QAYYUM membawa tubuhnya mendekati Amina yang masih berbual-bual di meja makan bersama Iqa dan Adib.
"Mi..." Qayyum menegur emaknya.
"Aaa Qayyum!" Terjerit Iqa tatkala melihat kehadiran Qayyum. Terjerit bukan kerana terkejut, tetapi kerana teruja. Normal day with Iqa.
Tubuh Qayyum di angkat oleh Iqa lalu diletakkan di atas ribanya. "Qay nak makan roti canai, nak?"
Selamba Qayyum gelengkan kepalanya, lalu memberikan jelingan kepada Iqa yang suka hati sahaja mengangkatnya.
Amina pula melilaukan pandangannya untuk mencari kelibat Taqi. Masa yang pas, Taqi berhenti di sebelah Amina.
Ingin dipendekkan cerita, sebaik sahaja Amina ingin pulang ke rumahnya, Taqi menawarkan diri untuk menghantarnya pulang. Walaupun Amina menolak, memandangkan dia ingin berjumpa dengan Iqa terlebih dahulu, namun Taqi tetap bertegas untuk menghantar Amina ke kediamannya dengan selamat. Membuatkan dia juga terpaksa menunggu sehingga Amina siap melepas rindu kepada Iqa. Sambil-sambil itu, dia membawa Qayyum pusing-pusing di taman.
"Assalamualaikum, saya Taqi." Taqi memberi salam seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Adib.
Adib memandang Taqi dari atas hingga ke bawah. Dia gigit bibirnya perlahan. Huluran Taqi disambutnya. Dia memegang tangan Taqi lama. "Waalaikumussalam. Saya Adib. Kalau nak panggil baby pun, okey. Saya tiada masalah."
Habis sahaja ayat tersebut lancar pada ulas bibir Adib, Amina dan Iqa menahan tawanya. Ulat bulu sudah naik daun!
"Baby eh?" Taqi menyoal and chuckles.
Amina kerutkan dahinya tatkala tangan mereka masih lagi bertaut. Tiada tanda-tanda untuk lepas. Takkanlah---
Selamba Iqa menampar lengan Adib, kuat. Cukup membuatkan pegangan tersebut longgar. Taqi menarik tangannya ke bawah.
"Kepala bapak kau, nak mengunyit dekat sini pula. Kesian dekat Qayyum aku terpaksa dengar benda yang tak patut." Pipi Qayyum mula digomol oleh Iqa. Qayyum sekadar menunjukkan riak pasrah.
Amina menjeling ke arah Taqi. Adib juga memandang ke arah Taqi dengan pandangan yang sukar ditafsirkan-
Taqi melabuhkan punggung di atas kerusi, bersebelahan dengan Amina dan Adib. Dia membalas pandangan Adib dengan berani. "Ni kawan Min ek?"
"Haah, kami kawan Min." Laju Adib membalas. "Abang ni siapa?"
Amina diam tidak berkutik. Menanti apalah yang bakal Taqi katakan tentang hubungan mereka.
"Ni, suami Min. Taqi."
"NATE JATE BODO-"
Dengan pantasnya, Adib mengangkat tangannya untuk melayangkan penumbuk kepada Taqi. Namun tumbukan tersebut dihalang oleh Taqi menggunakan sikunya.
"BERUK NI!"
Adib tidak puas hati apabila tumbukan nya di halang oleh Taqi. Dia berdecit tidak puas hati. Sebelah tangannya lagi dilayangkan kepada Taqi. Tumbukan tersebut selamat mengenai batang hidung Taqi. Membuatkan Taqi terteleng ke tepi, menghadap Amina.
Amina dan Iqa mulai cuak. Apa yang merasuki Adib pula ni? Selepas sahaja mendengar Taqi membahasakan dirinya suami kepada Min, dia terus berubah. Daripada bengkok, terus lurus. Lurus untuk menghajar Taqi.
"Ehh Adib, apa yang kau nak buat ni?" Iqa cuak. Dia meletakkan Qayyum di atas kerusi. Sementelah dia berdiri di hadapan Adib yang ingin menyerang Taqi lagi sekali. Taqi pula masih statik di tempatnya, tiada tanda-tanda untuk melarikan diri pun.
Amina juga berdiri di sebelah Taqi. Dia menjeling ke arah Taqi dan Adib berulangkali. Ada sejarah apa mereka berdua ni sampai hendak bertumbuk bagai.
"Ups, sorry baby. Sakit ke?" Dia mendekati Taqi seraya menggosok wajah yang ditumbuk nya tadi.
Bagai. Tidak. Bersalah.
Dan mulai saat itu. Perangainya telah berubah. Jika sebelum Taqi datang, dia lagak seperti gentleman. Sewaktu Taqi datang, mengunyit. Setelah Taqi memperkenalkan dirinya sebagai suami Amina, Adib seperti jantan asli. Dan sekarang, mengunyit kembali.
Orang awam menumpukan perhatian mereka terhadap apa yang terjadi. Ada yang merekod, ada juga yang sekadar melihat drama percuma yang dilakonkan oleh Adib dan Taqi.
Adib berpaling ke sekeliling. "Ups, sorry semua. Rasanya ni biasa lah kot. Member member bersalaman." Selamba sahaja dia meminta maaf kepada orang awam. Sempat lagi dia melambai-melambai lagak seperti artis yang diserbu paparazi.
"Ups, hidung kau berdarah." Amina memberi komen. Setelah sahaja dia mengintai keadaan Taqi.
"Oh my god. What I'd done. Baby, I'm so sorry..." Adib menarik beberapa helai tisu lalu dilap pada hidung Taqi dengan kasar.
"Adib, kau nak kasi anak orang sakit ke?" Amina merampas tisu tersebut lalu mengelap darah yang keluar dari hidung Taqi. Jirr- apa yang Adib dah buat ni? Kalau patah hidung laki aku, tak laku la dia nanti!
"Nah, it's okay." Taqi memberhentikan kerja Amina. Dia merampas tisu tersebut lalu digulungnya dan dimasukkan ke dalam lubang hidungnya. "Dah siap makan ke?"
Amina terdiam. Tadi, dia sudah berjanji untuk balik bersama Iqa. Tapi, melihatkan keadaan Taqi yang sebegini. Seelok-eloknya dia balik bersama Taqi sahajalah. "Tunggu sekejap."
"Aku tunggu dalam kereta." Taqi bangkit daripada duduknya. Dia mengangkat Qayyum dan meninggalkan mereka bertiga.
.
.
.
Taqi menarik brek tangan, seraya menjeling ke arah Amina. "Dah sampai."
"Terima kasih." Baru sahaja Amina ingin membuka pintu kereta, pintu kereta di kunci oleh Taqi. Amina menjeling ke arah Taqi kembali. Sebelah keningnya diangkat tanda, kenapa.
Taqi tidak membalas. Sebaliknya dia membelek-belek wajahnya pada cermin pandang belakang kereta. "Min, muka aku dah tak hensem. Tengok ni ada darah." Ujarnya sambil menyentuh darah beku yang ada di bawah hidungnya.
"Cuci." Amina mencuba untuk membuka pintu kereta sekali lagi, namun dikunci oleh Taqi. "Taqi, kau nak apa?"
"Tak kasihan ke tengok muka aku ni? Kasihan nanti takde perempuan nak tengok." Taqi geram apabila Amina tidak ingin memberi perhatian kepadanya.
Amina mendecit. Tidak puas hati dengan balasan tersebut. "Orang yang nak kau tu ramai, Taqi. Kau petik jari je ramai yang beratur."
"Maksud kau, aku hensem lah ni?"
Amina menjeling. Sejak bila pula dia kata Taqi kacak? "Buka pintu ni sekarang, Ahmad Taqi Waqiuddin!"
Tiada kudrat pula dia mahu melayan kerenah Taqi yang baginya tiba-tiba sahaja itu.
"Taknakk. Nak Min rawat kite dulu."
Amina membuat muka geli. Dia jeling ke arah Qayyum yang sudah lena di belakang. "Taqi, angkat Qayyum naik atas. Dan buka pintu kereta ni."
Pasrah untuk mendapatkan perhatian Amina, dia menurut sahaja. "Okey mommy." Dia mengajuk nada suara Qayyum.
Selepas sahaja dia mematikan enjin kereta, dia pun serahkan kunci keretanya kepada Amina. Dia buka pula pintu kereta di bahagian belakang dan mengangkat tubuh Qayyum.
Taqi kerling ke arah Amina yang mulai berjalan menuju ke lif. Satu idea mulai terbit pada otaknya. "Min... Tutup pintu ni."
Amina pandang ke arah belakang. Di mana Taqi sedang mengangkat tubuh Qayyum, dan pintu yang tidak bertutup. Mahu tidak mahu, dia patah balik lalu menutup pintu kereta.
Mereka berdua berjalan bersamaan untuk ke tingkat atas.
.
.
.
"Letak Qayyum dalam bilik ni." Amina membuka pintu biliknya. Dia menekan suis lampu dan pendingin hawa. Tas tangan diletakkan di atas meja solek. Pandangan matanya mengikut ke mana Taqi pergi.
Taqi masuk ke dalam bilik, lalu meletakkan Qayyum perlahan-perlahan di atas katil. Dia bangkit kembali, membalas pandangan Amina yang memandangnya melalui pantulan pada cermin.
"Nice room, Min." Sempat Taqi memuji. Namun matanya masih melekat pada Amina.
Amina pusingkan tubuhnya. "Kau boleh balik. Dah lewat kan?" Dia menyoal, dingin.
"Rasa macam nak tidur sini, boleh?" Taqi menyoal seraya baringkan tubuhnya ke atas katil. Bagai tidak mengerti tentang Amina yang menghalaunya dengan cara halus.
"Boleh blah."
"Ou, maksudnya boleh lah kan?"
"Blah." Selamba Amina membalas sedemikian. Dia membuang tudung yang membalut kepalanya di hadapan Taqi. Kenapa? Bukannya haram pun kan.
Amina kerling ke arah Taqi yang masih baring di atas katil. "Kau janji dengan umi apa tadi?"
"Hm rasanya macam takde janji apa-apa." Taqi senyum. Menampakkan lekukan dalam pada sebelah pipinya. Padahal dia masih ingat janji tersebut.
"Meh, aku ingatkan balik. Kau janji dengan umi selepas hantar aku, kau terus balik. Tidak begitu ya, Ahmad Taqi?" Amina menarik sehelai tuala putih sebelum memasuki ke dalam tandas. Dia mahu membersihkan diri.
Taqi masih lagi baring di atas katil, sambil meneliti ke segenap penjuru bilik. Melihat jika ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Matanya tertancap pada frame gambar yang ada di dalam rak kaca. Ada gambar Amina sewaktu kecil, gambar Qayyum, gambar keluarganya, gambar di tempat kerja, tidak lupa juga gambar kembarnya, Awina. Dalam gambar tersebut, mereka saling berpelukan. Seingat Taqi, gambar tersebut diambil sewaktu Amina dan Awina menamatkan asasi di sebuah universiti tempatan.
Dan, ada satu gambar yang menarik perhatiannya saat ini. Gambar dia dan Min. Mereka berpakaian busana pengantin. Ini merupakan gambar sewaktu majlis resepsi perkahwinan mereka.
Min masih simpan gambar ni?
Bibirnya menyungging sebuah senyuman. Nampaknya dia tidak keseorangan.
Share this novel