19

Romance Series 1061

KLAKK

Pintu yang dibuka dari luar membuatkan Amina mengalihkan pandangannya terhadap muka pintu bilik. Fitur badan Taqi menyapa pandangan mata. Pagi ini, selepas sahaja menunaikan solat subuh, Taqi berkunjung ke dalam bilik untuk melihat keadaan Min.

"Min." Dia bersuara seraya menutup pintu dan menguncinya. Dia melangkah mendekati Amina yang berada di atas katil. "Demam lagi?"

Amina gelengkan kepalanya. Dia kerling ke arah Qayyum, yang masih tidak bangun daripada tidur. Asyik tidur sahaja budak kecil ni.

"Kau nak balik rumah ke?"

Amina anggukkan kepalanya tanpa teragak-agak.

"Tak payahlah. Tunggu esok."

"Petang ni." Barulah Amina bersuara.

Taqi mengecilkan matanya. Boleh sahaja isterinya bercakap, ingatkan sudah bisu selepas kejadian semalam.

"Taqi..." Amina bersuara lagi. Dia pandang ke arah Taqi.

"Ya, apa Min?" Taqi menyoal seraya merebahkan badannya ke atas katil, membuatkan Qayyum berada di tengah-tengah antara mereka.

"Nanti, kita pergi pejabat agama, nak?"

Taqi membulatkan matanya. Sepantas inikah Amina ingin mereka berpisah?

"Kita tak pernah beri ruang untuk berbincang. What if we slow talk first before going further to the next step? Or, we won't going to do it."

Amina genggam tangannya, erat. "I'm a wrecked."

"We need to talk. But at least, I'd definitely give you time to heal first. Then, we will talk. I promise."

Taqi bangkit dari perbaringan, mengerling ke arah Amina.

"Berdosa ke untuk seorang isteri minta cerai daripada seorang suami?" Amina menyoal. Entah mengapa, tiba-tiba sahaja dia terfikirkan tentang itu.

"You're not wrong if there's a solid reason."

"I have a very solid reason." Tidak teragak-agak Amina berkata demikian. Untuk apa dia berasa takut?

"I know it's my fault---"

""It's my fault too. You still love her. And how could you ever look at me the way you look at her? It makes sense now—I’m just a replacement. Nothing more." Amina mengerling ke arah Taqi. "Kenapa kau tak batalkan sahaja majlis tu. Tak payah babitkan aku dalam masalah cinta kau."

"Min ada orang yang Min suka ke?" Taqi menyoal. Terpesong daripada topik yang dibicarakan mereka tadi.

Berkerut dahi Amina tatkala Taqi menyoal dia sebegitu.

"Kalau Min ada, Taqi akan mungkin--- lepaskan Min dengan cara yang baik." Taqi mulai bangkit daripada katil. Pandangan tidak dilepaskan dari menatap wajah Amina.

"Kalau ada?"

Taqi putuskan pandangan. Dia berjalan keluar dari bilik tanpa berkata apa-apa.

.
. .

Petang harinya, Amina dan Iqa melepak di kedai mamak. Iqa cakap rindu apabila Min lama tidak masuk kerja.

"Kau dah sihat belum ni, Min?"

"Alhamdulillah, dah." Amina menumpukan perhatiannya terhadap skrin televisyen yang terpasang di kedai mamak itu. Sambil mulutnya mengunyah roti canai

"Kau tengok apa yang khusyuk sangat ni?" Iqa menegur lalu dia berpaling ke arah fokus Amina ke mana. Matanya tertancap pada skrin televisyen yang berada di belakangnya.

"Seriuslah Ibrahim Ghazali dah ditangkap?"

Amina pandang Iqa pula. Dia tertarik dengan soalan Iqa tersebut. "Kau kenal ke Ibrahim Ghazali ni?"

Iqa berpaling ke hadapan pula. "Kau tak kenal ke?"

"Yang aku tahu, dia ahli korporat je." Jawab Amina jujur.

"Haa tu juga lah yang aku tahu." Iqa ketawa di hujung ayatnya. Dia memang tak kenal secara mendalam tentang lelaki korporat ini. Dia cuma tahu bahawa lelaki ini berduit dan beristeri dua. Tokoh poligami yang berjaya katakan!

"Kalau tanya Adib ni, mesti dia tahu." Iqa beranggapan. Maklum, lelaki tu perangai kepoh sedikit!

"Adib mana nak makan dekat sini."

"Entah, memilih. Nak makan restoran taraf lima bintang. High maintenance cok!" Sambung Iqa pula.

"Sorry, cok. Aku makan je mamak ni." Satu suara mula menjelma. Mendekati ke arah mereka. Adib labuhkan punggung bersama sepinggan mee goreng basah, manakala tangan kirinya memegang segelas air singa beng.

Amina dan Iqa terpempan buat seketika. Adib masih berpakaian lelaki. Mak dia ada lagi ke dekat rumah dia?

"Min, aku tahu apa yang kau fikirkan. Jawapannya betul. Mak aku masih ada dekat rumah aku."

Amina ketawa perlahan. "Nampaknya, mak kau betul-betul nak tengok kau berubah ni."

"Bunyi kata, member kena ajak dengan Dato' Rosyam tidur sekatil." Iqa menjeling ke arah Adib.

Amina menekup mulutnya bagai tidak percaya. Adib pernah ceritakan tentang Dato' Rosyam yang miang tu, nak nak miang dekat sejenis pula! Tapi tidaklah sampai... "Mulut aku tak cakap apa-apa, tapi dalam hati aku tengah berzikir." Amina memandang Adib dengan menghakiminya. "Dan kau setuju ke?"

"Kepala otak kau setuju. Walaupun aku macam ni, aku masih minat perempuan tau!" Ucapnya dengan nada bangga. Diselitkan sekali dengan nada divanya.

"Menyampah lah Dib dengar kau bercakap ni." Iqa berkata demikian. Ingin kenakan Adib. "Boleh pula kau berpakaian macam lelaki asli, tapi perangai slay tak berubah sekali?"

"Sorry sikit ye. Aku feminim hanya di tempat yang sepatutnya sahaja, kalau datang mamak nak pakai feminim, siapa je yang nak try aku? Mamak yang tengah bancuh teh o ke?"

"Engkau feminim dekat tempat yang sepatutnya pun takde yang  nak try." Giliran Amina pula membidas Adib.

"Baby Rosyam tu apa?" Adib menyoal.

"Pastu kau setuju ke tidur sekatil dengan baby Rosyam kau tu?" Amina menyoal, psiko.

"Astaghfirullah. Hoi bangkek, dah lupa asal-usul agama ke?" Iqa membidas pula.

Adib terdiam. Semerta. Amina menahan gelak apabila melihat wajah Adib yang ketakutan setelah mendengar pekikan Iqa.

"Pandai pula kau diam." Iqa memerli.

"Geli beb cakap pasal Rosyam. Enough is enough." Adib angkat tangannya, berserah.

"Tu, kau kenal?" Amina menundingkan jari telunjuknya pada surat khabar yang tersadai di meja sebelah meja mereka. Terpempan sosok wajah Ibrahim Ghazali yang memegang tongkat kayu, sebelah tangannya lagi memegang kepingan-kepingan not yang berwarna ungu.

"Ibrahim Ghazali. Kenapa?" Adib menyoal.

"Maksud aku, kau kenal lebih mendalam ke?" Giliran Iqa pula menyoal.

"Obviously not. Kalau kita nak bahagia dengan kehidupan kita, kita jangan sesekali masuk campur dalam urusan orang lain." Adib berkata demikian, sambil mula melantak makanannya.

Amina dan Iqa terpempan. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Adib itu.

"Selalunya semua gosip artis kau tahu. Ibrahim Ghazali kau tak tahu pula."

Adib hamburkan gelak divanya. "I guess both of you know me too well."

"Then, tell me so." Amina meminta.

"Eh korang ni memang tak baca magazines, berita ke? Yang jadi buta gosip sangat ni?" Adib membebel. Persis seorang perempuan. Kadang-kadang jantinanya menjadi tanda tanya. Muka jantan, pakaian perempuan, perangai perempuan. Kau sebenarnya siapa, Adib?

"Cakap je lah."

"Dia orang femes dalam tolong orang. Pendek kata, NGO. Kalau tentang isu kemanusiaan yang melibatkan dalam negara ataupun luar negara, organisasi dia paling maju. Orang gelarkan sebagai Khalifah Rescue ataupun nama pendeknya, KhalCue. Dan, dia juga dijadikan sebagai sumber inspirasi untuk beristeri dua oleh banyak-banyak lelaki dekat luar sana asbabnya, kedua-dua isteri dia saling berbaik antara satu sama lain. Tak gaduh macam yang lain." Cerita Adib.

"Dan, apa yang buatkan dia kena tangkap ni?" Iqa menyoal.

"Ishh korang ni kan. Kenapa tak baca surat khabar terus? Kenapa nak tanya aku?"

"Alah Dib... Kitorang suka dengar suara kau lah sebabtu kami nak dengar kau cerita." Amina mula mencucuk. Bukannya dia tidak tahu tentang asbab Ibrahim Ghazali ditangkap, tapi dia mahu dengar penjelasan daripada Adib juga.

"Dia ni ada pengaruh besar. Kalau nak bercakap pasal dia, kena bisik-bisik." Adib merapatkan kepalanya di tengah-tengah meja. Sambil anak matanya melirik pada Amina dan Iqa untuk berbuat benda yang sama. Amina dan Iqa menurut sahaja walaupun sudah aneh dengan kelakuan Adib ini. 

"Okey, aku sambung. Semua kekayaan dia yang ada iaitu dua buah jet peribadi, vila tiga buah, penthouse yang ada setiap negeri, 30 buah kereta mewah yang ada dekat garaj kereta dia, dan semua perhiasan yang dipakai oleh isteri dia menjadi tanda tanya, termasuklah Pandora dan 916."

Amina mengecilkan matanya. Boleh pula kau hafal harta-harta dia ni?

"Kenapa?"

Adib sabarkan hati. Tapi, dia teruskan jua penceritannya. "Sebab, tak logik kalau orang kaya hendak invest harta dalam bentuk macam tu?"

"Ada yang salah ke dengan beli emas dan tempat berteduh tu?" Amina menyoal. Setahunya, harga emas, harga tanah dan harga rumah akan meningkat saban tahun. Jika berlaku penurunan, mungkin sedikit sahaja.

"No. Maksud aku, dia invest dalam banyak-banyak aset but at the same time dia buat kerja amal yang boleh mengeluarkan duit yang banyak. Beranggapan bahawa ada orang yang kaya-raya di belakang dia yang sponsor dia. But... Polis jumpa benda lain."

"Apa?" Iqa menyoal.

"Dia terlibat dalam penjualan organ manusia sekaligus perdagangan manusia dan merupakan pengedar dadah antarabangsa. Kau ingat SITI yang pernah masuk lokap dua tahun lepas?"

"Yang mana satu?" Iqa menyoal.

"Ishh. Adalah dia keluarkan dadah bentuk baharu. Dia beroperasi di Kelantan hari tu, dan dia gunakan rakyat sana untuk dijadikan bahan ujikaji."

"Dua tahun lepas ek?" Amina menyoal sendiri. "Yang nama dia lain daripada lain tu ke?"

Laju Adib anggukkan kepalanya.

"Pelik sangat ke nama dia?" Giliran Iqa mula menyoal.

"Nama dia Sangsing Intanah Theatrette Imbuhan. Dan nama pendek dia adalah SITI."

"Dia mix macam kau juga ke?" Iqa bertanya. Pelik namati, namanya.

"Tak, dia lagi banyak mix daripada aku."

"Dahtu, kenapa dengan dia?" Amina menyoal.

"Siti tu anak buah dia. Anak buah yang paling dia sayang."

Terbuka mulut Amina dan Iqa yang mendengar cerita tersebut. "Tapi mati juga kan?"

"Semua orang akan mati." Amina membidas. Iqa sekadar menjeling.

"Haah. Dia salah inject dadah. Nak kasi dekat orang, tapi kena dekat diri sendiri."

"Senjata makan tuan." Amina memberi komen.

"Kenapa korang berminat nak tahu ni?" Adib menjauhkan kepalanya pula. Begitu juga dengan Amina dan Iqa. Masing-masing kembali pada kedudukan asalnya.

"Tertengok muka dia dekat Tv sebentar tadi." Iqa memberi jawaban.

"Dia hari-hari masuk Tv."

"Macam mana dia masuk? Muat ke? Tv lebih kecil daripada dia kot."

"Min, seriously..." Iqa memberi 'pandangan' kepada Amina. "Pelik je kau hari ni, tertukar jiwa dengan Adib ke? Selalunya Adib yang suka bidas aku? Ada apa-apa yang aku tak tahu ke? Atau doktor salah inject ubat dekat kau?"

Amina tersentak. Dia terkedu dan bangga hati kerana Iqa perasan akan perubahan yang dialaminya walaupun sedikit. Tapi, tentang salah inject ubat tu bukanlah...

"Kau period ke?" Laju Adib menyoal.

Dan dua pasang mata pandang ke arah Adib. Dengan pandangan yang menghakimi.

"Sorry to disappoint you guys. Don’t feel embarrassed around me. One day, I’ll have a wife too—and I need to understand and learn about what happens to her body. Things like periods are something both husband and wife should know about. That way, I won’t be clueless when it comes to supporting my wife in the future."

"Kau nak kahwin dengan perempuan ke, Dib?" Amina menyoal. Sedikit kagum dengan butir perkataan yang keluar daripada mulut Adib.

"Ayat kau buatkan aku ni jatuh suka dekat kau lah Dib." Iqa berkata demikian.

"Shit." Tidak sengaja Adib menyumpah seranah. Sedar dia sudah tersalah cakap.

"Kau hari ini sahajalah. Selalunya SLAYY AND DIVA semacam!" Iqa meniru gaya percakapan Adib. Sekali dengan tangannya bergerak.

.
. .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience