08

Romance Series 1061

"Min, kau pergi mana tadi?" Iqa mengambil nafas baharu. Semput dibuatnya apabila dia mengejar langkah Amina yang laju nak mati itu. Lari kepada siapa? Takkanlah ada hantu pula masa-masa ni.

"Aku..." Amina ambil masa untuk berfikir. Dia menelan liurnya kelat. "Jom lah balik, atau kau ada nak pergi mana-mana?" Dia menukar topik perbicaraan. Tidak mahu Iqa tahu bahawa dia terjumpa suaminya.

Laju Iqa geleng kepala. "Jom. Aku penat lah."

Amina meletakkan Qayyum ke bawah. Semput hendak larikan diri daripada Taqi sambil membawa Qayyum.

"Qay, rindu aunty Iqa tak?" Iqa duduk melutut sambil menggomol pipi Qayyum yang bulat.

Laju Qayyum melarikan wajahnya daripada terus digomol oleh Iqa.

"Tak rindu tu kalau macam tu." Usik Amina pula.

"Amboi kau. Qayyum ni kalau tak rindu aunty Iqa, aunty Iqa tak nak kasi sweets nanti."

Dengar sahaja perkataan sweets, terus bebola matanya bercahaya.

"Qayyum, mommy dah pesan apa tadi?"

Riak wajah Qayyum bertukar menjadi cemberut. Tidak suka dengan larangan emaknya.

"Iqa kau ni ajar dia makan sweets pula..."

"Takpe Qayyum, takpe. Kalau dengan aunty Iqa, Qayyum boleh makan apa-apa je yang Qayyum mahu!"

Habis Iqa berkata demikian, laju Qayyum menerpa memeluk tubuh Iqa. Bagai mengerti apa yang dikatakan Iqa tadi.

.
. .

Hari ini, hari pertama Amina masuk kerja setelah mengambil cuti, ingin menenangkan dirinya. Dia merindukan suasana di pejabatnya. Tapi, itulah. Ada je benda manis, mesti ada benda pahit. Rakan di tempat kerjanya. Bikin naik hantu sahaja!

Amina meletakkan beg tangan di bawah mejanya, dia mulai membuka desktop komputer. Ingin melihat jika dia ada menerima e-mail daripada pelanggannya.

Bunyi ketukan pada pintu biliknya membuatkan Amina alihkan pandangan. Adib, yang memakai pakaian serba merah jambu mengetuk pintu biliknya. Dia memulas tombol pintu.

"Yall, where's Zulaikha?" Adib menyoal. Dia menurunkan cermin mata hitamnya sambil memandang ke arah Amina.

"Iqa dalam cuti lagi kot." Amina menganggap sahaja memandangkan Iqa baru sahaja pulang dari bercuti semalam, dan dialah yang mengambil Iqa di lapangan terbang.

"Ouh, what ever. Cuba tengok ni, cantik tak my heels?" Adib menyoal lalu kasut tumit tingginya di angkat paras lututnya. Dia mula tayangkan kasut tumit tingginya kepada Amina. Selalunya Amina suka brand ni, tapi sejak ada anak ni, jarang pula Adib nampak Min pakai!

"Cantiknya nyah. Christian Louboutin ke ni?" Amina perhatikan kasut tumit tinggi milik Adib. Tapak kasut berwarna merah. Kalau cenggini... Harga tinggi ni! Walaupun design kasut ni tak lawa sangat.

"Yes, obviously Louboutin. Your favourite brand. Can you guess, how much?"

"Ahh, mana aku tahu! Hei, Adib. Salah fakta tu. Aku dah lama tak pakai heels." Terang Amina. Mampus lah kalau nak pakai heels masa tengah jaga anak kecil. Nak pakai kasut tumit tinggi masa kerja? Semput nyah, nak berlari ke sana ke sini setiap kali nak naik pejabat, jumpa pelanggan, lawat bangunan yang dia kena uruskan.

"Haah, memang dah lama. Tapi, aku ni sengaja lah nak naikkan semangat kau balik untuk pakai heels." Sengaja Adib hentakkan kakinya, 'belanja' bunyi tapak kasut tumit tinggi kepada Amina.

"Eeh kau ni sengaja kan."

"Memang sengaja pun, nak kau tambah tinggi sikit." Gurau Adib lagi.

"Hei, 162 cm untuk perempuan dalam Malaysia ni dah dikira tinggi tau!"

Adib buat muka. "Tapi, nak bandingkan dengan aku. Aku lebih tinggi lah kan?"

"Kau lelaki..."

"Eeh tak suka la you ni. Sebut pasal kita jantan lak. Sudahlah engkau dengan Iqa tinggalkan aku hampir seminggu!"

"Mana ada seminggu..."

Belum sempat Amina menegakkan benang yang tidak basah, Adib menyampuk cepat. "Dah lah, bye!" Dia memusingkan tubuhnya dengan lagak model di runaway, terus dia berjalan keluar dari bilik Amina.

"OMG, WHO'S THAT DIVA?" Amina menyoal. Tapi, tidak mendapat sahutan daripada Adib memandangkan dia telah pergi jauh.

Amina kemudiannya gelengkan kepalanya. Semerta dia teringat akan kata-kata daripada abang Taufiq ataupun abang long, yang menyatakan Amina rapat dengan seorang lelaki. Amina kulum senyum, menahan tawanya, "biar betul kawan yang along maksudkan tu Adib? Seriously? Jinjja? Omo omo ottoke? Sohih au akhto'q? Nani? Biar betul along ni?"

Kemudian, dia menyambung untuk membuat pekerjaannya. Sambil-sambil itu, dia mengira modal yang diperlukan untuk membuat reka bentuk sekian sekian...

.
. .

Amina turun ke pantri, dia ingin dapatkan secawan kopi panas terlebih dahulu sebelum memulakan kerjanya.

"Min, nampak pucat je hari ni. Kau okey ke?" Tiara, yang merupakan rakan sekerja yang cakna tentang rakan-rakan yang lain mula menyoal. Gadis kacukan Itali itu sedang mengacau kopi di kabinet.

"Pucat sangat ke?" Laju Amina mendekati cermin untuk melihat keadaannya.

"Or you just change your lipmatte?" Tiara bertanya.

"I don't wear any." Jelas Amina. Dia tidak suka memakai gincu berwarna, sekadar memakai pelembap bibir sudah memadai baginya. Bukannya nak jadi pick me girl, tapi dia memang tidak suka berhias. Jarang-jarang boleh lah.

"Tapi, kau nampak tak bermaya lah hari ini. Betul-betul okey ke?" Tiara bertanya lagi.

"Exhausted." Amina membalas. Dia ambil cawan yang ada di rak.

"I see." Tiara angguk kepala, mengerti. "How's your holiday?"

"Yang bercuti tu Iqa. Not me."

"Jinjja?"

"Naam."

"Min, dengar kata kita ada COO baharu. Lulusan Oxford." Cerita Tiara.

"Lelaki ke perempuan?" Laju Amina menyoal.

"Amboi Min, laju ye kau!" Usik Tiara. "Lelaki, muda lagi. Belum masuk 30-an."

"Ahh faham." Amina anggukkan kepalanya tanda faham.

"Nak try ke? Alang-alang boleh carikan Qayyum papa baharu."

Amina senyum. Tiara tidak tahu lebih mendalam tentangnya. Rakan sepejabatnya berfikir dia adalah ibu tunggal yang kematian suami. Mungkin hanya bosnya, Iqa dan Adib sahaja yang mengetahui kebenaran tentang dia ditinggal suami.

"Tak nak lah."

"Masih tak boleh move on ke?" Nada suara Tiara berubah, lebih kepada prihatin dan ikhlas.

Amina geleng kepala. "Nanti lepas kita tengok tuan dia macam mana, kita bincang eh."

Amina dan Tiara hamburkan gelaknya. Ingatkan apalah tadi. Pandang fizikal juga rupanya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience