07

Romance Series 1061

DINIHARI, sekeluarga masing-masing berada di meja makan menikmati sarapan pagi.

"Min bila mula kerja?" Encik Azam menyoal sebaik sahaja dia nampak kelibat menantunya.

"Esok Min dah kerja. Min ambil cuti sehari je babah." Jawab Amina dengan penuh sopan-santun. Dia meletakkan Qayyum di atas kerusi bersebelahan dengannya.

Encik Azam kerling ke arah isterinya dengan memberi isyarat mata. "Kalau macam tu, apa kata Min ambil cuti lagi sehari esok? Hari ni kita pergi Melaka."

Amina berfikir buat seketika. Dia kerling ke arah Bonda Ren dan Elisa yang sedia memandangnya. Dia alihkan pandangan ke arah babah pula. "Min kena tengok jadual Min dahulu lah, babah. Takut ada meeting dengan client."

"Dengan client ke dengan..." Taufiq mulai menyampuk. Dia membiarkan ayatnya  tergantung dengan niat memberikan unsur suspens. Dia labuhkan punggung bersebelahan dengan Qayyum.

"Hah Taufiq, kenapa tak bawa balik isteri kamu sekali? Dari semalam lagi bonda nak tanya, tapi tak sempat." Bonda Ren mula menyampuk. Alang-alang Taufiq dan dia sudah semeja ini, dia bertanya teruslah.

"Isteri long balik kampung mak dia." Taufiq menjawab soalan tersebut.

"Ishh kamu ni Taufiq, apanya macam tu? Dia ke hulu, kamu ke hilir hah elok lah tu. Eloknya dalam perkahwinan ni masing-masing kena bertoleransi, pandai-pandai lah bahagi hari untuk balik rumah mentua ni." Bebel Bonda Ren.

Baru sahaja Taufiq ingin menjamah makanan, dia patahkan niat apabila mendengar Bonda Ren berleter panjang. "Bonda kalau bercakap memang..."

"Along..." Puan Hasmiza melarang anaknya. Risau sebenarnya dengan anak sulongnya ni. Risau jika perkataannya akan mengguris perasaan Bonda Ren pula.

Taufiq mendengus. "Umi, babah. Taufiq pergi kerja dahulu."

"Tak nak makan dulu ke abang long?" Elisa menyoal.

Taufiq geleng kepala, lalu dia terus meninggalkan meja makan.

"Ini lah budak zaman now, pantang kena marah sikit. Merajuk!" Bonda Ren berkata demikian.

Naqi yang baru tiba ke meja makan hanya memandang abangnya yang pergi dengan marah. "Kenapa dengan along tu umi, babah?" Kemudian, dia ambil tempat duduk bersebelahan Qayyum.

Puan Hasmiza dan Encik Azam tidak membalas.

"Lewat benar Naqi bangun hari ni." Tegur Bonda Ren pula.

"Tak munasabah nak bangun masa ni. Fikir acik tak solat subuh ke?"

Bonda Ren terdiam. Tiada kudrat untuk membalas percakapan Naqi. Cucunya yang ini sedikit berbeza daripada cucu-cucunya yang lain. Maklumlah, bukan darah daging. Naqi ni merupakan anak susuan Puan Hasmiza. Tetap anak.

"Haa Naqi, bila kamu mula kerja? Hari ni babah nak pusing-pusing Melaka hajatnya."

"Lusa baru lapor diri, babah. Elok juga tu. Lama sudah Naqi tidak berkeliaran dekat negara sendiri."

"Itu lah, duit bukannya takde. Boleh sangat kalau nak balik Malaysia ni setiap kali cuti sem. Tuannya sahaja yang tak nak balik." Bonda Ren pangkah cucunya lagi.

Naqi diam. Tanpa mempedulikan ayat bonda, dia membaca doa makan lalu mulai menyantap. Pandangan tajam yang diberikan bonda, dia abaikan.

"Umi, babah. Min minta diri dulu lah kalau macam tu. Min nak pergi ambil kawan Min dekat KLIA." Amina bingkas bangun dari duduknya lalu mulai menyalami mentuanya.

"Awalnya Min nak pergi. Tak nak makan dahulu ke?" Puan Hasmiza menyoal.

"Takpe lah umi, Min tak boleh makan pagi."

"Qayyum tak nak bagi makan dulu ke, kasihan budak tu." Giliran Encik Azam pula menyampuk.

"Takpe babah. Hajatnya Min hendak kasi susu je nanti." Amina mendekati Bonda Ren dan Elisa pula. Tangan dihulurkan untuk bersalam namun ditepis oleh Bonda Ren.

"Tak payah nak salam dengan aku. Aku geli."

Berubah terus muka Amina tatkala mendengar ayat yang keluar dari ulas bibir Bonda Ren. Dia berpaling ke arah mentuanya pula. "Min pergi dahulu tau."

"Iya Min, hati-hati." Pesan Encik Azam.

Amina membawa Qayyum bersama, lalu meninggalkan ruang makan. Sebelum itu, dia naik ke biliknya terlebih dahulu untuk mengambil barangannya.

.
. .

Amina menggenggam tangan Qayyum, erat.

"Mi" Bibir Qayyum dijuihkan pada outlet Baskin-Robbins.

Amina menghalakan pandangannya ke arah tempat yang ditunjukkan oleh Qayyum.

"Alah Qay... Mana boleh macam tu. Awak harini dah banyak makan manis-manis. Nanti gigi rongak macam mana?"

"Ma mii?"

"Takleh!"

"Mii, tuu." Qayyum membujuk emaknya sambil mengerdipkan bebola matanya berkali-kali.

"When I said no, that's mean a big no. Understand?"

Qayyum hentak kakinya lalu menonong tanpa arah tuju.

"Astaghfirullah, Qayyum!" Geram, giliran Amina pula membuka langkah ingin mengejar Qayyum.

Lebih kurang tiga depa daripada Qayyum, jelas pada pancaindera Amina, Qayyum terlanggar seorang lelaki yang lengkap bersut hitam. Dilengkapkan bersama kasut kulit hitam yang berkilat.

Amina meluru ke arah Qayyum dengan sepantas kilat lalu membangunkannya. Amina pandang lelaki yang ada di hadapannya pula, lelaki tersebut duduk melutut untuk menolong Qayyum berdiri, namun Amina pantas sahaja membangunkan Qayyum.

Dia angkat kepala, memandang ke arah lelaki tersebut. Bertemu dua pasang mata dengan jejaka ini, seluruh tubuh badan Amina terasa ketar.

"Taqi..."

"Do I know you?" Soalnya lalu bangun berdiri. Begitu juga dengan Amina. "I guess I don't."

Amina terpempan. Tangannya digepal kuat. Menahan geram yang tidak terhingga.

"I'm leaving now. Don't you have manners to seek maybe some forgiveness from me?" Dia menyoal sinis sambil bebola matanya melirik ke arah Qayyum dan Amina berulangkali.

Amina menarik nafas panjang. Dia cuba mengawal dirinya sebaik mungkin.

'Don't be emotional or else you will ruin it. Sabar Min, sabar.' Amina memujuk hatinya sendiri.

Amina senyum. "We actually know each other." Tangan kanannya dihulurkan. "I'm Amina Husna, your future ex-wife."

Kini, giliran Taqi pula terpempan. "Ouh. You're my wife?" Soalnya terkejut. Dia tidak menyangka, baru sahaja tiba di tanah air, manusia pertama yang dia temui ialah isterinya sendiri. Lebih tepatnya, isteri yang tidak pernah dia anggap. Di mana dia tinggalkan isterinya pada malam pertama mereka.

Amina menggigit bibirnya geram. 'This bastard doesn't even know his wife's name?'

Amina senyum sahaja. Tidak ingin menunjukkan geram yang kesumat. "Now you know me."

"Ouh well. Congratulations."

"For the exact reason?"

"For living without me. And maybe survive for these years." Taqi senyum sinis. "Pandai kau hidup."

Amina kepalkan tangannya erat. Dia dapat rasakan kukunya yang tajam memasuki ke dalam isi kulitnya. "Bitch, fuck off. I'm done, we're done. As I know, me myself is a replacement, and I know that you're not even thought me as your legally wife. And I think is the best decision ever is divorce."

Taqi sudah menganggap bahawa perkara ini akan berlaku sebaik sahaja dia tiba di tanah air. Tetapi, tidaklah secepat ini.

"Ataupun aku boleh tuntut fasakh."

"For what reason? I guess you know what criteria a wife should have before fasakh right?"

Amina menghamburkan tawanya perlahan. Cuba tidak menarik perhatian orang sekeliling. "Kalau aku tuntut fasakh sekalipun, aku boleh dakwa kau atas pelbagai sebab. Antara salah satunya, hilang tanpa berita tanpa meninggalkan isteri dengan waris. Kedua, tidak memberi nafkah zahir mahupun batin terhadap isteri. Am I right, Mr. Taqi Waqiuddin?" 

"Wow wow. You did actually remember my name very well." Puji Taqi, ingin mencabar kesabaran Amina. "And this smart."

"And my husband..." Amina melanglab setapak ke hadapan, mendekati suaminya. Tangan kirinya menepuk dada Taqi perlahan. "If you're that fucking smart, why don't you avoid this marriage earlier so you don't have to leave me the night after the wedding. Come on, I'm not even Awina. I'm Amina. And also, why don't you just agree with bonda's suggestions which your bride is supposedly to be Elisa and not me. Are you that heartbroken until you can't think straight? What, your love towards Awina make you even crazier?" Amina menyoal bertubi-tubi. Dia hamburkan segala-galanya pada lelaki tersebut. Kerana lelaki ini lah... Segala dalam hidupnya berubah!

"Mi..." Qayyum yang sedari tadi mendengar Amina dan Taqi bergaduh, dia mula mencelah.

Pandangan mereka berdua jatuh kepada Qayyum pula.

"Anak siapa ni?" Soal Taqi lalu mengerling ke arah Amina. Seolah-olah tidak mendengar sedikit pun apa yang telah diluahkan oleh Amina.

"None of your business."

"Aku tak rasa kita 'pernah'" dia kerling ke arah Amina dan Qayyum berkali-kali. "Anak kau?"

Dahi Taqi ditunjal oleh Amina. Cukup membuatkan Taqi terkedu. "Kau bercakap macam kau lupa kenapa kita kahwin. Cakap macam kau tak kenal perangai bekas tunang kau. Pergi mampus lah kau, sekali dengan tunang kau pergi mampus. Budak ni sekarang anak aku, aku yang besarkan dia dari dia lahir sampailah besar macam ni."

"Jom, Qay. Kita pergi cari Aunty Iqa." Tubuh Qayyum diangkat oleh Amina. Lalu, dia pergi meninggalkan Taqi yang masih terkesima.

"Gosh, my wife." Taqi gelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil mengusap dahinya yang telah ditunjal oleh Amina. Kemudian, dia sentuh dadanya pula yang tadinya ditepuk oleh isterinya sendiri. Segaris senyuman terukir di bibirnya. Tapi cepat-cepat dia gelengkan kepalanya.

.
. .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience