Mimi akhirnya tersenyum, menghargai sokongan Aqi semasa dia berada di bawah. Jari digosok.
"Jadi kenapa kau masih baik dengan aku?" Dengan muka kesian, dia bertanya pada jari.
Diam seketika, berfikir. "Aku pun tak tahu. Maybe sebab aku feminis. Woman support woman. Atau mungkin sebab kau kesian. Aku suka alasan yang ni sebab dia buat aku nampak macam aku lebih baik dari kau, hahaha..." Mimi memasang kerut pelik, manakala Aqi pula mengalihkan renung pada rumah lelaki itu. Lalu dia tersenyum lembut. "Atau... sebab aku dah kenal kau lama dan aku tahu sejauh mana kau cintakan Umar... nak tak nak, aku kena acknowledge your feeling and the fact that we're in love with the same man. Umar pun sebenarnya sayangkan kau... jadi, sebagai someone yang penting dalam hidup lelaki kesayangan aku tu... aku taknak kau jatuh lebih jauh..."
Pandangan Mimi meredup. "Kau rasa Umar masih sayangkan aku?"
"Kau tetap cinta pertama dia..." Yang bertukar menjadi safety net setiap kali ada masalah dengan aku... sambung hatinya. Secara tidak langsung, Umar mungkin tahu yang Mimi akan sentiasa menunggu dan menerima dia jadi lelaki itu tak kisah melayan sambil lewa. Wanita itu menghela nafas panjang, mengakui dia kasihankan Mimi.
Terkaku. "Kau tak cemburu?"
"Aku tetap cemburu... terutama bila kau berbogel depan dia." Hidung dijungkit sambil memberi jeling. Tanda; ya, aku tahu apa kau dah buat.
Mimi terkedu lagi, lalu ketawanya terlepas.
"Kau gelak." Sengal.
Makin galak hingga terbaring di atas bonet.
Aqi hanya mendengus. "Dia masih gelak..." keluhnya pada diri sendiri. Handphone tiba-tiba bergetar. Munirah sedang menelefonnya. Dipedulikan Mimi melayan geli hati, Aqi bangkit dari bonet.
"Ya Munirah?"
"Aunty! Ada mana?!"
"Ermm... keluar jalan-jalan. Kenapa?"
"Tengok IG Ami sekarang!"
"Ha?"
"Ami shoot live lagi. Emir tengah dibelasah!!"
@JuniorSlayer Instagram live.
Waktu tempatan, 2:09 AM
Skrin gelap.
Ami (background, berbunyi berat dan esak): Guys....
Video diangkat, menunjukkan Chan sedang mengangkat Emir di depannya. Muka Emir pecah berdarah. Walaupun diangkat ke udara, kakinya masih cuba menyepak lelaki itu. Dan kemudian hentam lagi ke meja hingga terpatah.
Ami (background): Lokasi, aku tak tahu. Aku dengan abang diculik. Yang aku tahu, itu Chan. Chandler Abdullah. Chandler pundek. Aku belum call polis sebab aku tak tahu aku kat mana...aku rasa Kuro on the way... jadi aku perlukan korang sebagai bukti dan saksi... (Skrin menunjukkan bahagian paha dan betis yang berdarah lebat). Dia tembak Ami, ma.... (dan menangis lagi) ayah.... Ami minta maaf.... ayah... Ami sakit, yah...
Chan tiba-tiba menoleh. Bengis sekali riaknya.
Chan: KAU RAKAM AKU LAGI!! DEKAT MANA KAU SIMPAN PHONE KAU?!!
Namun video tidak bergegar walau dihentam muka membunuh itu. Genggaman Ami masih kukuh berdiri, kerana Emir melompat ke belakang tubuh Chan. Emir membuat sleeper hold seperti yang dibuat Aqi pada Mimi pada hari itu, cuba untuk mengekang pernafasan Chan dan membuat lelaki itu pengsan. Tetapi kekuatan lelaki dewasa jauh beza dengan otot seorang remaja lelaki yang masih membesar. Keadaan mereka carca marba.
Keadaan bertukar mengejut bila pintu di latar belakang tiba-tiba terpelanting kerana ditendang dari luar. Umar memunculkan diri, diiringi Kuro dan Aki di belakangnya.
Ami (background, bernada lega): Ayah....
Umar memandang Ami. Kemudian pada Emir yang masih berpaut di belakang Chan. Air muka lelaki itu berubah tegang. Langkahnya laju sekali dibina ke arah Chan.
Ami (suara bertukar takut): Ayah?
Chan beriak bengis. Pistol yang diselit pada tali pinggang ditarik sebelum diangkat ke arah Umar. Pada masa yang sama, lelaki itu juga dah menujah dirinya selaju yang mungkin seperti singa jantan yang menerkam ke arah makanannya. Pistol ditembak, melepasi telinga Umar. Selajur, penumbuk besi melayang laju ke muka Chan.
Derasnya tumbukan itu membuatkan Chan dan Emir sama-sama terhempas ke lantai. Emir yang masih di belakang Chan turut menerima saki baki impak tumbukan itu lalu meraung kerana sakit di hidung. Dia punya mengamuk sampai tak ingat anak dan musuh! Malah tidak berhenti kerana penumbuk Umar terbenam ke muka Chan lagi walhal Emir masih ditimpa si botak.
Ami (background): Ayah, berhenti!!
Handphone dibaling ke tepi, terus membiarkan live berlangsung. Tiada sebarang suara dari Umar, melainkan raung pedih dari Chan. Emir dan Ami sama-sama menjerit meminta ayah mereka berhenti, sebelum ditamatkan oleh satu suara garau.
Kuro (background): Aku dah cakap kau ada perempuan yang tunggu kau, kan? Rileks dah la.
Dan senyap.
Share this novel