16

Romance Series 1061

PANDANGAN mata Zach berlegar pada wajah Iqa dan Adib yang sedang berbual kosong di pantri. Tajuk perbualan juga dia tidak ketahui. Sekejap gosip artis, sekejap gosip tentang emak Adib yang mahu tinggal di rumah Adib selama dua minggu lamanya.

Iqa yang perasan akan atasan baharunya mulai menegur, "Encik Zach, nak kopi ke?"

Zach membalas senyuman Iqa. Serentak dia gelengkan kepalanya. "Saya tak minum kopi."

Adib menutup mulutnya, tidak percaya lelaki workaholic seperti Zach tidak mengambil kopi.

"Boleh saya tahu, kenapa Min tak masuk kerja?"

Iqa dan Adib saling berpandangan antara satu sama lain. Bagai memberi makna yang tersirat.

Iqa kulum senyuman, dia sudah dapat menghidu sesuatu. "Min tak sihat, dia ambil emergency leave."

"Min sakit ke?" Zach menyoal lagi.

Adib senggol lengan Iqa, mengajak Iqa untuk pergi. "Dia demam je Encik Adib, tak payahlah risau."

Zach alihkan pandangan kepada Adib pula. Penampilannya masih tidak berubah semenjak enam hari lepas. Masih berpakaian lelaki. Agaknya lelaki ni sudah mendapat hidayah daripada Tuhan agaknya. "Boleh saya di mana rumah dia?"

"Encik Zach nak pergi melawat dia ke?" Laju Iqa menyoal. Dia pun belum ada kesempatan untuk melawat Amina, alih-alih Zach ingin melawat Amina terlebih dahulu?

"Saya-" Namun percakapan Zach telah dipotong oleh Adib.

"Jom Iqa, kau kena tolong aku handle Dato' Rosyam hari ni." Adib memegang hujung lengan baju Iqa, mengheret Iqa keluar daripada ruang pantri. Sesekali Iqa menjeling ke arah Zach yang masih tidak berkutik di tempatnya.

"Kenapa kau heret aku sekali, meeting dengan Baby Rosyam kau kan dah selesai semalam?" Iqa menyoal sebaik sahaja mereka jauh daripada ruangan pantri. Adib membuat muka tatkala Iqa menggelarkan Dato' Rosyam sebagai 'baby.'

Geli!

"Ishh Dato' Rosyam ada chat aku semalam." Adib membuat muka. Gila tak geli dengan Baby Rosyam tu?

Baby Rosyam pernah ajak dia untuk check in hotel. Ahh gila! Walaupun Adib berpakaian perempuan, bukan bermakna dia bernafsu dengan sejenis.

"Ahh kau settle lah hal kau dengan baby Rosyam tu. Kesian kita tinggalkan Husbaby Zach aku sensorang macam tu." Iqa mengerling ke arah pantri, melihat jika Zach ada keluar dari pantri ataupun tidak. Nampaknya tidak. Dia baru sahaja ingin berbual dengan Zach, sambil menikmati pemandangan.

"Aku tak suka, nanti aku ada banyak saingan." Usai, Adib berjalan pergi, memasuki ke dalam biliknya.

"Saingan?" Iqa menyoal sendiri. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Maksud Adib?

"Kau belum bersaing pun, kau dah kalah Dib." Iqa menggumam sendirian. Cawan yang berisi air kopi yang dibancuh Adib dibawa ke bibir. "At least kau pandai buat kopi."

.
. .

"Madame," Shintaro menundukkan tubuhnya selepas sahaja dia memasuki bilik tuannya.

"Ada apa kau datang sini?" Khalisya menyoal. Dia turun daripada katil yang bersaiz king itu sambil sarungkan selipar. Pembantu peribadinya dikerling tajam. Mengganggu ketenteraman dia sahaja!

"Besan Madame telefon tadi, dia beritahu anak Madame gering." Penuh lembut Shintaro menyampaikan hajatnya datang ke mari. Risau jika dia tersalah kata, pasti nyawanya menjadi taruhan.

"Husna, gering?" Khalisya menyoal. Dia perhatikan wajahnya melalui pantulan di cermin.

"Ya, Madame. Itu apa yang dikatakan besan Madame."

"Do I have to visit my precious babygirl?" Khalisya menyoal. Wajahnya dibelek-belek. Terdapat garis kedutan pada smile line miliknya. Tandanya dia sedang mengalami penuaan.

"If you want."

"Okay, then we'll go."

.
. .

SAMPAI sahaja ke kediaman rumah mentuanya, Amina jeling ke arah kereta jenama Honda Civic yang terparkir di bawah garaj kereta. Hatinya berdegup kencang. Itu merupakan kereta Taufiq...

"Min, jom keluar." Naqi mengajak.

Keluar sahaja daripada perut kereta Taqi, satu suara melaung namanya dari muka pintu. Sarkastik,  Amina berpaling ke arah tersebut. Kelihatan Taufiq yang melambai-lambai ke arahnya.

"Abang long dah buang tabiat ke? Macam tak pernah jumpa Min je." Naqi mengomel seraya dia membawa tas tangan milik Amina.

Taqi berjalan di samping Amina, walaupun umi dan babah ada melarangnya untuk mendekati Amina, dia tidak kisahkan semua benda tu. Min adalah isterinya. Dan dia berhak ke atas Min. "Cepat sikit jalan tu, kalau tinggal dalam hutan memang dah kena ngap dengan binatang buas."

Amina tidak membalas, tidak berenergi untuk membalas perkataan Taqi. Dia hentikan langkahnya, dia kerling ke arah Taqi yang sudah berjalan jauh di hadapannya. Naqi apatah lagi, sedang bersalaman dengan Taufiq.

Taqi berpaling. "Nak kena angkut ke?"

Riak risau terpancar pula pada wajahnya, lupa bahawa Amina masih sakit.

"Umi dan babah mana?" Amina tidak menjawab soalan Taqi, sebaliknya dia menanyakan soalan lain.

"Babah kerja, umi pergi ambil Qayyum." Ringkas Taqi menjawab. Semerta telapak tangannya dilekapkan pada dahi Amina. Masih panas!

"Taqi..." Amina berundur ke belakang. Mengelak sentuhan Taqi.

Taqi menjeling. "Dah jom masuk."

Baru sahaja Taqi ingin membuka langkah, Amina menarik hujung lengan baju Taqi, membuatkan Taqi memberhentikan langkahnya.

"Nak balik rumah..." Perlahan Amina menuturkan suaranya. Seraya menjeling ke arah Taufiq yang senyum ngeri.

Taqi berpaling. "Lah, kenapa. Tak selesa ke duduk sini?"

Amina gelengkan kepalanya. "Bukan..."

"Okay, no objection. Umi yang suruh menantu dia tinggal sini sampai sihat sepenuhnya." Selamba Taqi berkata demikian, lalu mula membuka langkah ke hadapan.

Amina garu kepalanya yang tidak gatal. Mahu tidak mahu, langkahnya turut dibuka. Menghampiri rumah tersebut.

Taufiq menghampiri Amina. "Alhamdulillah, Min dah discharge. Nanti bolehlah sambung kerja kita kan?" Dia senyum menampakkan gigi yang tersusun rapi. Matanya dicelik luas. Bagai memberi Amina amaran. "Abang cari Min semalam, tauke kata Min tak datang. Padahal Min tahu kan yang abang dah bayar deposit? Susah-susah je abang bayar tauke, rupa-rupanya Min datang sendiri dekat sini. Tak perlulah abang cari Min dekat rumah."

"Abang long kerja dengan Min ke?" Naqi menyoal. Aneh dengan percakapan Taufiq itu.

Taufiq berpaling ke arah Naqi dan melontarkan senyuman, "Bukan macam tu. Abang ada kerja dengan Min je. Harap Taqi tak jealous lah eh." Dia kerling pula ke arah Taqi yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi. "Nak jealous buat apa kan, Min pun rela, abang pun rela."

Amina memberanikan dirinya untuk memandang ke arah Taufiq. Dia turunkan pandangan sewaktu mata helang tersebut menikam bebola matanya tajam. Jantungnya mula berdetak laju. Taufiq sudah mula!

"Kerja apa pula abang long ni?" Naqi menyoal lantas menggosok belakang lehernya.

"Adalah. Abang long tak biasa buat kerja ni, tapi tidak tahulah Min ni terlebih luar biasa buat ataupun tidak." Dia pandang ke arah Amina lagi. "Rasanya Min ni berpengalaman."

"Apa-apa je lah. Naqi masuk dulu." Usai dia berkata demikian, dia menghilang ke dalam rumah, meninggalkan mereka bertiga.

"Abang long dengan Min ada kerja apa?" Taqi menyoal.

"Uish, Min tak pernah bagitahu ke dia kerja apa? Elok juga tu! Biar abang long yang kasitahu semua orang biar diorang tengok apa yang ada disebalik wajah suci murni ni, kan. Tapi nantilah, sampai abang 'merasa' dulu."

"Abang long macam mengarut je ni. Dahlah, Min nak masuk berehat." Taqi kuiskan tangannya terhadap Amina. Bagai memanggilnya untuk mengikuti langkah Taqi. Amina sekadar menurut.

"Rehat betul-betul ya Min. Abang long tak sabar..." Dia mengilai lalu terus menuju ke keretanya.

Lutut Amina longgar. Bila-bila masa sahaja dia boleh rebah. Tubuhnya juga ketar. Apa maksud abang long selama ini?

"Min?" Taqi memanggil. Mengerling ke arah Amina yang masih membatu. Pucat. Wajah Min pucat.

"Min, jom masuk bilik dulu."

"Allah..."

Serentak tubuhnya longlai. Hampir saja dia jatuh menyembah lantai namun nasibnya baik apabila dia memaut pada lengan Taqi. Dia takut! Perkataan Taufiq tempoh hari dan juga hari ini seakan-akan menjerumus kepada perkara yang menjijikkan. Dia geli! Dia jijik akan sentuhan Taufiq tempoh hari, walaupun dia hanya menyentuh tangannya, dia tetap jijik! Bahkan hari ini juga Taufiq melihatnya dengan pandangan bernafsu! Dadanya sesak. Tubir matanya berasa panas.

Taqi syok. Min mencengkam lengannya kuat.

"Min?"

Selamba tubuh Amina diangkat oleh Taqi. Amina menggelepar sewaktu tubuhnya dicempung Taqi. Namun, itu tidak akan mengubah apa-apa. Memandangkan fizikal Taqi lebih kuat berbanding Amina.

Taqi melajukan langkahnya ke tingkat atas. Masuk sahaja ke dalam biliknya, dia letakkan Amina di atas katil.

Amina membuka jarak antara dia dan Taqi. Nafasnya sesak. Tubuhnya masih menggeletar.

"Min, kita pergi hospital ya?" Taqi bercadang. Sayu sahaja tatkala dia melihat keadaan isterinya itu.

Amina gelengkan kepalanya laju. Dia tidak mahu berada di sana, apatah lagi di sini. Dia ingin balik ke rumahnya!

Taqi bangkit dari duduknya. "Okey, kalau macam tu. Min rehat di sini dahulu. Jangan keluar sampai Taqi masuk sini balik, faham?"

Taqi keluar dari bilik, sebelum itu dia menguncinya dari dalam.

Amina membuang tudung yang membalut kepalanya. Dia rebahkan badannya di atas katil. Macam mana dia hendak tidur dengan nyenyak, jika dia masih dihantui bayangan Taufiq?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience