10

Romance Series 1202

AMINA keluar dari biliknya, dia ingin menghantarkan cawan ke pantri.

"Min, Min!" Namanya diseru oleh Tiara dari kejauhan.

Amina berhentikan langkahnya. Mencari punca suara, dapat dia lihat Tiara yang melambai tangannya ke udara, memanggil Amina. Tiara berada di tingkat atas, lebih tepatnya, tingkat orang yang mempunyai jawatan yang tinggi.

Amina hela nafas kecil, kakinya putar arah, mendekati Tiara. "Kenapa?"

Tiara senyum seraya melirik ke arah seorang lelaki yang berbadan tegap. "Ni lah orang yang aku cakap tadi. Nama dia Zach."

Amina alihkan pandangannya ke arah Zach. Lelaki tinggi dalam enam kaki, berbadan tegap dan berkulit cerah. Hidung yang lurus dan sepasang mata yang mampu menawan sesiapa sahaja yang melihatnya. Rambutnya bersusun kemas, menambahkan lagi aura alpha nya. Sempat Amina memuji kekacakan dan kekemasan yang ada pada Zach.

Zach sedar bahawa Amina sedang 'membacanya' mulai berdehem. Tangannya dihulurkan kepada wanita itu. "Hello, I'm Zach. And you?"

"Sorry, tak salam lelaki. Saya Amina." Amina memberikan segaris senyuman sahaja.

Zach menarik tangannya, malu dengan perbuatannya tadi.

"Rasanya jawatan encik lebih tinggi berbanding saya. Jadi, saya akan panggil Encik Zach."

"Eh tidak mengapa, saya..."

"That's better I guess, Mr. Zach. Panggilan hormat orang kata." Tiara memotong percakapan Zach.

"Tidak mengapa, saya selesa sahaja mana-mana." Zach menambah, lalu menundukkan kepalanya sedikit. Merendah diri.

Tap tap tap

Kedengaran tapak kasut tumit tinggi mulai mendekat ke arah mereka. Tanpa pandang ke belakang, Amina sudah dapat tahu gerangan siapakah orangnya. Dengan liuk cara berjalan, semua rakan sekerja di sini sudah hafal!

Jeritan Adib bergema. "Oh my god. What a hottie!" Seraya menghentikan langkahnya di sebelah Amina. "I'm Adib. Everyone do call me diva here, but you're special. So you can call me yours." Dia hulurkan tangannya untuk bersalam. Dia mengenyit sebelah matanya seraya menggigit bawah bibirnya dengan menggoda.

Zach teragak-agak untuk menyambut salam tersebut. Sempat dia hamburkan tawanya terhadap lawak Adib tersebut. "I'm Zacharevic, I'd prefer for you to call me Zach."

Adib menarik tangannya. "Orang Melayu ke? Dengar slang pun dah tahu orang Melayu ni." Adib memandang Zach dari atas ke bawah. Biasa je. I'm more hotter than him!

"Zacharevic tu nama asal kau ke?" Adib menyoal lagi.

Zach anggukkan kepalanya, "Mak saya asal London."

"Patutlah kau hensem. Kacukan juga rupanya!"

"Amboi, Dib. Kepohnya kau. Orang ni baru pertama kali jejak kaki dekat sini. Kau dah tanya macam-macam." Tiara menegur perbuatan Adib tersebut.

Adib membuat muka. "Okay, then!" Dia kerling ke arah Amina. "Min, meh sini jap. Ce kau tengok projek aku ni."

"Projek mana?" Amina menyoal. Dia tidak lupa, Adib ada mengadu tentang pelanggan yang demand tinggi, tapi tak nak keluarkan duit! Tak pasal-pasal Adib kena cari pembekal yang tawarkan harga murah.

"Alahh, yang tu lah Min. Jomlah." Adib mengkuiskan tangannya di udara, bagai memanggil Amina.

"Okeylah, Dib."

Dengar sahaja kata sepakat daripada rakannya, terus Adib aturkan langkah ke biliknya. Diikuti oleh Amina.

Sementara Zach, tidak melepaskan pandangan terhadap Amina. Hatinya berdegup kencang. Seolah-olah berkata, 'she's the one!'

"Zach," Tiara memanggil Zach. "Hati dah terpaut ke?" Tiara menduga.

Zach terperanjat dengan soalan tiba-tiba yang dituturkan oleh bawahannya. Dia gosok belakang lehernya. "Tak lah. Tengok Adib."

"For your information, she's a single mother." Tiara mengenyitkan sebelah matanya kepada Zach. "Wait, or did you married already?" Tiara menutup mulutnya, kenapa kepoh sangat ni? Tanpa usul periksa latar belakang Zach terlebih dahulu?

"No, not yet."

Tiara senyum. Kalau kenen dengan Min ni elok juga. Min pun tak berpunya!

.
. .

Amina labuhkan punggung di atas sofa, melepaskan lelah setelah membanting tenaga hari ini. Dia kerling ke arah Qayyum yang membelek surat khabar.

"Qay, buat apa tu?" Amina menyoal.

Qayyum berpaling, seraya melebarkan senyumannya. "Aca abar!" Katanya dengan gembira.

"Bagusnya anak mummy ni. Kecil-kecil dah baca surat khabar. Siapa yang ajar?"

"Mama!" Qayyum membalas. Mama yang dikatakannya adalah pengasuhnya sendiri, merangkap jiran sebelah kondo Amina. Tapi, Amina gelarkan dia sebagai Cikti

"Ouh, boleh baca tak?" Amina terhibur. Awal betul Cikti ajar Qayyum ni baca surat khabar! Dia yang tua bangka pun tak pernah sentuh surat khabar!

Qayyum gelak. "Akleh!"

Senyuman Amina pudar. Tatkala ingat kembali masa lalunya. Taqi dan Awina. Bahkan sampai saat ini, dia tidak mengetahui ke manakah kakaknya menghilang. Hilang dengan memberikannya dua tanggungjawab besar. Qayyum dan Taqi. Sesekali kebenciannya meruap pada anak lelaki Awina. Namun, membenci anak yang tidak berdosa itu adalah hal yang sia-sia.

Dia kerling ke arah telefonnya yang berdering. Dengan malas, dia bangun daripada duduknya untuk ambil telefon di atas meja makan. Jari runcingnya menggesel punat telefonnya. Amina menjeling ke arah nama pemanggil.

'Umi'

Buat apa emak mentuanya memanggilnya? Baru sahaja beberapa hari sejak dia bermalam di rumah mentuanya. Takkan dah rindu kot?

"Assalamualaikum, umi?" Sapa Amina. Nada suaranya berubah lembut.

"Waalaikumussalam, Min." Suara Puan Hasmiza menyapa gegendang telinga.

"Ada apa umi. Umi teringin kek lobak merah Min ke?" Amina menyoal dengan nada bergurau.

Puan Hasmiza gelak di hujung talian. "Yang itu satu hal. Selain daripada tu, ada benda lain yang umi nak bagitahu."

Suspens. Jantungnya berdetak laju. Daripada suaranya Amina boleh syak, perkara yang ingin diberitahunya amat penting!

"Min, Min dah tahu ke yang Waqiuddin dah balik?"

Detak jantungnya menjadi normal kembali. Kepulangan Taqi tidak terlalu penting. Dia sudah terbiasa hidup seorang diri selama 26 tahun, dan dua tahun digantung tidak bertali oleh Taqi tidak mengubah apa-apa. Mungkin air mukanya sahajalah yang tercemar. Ditinggal suami sebaik sahaja majlis resepsi selesai? Bullshit.

Dia berkira samada untuk berkata jujur ataupun bohong. Padahal, dia sudah ketemu Taqi tempoh hari sewaktu mengambil Iqa di lapangan terbang. "Min tak tahu. Taqi dah balik ke?"

"Ya, Min. Allah kabulkan doa umi. Taqi dah balik rumah ni. Kalau tidak keberatan, Min datanglah. Umi dan babah ada benda nak dibincangkan."

Kening Amina bertaut. Apa yang nak dibincangkan? Penting sangat ke?

"Sekarang ke umi?"

"Maaf Min. Min ada kerja ke?" Soalan dibalas dengan soalan.

Amina kerling ke arah jam dinding yang menunjukkan jam empat petang. Dia berfikir sejenak. "Selepas solat asar boleh tak umi?"

"Baiklah Min. Umi tunggu."

Amina melabuhkan punggung di atas kitchen island sebaik sahaja panggilan tamat. Telefon yang berada di genggaman tidak dilepaskan olehnya. Apa lagi?

Sedikit sebanyak, dia berasa sunyi. Hatinya ingin menangis. Zahirnya ingin sahaja rebah. Mentalnya sudah tidak kuat. Tetapi dia tahu, ini bukanlah masa yang tepat. Dia perlu menyelesaikan apa yang telah dimulai.

.
. .

.
. .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience