17 - TaMin
Qayyum berjalan terkedek-kedek mendekati mommynya yang beradu di katil. Dia duduk di samping mommynya. Wajah mulus emaknya dipandang. Dia faham, mommy nya tidak sihat. Dia kerling pula ke arah Taqi yang membawanya ke sini.
Taqi duduk di samping tingkap, menjadi pemerhati kepada dua beranak tersebut. Qayyum yang ada di sebelah Amina, dan Amina yang sedang tidur.
"Mammmih-" Qayyum mencium pipi mommy nya lama. Setelah itu, dia labuhkan kepalanya di atas lengan Amina pula.
Amina pula tiada tanda-tanda untuk tersedar. Menyebabkan Taqi tidak mempunyai pilihan lain selain mendekati mereka. Dia ingin membawa Qayyum menjauhi Amina, risau jika anak kecil tersebut berjangkit demam dengan Amina. Tetapi, lain pula yang dia buat, dia labuhkan kepalanya di sebelah Qayyum. Pandangannya diluruskan pada siling kapur. Sesekali dia menjeling ke arah Qayyum dan mommy Qayyum yang tidak bertudung itu. Dia rasa, ini kali pertama Amina tidak bertudung di hadapannya. Eh, kali kedua! Kali pertama adalah sewaktu mereka pertama kali menjadi suami isteri!
Qayyum pula sudah berbaik dengan Taqi. Entah bagaimana caranya Taqi membujuk Qayyum sehinggakan Qayyum boleh menerima Taqi.
"Amina Husna."
Sebaris nama tersebut keluar daripada ulas bibirnya tanpa dia sedari.
"Ahmad Taqi..."
Taqi tergamam, seraya menjeling ke arah Amina. Tetapi, Amina masih dalam lenanya. Dia pasti, dia dengar Amina memanggil namanya. Mustahil dia salah dengar kan?
"Waqiuddin..."
Taqi melihat dengan mata kepalanya sendiri, bagaimana ulas bibir Amina terbuka, menyebut nama penuhnya. Tangkal hatinya tersentak. Bagaimanalah kehidupan wanita ini selama dua tahun ya sewaktu dia meninggalkan wanita ini?
Dia tahu, dia salah. Tetapi, dia tidak akan melepaskan wanita ini walaupun umi dan babah memaksanya. Dia ingin menebus segala dosanya.
Waktu yang pas, pintu bilik dikuak dari luar. Taqi terus menutup matanya, berpura-pura tidur. Hasmiza menutup pintu yang ada di belakangnya. Hampir terkeluar biji matanya tatkala dia melihat Taqi yang turut tidur di atas katil yang sama. Memanglah tidak salah, namun dia ingin Taqi dan Amina berpisah, jika menantunya mahu. Sudahlah anaknya itu melarikan diri selama dua tahun ini. Balik sini sahaja dia tidak setuju dengan cadangan yang diusulkan olehnya.
Dia mendekati ke arah Taqi, lantas lengan Taqi ditampar olehnya. Taqi tergamam, sudah kenapa umi menampar dia pula ni? Lakonan tetap diteruskan, dia buka matanya perlahan-lahan. Lalu, dia menggosok matanya seolah-olah baru tersedar daripada tidur.
"Taqi buat apa tidur dekat sini? Pergi masuk bilik Taqi sekarang!" Hasmiza bercekak pinggang. Tak sedar diri betul anaknya ni, hendak menagih cinta Amina ke?
"Inilah bilik Taqi." Taqi berkata, lalu meletakkan jari telunjuknya pada bibirnya. "Shh, nanti isteri Taqi terbangun."
"Kurang asam. Taqi keluar sekarang!" Arahnya separa berbisik. Tidak mahu menyedarkan Amina.
"Tak nak!" Sebaliknya, dia menutup matanya kembali. Tubuh Qayyum dipeluk olehnya.
Hasmiza gelengkan kepalanya. Tidak percaya! Melihatkan Amina yang berkerut dahi itu, dia mengundur lantas memberikan amaran kepada Taqi. "Taqi jangan macam-macam eh. Kalau macam-macam siap, Taqi Waqiuddin!"
Taqi tidak membalas, dia masih menutup matanya. Walhal, hatinya sudah beristighfar tatkala umi memanggilnya nama penuhnya. Efek mak-mak masih terasa!
Hasmiza keluar daripada bilik Taqi dengan perasaan sebal. Anak siapa perangai jahanam macam ni? Malu pula hendak mengaku anaknya sendiri!
Ada hati dia mahu tagih cinta Min selepas tinggalkan Min hampir dua tahun seorang diri? Sudahlah tidak pernah memberi khabar ke mana dia pergi. Dan sekarang--- Taqi bukan anaknya. Ini mesti anak Azam!
Hasmiza meluru memasuki ke dalam biliknya pula. Kelihatan si suami yang baru sahaja keluar daripada tandas.
"Dah kenapa awak ni?" Azam menyoal. Sehelai tuala mandi yang membalut tubuhnya diperkemaskan.
"Awak tengok lah anak awak si Taqi tu. Minus akhlaknya. Dah tinggalkan Min, tiba-tiba tidur dengan Min pula. Tak sedar diri ke budak tu?"
"Dia tidur dengan Min?" Azam menyoal tidak percaya. Eh tapi ada logiknya. Mereka itu suami isteri. Tapi---
Hasmiza angguk kepala laju. "Dia tidur sekatil dengan Min, Qayyum pun ada sekali!"
Azam gelengkan kepalanya. "Itu anak awak, bukan anak saya."
"Hey, anak-anak kalau minus akhlak. Maksudnya anak awak!" Hasmiza bercekak pinggang lagi. Tidak puas hati!
.
.
.
Terpisat-pisat Amina bangkit dari tidurnya, kepalanya masih berdenyut. Seluruh tubuhnya berasa nyeri. Dia dapat rasakan lengannya berat. Pandangan dikalihkan di sebelahnya. Kelihatan Qayyum yang sedang tidur. Mesti umi yang membawa Qayyum ke sini.
Ubun-ubun Qayyum dikucupnya perlahan. Dia angkat kepala Qayyum perlahan-lahan, menggantikan lengannya dengan bantal.
"Comelnya anak kau Win... Tak sayang anak ke?" Gumamnya perlahan. Dia alihkan pandangan ke arah pintu yang dikuak dari luar pula. Terjengul wajah umi.
"Min dah bangun?"
Amina anggukkan kepalanya.
"Ibu Min ada dekat luar, datang nak melawat Min. Min nak turun atau ibu Min yang naik sini?" Hasmiza menyoal. Sempat lagi dia menjeling ke arah Qayyum yang masih tidur. Anaknya tadi sudah terbangun, sekarang tengah melantak nasi arab dekat dapur.
"Min turun."
"Betul ke ni Min?"
Amina kulum senyuman. "Betul. Min bukannya lumpuh umi, sampaikan tak boleh berjalan."
"Ishh ke situ pula kamu."
"Min nak cuci muka dahulu ya, umi."
"Baiklah."
Dengar sahaja kata putus tersebut, Hasmiza menutup pintu bilik. Dia terus menuju ke ruang tamu, di mana Khalisya dan pengawal peribadinya, Shintaro berada. Kali pertama, dia fikir Shintaro adalah suami kepada wanita tersebut, namun hanyalah pengawal peribadi sahaja.
"Min mana?" Khalisya menyoal. Dia letakkan cawan yang berisi teh krisantimum di atas piring kaca. Sedap pula air ni!
Hasmiza labuhkan punggung di atas sofa. "Min nak basuh muka dahulu, dia baru sahaja bangun tadi."
"Basuh muka buat apa, ibu je yang datang melawat dia." Khalisya ketawa di hujung ayatnya.
Hasmiza berdehem perlahan. "Sya, Iza sebenarnya ada benda yang nak minta pendapat dengan Sya." Dia menuturkan ayat keramat tersebut. Sepatutnya dia harus berbincang dengan Min terlebih dahulu, melihatkan keadaan Min yang tidak berada dalam keadaan baik, dia meneruskan pertanyaan kepada ibunya sahaja.
"About what?" Mata almond tersebut memandang terus pada mata Hasmiza.
"Sya tahu yang Taqi dah balik?"
"Mujurlah dia balik. Dah dua tahun kan dia pergi?" Khalisya menunjukkan riak teruja. Bola matanya meninjau ke sekeliling rumah, mencari di mana kewujudan Taqi.
Hasmiza anggukkan kepalanya. Mengiyakan tempoh dua tahun Taqi pergi.
"Apa benda yang kau nak minta pendapat aku tu?"
Hasmiza meramas tangannya. Tidak tahulah samada perkara ini tepat mahupun tidak. "Iza rasa, Iza nak beri peluang kepada Min untuk cari lelaki yang lebih baik berbanding Taqi. Sya mesti faham kan, apa maksud Iza? Lagipun, perkahwinan ni di luar kehendak Min. Min tidak mahu, malah Taqi juga tidak mahu. Taqi hanya setuju kerana tidak ingin membazir kos perkahwinan yang seharusnya dia bersama Awina. Iza, sebagai emak Taqi, yang mengandungkan dan membesarkan Taqi, dapat rasakan yang Taqi masih belum lupakan Awina.
Maaflah, tapi Iza kasihankan Min. Dalam dua tahun ni, Min masih terikat dengan gelaran isteri orang walaupun suaminya tiada. Min tak pernah persoalkan pun ke mana Taqi pergi. Iza pun terima Min dalam keluarga ni sepertimana Iza terima Arlisa suatu ketika dahulu. Min baik, Min rajin masak, Min tak pernah melawan kata. Sekarang sudah tiba masanya untuk Min cari kebahagiaannya sendiri. Mungkin-"
Khalisya kulum senyumannya. Ini adalah peluangnya! "Boleh sahaja. Lagipun kesalahan Awina suatu ketika dahulu, tidak boleh dimaafkan. Ditambah pula dengan Amina. Tak hairan. Tunang yang berlaku curang, kahwin pula dengan si adik yang mempunyai rupa yang sama dengan si tunang." Dia mencicipi teh krisantimum buat kali kedua.
Hasmiza senyum. "Gamaknya kita berfikir benda yang sama, kan?"
Hasmiza dan Khalisya saling berpandangan. Ada betulnya.
Amina menuruni tangga sambil membawa Qayyum di dukungannya. Dia labuhkan punggung di sebelah ibunya, lantas meletakkan Qayyum di antara mereka berdua. "'Cucu' kesayangan ibu." Sengaja Amina menekan perkataan 'cucu', biar ibunya faham makna tersirat yang ingin disampaikannya.
Khalisya menjeling. "Bunyi kata kau sakit, tapi macam sihat sahaja ni."
Tangan Amina dihulurkan untuk bersalaman dengan ibunya, tetapi disambut acuh tidak acuh sahaja.
"Ibu sihat?" Dia kuiskan tangan Qayyum untuk bersalaman dengan Khalisya.
"KAU JAUHKAN BUDAK NI DARIPADA AKU SEKARANG!" Khalisya menjerit, dia mengengsot ke sebelah tepi kirinya, menjauhi Qayyum.
Semua mata memandang ke arah Khalisya dengan riak--- terkejut?
Amina alihkan Qayyum ke sebelahnya pula. Malu lah pula, di hadapan mentuanya pula ibunya menengkingnya. Jijik sangat ibunya dengan Qayyum, padahal anak daripada anak kesayangannya.
"AHH, IBU..." Taqi yang dari dapur itu terus menyalami ibu mentuanya.
Tidak teragak-agak, Khalisya memeluk tubuh Taqi.
Berkelip mata yang melihat peristiwa tersebut. Ternganga Amina menyaksikan scene ini.
"Maafkan ibu, Taqi. Disebabkan ibu gagal mendidik Awina dengan betul, Awina buat perangai macam tu. Dan, membuatkan Taqi terpaksa berkahwin dengan kembar Awina sendiri. Sepatutnya Taqi tidak bernikah dengan Amina. Mungkin rupa paras mereka sama, tapi jiwa mereka berbeza. Maafkan ibu..." Tidak semena-mena, dada Taqi basah dengan air mata Khalisya.
Hasmiza hembus nafasnya, lega. Amina pula masih kaku di tempatnya.
"Kalau Awina tak buat benda tu, mesti semua benda ni takkan jadi kan? Taqi akan bahagia dengan Awina. Dan tak perlu bernikah dengan Amina. Mungkin juga Taqi takkan lari selama dua tahun ni, kan?" Terhinjut-hinjut Khalisya menangis.
Amina menunduk. Salah dia ke anak umi melarikan diri? Dia ini, pemisah keluarga orang ke? Dia pandang ke arah umi pula. Jika dia tidak berkahwin dengan Taqi, mungkin Taqi tidak akan lari. Malahan, umi juga tidak akan sedih...
"Kalau Taqi nak berpisah dengan Amina sekalipun, ibu setuju. Umi Taqi juga setuju." Tangan Khalisya naik melekap pada dada Taqi pula.
Taqi masih berdiri di tempatnya, statik. Tidak percaya bahawa wanita tua ini akan meluahkan perasaan sedemikian rupa. Bukankah lain percakapan ibunya tadi sewaktu berbicara dengan umi? Dia kerling ke arah Amina. Amina masih menundukkan kepalanya. Rawan batinnya tatkala melihat keadaan Amina sedemikian. Perkara ini terlalu berat untuk Min.
"Kalau soal itu, Taqi akan bincang sendiri dengan Min. Taqi perlukan jawapan daripada---"
Belum sempat Taqi habiskan ayatnya, Amina memotongnya. "Min setuju."
Sekarang, semua mata beralih ke arahnya pula.
Share this novel