03

Romance Series 1061

"Jadi, maksud kau. Sebenarnya yang in relationship adalah kakak kau dengan angah, dan bukannya kau dengan angah?" Naqi menyoal. Sambil tangannya mengadun adunan kek.

"Iya." Amina menjawab.

"Tapi, kenapa kau pula yang jadi pengganti?" Naqi bertanya sekali lagi.

"Kau dah tahu bahagian yang in relationship adalah angah dan kakak aku. But, something happened. Which is I try to hide for the sake of my family's pride. And then something terribly happened, she gave birth to Qayyum a month before the wedding reception. They both broke up. If I'm not mistaken, Awina left a week before the wedding . Leaving Qayyum and her fiance to me. Which both now is my responsibility to take care of. Just because umi and my mum do not want to cancel this wedding, they decided to put me in this marriageĀ  which I never dream of. Ending up, I was the bride. The bride without her groom. He left me right after the wedding." Cerita Amina panjang lebar, lalu dia masukkan secawan tepung gandum ke dalam adunan yang dikacau oleh Naqi.

Amina hembus nafas lega. Lega tatkala melepaskan sakit yang ditanggung buat dua tahun ini. Sakit yang dia tanggung seorang diri. Tanpa melepaskan kepada sesiapa.

"Macam mana angah boleh lari?" Naqi menyoal lagi. Nadanya serius ingin tahu hal sebenar yang berlaku antara abangnya dan Amina.

Amina angkat bahu tidak tahu. "Aku tak tahu bila dia lari. Lili tunjuk bilik dekat aku untuk aku rehat. Tahu-tahu sahaja abang kau dah tiada." Tegas Amina. Menyampah apabila dia ingat balik kejadian tersebut.

"Kau tak pernah bercakap dengan angah?"

"Pernah, tapi tak macam ni."

"Macam ni maksud kau?"

"Dia beku. Aku tanya sepatah, dia jawab satu huruf je."

Naqi hamburkan tawanya perlahan. Dia sudah boleh bayangkan huruf apa yang abangnya sebut. Tak lain tak bukan, huruf K mahupun huruf O sahaja. "Angah aku memang macam tu. Tak layan kalau dengan orang yang tak membawa kepentingan."

"Jadi isteri dia pun tak penting ke? Aku cadang nak cerai je lepas ni." Selamba Amina berkata demikian. Sudahlah. Dia sudah tidak sanggup berada di penjara emaknya dan suaminya. Dua-dua membebankan. Elok dia bawa perkara ini ke pejabat agama.

"Sokong."

"Kau sokong aku nak bercerai?" Amina soal, terkejut. Mak dia melalak sewaktu Amina menyuarakan hasratnya ini tetapi jejaka in out of nowhere menyokong tindakannya?

"Iya. Buat apa lagi dia nak gantung kau tak bertali ni. Daripada kau bazirkan masa hendak tunggu dia yang belum pasti, spend your time with another man who will give you happiness at the fullest."

"Kau dah tak judge aku?" Amina menyoal, dia dekatkan loyang kepada Naqi. "Masukkan dalam loyang ni."

"Semua?"

"Ya."

Naqi bertanya lagi sekali setelah berdiam diri cukup lama. "Dan kenapa kau ambil tugas kakak kau untuk jaga Qayyum pula?"

"Nanti kau tanya balik lepas tahu hal sebenar."

"Tadi yang kau cerita tadi bukan cerita sebenar lagi ke?" Naqi menyoal sambil tangannya kerja membuat kerja.

"At the fullest." Jawab Amina, menggunakan perkataan yang sama seperti Naqi gunakan tadi.

"Bagusnya kau. Kakak kau ada dekat mana sekarang?"

"Awina dengan abang kau, dua-dua hilang."

"Kau tak marah?"

Amina menghamburkan tawanya sebaik sahaja mendengar soalan daripada Naqi. "Orang gila je tak marah. Memang kau boleh judge aku bodoh je lah. Kenapa setuju nak kahwin dengan abang kau kalau hati abang kau masih ada dekat Awina, kakak aku." Amina mematikan ayatnya. Setuju? Setuju kepala otak dia. Dia dipaksa oleh emaknya untuk menerima hal tersebut. Siap dicop derhaka kalau tak setuju dengan mana-mana aturan emaknya.

Naqi mendengar dan memproses satu-persatu cerita yang diceritakan Amina ini. 'Kalau si dia masih ada, mungkin nasib kau akan lain, Min.'

Naqi mendekati singki lalu mula membasuh semua peralatan yang mereka gunakan sewaktu membuat kek lobak merah yang diminta Puan Hasmiza. Manakala, Amina pula memasukkan loyang kek tersebut ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan.

Amina mendiamkan diri. Dalam hati, hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu. Bagaimana dia hadapi hari-hari dengan perasaan yang sama dan bagaimana dia ada kekuatan untuk korek cerita ini kembali untuk menceritakan kepada adik iparnya yang sudah bertahun tidak balik Malaysia. Padahal, dia sudah berjanji untuk tidak membuka cerita ini lagi. Apa yang pasti, dia akan bercerai dengan suaminya dan akan membiarkan kisah hitam ini terkubur sahaja. Eloklah untuk tutup aib kedua-dua belah pihak.

"Kau ada contact abang ke?"

Naqi berfikir buat seketika sebelum memberi jawapan.

"Ada? Suruh dia balik, aku nak bincang dengan cara yang baik." Amina berkata demikian. Tanpa memandang ke arah Naqi. Dia lesap dari dapur, menuju ke wet kitchen di mana Kak Nab dan Kak Jah berada.

Naqi ternganga. Boleh tahan garang juga kakak iparnya! Dia ekori langkah Amina sambil otaknya ligat memikirkan sesuatu. Sesuatu yang bakal ubah segalanya. Dia pasti, dia amat kenal Amina ni.

"Kak Nab, Kak Jah. Ada yang boleh Min tolong ke?" Amina menyoal.

"Ehh Min, bila datang sini?" Kak Jah menyoal sambil hulurkan tangan untuk bersalam.

Amina menyambut salam Kak Jah dan Kak Nab. "Min baru je sampai tadi." Dia perhatikan periuk belanga yang ada di atas dapur. "Nasi arab ke tu?"

Kak Jah ketawa anak. "Ya, nasi arab. Kak Nab buat kurma kambing. Puan kata Naqi ni suka nasi arab, tu yang Puan suruh Kak Nab dan Kak Jah buat." Dia kerling ke arah Naqi yang bersandar di dinding sambil berpeluk tubuh.

Naqi ukir senyuman sahaja tatkala menjadi topik perbualan. Amina kerling ke arah Naqi. Satu hal yang boleh dia katakan antara Naqi dan abangnya. Naqi lebih lembut, reti hormat orang dan boleh diajak berbincang, berbanding dengan pengantin lelakinya yang dingin dan tegas. Tahu-tahu sahaja menghilang!

"Min tak buat ke kek lobak merah? Kak Nab sebenarnya teringin. Dah lama tak makan." Ujar Kak Nab pula dengan niat bergurau.

"Kalau tengok muka Min je mesti kek lobak merah aje kan?" Amina berjenaka. "Mestilah Min buat!"

"Ni yang Kak Jah sayang dekat Min ni..."

Dan, satu hal yang Naqi belajar tentang Min. Min pandai buat kek kesukaan ramai. Dan Min yang pandai ambil hati sesiapa sahaja. Dia geleng kepala, masih mencari jawaban kepada kesemua persoalannya.

Naqi kemudiannya membuka kaki untuk pergi meninggalkan mereka bertiga. Sayup-sayup suara mereka kedengaran dari dapur. Naqi berhenti di hadapan potret gambar keluarga mereka. Dia perhatikan wajah-wajah yang ada di bingkai tersebut. Dimulakan dengan Puan Hasmiza, Encik Azam, abang sulungnya, angah merangkap suami Min, gambar dia sendiri, gambar satu-satunya adik perempuannya, dan akhir sekali gambar seorang lelaki yang berada di hujung sekali.

"You did well Arasyah. You survived too long ago, but now you didn't make it well." Dia senyum terhadap potret lelaki tersebut, Arasyah. "She's Min. Always Min. The one you talk about," Dia genggam buku limanya erat.

Ulas bibirnya mengukir sebentuk senyuman. "I always knew that you always have something in your mind. Please, don't disappoint me, or else..." Tetapi senyumannya kali ini lebih seram seperti biasa.

Sebuah kenderaan pacuan empat roda memasuki perkarangan rumah milik Puan Hasmiza dan suami. Naqi halakan pandangannya ke arah kereta berjenama Mercedez melalui cermin. Dia pasti, itu adalah kereta Bonda Ren, neneknya. Naqi berlari anak, menuju ke pintu utama untuk menyambut nenek yang tersayang.

Seorang wanita yang berumur di dalam lingkungan umur 60-70an keluar dari perut kereta tersebut di bahagian penumpang. Membuat entrance yang havoc. Seorang gadis turut keluar dari perut kereta tersebut.

"NAQI!" Jerit Bonda Ren. Bahagia tidak terkata sewaktu dapat berjumpa dengan cucunya yang hampir tujuh tahun berada di negara asing. Terkedek-kedek Bonda Ren mendekati Naqi. Tubuh Naqi dipeluknya erat. "Rindunya bonda dekat cucu bonda."

Naqi membalas pelukan tersebut. "Naqi pun rindu bonda juga. Lama tak jumpa bonda. Makin havoc eh sekarang." Usiknya, dia kerling ke arah seorang perempuan yang setia menemani bondanya, merangkap cucu kesayangan bonda.

"Ni, masih ingat tak siapa?" Bonda Ren menyoal sambil menunding jari ke arah perempuan yang ada di sebelahnya usai sahaja pelukan dileraikan.

Naqi berfikir buat seketika. "Elisa kan, anak maksu?"

"Wahh, abang Naqi masih ingat Elisa lagi lah!" Ujar Elisa menjerit, tidak percaya. Sepupunya yang kacak masih ingat dia walaupun sudah tujuh tahun mereka tidak bersua muka. Dia hulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Naqi.

Naqi perhatikan sepupunya dari atas sampai ke bawah. 'Choi, macam mana aku boleh lupa kau. Dari dulu lagi rambut kau ni blonde. Acah omputih, padahal pure Melayu.' Sempat lagi Naqi berkata dalam hati.

"Aip Naqi, Elisa nak salam tu." Tegur Bonda Ren apabila dia perasan akan salam Elisa yang tidak bersambut itu.

"Naqi tak salam perempuan." Naqi memberikan paku yang keras. Cukup membuatkan Elisa dan Bonda Ren termalu. Cukup malu, sehinggakan tidak mahu angkat kepala lagi. "Kak Min ada dekat dalam, tengah masak. Bonda tak nak jumpa kak Min ke?"

Bonda Ren mencebik. "Buat apa nak jumpa penyebab yang buatkan cucu aku tu pergi jauh? Sudahlah keturunan dia tu bukannya baik sangat. Naqi tahu ke dia ada anak sebelum kahwin dengan abang Naqi?"

"Maksud bonda?"

Bonda Ren hembus nafas kasar, "angah tak boleh terima yang dia ada anak luar nikah. Kasihan angah, dari dulu sampai sekarang kena tipu hidup-hidup." Bonda Ren geleng kepalanya. Tangannya diangkat sambil urut pelipisnya perlahan-lahan. "Sekarang, angah pergi. Tak pernah balik jenguk kita, entah hidup atau mati budak tu."

"Budak lelaki tu anak Amina?" Naqi bertanya. ingin mendapatkan jawaban yang sebenar-benarnya.

"Rasanya lah. Tengok muka pun sama, takkan abang Naqi tak boleh cam lagi?" Soalan dibalas dengan soalan.

Naqi terkedu buat seketika. Ada betulnya juga yang Qayyum iras Amina. Cerita yang disampaikan oleh Amina itu betul ke? Tapi, kenapa bonda cakap lain? Kepada siapa dia hendak percaya?

.
. .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience