18

Romance Series 1061

MALAMNYA, Amina berada di luar balkoni. Ingin mengambil udara segar. Demamnya perlahan-lahan kebah. Lusa mungkin dia sudah boleh kembali bekerja. Titisan hujan menari di atas daun dan bumbung, membasahi bumi. Langit kelabu seperti selimut mendinginkan bumi.

        Dia tidak suka hujan. Rumahnya, Arlisa mati sewaktu hujan. Insiden kematian Arasyah juga setelah hujan reda.

        Mengingatkan dua orang adiknya, dadanya kembali sesak. Kepalanya berat dengan perkara yang harus difikirkannya. Tidak habis dengan ibunya sendiri, Zach yang tidak henti-henti menelefonnya, dan sekarang... masalah rumah tangga antara dia dan Taqi.

       Pintu bilik dikuak dari luar, kelihatan Taqi menghampiri Amina sambil membawa sebiji epal merah yang diletakkan di atas sebuah piring kaca. Dia letakkan epal yang tidak dikupas ke atas meja.

       "Makan." Arahnya. Dia ambil tempat berhadapan Amina.

       Amina sekadar memandang Taqi dengan pandangan yang kosong. Kenapa lelaki ini bersikap baik dengannya sekarang? Walhal...

       "Makan lah. Penat-penat aku curi dekat dapur tadi."

       Siapa yang suruh curi?

       Tiada siapa yang suruh.

      "Demam lagi ke?" Taqi menyoal lagi. Tidak berpuas hati melihat Amina yang membatu itu. Tangannya diangkat untuk memeriksa suhu Amina, namun pergelangan tangan Taqi ditahan oleh Amina.

       Dia leraikan pegangan itu, lalu meletakkan tangan Taqi ke atas meja. "Tak."

       Taqi menjeling. Jawab tu je? Sudahlah tidak mahu menjamah epal yang dia ambil!

       "Arasyah. Aku rindu Arasyah."

       "Dia mati atas riba aku." Amina menyambung perkataannya. "Akhir hayat dia, dia cakap dia sayang semua..." Dia angkat kepala, memandang Taqi.

        Taqi tidak terkejut. Dia sudah tahu peristiwa kematian Arasyah. Amina telah menjelaskan semuanya di hadapan keluarganya. Malah, kamera litar tertutup juga ada merekod kesemuanya. Dia sendiri melihat Arasyah yang mencuba menyelamatkan anak kecil itu. Namun pada akhirnya, dia yang dilanggar.

        "Taufiq."

        Taqi tekun mendengar. Menanti apa yang bakal dikatakan Min tentang Taufiq. Dia sudah dapat menghidu sesuatu yang tidak menyenangkan terjadi antara mereka berdua.

        "Is a brat."

       "Maksud Min?" Taqi menyoal.

       Amina hembus nafasnya, berat. Epal merah yang ada di atas meja dia gigit. Lalu mengunyahnya perlahan-lahan. Iris mata Taqi masih berlabuh kepada Amina. Isterinya cantik. Walaupun nampak tidak bermaya, dia tetap cantik. Tahi lalat yang ada di bawah mata kanannya lagilah menambahkan manisnya.

       "Awina also."

       "Cuba Min beritahu Taqi, apa sebenarnya Min nak bagitahu. Taqi tak faham kalau Min cakap tak habis ni." Taqi mengomel.

       "Taqi also a brat."

       Taqi tersentak. Dia menyentuh dadanya menggunakan tangan kirinya. Kit heart!

       Jeda.

       Amina ukirkan senyumannya yang manis. "I know, you knew where's Awina, right?"

       Taqi membalas senyuman tersebut. "Sorry."

       Nada suaranya ikhlas, memohon maaf daripada Amina. Amina tidak jadi menggigit epal tersebut. Dia pandang ke arah Taqi tidak berkelip. "Min dah penat. Untuk kali ini, biarlah Min pergi cari kebahagiaan Min sendiri." Epal diletakkan ke atas piring kembali. Seleranya sudah hilang. Dia membaringkan tubuhnya di atas katil, bersebelahan dengan Qayyum.

       Taqi yang masih berada di balkoni senyum kelat. Dia pandang ke arah epal merah yang dimakan oleh Min. Tidak semena-mena, dia ambil epal merah tersebut lalu menggigitnya perlahan. Pandangan diluruskan pada titisan hujan yang lebat.

       Hujan itu rezeki...

.
. .

AMINA kerling ke arah Taqi yang masih berada di balkoni. Tangannya mencapai telefon pintar yang ada di atas meja. Sudah pukul satu pagi!

       Dari tadi lagi ke Taqi berada di situ?

       Mahu tidak mahu, dia melangkah mendekati Taqi. Taqi terlelap di atas kerusi--- di luar hujan masih turun dengan lebat.

       Dia duduk berlutut di hadapan Taqi. Mengagumi wajah kacak Taqi tersebut.

       "Padanlah Win boleh minat kau. Hensem rupanya." Amina mendekat, tangannya berpaut pada lutut Taqi. Sebelah tangannya lagi mengelus rambut Taqi yang kehitaman. Bibirnya tersungging satu senyuman. 'Tapi sekarang Win dah tiada. Yang ada cumanya aku---'

       Belum sempat dia membuat lebih, tangannya yang mengelus rambut Taqi ditangkap oleh Taqi sendiri. Taqi membuka matanya. Wajah Min yang sedang berlutut menyapa pandangannya.

       Amina mulai cuak. Janganlah Taqi mendengar omongannya tadi! Mukanya dikawal sebaik mungkin, tidak ingin Taqi 'membaca'nya.

       "Min buat apa ni?" Suara serak itu menyoal. Dia lepaskan tangan Min, lantas menggosok matanya.

       Amina mulakan lakonannya. "Kau yang tertidur dekat sini." Dia bersuara, dingin. Lagak seperti seseorang yang tidak membuat apa-apa terhadap Taqi. Padahal dia hampir mencabul Taqi tadi!

       Amina bingkas bangun, meninggalkan Taqi yang masih mamai itu.

       Taqi pandang sekeliling. Betul lah, dia tertidur di sini! Dia masuk ke dalam bilik lalu pintu gelangsar ditutup dan dikunci olehnya. Dia melihat, Amina sudah kembali berbaring pada katil.

       "Kau nak tidur mana?" Amina menyoal. Tiba-tiba cakna dengan di mana Taqi ingin rehatkan tubuhnya.

       "Bilik Thariq." Taqi membalas, datar. Masih mamai. Dia kunci pintu bilik sebelum keluar. Seterusnya, bilik Naqi dituju olehnya.

       Buka sahaja pintu, dia dapat melihat Naqi yang masih berada di meja. Desktop komputer terpasang dengan memaparkan kod-kod yang dia tidak fahami. Dia hampiri Naqi, melihat ke arah komputer tersebut.

       "Amboi, mengantuknya dia. Nyenyak tidur dengan wife?" Naqi menyoal dengan nada mengusik.

       Taqi menguap perlahan. "Kepala otak kau tidur dengan wife. Kau buat apa ni wahai Thariq?" Dia mengalihkan topik perbualan, malas mahu memikirkan arah perkahwinannya pada masa ini.

       Naqi senyum menampakkan barisan giginya yang putih bersinar. "I found something interesting."

       "About who and what?" Taqi menyoal.

       "Khai." Naqi membalas.

       Kantuknya masih tersisa, seraya dia menepuk bahu Naqi perlahan. "Give up je lah. Bos aku yang gila tu taruk perasaan dekat dia. You touch her, you die."

       "Bukan macam tu."

       "Terus?" Taqi yang sudah membaringkan tubuhnya ke atas katil menyoal. Berhentilah untuk menginterograsi tentang Khai. The Beast perhati segala tindak tanduk Khai sekarang, kalau ada yang berani sentuh Khai, tahulah bagaimana nasibnya...

       "She retired. And now continue her mother's legacy." Jawab Naqi.

       "Memanglah. Dia sendiri kata lepas Ibrahim Ghazali ditangkap, dia nak quit. Baik sambung legasi mak dia, masyuk pun masyuk." Dia bangun daripada perbaringan. Khai dan dia pernah berjanji sesuatu, tetapi adakah Khai telah melupakan perkara tersebut? 

       "Kau boleh track dia tak?" Taqi menyoal lagi.

       "Aik, dah ubah fikiran suci murni kau ke?" Naqi menyoal, lantas berpaling ke arah Taqi.

       "She could help me to win my wife back."

       Naqi menggulingkan bebola matanya ke atas. "Menyampah. Give up je lah dengan wife kau tu. Umi said, she should be happy with her own's choice. Not some brat like you, who ran away the night after the wedding."

       Taqi bagaikan terpukul. Sudahlah malam tadi Min telah menggelarkan dia sebagai 'brat' dan sekarang Naqi pula?

       "Asal diam, betulkan apa yang aku kata?"

       "Give up aku kata. Aku tak nak cari gaduh dengan manusia pernafasan Binatang Tokyo tu!" Bila diingatkan balik sosok bos lamanya, dia meremang. Cara Kaede berlawan itu ganas, tidak menunjukkan riak kasihan walaupun sedikit! Tidak berhati perut! 

       Naqi menutup desktop komputernya. Seram sejuk tatkala dia mendengar nama 'manusia pernafasan Binatang- Tokyo' itu. Dia ada mendengar betapa ngerinya lelaki tersebut ketika berlawan. Tetapi, dia tidak pernah melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana lelaki tersebut berlawan. Khai juga dikatakan pernah hampir mati ditikam The Beast tersebut! Dan Taqi juga hampir berpisah roh hanya kerana Khai menikamnya suatu ketika dahulu. Eloklah sepasang kekasih tersebut, sama-sama gila!

       Katil diterpa laju. Dia baringkan tubuhnya ke sebelah Taqi. "Jadi, macam mana kahwin ni?" 

       "Hotak dia. Baik kau tanya soalan ni dua tahun lepas!"

       "Minta maaf dengan dia, wahai Taqi Waqiuddin. Takkan kau nak suruh penasihat cinta ni bagitahu kau pula?"

       Taqi mencebik dengan Naqi yang menggelarkan dirinya sendiri penasihat cinta. "Kau sedar tak, kau pun tak pernah bercinta."

       "Coach don't play, brother." Dia tepuk dadanya, bangga bercampur riak.

       "Kau memang tiada siapa yang nak atau kau yang memilih ni?" Taqi menyoal. Membuka topik yang lain.

       Naqi hamburkan hilai tawanya. "Orang yang tak nak dekat aku Qi..."

       "Kau yang memilih kan?"

       "Kau kena tahu kisah sedih aku Qi. Thaneeta dah takde."

       Selamba Taqi menepuk lengan Naqi. Dia masih ingat lagi sewaktu Naqi meluahkan perasannya terhadap Neeta kepada umi. Dia tidak sedar ke yang mereka berdua tu--- "Itu adik aku, adik kau juga!"

       Naqi hamburkan tawanya buat kali kedua. Dia tahu, keluarganya juga masih tidak melupakan betapa innocent nya dia dahulu. "Gurau je lah."

       "Betul-betul lah Thariq..."

       Naqi kulum senyum. "Ada... Aku ada minat seseorang ni. Aku terserempak di Masjid Sendayan haritu. Cantik. Berpurdah. Hampehh- rupanya bini imam muda masjid tu."

       Ahh jantan ni, selalu hearbroke! "Kenapa kau ni selalu suka seseorang yang mustahil untuk didapatkan?" Tidak habis dengan Neeta, sekarang isteri orang? Dia gelengkan kepalanya, tidak percaya dengan taste Naqi.

      Naqi hamburkan tawanya lagi. Tidak tahulah buat kali keberapa. "Aku gurau sahajalah."

       "Cuba kau jujur dengan aku sekarang. Kau masih belum moveon ke? Mana tahu aku boleh tolong kau ke."

       "Kau pergi fix hubungan kau dengan isteri paksaan kau dahulu sebelum tolong aku ya."

       "At least, dah halal Thar..."

       "Dah halal tapi Min tak suka kau."

       "Daripada kau tu kena reject."

        Ayat terakhir sebelum kedua-dua mereka terdiam. Meratapi nasib sendiri.

       Taqi yang berusaha untuk mendapatkan Amina kembali. Dan Thariq yang berusaha untuk melupakan bekas teman wanitanya. Dia pernah bercinta suatu ketika dahulu, tetapi tiada siapa yang tahu kecuali babah. Hampir dua tahun mereka menjalin cinta, sebelum wanita itu memutuskan untuk berpisah dengan alasan tidak sama taraf. Kehidupan dia dan Naqi berbeza! Naqi lahir-lahir sahaja dijamu dengan sudu emas. Manakala wanita itu, lahir-lahir perlu perah tenaga untuk mengalas perut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience