13

Romance Series 1061

13- TAMIN

AMINA memeluk tubuh. Tidak berani memandang tepat ke dalam mata Iqa dan Adib.

"Kenapa kau tak bagitahu kitorang yang dia dah balik?" Iqa menyoal.

"Dia balik ni, dia nak apa Min?" Giliran Adib pula menyoal.

Dia angkat kepala, pandang ke arah Iqa dan Adib yang duduk bersebelahan antara satu sama lain. Dia pangku kepalanya menggunakan tangan kirinya. "Takde apa. Tak payah risau pun lah. Umi dan babah minta kami bercerai."

"Wait- sampai macam tu sekali?" Iqa menyoal.

Amina balas dengan anggukan.

"Maksud aku, umi dan babah tak berikan korang berdua peluang ke untuk kau tahu kenapa selama ni Taqi pergi?" Iqa menyoal lagi. Dia tidak puas hati dengan keputusan mentua Amina. Sekurang-kurangnya mereka perlu tahu kenapa dan ke mana Taqi pergi selama ini. Mungkin Taqi pergi kerana ada sebabnya sendiri?

Adib menyenggol bahu Iqa, mengarahnya untuk menjaga percakapannya. "Iqa, orang kalau dah tak nak perlu diberi peluang untuk penjelasan ke?"

Amina ambil masa untuk memproses makna kata Adib. Betul apa yang dikatakan Adib itu. Untuk apa lagi Taqi diberikan peluang untuk menjelaskan segalanya. Bahkan selama dua tahun ini, Amina sudah digantung tidak bertali. Dua tahun bukanlah masa yang singkat baginya.

"Betul ke Taqi tak nak?"

"Dahtu, kalau nak, dia takkan tinggalkan isteri dia seorang diri. Selepas dorang nikah, dia terus pergi, Iqa."

"Min. Kau tak payah dengar apa yang Iqa bagitahu kau ni. Kau dengar apa yang umi dan babah kau minta." Sambung Adib lagi.

Amina ketawa. "Aku tak perlukan penjelasan daripada Taqi, Iqa. Kepulangan dia tidak akan merubah apa-apa. Aku dah hidup sendiri selama 26 tahun. Dua tahun aku besarkan Qayyum seorang diri dan dua tahun aku adalah a bride without her groom."

Iqa senggol bahu Adib pula. "Kalau kau betul-betul dah buat keputusan untuk berpisah. Kau boleh beritahu aku, aku boleh temankan kau di mahkamah nanti."

"Tapi, aku sarankan kau bincang elok-elok dulu, Min." Iqa menyambung katanya tatkala dia melihat wajah Amina yang murung itu.

"Dah takde apa yang nak dibincangkan, Iqa. Taqi pergi selama dua tahun. Dalam masa dua tahun tu, kalau Min berkahwin dengan lelaki yang dia cinta seikhlas hati, aku syak Min dah timang dua orang anak." Selamba Adib berkata demikian.

Amina gelak pada hujung ayat Adib. "Kau ingat aku ni baby machine ke nak beranak setahun sekali?"

"Manalah tahu, kan. Orang tengah bahagia memang asyik nak tu je."

Iqa senggol bahu Adib. Tangannya diangkat lalu menolak pelipis Adib, kasar. "Otak kau ni memang macam ni ke?"

"Macam mana apa?"

"Ishh korang ni, dahlah. Makan." Barulah Amina mengajak mereka untuk menjamah makanan tengah hari yang telah dihidangkan. Perbualan mereka dari pejabat Amina telah bersambung pada makan tengahari.

"Hmphh, makanan aku tak tolak!" Iqa mula membaca doa makan lalu terus melahap nasi tomyam yang dipesannya tadi.

Adib geleng kepala. Perempuan dan makanan memang tidak boleh dipisahkan. Padahal Iqa telah menghabiskan croissant yang dibelinya pagi tadi sebelum pergi ke kedai makan.

.
. .

Amina berhenti di suatu tempat sebaik sahaja waktu kerjanya tamat. Tidak tahu mengapa. Dia ingin bertemu ayahnya. Dia ingin memohon ampun dan maaf daripada ayahnya. Mungkin itulah yang menyebabkan hidupnya selama ini berada di dalam kekacauan.

"Ingin bertemu siapa?" Seorang pegawai polis wanita yang berada di kaunter menyoal.

"Roslan bin Haji Salamat." Amina menurunkan kaca mata hitam miliknya. Nama itu merupakan nama ayahnya. Ayahnya yang sekarang berada di tirai besi.

"Maafkan saya, Roslan Haji Salamat ini tergolong dalam kes yang spesial. Boleh saya tahu hubungan cik dengan dia?" Penuh sopan-santun anggota polis tersebut bertanya.

"Saya anak dia."

"Baik, saya faham. Waktu melawat dalam 10 hingga 15 minit sahaja cik. Cik boleh tunggu dalam bilik sana." Dia tundingkan jari telunjuknya pada sebuah bilik. "Sekejap lagi ada yang akan panggilkan Roslan Haji Salamat."

"Terima kasih." Amina berterima kasih sebelum memasuki bilik yang dikatakan tadi.

Dia melabuhkan punggung di atas kerusi dengan sabar. Menunggu ketibaan bapanya. Jujur kata, dia tidak pernah benci akan bapanya. Walaupun layanan bapanya terhadap dia dan Arlisa berbeza, dia tidak pernah benci! Walaupun bapanya digelar banduan penjara, sedikitpun dia tidak pernah benci kepada insan yang dia gelar ayah itu.

Roslan tiba dalam ruangan tersebut, namun mereka berdua terpisah di sebalik cermin kaca yang lut sinar dan kalis bunyi. Roslan labuhkan punggung di atas kerusinya.

Dia capai gagang telefon dan diletakkan pada telinganya. Amina pandang ke hadapan. Dia rindukan ayahnya. "Assalamualaikum, ayah."

Tiada balasan daripada lelaki tersebut.

Suaranya bergetar tatkala mulakan perbualan, "ayah sihat?" Dia sekadar berbasa-basi.

Roslan merengus, tidak puas hati. "Kau datang sini buat apa?"

Amina terkesima. Dia hembus nafas berat sebelum menyambung ucapannya, "Min datang nak lawat ayah."

Roslan memandang ke arah anaknya. Pandangan yang sarat dengan benci dia berikan kepada Amina.

"Ayah okey ke tinggal sini? Kenapa Min dapat rasakan ayah tak bahagia tinggal sini. Min nampak, luka baharu pada lengan, muka ayah. Ayah kena ganggu dengan penghuni lain ke?" Bertubi-tubi Amina menyoal ayahnya.

"BODOH!"

Roslan meludah pada Amina, namun nasibnya baik kerana terdapat cermin yang menghalang antara mereka.

Ludahan itu lagi lah membuatkan Amina terkedu. Begitu benci kah ayah terhadapnya? Lain tujuan sebelum dia datang ke sini, lain pula tujuan sebaik sahaja dia tiba ke sini.

Dia bangkit dari duduknya, ingin melepaskan segala beban yang ada di pekung dadanya. "Sebelum Min pergi, Min nak tanya satu soalan. Sampai sekarang Min tak faham, kenapa ayah benci sangat dengan Min dan Win. Sumpah, Min tak faham. Dari kitorang lahir, kami tak pernah dapatkan kasih sayang daripada seorang ayah. Bila kami besar, ayah ajar kitorang untuk bermain ajal dengan lintah darat. Kenapa ayah yang berhutang dan Min yang kena bayarkan?"

Dia menelan liurnya, pahit. "Kenapa ayah layan Awina dengan Min berbeza sangat. Tak sepertimana ayah layan Maryam Arlisa. Awina nasib dia baik, dia masih ada ibu. Tapi apa yang Min ada? Nothing. Nothing all along. Since she got birthed to me, until today. I'd never get any affection or attention from you neither your wife. I got nothing. Seriously nothing! But resentment, those hatred!"

"Kau diam lah bodoh!" Roslan juga bangkit dari duduknya. "You have to understand what I'm feeling. You think I would love a child that wasn't even mine?"

Soalan daripada Roslan tergantung sepi. Amina memproses maksud disebalik ayat tersebut.

"You and your twin were nothing but a mistake. Engkau sepatutnya bersyukur aku lah salah seorang yang benarkan kau sekali dengan emak kau yang jalang tu tinggal bawah bumbung aku. Kalau aku ni jahat, dan tak berhati perut, engkau sekali dengan emak kau dah lama mati. Dan, mungkin Arlisa tu tak pernah wujud pun."

Maksudnya--- dia dan Awina adalah sebuah kesalahan?

"Maksud ayah? Bukan ke perkahwinan ayah dengan ibu telah diatur oleh nenek ke?" Amina menyoal. Dia ada tahu serba sedikit tentang latar belakang perkahwinan yang terjadi antara ibunya dan ayahnya. Ya, jodoh yang telah diaturkan.

"Emak kau yang bodoh!" Dia senyum sinis. "Kau kena tahu, kenapa nenek kau paksa aku kahwin dengan mak kau. Itu kerana, aku ni orang yang berhati perut. Orang macam aku ni je yang terima sisi baik dan buruk emak kau walaupun emak kau tu... Setiap kali aku tengok kau dan Awina, setiap kali tu juga lah aku nampak dia tikam belakang aku. Dia tidur dengan lelaki lain di belakang aku, Amina Husna!"

Terketar-ketar lutut Amina tatkala mendengar penjelasan daripada ayahnya. Dadanya mulai ketat, bertahun-tahun dengan penuh penderitaan akhirnya memberikan jawapan yang munasabah. Kekerasan ayahnya terhadap dia dan kembarnya, layanan berbeza yang dia berikan, dan cara ayahnya lebihkan Arlisa dari segala hal... Kerana pada mata ayahnya, dia bukanlah sesiapa. Tidak layak untuk digelar sesiapa. Sekadar sebuah kesalahan-

Lantas, siapa bapa biologinya?

"Kau kena tahu, kau dan Awina bukan anak aku- bukan darah daging aku! Satu-satunya anak aku adalah Maryam Arlisa. Tapi, Maryam dah mati disebabkan kau juga!" Jari telunjuknya ditundingkan pada Amina.

Amina terkesima buat seketika. Dia mengatuk rapat matanya. Cuba menelan segala kenyataan yang dijelaskan oleh ayahnya. "Dan, itu adalah sebabnya kenapa ayah layan kami teruk selepas sahaja adik meninggal?"

Roslan senyum sinis. "Kau sepatutnya bersyukur..."

"Min dah terlebih bersyukur. Min bersyukur ayah masih hantar dan ambilkan Min sekolah, ayah  hantar Min ke IPT untuk jadikan Min seperti ini, walaupun ayah tahu yang Min bukanlah anak kandung ayah. Ayah masih terima Min di rumah tu, ayah tak lupa untuk jalankan kewajipan ayah dengan berikan kami makan, pakai, tempat perlindungan. Ayah juga tak lupa untuk berikan ibu nafkah. Cuma... Selepas adik mati tujuh tahun yang lepas, persoalan Min akhirnya terjawab. Min sekarang dah faham kenapa ayah berubah." Amina mendekat dengan kaca itu.

Sarkastik Roslan terduduk. Gagang telefon terlepas daripada genggamannya. Lidahnya kelu.

Amina juga terduduk di kerusinya. Ibu... Apa ibu dah buat?

Akhirnya, kolam yang ditahan sedari tadi akhirnya limpah jua. Bercucuran air mata jatuh ke pipinya.

Walaupun ayah layan kami berbeza, walaupun ayah lebihkan Arlisa dari segala hal, tapi Min tetap anggap ayah sebagai ayah Min. Min faham kenapa ayah jadi macam ni. Satu-satunya bintang kecil ayah telah pergi, memaksa ayah untuk berkelakuan seperti ini. Dulu, Min tak pernah anggap ayah sebagai ayah Min. Tapi, selepas tahu ayah bukan ayah kandung Min, Min rasa lega. Siapa yang tidak marah jika membesarkan anak yang bukan daripada benihnya sendiri? Tidak pelik jika ayah berkelakuan sebegitu. Ayah mempunyai alasan yang jelas. Sekurang-kurangnya, ayah tetap laksanakan tanggungjawab ayah.

"Puan Amina?" Seorang polis berseragam yang sedari tadi memerhatikan perbualan antara anak-beranak ini mulai mencelah.

Amina mengelap sisa air matanya. Dia pandang hadapan, ayahnya telah dibawa pergi oleh warden penjara. Dia angkat kepala, memandang ke arah polis wanita tersebut.

"Maafkan kami, tapi masa melawat dah lama tamat. Puan Amina boleh keluar sekarang."

Amina angguk kepala faham. "Maafkan saya,"

"Tidak mengapa."

Amina capai beg tangannya, lalu keluar daripada bilik lawatan.

Usai dia panaskan enjin kereta, dia hamburkan tangisannya buat kali kedua. Dia fikir, kehidupannya sudah tragis. Rupa-rupanya kehidupan ayah lebih tragis. Membesarkan dia dan Awina padahal dia tahu dia dan Awina bukanlah darah dagingnya.

Dadanya tiba-tiba sahaja sesak. Pernafasannya mula tidak teratur. Seluruh tubuhnya bergetar. Peluh mula merenik pada dahinya walaupun dia sudah menghidupkan pendingin hawa. Tidak fikir panjang dia ambil sebotol ubat yang ada di dalam dashboard.

Usai dua biji pil selamat berada di dalam kerongkongnya, dia bersandar pada kusyen kereta.

Sampai bila dia hendak hidup begini?

.
. .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience