12

Romance Series 1061

Pandangannya dijatuhkan kepada sosok seorang lelaki, kerusi yang ada di hadapannya diisi oleh lelaki tersebut. Iris mata lelaki tersebut melekat padanya. Senyuman sinis terbentuk pada hujung bibir lelaki tersebut.

"Kau tahu ke mana Awina pergi?" Lancang, dia terus menyoal lelaki tersebut. Tidak ingin berbasa-basi. Seboleh-bolehnya, dia ingin menamatkan perbualan ini secepat mungkin.

Taqi menggelengkan kepalanya. Belum sempat dia ingin membuka mulut, Amina menyoal lagi.

"Kau tahu kenapa Awina lari? Kau tahu siapa yang buntingkan Awina? Kau tahu selama ini dia mengandung?"

Taqi senyum segaris. "You're sharp. Precisely."

"Jawab soalan aku."

"Nanti sampai masa, aku bagitahu kau."

"Kau tahu yang aku tak pernah jumpa dia selepas dia lahirkan Qayyum?" Amina hela nafas berat. Sampai masa tu, sampai dia mati ke?

"Kau fikir aku ada jumpa dia?" Soalan dibalas dengan soalan.

Amina bungkam. Ada betulnya juga. Awina berlaku curang kepada Taqi, dan mesti sampai sekarang Taqi tidak boleh menerimanya. Kalau diasak dengan soalan lain, Taqi akan marah ke?

"Win..."

"Can you stop talking about her?" Taqi pangkah Amina lagi.

Amina urut belakang lehernya. Seram sejuk tatkala Taqi memarahinya. Tapi, betul lah Taqi masih tidak dapat melupakan Awina? Dilihatkan daripada kelakuannya ini, dia memang- tidak melupakan kakaknya. Dan, itu juga boleh menjadi alasan kenapa dia pergi setelah majlis resepsi. Sedikit sebanyak, dia sudah memahami Taqi.

Siapa yang rela...

Amina menyembamkan wajahnya pada meja. Tangan yang berada di bawah meja digenggamnya kuat, sehingga isinya terbenam ke dalam kuku. "Kita ni mangsa keadaan kan?" Dia menyoal, lirih. Kolam matanya mula bertakung. Menunggu masa untuk limpah sahaja.

Dari sudut hatinya, dia impikan kebahagiaan di dalam sesebuah perkahwinan. Namun apa yang dia dapat adalah kekecewaan daripada mimpinya sendiri. Dia mahu berkahwin dengan seorang lelaki yang mencintainya lebih. Seorang yang mampu membuatkan dia rasa nyaman, di mana dia boleh menjadi dirinya sendiri. Seorang yang dia boleh berkongsi cerita tanpa rasa takut dihakimi. Seorang yang ada di sisinya di saat dia jatuh. Seorang yang boleh mengajarnya tanpa membuatkan dia berasa bodoh. Dan seorang yang boleh membimbingnya dengan baik saat dia tersalah arah. Mimpi dia susah untuk digapai ataupun dia sememangnya tidak ditakdirkan untuk mengecapi semua itu?

Semua memori yang membuatkan dia terjerat di dalam perkahwinan ini terimbas kembali dalam benak kepalanya. Satu-persatu. Bermula dengan kelahiran Qayyum, kepergian Awina, ibu yang memaksanya untuk menjadi pengantin ekspres, dan malamnya di mana- Taqi meninggalkannya. Waktu itu, dia sedang berpura-pura tidur.

Wajahnya diangkat, memandang ke arah Taqi. Mencari makna di sebalik tindakan Taqi pada malam itu.

Pada malam itu...

Dia masih ingat lagi...

.
. .

Bunyi dedaun pintu dibuka dari luar. Amina yang ada di bawah selimut kembali memejamkan matanya. Berpura-pura tidur adalah langkah yang terbaik memandangkan dia tidak ingin bersua muka dengan Taqi.

"Penat betul." Suara Taqi mula kedengaran. Tapak kakinya mendekati ke arah Amina.

Amina mula tidak sedap duduk. Banyak persoalan yang menganggu fikirannya. Kenapa Taqi berhenti di sebelahnya? Tetapi dia teruskan sahaja dengan lakonannya untuk tetap berpura-pura tidur.

Dalam beberapa minit dia berdiri di sebelah Amina, satu ciuman hangat melabuh pada hujung kening Amina. "Fi amanillah,"

Taqi angkat kepalanya kembali apabila tubuh isterinya menggeliat kecil. Hujung bibirnya terukir senyuman.

.
. .

Ada apa dengan kelakuan Taqi pada malam tersebut?

"Min." Suara Taqi mematikan lamunannya.

Sesaat, pandangan mereka bertemu.

"Apa yang kau nak bincangkan? Kalau tentang keberadaan aku selama dua tahun ni. Kau tunggu sahaja, tak esok ataupun lusa. Aku beritahu dari A hingga Z." Senada Taqi membicarakan hal tersebut.

Amina senyum paksa. Mungkin kelakuan Taqi pada malam tersebut adalah kerana Taqi tertukar antara dia dan kakak kembarnya...

"Min. Apa yang kau fikirkan sekarang ni?" Nada suaranya berubah.

Lebih prihatin- mungkin?

Amina mengerdipkan matanya, membuatkan kolam matanya yang dipenuhi dengan air mata mulai pecah. Mutiara jernih mengalir pada pipinya. Baru sahaja dia ingin mengangkat tangannya untuk mengelap cecair tersebut, namun sudah ada tangan lain yang menjalar laju- mengelap air mata menggunakan hujung lengan bajunya.

Amina terkesima. Kelakuan ini...

"Sudahlah Min. Kau penat ni. Kau tidur sini malam ni." Usai Taqi habiskan ayatnya, dia bangkit daripada duduknya. Meninggalkan Amina yang masih syok. 

.
. .

Sudah hampir seminggu semenjak kepulangan dia daripada rumah mentuanya. Dan sejak itu juga dia tidak pernah bertemu dua pasang mata dengan Taqi. Pandangan dihalakan pada Zach yang ada di dalam pejabatnya. Tiada angin, tiada ribut Zach masuk ke dalam biliknya untuk meminta tolong daripada Amina berkaitan perisian komputer. Dengan rela hati, Amina menolongnya sahaja tanpa mengesyaki apa-apa.

"Okey, Min. Terima kasih tau Min. Kalau tiada Min, gamaknya saya sudah sesat kot."

"Takdehal." Amina membalas, mula memberikan tumpuan pada skrin komputernya.

Zach masih berada di tempatnya. Tidak berganjak.

"Encik Zach ada nak apa-apa lagi ke?" Amina menyoal dari hujung matanya. Dia masih melihat Zach yang statik berdiri di tempat tadi.

"Nak Min."

"HAH?" Laju Amina menyoal. Dia tidak salah dengar kan?

"Bukan. Maksud saya, saya nak---" Zach tahu. At this time, he knew, he fucked up.

"Saya nak minta Min. Eh tak. Saya nak ajak Min makan tengahari. Min mahu?" Apabila dia kembali bertenang, dia mula menyoal.

Amina berfikir sejenak. "Min puasa."

Ajakan Zach ditolak secara halus. Walhal, dia on period.

"Ouh. Kalau macam tu. Zach pergi dahulu. Terima kasih tau Min."

"Sama-sama." Amina membalas. Malas dia mahu melayan Zach yang tidak bergerak dari kedudukannya sedari tadi. Dia ni nak keluar ke tidak?

"Encik Zach, maafkan saya jika saya bertindak lancang. Pintu keluar ada dekat sana." Amina menundingkan jari telunjuknya ke arah pintu biliknya.

Dia ingin mengerjakan kerjanya yang berlambak. Kesan mengambil cuti pada minggu sebelumnya.

"Aaa okey." Zach pandang ke arah Amina buat kali terakhir, sebelum tubuh tersebut melangkah keluar daripada bilik Amina.

Amina jual mahal- takpe. Mungkin dia bertindak profesional sewaktu bekerja. Sekurang-kurangnya itu apa yang difikirkan Zach.

Keluar sahaja Zach daripada bilik Amina, dia terserempak dengan susuk tubuh seorang lelaki yang lebih pendek darinya.

"Kau buat apa dalam bilik Min?" Lelaki yang berpakaian suit hitam itu mula menyoal. Dia menjeling ke arah Zach dengan hujung matanya.

"Maaf, awak ni siapa ye?" Zach menyoal. Dia tidak pernah nampak lelaki ini.

"LOL."

Selamba, lelaki tersebut menerobos memasuki ke dalam bilik Amina. Sebaik sahaja dia menutup pintu di belakangnya, dia hentakkan kakinya bertubi-tubi. Sebelah tangan diletakkan pada pinggangnya, manakala sebelah lagi diletakkan pada sisi pahanya.

"Min."

Amina angkat kepalanya. Dia buat apa dekat sini? Dan- kenapa berpakaian macam ni?

"MIN, MAK AKU ADA DEKAT RUMAH AKU MIN. AKU TERPAKSA PAKAI MACAM NI WALAUPUN HATI AKU TAK RELA MIN. KAU JANGAN SUKA MIN!" Adib mula menjerit.

Amina galak menertawakan Adib. Ingatkan sewaktu Adib memasuki ke dalam biliknya dengan berpakaian lelaki, lelaki ini sudah kembali ke jalan yang benar. Rupanya... Emak dia yang datang ke rumahnya. Hampeh, baru sahaja Amina ingin sujud syukur.

Sedikit informasi tentang Adib. Dia sebenarnya lelaki tulen, namun 'diberi' minat untuk berpakaian seperti seorang wanita. Tapi, jangan risau... 'Bawah' dia tak tukar. Dia juga berminat kepada wanita. Mungkin-

"KAU JANJI TAK NAK GELAKKAN AKU, MIN!" Adib memeluk tubuhnya. Tidak puas hati dengan janji rakannya. Tapi, sejak bila Amina janji tidak ingin menertawakannya?

"Apa Dib. Macam ni barulah hensem. Macam lelaki asli tulen jati. Cuba kau pakai baju Melayu pula. Mesti macam lelaki Melayu terakhir." Amina memuji Adib. Tidak dinafikan lelaki ini memang kacak. Tetapi disebabkan dia suka berpakaian seperti seorang wanita membuatkan kekacakannya hilang, namun membuatkan dia nampak cantik. Amina gelengkan kepalanya. Haishh Adib, jadi lelaki hensem jadi perempuan pun cantik!

"APANYA?"

Amina menekan perutnya. "Berapa hari mak kau bermalam rumah kau, nanti?"

Adib melangkah mendekati Amina. Kerusi yang ada di hadapan meja Amina dia ambil lalu duduk. "Seminggu kot. Minggu ni turn aku. Minggu depan turn kakak aku pula."

"Alang-alang terpaksa berpakaian lelaki untuk seminggu ni. Apa kata kau pakai je macam ni seumur hidup kau?" Amina mencadangkan. Penat juga dia melihatkan keadaan Adib. Tetapi dia yakin, Adib akan berubah suatu hari nanti. Dia masih tidak jauh. Dia boleh berpatah balik!

Adib hela nafas berat. "Kau doakan aku, Min."

Ya, aku selalu doakan kau.

Seorang wanita turut menerobos ke dalam bilik Amina. Matanya tertancap pada sosok lelaki yang ada di dalam bilik Amina.

"Min, customer ke?" Dia menyoal dengan nada berbisik.

"Scandal aku." Jawab Amina lalu menjeling ke arah Adib.

Iqa melangkah masuk ke dalam, melihat lelaki yang ada di hadapan Amina dengan lebih jelas. Memandangkan kedudukan Adib membelakangkan Iqa.

Iqa miringkan kepalanya. Serentak, tangannya menepuk bahu Adib kuat. "Bapak lah. Zach husbaby aku cakap ada lelaki mencurigakan masuk dalam bilik Min. Aku ingatkan lelaki mana tadi. Rupanya mamat transgender ni!"

"AUCH, IQA. YOU ALWAYS HURT ME." Adib gosokkan bahunya bekas tamparan maut daripada Iqa. "Tak baik kau kata aku trans. Bawah aku belum tukar tau!"

"Ahh diamlah kau. Tak nak aku bercakap dengan pondan ni." Serentak dia menolak wajah Adib, dia halakan wajahnya pada Amina. "Min, baik kau jujur dengan aku. Betul ke suami yang tak boleh dikatakan suami kau tu balik Malaysia?"

Amina hela nafasnya berat. Baru sahaja dia ingin merehatkan mentalnya daripada memikirkan kehidupannya, namun dia diasak pula dengan pertanyaan daripada Iqa. Perlahan, Amina anggukkan kepalanya.

Adib menolak tangan Iqa menggunakan tenaga lelakinya, cukup membuatkan Iqa terjatuh ke lantai dan hanya sempat berpaut pada pahanya.

"Kau dah kenapa Adib?" Iqa menyoal dengan nada yang marah. Dia cuba untuk bangun daripada duduknya dengan berpegang pada tubuh Adib.

Adib tidak berganjak, membiarkan Iqa bangun daripada jatuhnya sendiri.

"LELAKI TAK GUNA. DAH KENAPA BARU SEKARANG DIA NAK BALIK???"

Semua mata berpaling ke arah Adib.

"Kau lelaki juga kan?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience