02

Romance Series 1061

SAMPAI sahaja di perkarangan rumah mertuanya, Amina hembus nafas yang berat. Berkali-kali. Dadanya terasa berat setiap kali tiba di rumah ini. Dia masih membayangkan kehadiran lelaki tersebut. Dia dapat rasakan lelaki tersebut masih berada di sini, walaupun lelaki tersebut telah pergi jauh, meninggalkan dia dan Qayyum. Jujurlah Amina ada terasa hati. Apa kurangnya dia di mata lelaki tersebut?

Hampir dua tahun semenjak pemergian suaminya. Ya, suaminya telah meninggalkan dia sebaik sahaja majlis resepsi selesai. Tahu-tahu sahaja, dia telah pergi jauh. Meninggalkan dia dan keluarga tanpa sebarang jejak. Dia sudahpun reda dengan pemergian tersebut. Namun, semuannya tidak mudah. Hampir setiap hari dia menunggu lelaki tersebut untuk mendapatkan penjelasan, kenapa lelaki tersebut meninggalkan dia tanpa khabar berita.

Serta-merta dia teringat akan kisah yang berlaku di Teratak Bahagia Kita tempoh hari. Tentang kematian salah satu penghuni di situ, Pak Lekiu. Mengikut cerita yang diceritakan oleh penghuni-penghuni lain, Pak Lekiu masih tidak boleh terima dengan kematian isterinya yang terlibat dengan langgar lari 20 tahun yang lalu. Saking cintanya Pak Lekiu terhadap Seroja, arwah isterinya sehingga dia membaca surat yang ditulis sang isteri setiap hari. Tidak muak walau sekalipun dia membaca risalah terakhir tersebut walaupun hari-hari menghadap dan membaca butir perkataan yang sama. Malah, setiap kali pembacaannya pasti akan diikuti dengan tangisan. Penghuni-penghuni yang lain juga akan turut berasa sedih tatkala melihat Pak Lekiu yang berkeadaan begitu.

Dan itu membuatkan Amina termangu dan terdiam. Betapa setia dan hebatnya cinta Pak Lekiu terhadap Ibu Seroja. Amina tertanya sendiri, apakah dia juga akan menerima cinta yang sama seperti Seroja dapati? Mengingatkan suami yang telah meninggalkannya, senyumannya luntur.

"Mo... mi?"

Amina berpaling sebaik sahaja mendengar suara Qayyum. "Yes darling?"

Qayyum senyum. Dia hentakkan kakinya, tanda gembira. Amina turut senyum. Budak ni comel betul!

"Dah, jom keluar. Tokmi Qay dah tunggu." Ajak Amina sejurus sahaja mematikan enjin keretanya.

"Oceyy mami!" Jawab Qayyum. Dia memegang botol susunya di tangan kirinya, manakala sebelah tangannya lagi memegang anak patung Ultraman.

Amina membawa keluar sebuah beg pakaian, cukuplah itu untuk bermalam satu malam di sini. Selepas itu, dia keluarkan Qayyum pula. "Qay dekat sini, behave tau. Jangan nakal-nakal, jangan susahkan tokmi dengan tokbah."

"Oceyy mami!" Sahut Qayyum sambil angkat tangannya, gaya bersumpah.

"Okey, jom." Amina kunci keretanya lalu, dia dan Qayyum mula mendekati rumah agam tersebut.

"Ehh Min dah sampai..." Tegur Puan Hasmiza, emak mertuanya. Waktu yang tepat, dia keluar untuk memanggil anak sulongnya, dan ternampak Amina yang baru tiba.

"Assalamualaikum umi." Ucap Amina. Tangan wanita tersebut dikucupnya dengan penuh kasih.

"Waalaikumussalam, Min." Dahi menantunya dikucup perlahan. "Min sihat tak ni, makin kurus umi tengok."

Tangannya naik menyentuh pipinya yang semakin cekung. Ramai yang membicarakan berat badannya yang makin susut. Entahlah, dia juga tidak tahu kenapa. Sakit atau lelah pada mental?

"Sihat je umi." Amina berpaling ke arah Qayyum pula. "Qay, salam tokmi."

Qayyum hulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Puan Hasmiza. Tangan kecil molek Qayyum disambut kasih oleh Puan Hasmiza, kendatipun Qayyum bukanlah cucu kandungnya. Dia masih melayani Qayyum dengan baik.

"Min naik atas dulu lah, bilik biasa. Umi nak keluar sekejap dengan Izzuddin. Rumah ni kosong, petang sikit baru bonda dengan yang lain sampai. Buat macam rumah sendiri eh."

"Umi nak pergi lama ke?" Amina menyoal.

"Sekejap sahaja." Puan Hasmiza ambil kasutnya yang berada di dalam rak. Lalu disauknya.

"Ada kerja yang boleh Min buat?" Amina bertanya. Tidak mahu dia tiba awal di rumah ini tapi sekadar goyang kaki.

Puan Hasmiza ambil masa untuk berfikir buat seketika. "Boleh tak Min buatkan kek carrot? Umi minat betul lah dengan kek yang Min selalu buatkan. Bahan-bahan dah ada, kalau tak jumpa tanya Kak Jah ataupun Kak Nab dekat dapur eh."

"Baik, umi."

"Okey, umi pergi dahulu tau." Puan Hasmiza beralih pada Qayyum pula, "Qayyum, tokmi keluar dulu tau."

"Oceyy!" Sahut Qayyum bersemangat. Itu sahajalah perkataan yang dia boleh sebut selain 'mommy.'

Puan Hasmiza seterusnya pergi meninggalkan Amina dan Qayyum di hadapan pintu utama. Qayyum terkebil-kebil memandang tokminya yang mulai meninggalkan mereka berdua. Manakala Amina hembus nafas berat sebelum melangkah masuk ke dalam rumah agam tersebut. Dia perhatikan sekeliling di ruang tamu rumah tersebut. Betul lah, kosong. Matanya dihalakan ke arah potret keluarga ini di ruang tamu. Ada umi dan babah serta empat orang anak lelaki termasuklah suaminya, dan seorang anak perempuan umi babah.

Dia menundukkan pandangannya. 'Bodoh kau Min, kau bukannya Win. Hendak harapkan apa lagi?' Sukmanya berbisik sendiri.

"Qay, jom naik atas dahulu." Ajak si ibu. Dia hendak meletakkan beg pakaian ke dalam bilik dan menidurkan Qayyum terlebih dahulu sebelum dia membuat kerja.

"Oceyy!" Qayyum ikut sahaja.

Amina mendukung anaknya lalu mendaki tangga untuk ke tingkat atas, di mana biliknya berada. Sebaik sahaja tiba di tingkat atas, dia meletakkan Qayyum ke bawah. Qayyum pula, terus berlari anak menuju ke bilik yang biasa mereka duduk, merangkap bilik suaminya.

Amina memulas tombol pintu tersebut. Terkejut dibuatnya apabila mendapati lampu di bilik tersebut telah terbuka. Dia membuka dedaun pintu seluas-luasnya. Kelibat seorang lelaki yang ada di atas katil menoleh pandangan ke arah punca bunyi.

"Eh sorry. Ni isteri Waqiuddin ke?" Sarkastik lelaki tersebut bangkit daripada duduknya. Dia menghampiri Amina dan Qayyum. Dia memandang ke arah Amina dan Qayyum berkali-kali. Di dalam benak fikirannya, Qayyum adalah anak kepada Amina. Muka dua beranak tersebut, mirip. Tiada satu pun yang kurang. Tapi mengikut cerita umi, abangnya pergi selepas akad nikah kan?

Amina angguk kepala dengan ragu-ragu. Masih boleh dikira isteri ke?

"Aku Naqiuddin, adik Waqi. Masa Waqi dan kau kahwin, aku tiada." Dia membuka cerita.

"Ouh faham. Umi pernah cerita tentang Naqi dekat Min."

"Ni ke anak Waqi?" Naqi duduk berlutut memandang ke arah Qayyum. "Nama apa?" Walaupun dia sudah tahu ini bukanlah anak saudaranya, tetapi dia tetap ingin bertanya.

"Bukan." Sarkastik Amina menidakkan perkara tersebut. "Rasanya Naqi tak tahu hal sebenar kot antara saya dengan angah." Ucap Amina. Dia menelan liur kelat.

"Sumpah tak tahu. Umi cerita sampai angah lari je." Selamba Naqi berkata demikian. Menyentuh bahagian sensitif. Dia berpaling ke arah Qayyum kembali, kepala Qayyum diusapnya perlahan-lahan. "Adik nama apa?"

"Yum." Jawab Qayyum selamba. Dia memberikan patung kepada Naqi, lalu tubuh Naqi dipeluknya. "Pa... pa pap?"

Amina terkedu. Sekali dengan Naqi terkedu. Amina tidak sangka, Qayyum yang dia tidak pernah ajar untuk mengenal seorang bapa tiba-tiba sahaja menggelarkan Naqi sebagai bapanya.

"Maaf tanya. Dia bin Abdullah ke?"

Amina anggukkan kepalanya perlahan. Ini juga merupakan salah satu bahagian sensitif.

"Aku tak tahu apa-apa dalam cerita kau, jadi kau ceritalah sampai aku faham. Sampai aku tak judge kau." Naqi berkata sedemikian, sedikit perih untuk mendengarnya bagi pihak Amina. "Anak kau ni nak tidur ke?"

"Ya, dia belum tidur lagi hari ni." Amina membalas.

"Ouh. kau tak nak cerita?" Naqi menyoal lalu meletakkan Qayyum di atas katil. Dia menghulurkan patung kepada Qayyum kembali. "Tidur budak, aku bukan bapak kau."

Qayyum ketawa apabila memandang Naqi. Naqi menjeling sahaja, dia hampiri Amina pula. "Aku nak kau ceritakan hal sebenar, macam mana angah boleh lari." Dingin sewaktu dia menyatakan perkara tersebut.

Amina letakkan beg pakaiannya ke bawah. Dia garu kepala yang tidak gatal. Masih berfikir sama ada untuk menceritakan perihal tersebut terhadap Naqi ataupun tidak. Ataupun biar umi sendiri sahaja yang bagitahu hal sebenar.

"Budak tu, anak kau dengan siapa? Dan itupun salah satu sebab kenapa angah pergi ke?" Naqi menyoal bertalu-talu.

Amina angkat kepala. Dia hembus nafas berat lagi sekali. Dia memintal hujung tudung bawalnya. Seketika perasaannya bercampur-aduk. Perlu ke dia bagitahu hal sebenar?

"Aku perlu tahu kenapa Waqi pergi, dia pergi tanpa khabar berita. Sampaikan derhaka dengan umi babah. Aku kena tahu kenapa."

Ayat Naqi dipotong oleh Amina, "aku tak rasa aku adalah salah satu faktor."

Namun Naqi pantas memotong ayat Amina, "Taqi yang aku kenal, takkan pinggirkan keluarga dia sendiri."

Amina menelan liur kesat lagi sekali. "Kalau kau dengar cerita aku sampai habis, kau masih nak judge aku ke?"

"We'll see, but I'll never judge you until I know the truth. Bet me."

"Okay then." Buat apa Amina nak takut. Dia bukanlah antagonis dalam cerita ini melainkan insan yang tersakiti. Tersakiti dan disakiti namun tidak pernah menyakiti. Mungkin akan tiba satu masa, dia akan menyakiti dan menyakitkan.

.
. .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience