06

Romance Series 1061

AMINA memasuki biliknya. Dia jeling ke arah Qayyum yang telah tidur berbantalkan anak patung. Dia hembus nafas berat. Cukup berat. Di dalam benak fikirannya terselit beribu-ribu masalah. Jika tidak tentang emaknya, pasti tentang keluarga mentuanya lagi-lagi Bonda Ren yang suka sahaja memancing kemarahannya dengan merendahkan dirinya. Jika tidak tentang pelanggan-pelanggan yang banyak ragam, pasti tentang rakan sekerjanya yang suka lepas tangan dalam melakukan pekerjaan. Jika tidak tentang Awina, pasti tentang bapanya yang sekarang merupakan seorang banduan.

Dia tidak pasti sama ada dia gembira ataupun bersedih dengan berita bapanya yang berada di tirai besi. Hampir genap setahun bapanya berada di dalam penjara, namun baru sekali dia melawat bapanya di 'rumah baharu.' Mungkin dari sudut hati yang paling dalam, Min adalah orang yang paling gembira dengan berita menyatakan bapanya telah ditangkap polis. Namun, sebahagian hatinya berkata lain. Dia risaukan keadaan emaknya yang sekarang tinggal seorang diri. Dia mahu melawat emaknya. Tetapi, ada sesuatu yang menghalangnya. Membuatkan dia tidak mahu untuk menjejakkan kaki ke sana lagi jika dia tidak 'dipanggil.' Itulah aturan hidupnya. Yang dibawa penghulu-penghulu terdahulu.

Dia melabuhkan punggung di atas sebuah sofa berhadapan dengan tingkap yang terbuka. Dia suka angin malam. Angin malam yang sejuk menyapa lembut tubuhnya hingga ke tulang sumsum. Dia suka akan perkara tersebut! Dia angkat kaki rapat ke dadanya, lalu dia sandarkan tubuhnya pada kerusi.

Jam baru sahaja menunjukkan dua pagi. Dan dia masih tidak mampu untuk melelapkan mata. Ini merupakan salah satu tanda, insomnia nya datang kembali. Ingin sahaja dia mengambil ubat tidur seperti biasa, namun dia tahan diri. Dia berjanji, dia sudah tidak mahu untuk bergantung dengan ubat-ubatan sintetik.

Seketika, dia teringat akan seorang lelaki yang hadir dalam mainan tidurnya.

“Kalau tak boleh tidur, kau ingat benda yang manis-manis je dalam hidup kau. Automatik kau boleh tidur.”

Tapi, itulah... Lelaki tersebut tidak tahu tentang hidupnya. Tiada yang manis dalam kehidupannya. Hanya ada aturan hidup yang diaturkan oleh emaknya sendiri. Dia hanya buah catur di dalam dunia ini. Mempertaruhkan diri asalkan 'raja' selamat dan bergerak mengikut tangan pemainnya, jika pemainnya salah langkah, pasti dia akan 'dimakan' semerta.

Dia ketawa perlahan, "aku ni dah gila agaknya." Pandangan dialihkan pada Qayyum pula. Pandangan yang sarat dengan kebencian. Dia bencikan budak kecil itu, tapi pada masa yang sama dia sayangkan budak kecil itu. Dia bencikan budak tersebut apabila masa lalu itu diungkit-ungkit, dan dia sayangkan budak itu apabila budak itulah yang menemaninya sepanjang dua tahun ini.

"Qayyum Arasyah bin Abdullah." Nama penuh Qayyum meniti pada ulas bibirnya. Dia lah yang menamakan budak lelaki tersebut. Bersempena akan nama seseorang yang pernah menolongnya suatu ketika dahulu tetapi insan tersebut telah pergi begitu jauh.

Dia menunduk. Tidak sepatutnya masa lalunya diulang tayang. Masa lalu adalah memori yang sepatutnya mengajar dia untuk menjadi lebih kuat, bukannya melemahkan dia. Tetapi, masa lalu itu lah yang membentuk dia sehingga begini. Sepatutnya.

.
. .

Naqiuddin menerobos ke dalam bilik Taufiq. Nasib baiklah isteri Taufiq tidak ikut balik bersama, boleh lah dia bermanja dengan abangnya, menggantikan tujuh tahun yang tidak diluangkan bersama.

"Apa Naqiuddin?" Taufiq menyoal dengan nada mengantuk. "Dah pukul berapa ni kau main terjah aku?"

"Alaa, kasi can lah long. Aku ni dah lah single, dah lah baru balik sini. Kasi lah aku nak kacau dan tidur dengan kau." Selamba dia masukkan tubuhnya ke bawah comforter yang tebal.

"Suka hati kau lah."

"Long, aku kan..." Naqiuddin kerling ke arah Taufiq yang memejam matanya rapat. "Long, kau dengar tak ni?"

"Ihh aku nak tido lah Qi. Kau kalau nak bercakap, cakap esok pagi. Baik kau tidur sebelum aku halau kau."

"Cis, okeylah." Setuju sahaja dengan permintaan abangnya itu. Tapi, dia masih memikirkan sesuatu. Sesuatu tentang kakak iparnya. Kenapa abang long memberikan layanan yang teruk kepada Amina? Tadi, dia tidak sengaja mendengar perbualan antara abangnya dan kakak iparnya.

"Long." Naqi memanggil abangnya lagi.

"Apa Naqiuddin?" Taufiq menyoal. Dia buka kelopak matanya seraya mengerling ke arah adiknya.

"Along tahu ke kenapa adik kita pergi?"

"Adik mana satu ni? Arasyah, Neeta, Waqiuddin?" Satu-persatu nama adik mereka disebut. Dia tahan kantuknya. Budak Naqiuddin ni tak reti waktu ke? Waktu ni orang tengah tidur!

"Naqi rindu Arasyah."

"Nasib baik kau tak cakap rindu Neeta. Kalau tak, memang aku hempuk pala kau. Dia tu adik aku."

"Ishh, adik Naqi juga kan?"

"Kau yang cakap dekat umi kau suka dia tu, kenapa?" Taufiq menyoal. Dia hamburkan tawanya yang galak. Dia masih ingat sewaktu Naqiuddin memberitahu umi tentang perasaannya terhadap Neeta. Siap bawa bunga ros yang ditanam umi lagi untuk melamar Neeta.

"Long... Cerita tu dah lepas lah. Masa tu Naqi lapan tahun kot."

Taufiq masih tidak hentikan tawanya. "Kau dengan Neeta tu mahram, tahu!"

"Mana lah Naqi tahu yang umi susukan Naqi. Along ni..." Naqi hembus nafas berat. "Umi dah hilang dua orang anak yang dia sayang. Kita bertiga dah janji takkan tinggalkan umi dan babah lagi. Tapi, kenapa dia mungkiri janji kita?"

Taufiq terdiam. Memikirkan ayat yang sesuai untuk diberikan kepada Naqi.

"Tapi, kenapa hati Naqi dapat rasakan yang dia pergi kerana terpaksa, dan bukannya secara rela hati?" Naqi menyoal lagi. Balik Malaysia ingatkan boleh tenangkan fikiran, tapi kena fikir masalah abangnya pula.

"Kita doa yang baik-baik sahaja lah Naqi. Sudah, abang long nak tidur."

Naqi sengih sahaja. "Dah lah long, Naqi nak masuk bilik. Saja je nak kacau along." Dia hamburkan tawanya.

"Haa jangan ingat Neeta pula."

"Along..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience