05

Romance Series 1061

TAQI bangun dari perbaringannya. Dia kerling ke arah tingkap yang dibiarkan terbuka, membiarkan angin pagi memasuki ruang biliknya. Dia hembus nafas berat. Hatinya masih berada di tanah air yang tercinta meskipun jasadnya berada di bumi matahari terbit. Dia tidak lupa akan haruman sore hari sewaktu dia berada di Malaysia. Haruman nasi lemak setiap fajar yang dibuat oleh emaknya kekal di ingatan.

Taqi ukir senyuman yang manis, membentuk lekukan yang dalam pada pipinya di sebelah kiri. Kepalanya turut digelengkan perlahan-lahan. Cuba menghalau imaginasinya supaya tidak memikirkan wanita itu lagi, dan lagi. Dia sempat beranggapan bahawa wanita tersebut adalah sekadar gangguan sahaja.

Dia mengorak langkah dan berhenti di hadapan sebuah cermin bersaiz besar. Dia membuang baju yang tersarung pada tubuhnya. Iris matanya memerhatikan cacat cela pada tubuh badannya melalui pantulan cermin. Jelas, bekas luka dan jahitan yang ada di bawah abdomennya. Tidak lupa juga kesan calar pada dadanya.

Dia masih ingat kejadian yang berlaku sehingga dia mendapat luka ini. Semuanya hanya kerana kesalahfahaman yang berlaku antara dia dan si 'dia.' Taqi ketawa perlahan apabila ingat kembali kejadian ini.

"Shadow, you have to pay for what'd you done to me." Kata Taqi.

"And, what's the price?" Suara seseorang menyapa gegendang telinganya. Tanpa berpaling, Taqi sudah dapat mengagak gerangan tersebut. Siapa sahaja yang berani untuk memanjat tingkap biliknya yang setinggi 34 kaki itu?

"I knew that, you and your sisters both are crazy. But, I just knew you're way crazier." Taqi senyum. Dia membalas pandangan helang daripada orang tersebut melalui pantulan cermin. Si 'dia' duduk menyilangkan kakinya pada tingkap bilik Taqi. 'Dia' tersebut mengenakan pakaian serba hitam, dari kasut hinggalah pada pelitup muka. Hanya mata, dahi dan kening sahaja yang dibiarkan terdedah.

"Call me crazy and I'd be agree. Now you have to tell me, what's the price to repay for all of what I'd done to you." Suara tersebut memaksa.

Taqi memalingkan tubuhnya. Menghadap perempuan gila tersebut. "You've always know what's in my mind. Do it so. Repay for all of these." Dia menundingkan jarinya terhadap luka yang ia dapati daripada perempuan tersebut. "You know very well that I can sue you if I want."

Berlapis-lapis dahi si dia apabila mendengar ayat terakhir Taqi.

"But you don't have to be worry. I'm good since you'd deal with Ibrahim Ghazali." Taqi menyambung ayatnya lagi.

"But it's my job. Rather than that, Ibrahim Ghazali going too far now. And it's make you don't have any other choices but to leave this district soon."

"I'm glad too. And about the price, you have to make her to trust me."

Perempuan tersebut seakan faham apa yang dimaksudkan Taqi. Dia anggukkan kepalanya. "If you say so. Then, bye." Perempuan bersut hitam itu terjun daripada tingkap rumah Taqi dan serta-merta menghilang daripada pandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience